Astro On-The-Go

Tonton Astro tanpa TV secara PERCUMA!

.

.

IMG_2355

Yes, you heard it right! Tonton Astro tanpa TV secara PERCUMA!

Semua pelanggan Astro akan dapat menonton saluran-saluran di Astro secara PERCUMA dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Astro Go yang sebelum ini dikenali sebagai Astro on the Go.

Astro on the Go ni memang dah lama la Akak guna, memang dah jadi favourite apps kat mobile Akak pun 🙂

Tapi kalau korang nak tau, yang bagusnya, aplikasi baru Astro GO ni telah dipertingkatkan dari segi antara mukanya di mana ianya lebih kemas, teratur dan lebih bersifat intuitif ditambah pula dimuatkan dengan kandungan yang lebih relevan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa setiap individu.

From the left, Ridhuan Sidek and Liew Swee Lin

From the left, Ridhuan Sidek, Vice President of Digital Products and Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer of Astro, orang kuat di belakang Astro GO

Apa yang Akak paling suka pasal the new Astro GO ini ialah salah satu featurenya yang best sangat ialah Download2GO. Akak kan selalu travelling, even baru-baru ni pergi roadtrip 5 hari sampai ke JB, so kebiasaannya dengan menggunakan Download2GO, Akak siap-siap download programs Astro kegemaran Zeeshan so dia boleh layan semasa dalam kereta or even during our stay in the hotel dari iPad dia. Korang tau la kan, budak-budak bila jalan lama-lama jauh pulak tu depa quite cranky tak senang duduk dalam kereta, so Akak bukakkan Astro GO bagi dia tengok ha aman la sket 🙂

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa semasa pelancaran Astro GO

Lagipun kita sekarangkan zaman mudah alih, semua benda berada di hujung jari jer, semua benda boleh dilakukan hanya menggunakan mobile device. Begitu juga Astro Go ni.

Memang korang kena try, boleh download secara PERCUMA aplikasi Astro GO ini melalui App Store ataupun Google Play. Alternatively, boleh juga mengakses Astro GO dari web di http://www.astrogo.com/

AstroGo_Redmummy

Akak dah download, dah pakai dah pung 🙂

AstroGo_Redmummy2

Lagi satu nak kabo kat korang, ada Saluran Baru Eksklusif di Astro GO dan salah satunya ialah K-PLUS untuk peminat tegar drama siri Korea! Ha kalau nak tau anak dara Akak si Kakak tu memanglah peminat tegar cerita-cerita Korea ni, tapi sian dia maklumlah kan sekarang dia duk asrama so banyak lah episode dia dah ketinggalan. TAPI bila dia tau ada K-PLUS kat Astro GO ni, so bila time kitaorang datang melawat dia kat hostel, sempat lah dia tengok satu dua episode drama siri Korea dari Astro GO tu. Jadilah lepaskan gian orang cakap 🙂

Sekali sekala bagi la chance kat dia,  bagi dia lepas stress terperuk belajar jer kat asrama tu, tul tak?

AstroGo_Redmummy3

Kalau drama Melayu pulak, Akak anak beranak memang layan, tapi Hubby tak la. Kadang-kadang mana ada masa nak tengok, balik kerja kemas itu ini bagai dah nak masuk tidur! Tapi yang syoknya time nak tidur tu sambil baring-baring atas katil, bukak Astro GO jap layan drama Melayu hiks, pastu sekejapan anak-anak lain panjat katil nak tengok sesama. So it’s become bonding time together with my kids berhimpit atas katil sibuk nak tau apa jadik dalam episode drama tu hahaha. Well it’s actually was a good family moment too.

 

IMG_2369

 

Personally memang convenient untuk Akak, sebab Akak boleh menonton di mana dan bila-bila masa sahaja. Korang kena cepatlah download ek, so dari 1 April sehingga 31 May 2017, selama 2 bulan semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka, berpeluang menikmati tontonan PERCUMA untuk SEMUA saluran televisyen dan kandungan On Demand di Astro Go tanpa mengira pakej yang dilanggan. Ha memang untung sangatlah ni 🙂

Bukan pelanggan Astro pula, jangan gusar ataupun kecewa kerana korang juga boleh mendapat akses ke beberapa saluran Astro terpilih dengan memuat turun aplikasi Astro GO sepanjang tempoh di atas tadi.

Lebih menarik lagi, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka boleh menonton “La La Land”, sebuah drama filem yang dibintangi Ryan Gosling dan Emma Stone secara percuma menerusi on demand bermula 25 April sehingga 31 May 2017. Uish dah kira menarik ni, filem baru tu!

AstroGo_web

Astro Go via web – http://www.astrogo.com/

Tapi yang paling bagus sekali ialah no more fighting for the Astro remote control, or fighting nak tengok cerita apa. Maklumlah kan, my hubby memang nak layan English movies or sports channel, so yang lain-lain pulak ada cerita or programs lain nak tengok. Masing-masing ada favourite programs kan, I’m sure family korang pun sama, jadi Astro GO lah jadi penyelamat 🙂

So sorang boleh layan Astro dari TV, yang lain boleh layan Astro GO dari mobile devices or boleh juga dari web on PC. Masing-masing puas hati gitu dapat layan favourite programs masing-masing without fight gitu 🙂

IMG_2341

Selain daripada saluran baru dan kandungan on-demand yang terdapat di Astro Go, aplikasi ini turut menawarkan seleksi pilihan saluran Celestial Movies, Nickelodeon, DIVA, AXN, dan KIX serta bermacam-macam lagi.

Memang macam-macam pilihan dan channels ditawarkan, Akak dah siap landing on the bed ni nak layan citer La La Land pulak, so korang cepat-cepatlah download aplikasi Astro Go ni.

All in all, hari ini pelanggan Astro boleh menikmati lebih 71 linear channels, over 16,000 hours and 23,000 On-Demand titles dari Hollywood, Korea, Japan, China, Hong Kong and India melalui Astro GO, di mana dan bila-bila masa sahaja. Good job Astro!

Comment: 8

Astro On-The-Go Live Explorer Memang Syok weii!

48hours sponsored post

IMG_7028

Sebagai blogger yang berdedikasi dan komited chewahhh 😉 sesampai jer kat KLIA dari Milan aku terus pecut balik rumah mandi tukar baju bersiap dan terus cargas ke Sunway Pyramid untuk Astro On-The-Go Live Explorer contest event yang pernah aku blogkan dulu untuk sesapa yang nak join.

Tapi ade jugak yang komplen kat aku tak terpilih masuk contest tu, taper dik cuba lagi lain kali, jangan give up ok. Ade juga yang komplen sebab terlupa nak buat entry “I Am The Unstoppable Explorer!”, tu den tak leh nak cakap ape la kan, aku dah suh awal-awal lagi.

IMG_7038

Memandangkan aku just landed, so aku agak lambat la jugak sampai kat sana. So the explorer contest pun dah start la dah. Seramai 50 bloggers bertuah telah terpilih untuk masuk contest ni yang kemudiannya dipecahkan kepada 25 kumpulan yakni 2 orang setiap kumpulan.

IMG_7049

Ni antara peserta-peserta dalam rancangan The Apprentice Asia

Serupa ala-ala treasure hunt, cabaran Astro On-The-Go Live Explorer ni bermula seawal 9 pagi. Ke semua kumpulan dibekalkan iPad supaya senang untuk membaca clue yang diberi dan seterusnya menyelesaikan tugasan yang ada, total semua sebanyak 10 checkpoints, disamping itu juga mentweetkan the real time event dengan hashtag #astroOTGExplorer.

Boleh tahan mencabar la jugak terpaksa berlari-lari ke sana ke mari pusing Sunway Pyramid ni mencari clue dan checkpoints semua tu especially yang tak biasa dengan Sunway Pyramid ni, macam aku ni ha hehehehe. Basically tugasan kena menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan program-program yang ada dalam Astro On-The-Go. Siapa subscriber memang kacang jer la kot menjawabnya 🙂

P1130453

In between kitorang dihiburkan dan bergelak ketawa dengan lawak spontan dari raja lawak yang tak lain tak bukan iaitu Johan, dan ditambah pula dengan adanya Ajak dari Shiro, makin gamatlah suasana kat sini. Sungguh lawak la depa ni.

P1130482

Juga hadir memeriahkan suasana membuat performance and games ialah barisan pelakon Oh My English! seperti Jibam, Anusha dan Mazlee dan yang lebih utamanya ialah dengan special appearence hero malaya kita, Aaron Aziz.

P1130490

Tu lah masalahnya bila Aaron Aziz turun padang ni, habih block view permandangan aku disebabkan semua anak dara makcik-makcik berpusu-pusu ke depan nak berposing dengan abang Aaron kita tu. Makan hati aku duk belakang tak nampak abang ai tu 🙁 Dengan cargas aku bangun jugak join the crowd nak snap picture Abang Aaron aku tu 🙂

P1130443

Lakonan semula babak-babak drama Jodoh

Turut menghiburkan kitorang ialah persembahan teater muzikal yang membuat gimik dan lakonan semula setiap rancangan-rancangan di dalam Astro On-The-Go, dari drama ke filem samada cerita dalam dan luar negara sampai la ke drama Korea kesukaan korang tu.

IMG_7042

Selesai sudah explorer contest ni, so ni antara bloggers yang masuk. Depa tengah melepaskan lelah penat sambil menunggu announcement sapa yang bakal bawak balik grand prize Samsung Galaxy S4! Berdebar-debar tu, tapi kalo tak menang jangan la sedih-sedih pulak ek, yang penting kita had fun and enjoy!

IMG_7118

Dan jeng jeng jeng, tahniah kepada 6 pemenang bertuah ni! Miracikcit & Mahamahu, Leonhart90  & Blablablabber dan Penaberkala  & Rawlins! Bertambah lagi gajet masing-masing ek 🙂

IMG_7046

Walaupun aku tak masuk explorer contest tu, dapat aku rasakan dia punya exciting dan adrenaline rush untuk menghabiskan cabaran-cabaran tu semua! Maybe next time, adik yang komplen tak dapat masuk tu pun, next time kita masuk ek 🙂

Tapi jangan lupa subscribe Astro On-The-Go, so senang la nanti nak solve kan all the challenges kan dan on top of that boleh kita enjoy pelbagai program-program menarik dalam Astro On-The-Go seperti:

• Disney’s Wreck-it Ralph • Raja Lawak • MasterChef Selebriti • Jodoh • Oh My English • Pearl Harbour • Alice in Wonderland • The Thieves • CZ12 (Jackie Chan) • Hua Hee Everyday • Empresses in the Palace • Jang Ok Jung • TLC’s Cooking Challenge • Discovery’s Survival Skills • UEFA Champions League • UEFA Europa League • Barclays Premiere League • PGA Tour: Golf • Romantika •

dan bermacam-macam lagi. Tapi yang paling penting di mana sahaja pada bila-bila masa dan juga tak payah berebut-rebut remote Astro lagi hiks 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 11

I Am The Unstoppable Explorer!

24hours sponsored post

I Am The Unstoppable Explorer_Redmummy-BungyJump1

Walaupun aku ni kecik orangnya, bak kata orang bukan sahaja kecik molek tapi juga kecik-kecik cili api hiks, dan tak dinafikan aku ni kira adventures la jugak. Banyak jugak lah benda-benda adventures yang pernah aku buat. Contohnya aku masuk Fear Factor Malaysia, tapi tu citer dah lama, RD cakap citer basi dah tu. Hampeh dia tu!

I Am The Unstoppable Explorer_Redmummy-FlyingFox

Pernah jugak aku try flying fox, tapi flying fox ni kira macam basic jer la kot. Tak berapa mencabar sangat hiks…

I Am The Unstoppable Explorer_Redmummy-BungyJump

Tapi yang paling adventures yang pernah aku buat rasanya ialah bungy jump! Seriously bungy jump ni memang menggerunkan. Non-stop heart beat laju giler dup dap dup dap! Rasa macam tertinggal jantung kat atas. Yang paling scary was bila kita kat atas kat tepi platform sebelum nak jump tu. Dengan sayup-sayup tinggi dia, gayat jangan cakaplah. Seram sejuk rasa. Kalau tak kuat semangat confirm tak akan buat! But you know me, my determination memang kuat. Overcome the fear dan 1 2 3 lompat terus hahahha. What a great experience! Korang kena try la sekali bungy jump ni.

I Am The Unstoppable Explorer_Redmummy-Diving

So baru-baru ni aku explore new adventure pulak iaitu diving. Memang syok weiii. Ni baru belajar the basic skills of diving, so my aim nak dapatkan certification dia. Barulah boleh diving kat merata tempat.

Tapi bila kita explore all  these adventures, dah semestinya kita always on the move, outdoor mostly, so my best buddy of cos la my smart phone. Macam-macam tasks atau benda boleh buat dari smartphone tu termasuklah to catch up and watch my favourites TV programmes, thanks to Astro On-The-Go 🙂

RM AOTG

So adakah korang juga unstoppable explorer yang sentiasa mencari cabaran?

Jom join Kak Red dalam Explorer-On-The-Go contest yang akan diadakan pada 18 Mei 2013 (Sabtu) tak lama lagi. Time and venue pula hanya akan di reveal kepada shortlisted bloggers saje. Yup only shortlisted sahaja.

Astro On The Go

Camna nak terpilih jadi shortlisted ni?

Kalau nak participate dalam Explorer-On-The-Go contest event ni, apa yang korang kena buat ialah:

Tulis satu entry bertajuk “I Am The Unstoppable Explorer” dan ceritakan

• Why do call yourself an unstoppable explorer? What are your explorer characteristics?
• What were the challenges you faced in your most recent adventure? And how did you overcome them?
• In your opinion, what is the essential gadget you can count on in your adventures? Mobile phone? Tablet? Camera?
• Let us know how Astro-On-The-Go allows you to explore and watch your favourite programmes and the best of Astro anytime, anywhere.

Dan jangan lupa submit korang punya details kat form yang disediakan di http://blog.nuffnang.com.my/2013/04/18/astro-on-the-go-are-you-an-unstoppable-explorer/

Info lanjut tentang contest juga ada di link tu. Dan ingat sila submit sebelum 3.00pm, 13 Mei 2013 (Isnin) ya korang.

Hadiah-hadiahnya lumayan dong 🙂

Astro On The Go prizes

S4, iPad Mini, Nexus 7, iPhone 5 plus cash if you are an *Astro-On-The-Go subscriber!

So jumpa di sana ya explorers semua 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Astro On-The-Go is brought by Redmummy.com

Comment: 15