Red House

Lelampu merah…

 

IMG_0794

amacam raya?

ini first entry harian selepas bercuti Syawal. Cerita pun masa dalam Ramadhan hari tu gak.  Aku pergi sorang2 ke kedai lampu nun kat selepas Jalan Pahang sana, kebetulan a few days before aku ada event somewhere and perasankan kedai ni, so apa lagi, break 2 jam kerja lunch Fri aku pergi le redah. Sejam settled.

IMG_0781

tak amik pun hok nih…memang ler asal merah je geram but tak sesuai ngan rumah merah, nak letak mananya

 

IMG_0785

kalau jumpa ni awal, mungkin dah beli ler ni but tunggu le apa yang jahanam rumah baru baru ganti. Skang sume serba baru je kan, tak yah  nak beli sangat

IMG_0787

best gak le kedai lampu ni, harga reasonable. Cuma bila mintak diskaun, Ya Allah kedekutnyaaaaaaaaaaa

 

IMG_0807

Padahal beli 3 pairs tu (6 bijik)

IMG_0764

tepi kiri merah ni aku amik, atas tu pun aku amik gak

IMG_0770

ni aku tak amik ler

IMG_0774

ini pun aku amik, siap ada untuk usb, boleh pasang lagu. Depa bagi usb nya skali. Jadi kita letak lagu raya kat usb tu, so berdengung le sikit rumah aku ngan lagu raya 24/7

Hasilnya…

semua hasilnya…

di episod akan datang 🙂

Comment: 9

In Law’s buka puasa at the Red House…

IMG_0331

hah singsing lagi kak red!

apahal le ko kan ngan telekung dok masak. Aku abis zuhur but nak tunggu Asar. In between pun ngah masak berlari amik anak tuition (laki aku uruskan banyak errands aritu so kena subcon kat bininya ler). Aku dok mula masuk dapur dari jam 2pm. Ada about 30 guests nak datang berbuka hari tu.

IMG_0335

jadi, aku tengok apa yang takde kat dapur bagai, so kena ler start berkuali piok belanga. Finally aku settled ngan few dishes. My assistant of the day seperti biasa ler sapa lagik kalau tak Kakak and Bibik. Masa tu le bendi abis, cili boh abis, segala mala habis (yelah hari biasa kan Mak Ajah yang chef nya). Ni mak aku dah pi umrah.

IMG_0341

Siap segala masak. dan family pun dah berturut sampai.

IMG_0346

Ini keluarga mertua aku, tu mem besau, my mak mertua. Segerombolan dari Kapar, Shah Alam semua menjenguk sama. Dah planned and berjanji for them to visit the Red House, for the first time. Sambil berbuka sama gak lah.

IMG_0350

Lauk pauk mostly aku masak, tapi ada jugak laki aku beli dari bazar ramadhan buat penambah selera dan juadah

IMG_0352

I served nasi arab. Untunglah aku buat ads on nasi arab, so dapatlah jugak aku tau betapa sedapnya nasi arab nih. Tapi tu ler aku buat sekotak, nasi putih memang ada buat back up.

IMG_0357

nasi arab tu lawannya dengan ayam masak merah, sambal sotong, bayam hijau, ikan selar goreng, ikan masin, dan memacam lagi lah. Tu dia kelentung kelentang sesorang yek sediakan juadah. Asalnya potluck, so memasing patut bawak food ler tapi semua tak bawak hahahaha…nasib baik le aku memang masak sekor ayam tu untuk reramai datang. Kalau aku buat sikit je (assumed reramai bawak potluck) kompem le tak cukup.

Alhamdulillah cukup, siap ada balance lagi tapau bawak balik sikit aku bekalkan for depa punya sahur.

IMG_0362

ini kakak ipar aku, paling lambat sampai, dah abis orang berbuka. Depa sesat. Hiks…pakai la wazeeee lenkali. Rumah lama ngan rumah baru ni 4 minit je distancenya pun.

IMG_0364

Ini last lah buat memakan besar untuk Ramadhan. Pasnih dah nak raya. lagipun aku nak rombak susunan perabot, carpet2 yang dok baru beli tersorok tu akan dipersembahkan hiks..

IMG_1530

meanwhile yang kekecik dok main skooter…happy je bebudak nih

IMG_1536

dah macam Syawal, siap dengan package bunga api gak laki aku provided. Beli kat bazar ler tuh.

IMG_1537

masa aku ngah kat atas solat kot, tragedi kaki kakak tersepit dalam nih! Ini jiran aku punya side. Dia dok main punya menggalak, hah sampai tersepit kaki. tak boleh nak tanggal pulak tuh. Adik ipar aku pakai car jack yek nak bagi kaki dia lepas keluar.

Kak nasib baik ko nya selipar tak jatuh ke longkang yek

oh kakak tahan, tau kalau jatuh takde sapa nak amik selipar kakak tu. Ahaks!! panjang akal, dalam keadaan darurat masih lagi mampu untuk mengawal situasi.

Thanks keluarga mertua datang ke teratak merah kami.

Jumpa kita di Syawal mulia. Insyallah.

Comment: 9

Misi Bunga berjaya! WH FLoral!!

IMG_0370

Hari Ahad, memang penuh lah jadual. Nak mengejar Syawal. Selepas jer Zuhur, terus aku laki bini keluar, memula kedai kat rumah ni. Beli 2 barang, kena pasang kat Red House by this week too. Alhamdulillah dah pasang pun bendanya. Kan ada belakang tu ada Samsung’s robot vacuum cleaner. Hah tu pun aku berajat nak beli gak, one day, not now ler. Skang ada maid, tak yah ler nak beli.

IMG_0375

Destinasi seterusnya di WH Floral Trading yang korang dok promote suh akak pergi tuh. Yeah aku dah sampai. Thanks korang bagi idea and tips untuk bukan mak bunga nih. Seriously I am not a bunga person, tu yang tak tau langsung tetempat macam nih.

IMG_0378

Terpegun masuk dalam nih, rasa masam nak beli 10 benda, but perlu diingat, duit bukan dicetak dengan air liur.

IMG_0390

bowl ni nak bowl tu nak, eh lawa2 ler semuanya!

IMG_0385

sini pun rakus mata, tengok je lah. paling kecik cinonit letak candle tu pun dah kat RM50, tu paling kecik.

IMG_0392

yang on the right side tu ada aku amik, dapat harga diskaun 30% coz display unit, takde stock. Yang aku nak tu ler takde stock pulakkan

IMG_0400

kalau korang kaki bunga, memang patut ler repeat datang sini banyak kali

IMG_0402

apahal takde merah hah. merah yang ada pun macam pinkish ke purple.

IMG_0407

suka aku tengok benda bulat glitters ni, yang kecik dah takde stock pulak

IMG_0409

hah tengoklah sepuas hati, mesti ada yang tak tau gak WH Floral kan, so ni akak kongsi sama

IMG_0413

merahhhhhhhhh!

IMG_0417

betullah kata korang, bunga plastik tipu dia memang nampak macam real jugak bila tengok dari jauh. Kena rasa pegang baru tau ooo tipu rupanya

IMG_0418

kami berkenan yang ni hah

IMG_0424

bersungguh gaya mak encik bercerita kat lakinya yang macam cepatlah cerita bunga bini oiiii

IMG_0426

buat hiasan, mau tak mau

IMG_0434

ini bapak besar punya bunga. Harga RM800 tapi ada 50% off

pasu tu jer dah 200 kalau beli asing. gubah2 beli bunga lagik. aku memang tak geti gegubah ni hahahaaa

IMG_0443

ini laki aku gubah kat situ gak, pakai vase yang kononnya aku berkenan. tapi tak kena. kena pakai yang putih vase tu jugak baru IN

IMG_0445

Kami sudahi dengan 3 jenis barang sahaja. Yang berplastik bakul nih bukan kami punya, ada orang lain punya, dengaunya mak andam, dia nak buat andaman ler kan. Baguslah kalau tangan jenis pandai ngubah2 nih, takat deco rumah ke hapa aku geti ler, takat olah2 ayat aku terer gak, buat pantun pun aku terer gak tapi tang deco2 bunga memang bukan jalinan aku lah.

So all, thanks for the idea yang bantu akak dalam entry misi bunga nih. Korang boleh refer kat situ jugak coz ramai readers bagi tips on tetempat dalam Klang Valley untuk cari bunga. Aku pun refer kat situ.

Mission accomplished. Alhamdulillah. Mai lah rumah kiter…dah ada bunga. wakakakakkaa.

Comment: 9

The Red House’s buka puasa…

IMG_9902

aku start masuk dapur at 5pm, kelentung kelentang sesorang. Kakak ada ler menolong kejap, pastu dia ikut apaknya ke bazar Ramadhan. Bibik aku rimas kalau dia ada sama kat dapur ngan aku, so tiap kali aku masak, memang Bibik tak pernah ada, ko dok le jaga Zeeshan or buat ironing, pun tak per.

Around 630pm, my parents and adik beradik lain pun sampai.

It has been blocked that on 27th June, buka puasa at the Red House. Selain dari besar dan gamat leh sumbat ramai manusia (alah rumah VA kecik dulu pun sumbat gak semua manusia). So a potluck buka puasa. Anyway aku masak simple jer, asam pedas tenggiri + kembung (kena gak taruk kembung in case tenggiri tak cukup), bayam air, ikan goreng. itu jer.  Lelain sume bazar and potluck.

Tengok air depa bawak, memacam colour! biru oren merah hijau, complete!

IMG_9911

Air dalam flask tu, special Mak Ajah punya tuh…sesambil tunggu nak bukak puasa, ada yang lepak sini, ada yang lepak sana, tengok tv ler, surfing ler. Udahlah laki aku bukak pulak free wifii (yet aku tak agree, pasnih jangan bukak lagi dah) biarkan orang tak boleh nak main hp, biar bercakap ngan manusia!

Dulu ye ler aku bagi, but pastuh, eh ukhwah lagi afdal.

IMG_9913

Badan mak aku sesipi jer ler, (tudung tak pakai). Secara amnya, ini pertama kali kita makan kat meja makan panjang besau kat depan tuh, ye ler kat belakang tu kecik untuk 6 orang jer, takkan nak makan kat dapur pun kan. Aku sebelum tu memasak ngan baju tidur jer, orang dah ramai datang baru ler nak bersalin baju, kalau tidak dah macam assistant bibik pun ye gak aku kot arituh.

IMG_9918

The juadah, some beli, some masak. Ohai.

Cerita bazar ramadhan, setiap hari aku pergi (coz laki aku kan tak buka kat rumah, dia kerja odd hours), so mak ajah memang masakkan (but pasnih mak pi umrah, siap le aku kena kelentung kelentang masak plak weekdays), jadi aku memang tak de hal ler weekdays memang mak aku masakkan (she cook at my house, bahan dari rumah aku but pastuh she bawak balik to her house, ada le anak2 menantu cucu lain makan sama gak). So aku cuma beli kat bazar macam kekuih or laksa bagai untuk 3 orang tuh (abang kakak and maid), buat makan after tarawikh.

Lelauk campur aku tak beli, coz dah siap masak by Mak.

Jadi tiap kali belanja, biasanya lam RM15 jer, Paling max pun ada sekali RM19.

Hari buka puasa reramai for my side nih, laki aku pi ngan abang kakak bazar Ramadhan Tasik Permaisuri (his first time there). Bila depa balik, tangan penuh nih. aku punya tepuk dahi, sampai almost RM100 depa spent! OMG, pasnih korang tak yah pergi ler, biar mak korang je pi bazar tu. Apa le apak ko beli sampai 3 bungkus kueytiau, kalau nak beli 3 bungkus baik le aku buat, lagi sodap. Bazar tu buat beli sebungkus2 jer, buat rasa makan reratah reramai.

Ni tak masuk mana yang family aku bawak gak.Tapi alhamdulillah takde pembaziran. Reramai bungkus bawak balik for sahur, ada yang aku bungkus bagi guard rumah too.

IMG_9924

Pastuh kita wrap up ngan Isya and Tarawikh, adik bongsu aku imamkan.

IMG_9947

si kecik tu, few seconds je kat situ, pastu dia lari pusing jemaah. Mana ngan video ipar aku amik dia terlanggar sejadah, tapi siap betulkan balik tu yang molek perangainya. Mana yang dia langgar air suam, kena sejadah. hahahahah Zeeshan nih!

IMG_9939

dah menjelang midnite, kita berlawan chess. Dari abang aku ni dululah aku belajar main chess, tapi dia tak ajar, dia main ngan jejiran tetangga, aku dok perati je cara steps dulu, pahamkan bagai baru aku main sama kemudiannya. Dulu dia buli aku, masa aku 11-12 taun on chess ni ler, sekarang, kita main 2 games, dedua aku checkmatekan dia hiks..

Alhamdulillah, selesai buka puasa at our red house for my family’s side.

Insyallah, untuk family in laws pulak. Yang membaca hah, potluck le jugak yek. Mak Tam masak sesimple 2-3 dishes jer, pastuh penuhkan ler meja ngan juadah kalian. But perlu diingat, apa yang left kena bawak balik untuk memasing sahur. I dont like pembaziran. Takde sapa pun suka, luluh hati kalau ada yang kena buang. Nak makan perut bukan boleh santak semua.

Tapi tu ler, mak nak pi buat umrah lagi end week nih, sampai raya. hehehehe, jadi lipas kudung le aku pasnih kena masak segala. Kalau tidak balik goyang kaki je lauk dah siap bagai. Dah rutin, mak ajah memang akan sentiasa buat Umrah di bulan puasa. Hangpa pun dah hapal gak cerita ni kan. Insyallah mak, kita jumpa di bulan Syawal.

Comment: 8

Final entry for the Red house…

i think i think

ini entry terakhir about our Red House, not gonna share dah kot anything bout the house melainkan necessary. Coz mak malas hahahaa….seselit sesambil lam entry bolehlah but to do one special post bout the house, oh tak yah lah. Cecukup ler. Penat buat revealing nih.

Masih lagi pasal sebelum officially pindah, i think macam a day before pindah gitu.

IMG_8197

The shoes cabinets siap, but for this one the mirror doorsnya belum pasak lagi, but we just want to get rid our boxes asap, jadi kita susun ler dulu apa yang ada kay. My little assistant got so excited to susun his shoes, kasut aku dia susun sesikit jer, kasut selipar dia yang dia sibuk uruskan

IMG_8200

The cabinets ni actually mana le cukup, walaupun kasut mak korang takde ler macam Imelda Marcos kot. So aku ada lagi satu shoes cabinet, in my room, also we have another shoes cabinet for daily/kasut2 sekolah too more to outdoor.

but alhamdulillah ler my kereta dah takde lah penuh ngan shoes anymore, at my office too, dah berkurangan sangat. Semua dah aku bawak balik. Masih lagi ada le kat opis tu macam sesikit but better ler dari dulu (30 pairs kay kat opis aku).

IMG_8266

so sebab dah pindah, boleh le tunjuk gobok bags rumah lama dulu. Hah 2 cabinets tu, campur lagi ngan satu lagi section (not in the picture). Sebab tu lah setiap kali nak tukar handbag, aku kena bagi weekly list tu kat laki aku (if RD takde, Abang kena help out amik panjatkan), coz pakai tangga takut, pakai kerusi tak sampai pulak.

But skang gobok bags kat rumah baru, tak perlu dah bantuan depa hehehehe, itulah yang laki aku tekankan sangat, tolonglah jgn lagi suh ai amik kay. He probably miss the job now, hahahaa.

But too bad, gambar gobok bags yang baru, tak dapatlah nak dikongsi, tak kira le memana social medias, aku tak leh nak share. Sapa datang visit jer boleh tengok, pun gambar tak dibenarkan amik. Wah, bahaya mar…

 

IMG_8278

melampaulah kan nak bawak bags2 aku naik lori, so pakat korang ikut mak korang ke mana saja. Ada member aku main lepas je barang berharga naik lori, bila movers unpack, menangiss….all gone. Jadi semua bags2 ni, aku kakak and her cousins (anak2 buah aku) tolong angkat sama ler, tak muat kereta aku, sumbat kat kereta laki aku, pastu sorok somewhere kat Red House baru dah lama sikit baru susun cecantik lam ‘rumah’ depa. Pun aku buat sorang, noone can sesibuk hahahaha

IMG_8228

This is a day before our actual moving day. Hari menyambut 5 lories (out of 7 deliveries, lagi 2 deliveries hari lain). 7 lorries ialah lori2 dari furniture yang kita beli. Some aku dah tempah sejak 2 bulan lepas, ada yang a month ada yang a week before pindah. Perasan kan entry aku pi sengsorang carik furniture (ada 1-2 je laki aku ikut, hah ini ler yang kita dok tunggu).

Kesian sangat ya capeknya. Ini yang tempat aku duduk masa ni belum siap the meja pc, panjang and L size. customize by Abang red cabinets kami. Tangga tu dah mentioned kan, itu menghala ke loteng, nasib baik ler buat loteng, rumah dah besar pun masih lagi banyak barang nak disorok kahkahkah tapi tu ler bila dah ada loteng, once a week naik pun tidak.

 IMG_8248

Zeeshan yang dah berlengging, duduk diamkan dia jap.

Pada hari kejadian official pindah tu, walaupun cuti sekolah, aku tumpang hantar dia sehari kat sekolah nun, first time dia duduk sehari, biasa half day jer sekolahnya. Kawtim ngan Brainy Bunch, thanks aunty Dee and aunties lelain jaga Zeeshan. Eloklah dia takde hoi, orang bz kedaung pindah rumah coz knowing him, kang kita bz sini sana, dia bz ngan dunia dia, bahaya bahaya.

IMG_8233

my mr diy, ngah pasang meja makan for our kitchen. aku dah mampu tengok jer ler heh….tak mau dahlah pindah rumah lagi hahahahah

IMG_8235

but at least half of the island “longgokan barang2 kotak2 pindah’ yang tempat pakcik ni duduk dah cleared banyak, mana yang hantar ke atas, ke bilik memasing. untuk ke loteng haritu ada one time aku pakai 5 assistants (kita buat train bertingkat passing barang). cepat dan pantas.

 

IMG_9729

 hah the shoes cabinets, the first one. the number 2 and 3 shoes cabinets, lain taun la tunjuk

top row atas tu, for boots

IMG_9726

ini pulak bila ditutup. memang ada 3 mirrors, ada guests tak perasan pun shoes cabinets bila masuk rumah, coz bemirror kan.

ya tu jer lah leh tunjuk2…belah kanan tu pun almari drawers yang aku customized gak, in red colour. Nak buat lagi satu set kecik, but maybe akan datang….i love the shop yang buat nih, most of the stuff dari Red House memang datang dari kedai tu jugak.

insyallah, sapa nak datang rumah, jemputlah Syawal ni. Dont think we gonna do an open house, but everyone are welcomed, insyallah.

Comment: 9