Astro

Tonton Astro tanpa TV secara PERCUMA!

.

.

IMG_2355

Yes, you heard it right! Tonton Astro tanpa TV secara PERCUMA!

Semua pelanggan Astro akan dapat menonton saluran-saluran di Astro secara PERCUMA dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Astro Go yang sebelum ini dikenali sebagai Astro on the Go.

Astro on the Go ni memang dah lama la Akak guna, memang dah jadi favourite apps kat mobile Akak pun :)

Tapi kalau korang nak tau, yang bagusnya, aplikasi baru Astro GO ni telah dipertingkatkan dari segi antara mukanya di mana ianya lebih kemas, teratur dan lebih bersifat intuitif ditambah pula dimuatkan dengan kandungan yang lebih relevan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa setiap individu.

From the left, Ridhuan Sidek and Liew Swee Lin

From the left, Ridhuan Sidek, Vice President of Digital Products and Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer of Astro, orang kuat di belakang Astro GO

Apa yang Akak paling suka pasal the new Astro GO ini ialah salah satu featurenya yang best sangat ialah Download2GO. Akak kan selalu travelling, even baru-baru ni pergi roadtrip 5 hari sampai ke JB, so kebiasaannya dengan menggunakan Download2GO, Akak siap-siap download programs Astro kegemaran Zeeshan so dia boleh layan semasa dalam kereta or even during our stay in the hotel dari iPad dia. Korang tau la kan, budak-budak bila jalan lama-lama jauh pulak tu depa quite cranky tak senang duduk dalam kereta, so Akak bukakkan Astro GO bagi dia tengok ha aman la sket :)

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa semasa pelancaran Astro GO

Lagipun kita sekarangkan zaman mudah alih, semua benda berada di hujung jari jer, semua benda boleh dilakukan hanya menggunakan mobile device. Begitu juga Astro Go ni.

Memang korang kena try, boleh download secara PERCUMA aplikasi Astro GO ini melalui App Store ataupun Google Play. Alternatively, boleh juga mengakses Astro GO dari web di http://www.astrogo.com/

AstroGo_Redmummy

Akak dah download, dah pakai dah pung :)

AstroGo_Redmummy2

Lagi satu nak kabo kat korang, ada Saluran Baru Eksklusif di Astro GO dan salah satunya ialah K-PLUS untuk peminat tegar drama siri Korea! Ha kalau nak tau anak dara Akak si Kakak tu memanglah peminat tegar cerita-cerita Korea ni, tapi sian dia maklumlah kan sekarang dia duk asrama so banyak lah episode dia dah ketinggalan. TAPI bila dia tau ada K-PLUS kat Astro GO ni, so bila time kitaorang datang melawat dia kat hostel, sempat lah dia tengok satu dua episode drama siri Korea dari Astro GO tu. Jadilah lepaskan gian orang cakap :)

Sekali sekala bagi la chance kat dia,  bagi dia lepas stress terperuk belajar jer kat asrama tu, tul tak?

AstroGo_Redmummy3

Kalau drama Melayu pulak, Akak anak beranak memang layan, tapi Hubby tak la. Kadang-kadang mana ada masa nak tengok, balik kerja kemas itu ini bagai dah nak masuk tidur! Tapi yang syoknya time nak tidur tu sambil baring-baring atas katil, bukak Astro GO jap layan drama Melayu hiks, pastu sekejapan anak-anak lain panjat katil nak tengok sesama. So it’s become bonding time together with my kids berhimpit atas katil sibuk nak tau apa jadik dalam episode drama tu hahaha. Well it’s actually was a good family moment too.

 

IMG_2369

 

Personally memang convenient untuk Akak, sebab Akak boleh menonton di mana dan bila-bila masa sahaja. Korang kena cepatlah download ek, so dari 1 April sehingga 31 May 2017, selama 2 bulan semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka, berpeluang menikmati tontonan PERCUMA untuk SEMUA saluran televisyen dan kandungan On Demand di Astro Go tanpa mengira pakej yang dilanggan. Ha memang untung sangatlah ni :)

Bukan pelanggan Astro pula, jangan gusar ataupun kecewa kerana korang juga boleh mendapat akses ke beberapa saluran Astro terpilih dengan memuat turun aplikasi Astro GO sepanjang tempoh di atas tadi.

Lebih menarik lagi, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka boleh menonton “La La Land”, sebuah drama filem yang dibintangi Ryan Gosling dan Emma Stone secara percuma menerusi on demand bermula 25 April sehingga 31 May 2017. Uish dah kira menarik ni, filem baru tu!

AstroGo_web

Astro Go via web – http://www.astrogo.com/

Tapi yang paling bagus sekali ialah no more fighting for the Astro remote control, or fighting nak tengok cerita apa. Maklumlah kan, my hubby memang nak layan English movies or sports channel, so yang lain-lain pulak ada cerita or programs lain nak tengok. Masing-masing ada favourite programs kan, I’m sure family korang pun sama, jadi Astro GO lah jadi penyelamat :)

So sorang boleh layan Astro dari TV, yang lain boleh layan Astro GO dari mobile devices or boleh juga dari web on PC. Masing-masing puas hati gitu dapat layan favourite programs masing-masing without fight gitu :)

IMG_2341

Selain daripada saluran baru dan kandungan on-demand yang terdapat di Astro Go, aplikasi ini turut menawarkan seleksi pilihan saluran Celestial Movies, Nickelodeon, DIVA, AXN, dan KIX serta bermacam-macam lagi.

Memang macam-macam pilihan dan channels ditawarkan, Akak dah siap landing on the bed ni nak layan citer La La Land pulak, so korang cepat-cepatlah download aplikasi Astro Go ni.

All in all, hari ini pelanggan Astro boleh menikmati lebih 71 linear channels, over 16,000 hours and 23,000 On-Demand titles dari Hollywood, Korea, Japan, China, Hong Kong and India melalui Astro GO, di mana dan bila-bila masa sahaja. Good job Astro!

Comment: 2

Astro 20 tahun dan peluang memenangi hadiah istimewa!

.

.

IMG_4020

 

Macam tak percaya, rupa-rupanya Astro dah 20 tahun menapak berdiri teguh kat Malaysia ni. Maknanya tanpa kita sedari, selama ini Astro lah menjadi peneman kita seisi keluarga, menghibur dan menceriakan kita dengan rancangan-rancangan serta saluran-saluran yang menarik mereka.

Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro. Sungguh meriah dan happening betul!

WhatsApp Image 2016-10-11 at 1.36.31 PM

 

CEO Astro, Dato’ Rohana Rozhan semasa ucapan beliau di majlis sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro tempohari memberi jaminan Astro akan terus cemerlang untuk masa hadapan, Juga kepelbagaian rancangan-rancangan baru akan terus diperkenalkan demi kepuasan hati kita semua.

20 tahun lepas, bermacam-macam perubahan serta inovasi baru yang telah diperkenalkan oleh Astro, contohnya seperti Astro on the GO yang memang jadi peneman Akak ke mana saja dan bila-bila pun boleh layan Astro, Go Beyond pula memberikan kualiti gambar yang lebih jelas, warna bertambah ceria juga bunyi yang padu menjadikan pengalaman menonton bertambah menarik, juga Astro PVR pula memberikan kita kebebasan untuk merakam dan mengulang tayang rancangan-rancangan favourites kita serta bermacam-macam lagi.

IMG_7386

 

Bukan itu sahaja, yang lebih menariknya antara perkongsian di majlis ini ialah di mana Astro telah membuatkan ramai orang bertukar dari zero to hero. Seperti contohnya Nabil, di mana kehidupan beliau sebelum memasuki Raja Lawak adalah seorang yang biasa-biasa sahaja, tidak dikenali orang ramai. Cuba lihat sekarang bagaimana selepas bersama Astro, Nabil kini terkenal seluruh Malaysia dan kehidupannya alhamdulillah memang semakin selesa.

Bercakap tentang rancangan Raja Lawak ni, memang rancangan kesukaan kami sekeluarga, terutama Abang dan Kakak tertunggu-tunggu untuk menonton rancangan ini. RD pula jangan cakaplah, kalau tengok confirm gelak terbahak-bahak punya :)

Rancangan lain yang Akak suka tengok ialah Gegar Vaganza. Maybe Akak orang lama kot tu pasal suka tengok rancangan ni hiks. Ni tak sabar nak layan Gegar Vaganza 2016!

IMG_3833

 

Happy 20th Anniversary ASTRO!

 

 

Astro20

 

Dan untuk kita semua, sempena ulangtahun ke 20, Astro akan memberikan 20 hadiah yang sangat istimewa and once-in-a-lifetime experience! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah:

Astro20-1 Astro20-2 Astro20-3 Astro20-4 Astro20-5

 

Perghhh memang best giler hadiah dia! Tak dapat pergi Disney, pergi FOX Studio pun jadiklah :) Confirm kalau menang memang pengalaman tak boleh dilupakanlah!

So amacam korang teruja tak?

Just visit https://celebrating-you.astro.com.my untuk cara-cara dan syarat-syarat penyertaannya.

Dan untuk menceriakan lagi sambutan ulangtahun ke 20 ini, Astro mengajak kita semua untuk memeriahkan karnival ekslusif  iaitu Astro Fest yang akan berlangsung di Sunway Lagoon pada 20 November 2016 ini. Ini adalah khas untuk pengguna Astro! Each Astro subscriber is entitled up to 4 tickets. So boleh bawak family atau kawan-kawan semua yey :) Ada pelbagai aktiviti seperti exciting games & prizes, live performances, celebrity appearances dan banyak lagi. Pergi jangan tak pergi ya!

 

 

 

IMG_4169

 

Tahniah dan syabas Astro! Bukan senang nak bertahan selama 20 tahun. Semoga akan bertambah sukses dan terus-menerus menghiburkan kita semua dengan rancangan-rancangan yang menarik!

Happy 20th Anniversary ASTRO! Korang pula jangan lupa join the contest, rugi wor kalau tak try test nasib :) Bukan kecik-kecik punya hadiah tu!

Comment: 2

The dokoh…

IMG_5618

Ini kurung suraya dokoh, ada 2 bijik dokoh besau kat badannya, tapi selepas few hours pakai, aku cabut. Hiks..I dont like it. Masa beli awal2 dulu takde le trending sangat. but kemudian macam kes yang top fishtale aku beli mahal aritu gak lah, dah beli baru perasan oh my merata2 ada jual. So ini pun sama gak ler, udah ler aku rasa masa beli bayau mahal a bit, some more aku amik 2 colours lak tuh. Hish…

 IMG_5524

I sarung dari awal pagi terus pi kerja, biasanya aku akan menyalin dalam kereta but dah nak mood mood raya nih and biarlah ramai orang tengok yang aku dah pakai dulu kain baju dokoh nih hahahaha, walaupun orang nak pakai masa raya, so aku dah pakai awal2 dulu. After work I terus pi event, unlike last year, cantik je aku awal sampai tapi taun nih aku sesat. Bila heavy traffic, aku baca waze pun lintang pukang dah salah masuk simpang. Husband sampai dulu than me. Haiyahhhh…Kitorangkan split asing2 locationnya, kebetulan dia ada conference that week so dapat ler join sekaki aku masa nih

IMG_5542

The same cronies for Astro buka puasa, wajibul untuk yearly event. Sesatunya event yang insyallah i never miss kot, lelain mungkin akak pass batton but this one wajib. Tapi sayang kepayang as years goes by, ai dah tak rajin nak snap gambar2 artists and specially with the handbags yet itulah trademark. Let the job goes to Beautifulnara :)

This is Beautifulnara and Redmummy’s teams

IMG_5553

Pun gambar yang ada full outift untuk hari tu selain yang di rumahlah…with the journalist from Metro, Syanty Octavia. Unik giler nama ko dik oi….

IMG_5633

The  next day nya ada lagi buka puasa di luar, kali ni boleh bawak the Red Family.

I rushed back home nak amik kids, patut RD datang terus ke Convec but he dapat habis conference awal and kita bertogether2 ler satu keter je lagi senang.

IMG_5681

We parked at KLCC but we jalan ke KL Convec, so banyak pitstops ler coz aku menyinggah habib ler (again) singgah memacam tempat gak lah..

IMG_5692

The red boys…

IMG_5705

Sebab banyak persinggahan, banyak le jugak gambarnya gak hahahaa

IMG_5770

hantu choc cake betullah budak ni

IMG_5823

habis buka puasa kita jalan kaki dok kejap kat depan park

IMG_5827

tetiba tourist sebelah tu tanya abang camne nak gi Pudu Raya, menggelupur le anak aku nak menjawab, mana le dia tau Pudu Raya tu mana apa bagai. Mamat tu nak pi Genting esoknya so esoknya la gak dia nak ke Pudu Raya. Den ajar ler sesikit on how to get to Pudu Raya from KL nun..

IMG_5643

Kok ada yang ingatkan akak merah beli bag baru coz ada paperbag Chanel tu tak de ler dik oi, dalam tu ada our telekung, banyak paperbags dalam keter tuh so kakak tak nak bawak bag besau yang biasanya kita usung dalam bulan puasa ni for berbuka bagai, so pakai le paperbag tuh.

So ini kain purple yang berdokoh yang akak tak cabut, sama sebijik dengan yang pink atas tu gak, cuma yang pink tu asalnya ada 2 dokoh gak tu yang akak cabut. Hok nih aku saja tak nak cabut. So dedua dah pakai sebelum raya, and dah boleh let go hahahaha. Tak tau ler bila masanya nak pakai lagik. Biasanya bebaju macam ni aku pakai sekali je kot.

Kakak punya dress jubah taun lepas pun semua aku dah let go since dia dah makin tinggi, itupun sama max dia pakai pun 2 kali je dalam setahun, so sangat molek cantik pekerti lagi. It will end up to my nieces gak nanti, barang baik lagi kan.

There, the stories of my kurung suraya, namanya kurung 2 dokoh nih.

Nanti aku pakai Minaz pulak, itu lagi ler kawan aku pi tolong belikan, siap tak tidur lagi tu beratur pagi buta depan butik depa, wohai…..nasib baik le dapat. Kalau aku nak pergi beratur bagai tu memang hidok le dik oi, akak tak koser….Berebut2 betul orang nak pakai Minaz….ai dapat 2 helai, one is online one lagi pulak tu yang kawan akak tolong belikan.

Comment: 1

Astro Kosong-Kosong…

IMG_9997

Dok sini tunggu member pi amik kereta. Rasanya over 10 years aku keje kat KLCC nun, ini  kali kedua gamaknya aku dok sini. Hiks…Boleh tahan sakit gak ler bontot dok sini menunggu ketenya sampai.

So anyway, this week banyak buka puasa di luar, sampai aku kena decline few invites gak dek kerna kesian anak2 yang dah lama tak berbuka ngan mak andeh nih. Tapi anak2 lagi suka gak kalau maknya takde, boleh bebas sket, yelah peti suara takde kan. Lagipun this week laki aku sama straight seminggu leh berbuka ngan family, jadi menyenangkan ler lagi kerja hakak merah.

IMG_9999

ai pernah pakai pun dress hijau nih, raya tahun lepas. Sekali pakainya, so ini 2nd round. Dekat setahun gap. Maklumlah semua beratus2 kain baju yang duduk dalam kotak, dah bersusun di gobok merah. Jadi easy akak mencapai. Saje ler pakai semula, specially si Rizalman hijau yang RM400 ke RM500 tuh, hah tu pun baru sekali je pakai. Tunggu next buka puasa ke event ler.

Tapi dia ada keluarkan kaler merah seii! adoi, tak sampai hati le nak beli. Mahal benau. Tapi merah tapi lawa. Tapi napa ada belt, tak nak aku pakai belt kat dress merah meletup kau tu

IMG_0094

The next day, attended the Astro Buka Puasa, at the Majestic Hotel.

IMG_0034

Eh eh, gambar ni kot ada fan kata rendang. Ai memang rendang dik, memang pendek :)

IMG_0033

For Astro, after so many years (due to his overseas trip ler, kerja ler) this year RD boleh temankan bininya. TQ TQ TQ

Kami datang berasingan, seperti biasa. Aku sampai dulu, about 10min later he sampai. Lega, kot tidak kena tunggu dia.  Tapi tu ler, boleh mengantuk redah traffic kat KL nun di petang hari.

Aku balik rumah memang jumpa jem gak, but campur jem bagai, less than 30min dah sampai rumah. Memang tak lama pun. Moving laju.

IMG_0049

I tak make up heavy, just the mascara and red lipstick

IMG_0054

mementang ko pakai high heels and hakak tak pakai heels ye Aza, action kau! I love this dolly, she looks after me so well, despite masa kat reception kena dingdong sket by their people.

IMG_0059

The food galore, jarang gila kan aku letak gambar food nih, but for today, special case. Rendang ayam! Finally dapat makan rendang ayam, ketiga2nya. ngan lomang plak tuh. Baguslah berat kalau naik.

IMG_0060

dan jarang jugak jumpa hotel buffet ada siput sedut!! ini yang RD cedokkan, wish kakak ada sama, memang kompem mak ngan anak dara berlawan sedut. You know dalam seminggu, 2,3 kali aku akan belikan kakak siput sedut. Sedapnyaaaaaaa lahai siput sedut masak lomak cili api

IMG_0063

Ayda Jebat

IMG_1460

Kia Fairy. She pakai sopan habis tapi pun still nampak sexy.

IMG_1462

Fasha, sekejapan dah kurus?

IMG_1466

Amyra Rosli, napa le artist2 Malaysia ni bila bergambar or even being interviewed tak nak carry handbags ke clutch ke, leh gak masuk lam RM. She s pretty btw.

IMG_1470

#kosongkosong Astro

IMG_0064

sepam lagi muka kak red kau, yang tak pakai in red at all

IMG_0070

Amelina, ni pun sekejapan je dah kurus. Masa dia baru keluar balik dulu, boleh tahan gak gems, anak bape Amelina? 5 kot kan? power ler

IMG_0091

My top is from #Zalia . Remember cam biasa use this code at Zalora for shopping there, baju kasut maknek sume can pakai one.  Entitle 15%. The code: ZBAPZDSU .

Kain pastel cantik by Chantek, butik di Isetan KLCC. Ini kali pertama aku gamble amik kaler light gini, biasanya all darks kan.

Clutch is by Anya Hindmarch and shoes is by Cipela.

Bila tengok Astro, ada satu iklan bersempena ngan raya nih, alahai sedihnya tengok iklan tu, menitik gak air mata aku. Kali ni depa tak pakai the pelakon but depa pakai the real people. Seorang anak bernama Herman, bekas penagih dadah yang dah lama sangt tak jumpa bapaknya, dan momohon kemaafan. Itu memang part memang kena amik tisu.

So sepanjang Syawal nanti, ada 168 program menarik from 16 channels of Astro. Dengan tema Kosong-Kosong, Tiada Noktah Untuk Kemaafan. Herman dan ayahnya akan jadi bualan di Ramadhan dan Syawal ini.

Thanks Astro kali ni dalam doorgift bag ada Surah Yasin dan Amalan Pilihan. Content pertama yang tak disangka will be given out to public during this Ramadhan Syawal.

Comment: 11

Saluran HD terbaru dari Astro!

48hours sponsored post

IMG_1733

Are you joining Astro HD Universe revolution

Tak paham la Kak Red, ape tu?

Well Astro HD Universe adalah kempen terbaru Astro untuk pelancaran channels HD terbaru mereka. Actually it’s already started dan korang dah boleh mula enjoy watching these new HD channels :)

IMG_1692

It was last week, pelancaran Astro’s new HD and SD channels ni dan korang dah boleh mula menikmati rancangan-rancangan ataupun drama kegemaran korang, sitcom, sukan, filem, dokumentari dan banyak lagi dalam HD mode yang sememangnya menakjubkan melalui 48 saluran HD.

Yup you heard it right. Astro sekarang mempunyai 48 saluran HD. Masih ingat tahun 2009, Astro hanya ada 4 saluran HD tetapi sekarang dah berganda-ganda banyaknya!

Dan 8 saluran HD terbaru yang diperkenalkan termasuklah Fox HD, Fox Family Movie HD, Fox Action HD, FYI HD, Hits HD, Diva HD, AEC HD dan Shuang Xing HD dan juga terdapat 2 saluran SD baru iaitu Zoo Moo (SD) dan Classic Chinese Movies (SD)

So now, Zeeshan ada new channel untuk dia layan ZooMoo. And he actually loves it. So tak la asik-asik layan Disney Junior 613 jer. So dia ada pilihan lain sekarang ni. Nice :)

IMG_5729-fox

Dan yang lebih menariknya ialah korang semua pelanggan Astro boleh menikmati dengan percuma 10 saluran baru ini (8 HD dan 2 SD) bermula dari 16 November 2014 sehingga 28 Februari 2015. On top of that, semua pelanggan Astro HD akan dapat menikmati access ke AOTG (Astro on the Go) dari 1 December 2014 hingga 28 February 2015. Channel yang boleh ditonton dalam this preview ialah Fox HD, Fox Family Movie HD, Fox Action HD, FYI HD, Hits HD, Diva HD, AEC HD, Shuang Xing HD dan Celestial Classic Movies.

So you guys better enjoy them now :) Sebab RD, Abang dan Kakak sememangnya enjoy semaksimumnya especially channel Fox HD, Fox Family Movie HD dan Fox Action HD ni. Pelbagai rancangan terbaik, aksi hebat dan filem menarik ditayangkan dalam channels ni. So depa memang la suka sangat, lebih-lebih lagi dah mula cuti sekolah ni, makin melekat la budak dua orang dengan 3 channels ni.

IMG_1678

Kak Red, boleh bagitau bape channels HD baru ni tak?

Ha baru akak nak cakap la ni…

So kepada korang yang nak enjoys these new HD and SD channels, boleh la tune in ke channel berikut:

CHANNELS CHANNEL NO
1.Hits HD 720
2.FOX HD 724
3.DIVA Universal 723
4. Astro AEC HD 306
5. Astro Shuang Xing HD 307
6. Fox Family Movies HD 430
7. Fox Action Movies HD 434
8. FYI HD 736
9.Zoo Moo 619
10.Celestial Classic Movies 321

 

IMG_5721-diva

For me, actually salah satu favourite channel akak ialah Diva. Macam-macam cerita best, reality shows, women programmes dan macam-macam lagi ada dalam channel ni. So bila depa kuorkan in HD mode, lagilah akak suka. Sedap mata tengok dalam HD mode ni, rasa puas sangat :)

So korang, akak dah bagi channel number for the new HD and SD channels tu, apa lagi jom join Astro HD Universe revolution :)

May the force be with you hiks :)

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 5