Raya

Brown Pallazo

aku x tau lah eja Pallazo, bantailah yer…..cikgu english aku nak marah aku? apa aku kesah huhuuuuu, gelak syaiton dah kuor mentang2 esok lusa raya, setan kena ON duty lah yer, punch card sejurus selepas maghrib sok kan? isk iskkk….cakap pasal maghrib, terkenang rondang omak den petang ni nak hangkut bawak naik VA sket nyam nyam

well yes saya dah cakap saya dah x kuasa nak soping la kan, x de mende yang nak dicarik tp rasa macam blinkkkk 3 *** kuor atas pala ada baju womanku itu perlukan suor Pallazo. tak terpikir plak, coz ingat nak jimat banjer pakai kain batik jor….ater anto kat aunty Yelly jahitkan RM45 yer, haruslah kena pakai tp macam x sedondon plak. wah gitu…kan aku dah cakap, selagi x raya, selagi tu lah panjang je langkahku.

they have orange, pink, black, white, blue and the one yang aku pegang tuh kaler dark brown. kalo ada meghah, haruskah aku amik kaler nih? sbb mmg x de merah la uuu! ada 3 types of kain, satu yang ala2 kilat sket (RM139 n RM159), satu lagi chiffon ada lining (RM159), satu lagi lak kalo ko gemuk cam aku janganlah berangan nak pakai kang nampak lemak2 melekat kat jenis kain yang gituh (x kuasa nak belek harga)…

so for this ai settle wt one dark brown, boleh pakai buat pi opis, pi open house raya from redmummy’s readers, pi umah orang kawin pun boleh….ha nama brand nih Variante kat Isetan Ground Floor.

selagi x raya aku tempek je lah apa yang boleh ditempek kat blog merah ni kan…lagipuns pagi tadi ramai yang menyahut dok habak korang keje lah bagi lagi kan, satu geng la ngan aku. so citer Pallazo coklat pun aku  jadikan modal utk blog yer…

ah, saya kalau dapat kibod, memang lajuu je idea kuor.

Oh kibod, ha kang saya citer hal Kibod Dell 🙂

Comment: 14

The Choco Balls…

Choco Balls ni sangat sedappppppppppppppppppppppppppppppppp! harganya pun mahal tapi sedapppppppppppppppppppppppppppp, ha kalo aku cakap sedap, sampai 4 jars aku beli tau. RM32 for each of the jars ada lam 30 pcs.

 

Sebenarnya taun lepas EG bawak letak lam bilik dia and aku asik berulang la kuor masuk bilik dia makan cookies nih (ala2 cam ferraro pun ye gak tapi lagi sedap than ferraro rocher tuh ye), so ini taun bukak2 puasa je aku terus remind her that i want 4 jars!

boleh buat kudapan sesambil blogging, sesambil berholidaying gitu kan, dok tepi pantai ke hehehehee….4 jars ni x sampai bape ari je boleh abih ni, aku ngan gegirl kompem mengadap kunyah2. erkk..arap2 abang and sirman x minat lah, kalo idak lam 24jam je mau boleh abih nih…

 hahahah siot je aku kan, x bg laki ngan anak bujang makan, no lah – dalam ni ada kacang so abang tu kurang kalo ada menda2 kacang nih, sirman lak emm….u makan kepek kacang lah. ni ai n gegirl punya 🙂

Hangpa kalo nak order, meh amik no fon lady yang baut choco balls ni from my contact red. idok le teman nak jaja no hp dia kat blog merah ni kang….pas raya pun dia boleh buat gak. sodap woooo!

 

Comment: 13

More goodies n family moment…

Saturday midnite, Jai the Bigmugcafe of VA called me ….

kak red, ada barang dari your reader sampai lagi ni, cepat amik kak, esok aku dah tutup kedai nak raya weiii’

dan sirman pun turunlah pi ngamik….it s from my Bangkit Agent

2 angpaus for kiddos and bakul kelambu merah macam tudung saji lah for me, terima kasih Agent 🙂 . angpau tu terus simpan lah, x bagi dah kat budak2…..sbb masa ni depa dah mamai2 nak ketiduran, Terima kasih ye Sham from all 4 of us.

sebenarnya Agentku datang menghantar kerepek2 dan muruku yang kupesan, buat kudapan anak2 dan tetamu…kerepek pisang dan muruku adalah fav anak sesangat, makanya sambil YM, deal the price, sirman banked in to her account and barang pun sampai. kesian Sham Bangkit, sesak2 duduk dalam jem nak menganto ye dik.

Akak rasa lam blog ni nama Sham akan kekal jadi Sham Bangkit lah…Ayuazizi lak akan kekal jadi Ayu Tart. Pasni sapa mau letak iklan, ha siaplah ada nickname gak aku bagi. sonang baitu.

this is Sunday noon, abang just had his last final tuition kat ttdi sebelum cuti bermula. n pakcik ni dok apply menda yang dia belajar kat sek NK for his personal pc

gegirl mengaco, oh itu antara katil meja study yang ku rombak pusing angkut sama Fifin sabtu petang…

gambo curtain baru iskk xyah lah bukan lawa mana pun. janji ado 🙂

bapaknya suruh pegangkan kerusi, dia boleh naik panjat gegarkan lagi kerusi tu

kang jatuh ada yang beraya kat spital tau!

bila nak raya barulah hegeh2 kan nak tukar bulb lampu, pdhal dah berbulan minggu aku suh tukar….itupun stock bulb ada melambak kat bilik belakang, boleh dia pergi beli baru haiyahhh…kan dah membazir. aku yang jaga lampu ke pakcik ni yang jaga.

tu perfume bilik ngan luor tu dia x tuko kan lagi. not the glade yang lam crystal glass tuh, yang zereett zereet spray tuh, ha yang tu pun kami pakai gak kat VA nih. malas aku nak memanjat kekdahnya. kalo aku gak yang buat, wuii…lomak la laki den. sebab aku buat pun x menguruskan aku, jadi baik suh dia buat, dia buat x buat dia tetap gak kurus (menda aku cakap nih?)

that s the story bout sat midnite n sunday noon, kita tengok esok apa cite sunday nite yeah…ai have something for you…

hot 🙂

Comment: 16

Pink Parcel From Doll…

red, mehlah turun buka puasa kat umah mak arini

oh boleh mak, ingat nak buka puasa kat luor…coming coming

so kami pun heret beret ke umah mak aku, last min call, sampai2 dah buka puasa kes sirman nya project sparkle grey tu yang buat lambat kann

tetiba je bila aku nak gerak kuor pi JJ, nana cakap ada parcel for me

eh eh, dr sapa pulak, bukan by post, tp anto tangan, orangnya sendiri datang anto kat umah mak aku

ai totally forgot bout Doll! you remember her? memang ada nick Doll bagi komen kat blog mak merah nih

she sent all these, 2 jars of kuih raya (nampak nau la kan aku x de kuih raya sib baik lah ada orang ramai yang sudi2 nak memberi ai kuih raya)

raya card and 2 angpaus for kiddos

RM10 each for them, tp lam note singggit, hegeh2 la gegirl mengira. dahlah dia kira in mandarin ik ek sam sek blablabla

ya itu muka abang yang terpaksa bergambo…

this is not the end, bila midnite of sabtu/ahad kami dapat lagi another parcel from another blogger/reader. rezeki rezeki…. 🙂

mungkin jugak aku menumpang blog merah ini, kalau aku x de blog, ada aku nak dpt memacam from korang from my blog readers. saya junjung kasih syahdu yang awak berikan. mekasih ye Doll….ko x tinggalkan fon no bagai, akak x tau camne nak contact ko, harap2 ko connected to the web, dapatlah ko baca pesanan mak merah ni…

ramai yang wonder camne nak anto kad nak anto parcel, u need to contact me privately via Contact Red or email at alompakagogo@yahoo.com ha barulah akak leh bagi add umah mak akak. Not to post to my VA’s house kang x muat post box, lgpun biar korang kenal sket ngan Mak Ajah (itupun kalau mak yang ada kat umah) if not leh jumpa my sis bro sume lah…

Thanks from our heart.

Comment: 16

Shopping Raya for Abah…

nak2 kat raya ni, x dan lah aku ngan sirman nak dating berdua, banyak benda nak settlekan but not for us now, my dad’s turn huhuuuuuu. balik keje ari jemaat, kami tapau bungkus je lauk kat makcik caterer and makan ala kadar kat umah. kids x leh ngekor, kang abah aku ke mana, anak2 ke mana riuhnya…

oh baju ai tu baju baru yang ada hood from Elle yang sedondon ngan gegirl but gegirl is from Levis tu pasal aku kata baju aku lg murah dr dia, sling bag baru lak from cik lilred yang bakal berangkat tak lama lagik (well pasal lilred farah nak ke mana bersalji bagai, ni ai x leh kasi tau yer, kang dia cilikan mulut aku lak kalo aku pecah lobang skang 😛 )

anw aku janji ngan abah dah seminggu, fri nite aku akan bawak abah pi soping raya, selalunya aku yang belikan baju melayu dia sesiap, tp taun ni dia ckp x nak baju melayu dah, boleh pakai yang lelama nya…sbb kukenal sangat abahku yang cerewet, baiklah aku bawak je terus Pak Haji ni ke JJ Maluri

iklan sket yer, ini semperit bunga gak, murah gila RM12 jual kat JJ tp kualiti teruk, dalam tu sume dah pecah2…bekas2 lain pun dah pecah. ni mmg cepat rapuh lah, aku penah gak beli ngan orang taun lepas, pun pecah camni gak. saya sangat kecewa 🙁

so we start carik kain baju abah lah…abah nak suor baru, well actually abah aku x cakap pun nak apa, cuma dia nakkan baju ala2 raihan yang dia pakai tuh…tapi alang kepalang bawak abah soping, aku memang ada allocation for my abah (untuk mak before raya lagi aku sudah settlekan utk kain dia buat jubah, so tu pasal mak x pergi lgpun mak aku x kuasa nak ngikut pi tpt2 gini)

aku tang suor ni x pandai nak pilih so kerojer sirman lah nolong heh, aku tau quality, cantik segala nya jer..tp kalau nak suh telek suorr lelaki, teman idak la  pandai yer

besarnya jj maluri tapi baju raihan ada pattern ni ajer..aduhai…

plain je kaler nye weii…

try punya try, abah berkenan….suh amik merah tak nak

abah dah tua lah, x nak lah pakai memerah lagi dah, ko x udah2 ngan merah

so he settled wt light purple and dark grey kot aku pun lupa daaaa for baju raihan…also 2 pcs of pants, 1 batik shirt and socks…

abahku x mintak pun itu ini tp abah ni beli baju memang lam setaun pun susah unless anak2 yang belikan..untuk dia mintak2 ke mmg nan ado…and terus terang cakap tugasan membeli baju raya utk mak abah, aku yang ngamik. adik badik lain pun ada gak belikan, kang depa ngamuk lak ngan aku kalo aku x credit their names. Epi, ko belikan abah kemeja kaler putih pulak, ko jangan komut, acik x bagi mak masak rendang kang…bawak cd games PSP ko balik weiii!!!

JJ maluri ni satu yang x bestnya kan, dia x nak bukak extra cashier, counter unlike Isetan, bersepah2 cashier counter depa bukak bila waktu festive season gini…ko nengok panjang ke bana q sirman kena tunggu..hoh tidaklah kuasa aku nak menebeng sama…baik aku lari pi beli groceries dulu

ni separuh dari barang2 umah utk sebulan yang aku amik, sbb lepas tu sirman ngan abah sampai lepas depa dah bayo suor kain baju and jahitkan kaki suor abah gak…

abah is happy wt his new raya sets….alhamdulillah

nanti kita pi jalan2 raya ye …. pun tugasan aku yang ngamik gak since Nana is going back to Kelantan. oh saya memang ada 8 beradik, tp biasanya anak2 pompuan yang bawak mak abah aku jenjalan…kakak aku susah sket lah, keter dia je penuh anak beranak. at least keter aku si kecik 2 orang tu leh sendat2kan atas riba kot le x muat bonar kan..

So for abah dah settled, mak pun udah…nanti aku nak carik apa utk mak mertua aku lak.

untuk aku? brooch weii……….

sapa kat sini x de ke jual brooch kebaya nyonya ha? my budget lam RM140 for 3 pcs, coz member aku cakap kat Ampang Park ada jual at RM140, so itu lah budget aku.

Ado x? x ado kalu, iskk….gimana sik?

Comment: 11