Raya

Melaka Raya…

IMG_1820 (2)

3rd Syawal, aku suami and Zeeshan balik Melaka. Abang and Kakak dah jalan dulu ke Melaka ikut pakcik makcik atuk neneknya sehari sebelum tu lagi. So dalam kereta, 2 jam tu, aku mengsurfing dan jugak mengkaler muka. Beria betul.

IMG_1778

Sesampai je terus peluk cium mak ajah, abah too. Mak kan baru balik Umrah, masa mak balik tu aku kat umah mertua…

IMG_1789

lelepak kat rumah nih…umah pakcik kami. Abah’s brother

IMG_1829 (2)

ramai, tapi bukan orang lain, my adik beradik ipar duai gak hah

IMG_1830 (2)

Kakak’s jubah is in blue tu, pun package dari Cambodia, mine is in green. emerald green.

IMG_1835 (2)

anak buah aku tu geram ngan anting2 aku dok dangling dangling jer….asyik ler dia nak menarik.  makcik ko ni dah lah ngah pegang adik koooo

IMG_1838 (2)

setiap tahun, the 2 brothers ni mesti kita captured. Sebijik muka memasing. hahahaa abah oo abah

IMG_1841 (2)

Member ni ngah mamai, dari dalam kereta terus masuk rumah orang tetiba eh ramainya manusiaaa

IMG_1813

at another house

IMG_1823

my sister and 2 nieces, rumah ni banyak pokok rambutannya, memerah tapi tak lekang laa

IMG_1826

mak encik ko jalan kaki je la lagi laju, to another house

IMG_1840

ini rumah yang dah ke berapa …tak boleh ler nak mandi bagai, walaupun Melaka paneh berdenting kan…

IMG_1851 (2)

last house, before kami split. Depa dah memang asalnya dok homestay yang dah booked awal tapi 2 families tak muat dok situ, so selamba kodok je laki aku called sana sini, dapat ler satu homestay (previous contact, rumah last year but another branch). Lain kali kita citer on our homestay, i know the owner dok looking forward for my entry kan dik kan hehehe….sabar yek.

By midnite baru dapat bermandian. Tapi pastuh adik aku pi beli le pulak roti canai teh tarik segala di tengah2 malam tu, hah…tu sib baik tak duduk sama ngan homestay mak, lagi le memacam adooooooooooo..

So macam routine2 tahun lepas memang kena balik Melaka lah. Kalau kat KL tak tau le nak buat apa sangat, kena pi tengok wayang je kot, ramai orang kat KL yang kita kenal pun akan balik Melaka gak. Seronok le gak ada Melaka ni walaupun kena dok homestay bagai but the crowd and the fun of feeling balik kampung, kita merasa le jugak.

Comment: 6

Red Syawal…

IMG_1764

abang punya handphone kan, dia punya default camera tu apps beautician kalau tak silap aku, aku suh tukar ke biasa jer, NONE, dia cakap biarlah mak, bagi chance la abang flawless.

lauk la ko bang!

Ini di pagi Syawal, sejak pindah rumah baru, pergi balik masjid memang berjalan kaki sahaja, except kalau depa nak pi Solat Jumaat di bulan puasa, tu memang bawak kereta, haus lebih pulak kang hahaha…

aku tak kesempatan lagi nak ikut Solat Raya, boleh midnitenya datang the cik ‘bulan bintang’ haih….! takpelah takde rezeki, still dapat pahala kot. Niat dah ada nak pergi sangat.

IMG_1280

terusan pada cerita salam2 bermaafan…

IMG_1286

muka maknya masam pasal aku tengah sakit hidungggggggggggg, selsema yang tak berhenti dari bangun pagi bawak ke petang. Berhelai2 kain towel aku pakai buat lap bersin, mananya dengan minor period paid pun ada gak

IMG_1291

berturutan ikut pangkat bersalaman.

IMG_1302

dalam gambar pandai je cover line towel hingus hahahaha

IMG_1322

ini kali pertama kami berSyawal, berRamadhan di the Red House. Alhamdulillah, hajat nak beraya di rumah baru, setelah over 10 years duduk di VA dan few years before di Bayu Tasik Condo. Kali ni pertama kalinya dok rumah landed. Rumah Merah.

IMG_1334

Bibik yang akan berpergian, menangis2 di pagi Syawal. Bibik yang akan pulang in less than a month. Sedih tapi dia perlu pulang, dia tak sabar nak jadi orang kaya Indonesia dengan duit2 gajinya bekerja dengan Red Family

IMG_1340

sang kecil yang tak nak ikut bersalaman duduk bawah, so  nak kena pujuk dia slowly

IMG_1352

bolehlah dik, salam abang kakak yek…

orchid hidup, hadiah Syawal dari our insurance agents – Naf Naf and Nizam

IMG_1362

ukhwah anak2 dijaga…Zeeshan coz he anak bongsu punya mengadaaaaa memang lebih ler kan

IMG_1373

bapak and kakak sama pesen mata tak boleh bukak keeeeeeeeeeeee

IMG_1381

the boys pakai pink, fuschia to be exact. Close to purple.

Kakak and Ibu pakai merah.

Kain untuk buat baju melayu the boys ni, aku dah beli since 5, 6 years ago waktu di Jakarta. Lamo dah sangat. Tu yang sekali buat 3 pasang, ada warna lain. Nak cepat perabihkan.

For the girls, aku beli kain tu dari Cambodia. Aku ada 4 pairs and kakak ada 3, the same tailor for girls buatkan Kakak jubah and aku pulak concept baju kedah. Malas nak berbaju kurung, baju kedah pun selesa but cheongsam style for the collar. Jubah kakak tu ada poket on the right side, boleh dia letak her handphone, also kat lengannya ada zip untuk senang amik air solat.

IMG_1406

 

hah dah puas hati, dapat tengok kami berbaju raya di pagi Syawal dan jugak dapat tengok half side of the Red House too. All 3 frames tu aku beli kat Ampang Park, satu kedai yang penuh ngan ayat Al Quran. They came to KLCC tolong hantarkan all stuff, ada gak aku beli 1-2 carpet lain buat tetambah pakai kat few sides too.

Aku memang tak suka ler satu 5 beranak ni pakai same colour. Aku prefer the boys satu warna and the girls satu warna lain. But most of pagi raya pun, the girls biasanya colour merah. Ini pun tak berapa merah, bolehlah kan….

Alhamdulillah, selesai Syawal pertama…

Comment: 10

The Downtown…

IMG_1040

 

aku ingatkan dah abis ler citer Ramadhan, nak lompat ler kan pi citer Syawal tapi adaaaaaaaaa lagi ha seketul. a few days before Syawal. meh ler perabiskan.

The other nite tu lepas abis Alamanda, kita terus balik rumah, tapi hantar Zeeshan balik. sesama lelain salin baju gak. Kuor balik untuk pergi ke downtown Cheras, depan rumah aku gak. Memanglah bunyik dedepan rumah tapi dia punya melengkarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr lahai jem, coz orang dok kejar shopping raya kan. Fuiyo, kitorang dok berpusing2 ikut Taman Midah, tembus Taman Tenaga, Cheras Flats, last2 parked bayar 5inggit, kat budak flat jagakan, siap dia hantarkan naik kereta dia pi ke downtown, boleh je jalan kaki but dah dia nak hantarkan.

Katanya kalau takde budak jagakan situ parking, siap la ada kereta yang kena pecah, so halallah tu tolong jagakan kereta2 yang memang package triple park pun ye.

IMG_1047

kat sini a songkok for Abang, settled. Songkok adiknya bapaknya belikan kat kedai lorong2 Pak Aji BTR nun

IMG_1052

the caftan, ni RM30, ada lagi lawaaaaaaaaaaaaaa tapi panjang, nak potong pun tak cantik, walaupun nanti kepil kat belakang, eh malas. Aku tak perlu ubat tinggi bagai, apps tinggi pun aku tak hingin nak pakai, i m proud of being pendek 🙂

IMG_1055

yang ni pun aku amik gak rasanya. tapi semua tak pakai lagi, nak pakai konon bila ada orang datang rumah, sopan le sikit hahahaha. Bought 3 pcs, one lagi untuk Mak Ajah tercinta

IMG_1064

donno what but dont think kita beli something pun kat sini

IMG_1065

terpegun anak2 tengok leather belt ni dibakar2 tak rosak langsung

IMG_1067

the butang baju melayu pun aku beli kat sini. Biasa dulu aku carik kat Ampang Park but ai went there to buy something else, stock2 butang baju Melayu langsung aku tak tengok pun kat sana. Sini beli 2 sets, for both of my giant boys!

IMG_1083

Kami settled ngan makan supper hah kat downtown gak, sebelah ayam kampung famous nun. Dah nak midnite rasanya nih, Kakak punya curfew is always 11pm coz lepas je waktu tu  nanti mata dia mengkuyuuuuuuu…

Balik ke kereta, jalan kaki kami berempat beranak. Tapi takde nya orang nak surut2,  memang memanjang je penuh downtown tu. Itupun kita tak explore habis, asal daya jer. Dah dapat yang wajibul tu udah ler, zezaman nak mencuci mata kalau dah nak midnite memang tak payah ler berangankan…

By the way, this was how I spent my 40th birthday day….

Then pasnih kita boleh dah bersembang pasal Syawal pulak yek. Dok nak tengok baju raya ke dik, alah, baju raya tak gah mana pun, ada je kuor kat dalam social medias nun 🙂

Comment: 3

Salam Syawal, Mohon Kemaafan Zahir Batin

Gambar 1st Syawal raya tahun lepas, 2014

IMG_1251

IMG_1255

Merah biru tahun lepas. Tahun ni aku pun tak pasti nak sarungkan depa warna apa coz the boys ada 3 warna baju Melayu yang dah siap aku tempah. Sang gadis pula pun sama ada 3 warna, mak nya yang berwarna2. So nanti ler malam raya kang aku pikir for them nak pakai warna apa yek.

Dengan rasa rendah diri, andai le korang sakit hati sakit jiwa sakit mata baca blog Kak Red, ni akak mintak maaflah yer. Tulisanku, lawak jenakaku, kata2ku. Mungkin masa bertemu akak tak bersalaman dan tak senyum meleret, mohon maaf ye sesangat.

So all, kosong-kosong, salam bermaafan. Salam Syawal Semoga ini bukan Ramadhan dan Syawal terakhir untuk kita bersama.

Terima kasih Allah untuk Ramadhan yang indah dan Syawal mulia.

Comment: 7

Cambodia to Vietnam…

Assalamualaikum

Sedikit ingatan untuk yang ingin membantu masyarakat dan muslimin di Kemboja.

Remember akak ada pergi Kemboja last year ngan Pak Aji and adik bongsu untuk misi yang sama. So untuk tahun ini dipanjangkan awal2 untuk kalian yang dok nak kata nak join nak join nak join, sama ada dari segi kewangan, barang dermaan or even pergi sendiri physically.  Ada 3 options, first untuk Ramadhan, 2nd untuk Qurban dan third untuk hari2 biasa.

i cuba explain batch by batch kay.

 

0e6e808d35eaab3db57b6816d9b09cca

 

untuk makluman muslim kemboja sana memang sangat2 miskin, ada yang dalam category fakir miskin jugaklah. Gomen depa takde bagi funds, so dari dermawanlah depa berharap untuk menderma for their schools, rumahs, kids etcs. Boleh refer kat entry2 akak on Cambodia, camne surau/sekolah/rumah/kampung depa yang sangat2 uzur. So saluran wang dan derma tak pernah putus datang dari seluruh dunia gak tau, Malaysians memang famous to help the Cambodians too.

Untuk bulan Ramadhan, sekiranya mahu lanjutkan derma kalian, bolehlah tengok2 borang ni and boleh contact akak or Ustaz Hafiz dalam number tertera. Lagi 2 numbers haji hajah tu, depa tengah not available right now.

c8f20ec87fd561584e193f0db615a4c7

for Qurban, hari raya kedua biasanya dah terbang ke sana. So sebelum raya qurban tu nanti akan ada ramailah yang nak bayar bahagian qurban/akikah memasing gak. Harga is a bit cheaper than KL, for Korban is RM300 per bahagian dan Akikah pulak is RM550.

I memang letak semua qurban anak beranak di sini. kesiannya depa sangatttttttttttttttttttlah setahun sekali jugak dapat merasa daging qurban nih. Depan mata akak gak aritu 7 lembu dikorbankan. In less than 2 hours tau, laju betul depa sume buat keje. itu 2 hours siap bungkus kemas tempat qurban gak yek. dia tak cam kita nak kena ada proper khemah segala bagai. Depan rumah Tok Penghulu kampung je depa settle semua.

So kalau keen, boleh contact Ustaz Hafis or even Kak Red. Tu dia number aku pun terpampang diletak dek Ustaz.

Dan untuk sesiapa yang nak ikut sama ke Kemboja mahupun Vietnam, ada trip dijalankan sambil kita buat qurban tu.  Boleh refer itinerary kat bawah nih.

Macam tahun lepas akak round Kemboja jer but for this year, depa sambungkan ke Vietnam. Insyallah 5,6 of my anak beranak akan turut sama. Mehlah.

6f163bae8bd9c3ba3392441f06954c41

68a051930cdb04ab21a9e623268fd9e5

c0ffb559c36fd84ed1597085d124b1e1

2c5361e5f53c8272a5c7a200295a61c2

cef64c2c8f696caa25c25ba584e79c55

 

3de727fc2e12365ebf37483070422052

 

Jadi harga untuk package ialah RM1,000. Untuk flights kena arrange sendiri (my team dah siap bayar for the flights coz nak kejar harga murah). Jejemputlah berminat, ramai jer aritu cakap kan, so  akak dah advanced bilang nih. Ada extension pergi Vietnam gak tuh, ai dulu tak sambung ke sana pung. untunglah korang.

b1ad14acd11be15ae9313cb1b1f1e403d75109c4c4669e6580e8899b195cecd9

 

Semoga dengan rezeki yang kita ada ni, dapat dipanjangkan buat mereka di sana. Untuk reference for Cambodia trip akak last year, boleh refer sini, selain beramal jariah segala kita buat a little bit of charity and buat jugak shopping sana sini hehehhehehee. ting!

http://redmummy.com/category/cambodia/

Sesaja tips, hangpa bawak sports shoes, or trail /hiking boots or even selipar cabuk sudah. Ko jangan pakai kasut cecangih segala. akak pakai loafers aritu abis kau kotor piang kena lecak hahahahaa. Kindly contact Ustaz Hafis 016 971 6045 untuk urusan derma, either ramadhan, qurban mahupun berterusan.

Harap pepanjangkanlah yeah. Akak pun insyallah tahun nih, sambung lagi qurban buat di Kemboja ni gak.

Amin.

Comment: 8