Misi bunga…

IMG_9952

hoi aku carik bunga!

dalam sejarahlah sangat ni cari bunga kay. So pergi le ke SSF Cheras area rumah aku.

apa ke gila memahal bunga kat sini, or memang bunga plastik ko mahal merata dunia gak? Aku nak sejambak. sejambak tu for eg dalam 300 – 400 gak tuh, tak masuk vase plak tuh.

IMG_9955

jadi macam tak worth it le beli bunga kat sini, sesungguhnya aku rasa mahal sangat. Macam kat belakang aku tu kan, bebunga tuh, ridiculously too expensive,Ā  for me ler. Baik pi ulang alik beli kat petaling street nun, hari2 beli bunga fresh, Sejambak dapat 20 pcs tu RM18 je. Kot pandai jaga boleh tahan gak seminggu kan. Tapi tu ler nak ke PS tu hahahaha, pagi2 buta pulak tuh. Oh meng.

so anw, aku beli lapik meja and container air je. Takde langsung beli bunga. Orang selalu kata, ko bukan tak mampu, but i dont want to pay lah benda2 merepek ni. Bags tu tak merepek. Jadi makanya, kena usaha carik beli tempat lain ler. Ada le aku google, kat Bangsar ada kot. Tak pergi tengok lagi.

Korang ada idea nak cari bunga plastik ni kat mana? Kot aku tak tau, orang lain pun sama tak tau gak, nak gak tau mengepoh. Masa nak bayar, laki aku pi jadikan aku member. kahkahkah. Katanya birthday month dapat special discounts, dia suh aku pi shopping masa birthday month (yakni bulan ni ler). Panjang le akal ko RD.

Jadi gang, mana kedai bunga yang around KL yang harga tak membunuh sangat ler, tak yah le nak grand sangat pun, sedang2 pun boleh. Share2 ler, Friday mar…murah rezeki. Thankies.

 

 

Comment: 20