Zalora

Lady of Beruk…

IMG_9303

selfie kalau dalam keadaan huruhara, bila anak kau yang sibuk suruh selfie, macam ni jadinya. Nak focus kat pengantin pun hazab….

IMG_9327

Kita sampai dah nak dekat jam 2pm, huh biar sungguh macam dah lambat tapi luckily tidak, ramai orang lagi.

IMG_9330

Zeeshan hari tu memang my magnet ler, but untuk few hours je lah, lepas tu dia dah magnet balik kat apaknya…

IMG_9333

Sorry pengantin, gambar keluar blog :)

This guy is taken finally, dulu2 sokmo keluar blog aku, ramai le anak2 dara yang dok tanya khabar hahahaha…

IMG_9345

habis je wedding, kita bersidai dulu kat sini, oh ni di Menara TM. weddingnya kat Dewan Kristal tuh…

masa kat sini ada 2 girls, baya2 Zeeshan dok kat tangga tu, bukan main lagi anak aku terus datang tapi tak bertegur sapa ler, just dia dok sebelah bebudak pompuan tu. Sebab dah kat setaun sekolah kan, so PR ke main kau…

IMG_9369

Top is Zalora, Kain Jakarta, Kasut merah 5 inchi mengancam ni Cipela dan Prada handbag merah menyala

lepas tu, masuk parking, aku salin kain baju. Aku je menyalin, lain2 pakai je baju sama. Memang dah bawak sesiap.

IMG_9376

Nak pi banyak tempat hari tuh, carik goodies stuff for Zeeshan’s birthday also untuk menambahkan lagi the small2 items di rumah.

Dari BTR ke Permaisuri, area2 situ ler. Total kedai kita masuk ada 5 bijik dan satu lagi penutup kedai makan – QBistro.

 

IMG_9383

pastu dah banyak kedai, ada yang selang sebuah camtu, kita siap buat comparison lagik. Mana murah, askar pun ramai kan, so hantar askar le buat compare sana sinun. Kalau tak silap aku, kat kedai ni, ada tragedi (read di the end of this entry)

IMG_9387

entah apa ler, carik paperbag, but pastu tak jadi amik coz jumpa yang lagi best for kiddos punya doorgift

IMG_9405

dan pengakhirannya makan di QB, depa demand sibuk nak makan maggi soup lagi. This month je dah 2 kali korang makan maggi yek, no more. Dulu once a month or sekali dalam 2 bulan. Ni nak cuti sekolah, tunggu ler, lagi le meligat. Adiknya makan roti canai  kosong.

Ok dramanya kat kedai yang atas2 tu kan ialah kita kan amik all the goodies bags bagai, so nak amik tu tempatnya tinggi. Mungkin RD atau Abang yang capaikan ler. Dah banyak2 anak dan tangan ni semua hah, tak tau le ada salah sorang yang telah letak kat display bawah. Tak letak kembali ke tempat asalnya yang tinggi tu. Kakak kata abang, tapi abang kata kakak yang letak kat display bawah tu.

Tak kisah ler, kita tetap beli tapi mungkin yang depa letak tu lebihannya. Small matter le, biasa le customers buat gitu, or letak kat cashier if tak jadi beli kan. Tapi we bought a lot ler, macam2 barang.

So sampai dah keluar, dah bayar bagai, depa bertiga dah jalan laju, aku patah balik coz nampak 2 kosi kecik untuk letak kaki aku jual kat luar kedai tu, aku amik, bawak masuk. I was with Kakak.

Masa bayar tu, ada sorang salesgirl kedai ni, badan fatty pakai tudung, tapi lengan baju pendek, mulut dengan longkangnya nak bagi satu pelusuk Taman Tenaga tu dengar kot..dan ungkapannya: NI ANAK BERUK MANA YANG LETAK KAT SINI HAH

wah kau

aku tengok je barang yang dia pegang tu, memang sah itu dari part of paperbags yang family aku pegang earlier..ko rasa aku nak tengok je dia berukkan anak orang?

apa lagik, daripada aku diam and kuor kedai hati sakit, baik aku sakit hati dengan berlawan balik statement dia tu.

ANAK YANG AWAK BERUKKAN TU, ANAK SAYA. SO ANAK SAYA TU ANAK MANUSIA, BUKAN ANAK BERUK!!

dan aku teruskan menceceh2, walaupun tak sekuat suara si betina beruk tu (coz suka benau berukkan anak orang kan), tapi tetap aku dengan prinsip, fight it back! Kakak jadi witness. Cashier diam, sampai bila aku bayar bagi duit RM5 pun dia dok terpaku, konon mcm aku kurang bagi note, yet dia dok blur dengan aku punya bahas balas balik kat colleague dia.

Perempuan yang berukkan anak aku tu, tak melawan balik ler, dia dok masam muka tapi aku ada sound gak, amboi bukan main lagi ko cakap sekuat hati yek, ko ingat orang yang ko berukkan tu akan diam le ye, bape ramai dah customers ko berukkan? Dan hari ni ko dapat pulak customers yang lawan balik bahasa biadap ko tu.

Small matter je benda ni, tak perlu le sampai nak berukkan orang. tak perlu sampai nak bagi satu kedai dengar, ada ramai lagi customers lain dalam nih.  Ini kerja awak. Dalam linkungan kerja awak. Kalau ye pun awak nak maki, komplen menyusahkan kerja orang, hah ini semua paperbags yang aku beli ni, aku kena cabut price tag nya, lain kali letak tag tu kat tempat sticker scan ni bukan kat ribbon ni!! Takkan tu pun nak kena ajar?? ha tu kerja kau tau, aku dah menyenangkan kerja kau tak komplen, ini kau berukkan anak orang!

Lebih baik jadi mak yang melawan, untuk anak. Dari jadi mak yang pengecut, biarkan anak dibuli, family dibuli orang!

Kedai tu, bukan kedai 2inggit yang kat taman tenaga tu, yang selang sebuahnya, Supermarket apa tah namanya.  Pasni kalau aku datang lagi (of cos le aku akan datang lagi, kedai ni memang fav aku carik barangpun, ini kan territory aku) ko berukkan lagi anak2 orang lain pulak, ha ko tunggu aku jadi berukmakyeh.

Sekurangnya, biar keluar dari kedai tu dengan bermaruah. Kawan2 aku ramai yang jenis anak beranak kena buli sort of macam ni, disound2 begini, dok diam jer, pastu cite belakang, update kat FB and feel bad coz tak fight back, that s wrong lah, ada peluang ko kena balas balik, lepaskan jer, kita ni pelindung untuk anak2 kita, if kita tak fight back, kita failed to protect them, Mak macamanapun, akan tetap cover their anak’s ass, some more main beruk monyetkan orang pulak. Lain ler benda tu besau punya kes, ini takde kes pun. Bendul ler ko.

 

Comment: 10

Cut cut…

IMG_7392

hah pink bag tu kan, is my make up bag yang khas untuk dalam kereta. Jadi datang saloon dengan muka tak berhias at all, rambut kembang macam tu lah, while waiting for Kakak potong rambut, aku bermake up le sikit, tak de heavy mana pun, asal tak macam kak jah udah.

 

IMG_7402

I teman kakak potong rambutnya. Cik kak sorang ni bukan jenis yang suka berhias melawa, jadi walaupun dia bertudung tapi hadoih tak semenggah aku tengok rambutnya yang mengerbang (pada aku ler), kat dalam rumah tu. Dia pun dah mintak potong2 rambut. Cantik kemas je rambutnya bila dah berpotong pendek. Padanlah mak aku dulu suka benar memendekkan rambut aku masa zaman2 umur kakak ni dulu. Now I know. Cos aku pun sama cam mak aku hahaha…yelah kekecik dulu mana nak bergaya sangat, asal ada rambut sudah. Ceh…

IMG_7414

Dan aku pun sama potong rambut gak. Sikit je pun 3 inci. Tu tidur tu, tidur betul yek. Terteleng2 pala aku dok tidur mana ngan Michael dok kerat rambut aku lagik. So sleepyyyyyyyyyyy! Korang tidur bape jam hek? Aku tidur sehari dalam max 4-5 jam jer la kalau weekdays tu, if weekends tu lama sikti la tapi in between banyak bangun2 gak.  Tapi hari nak potong rambut ni memang mengantuknya lahai.

Kalau tak kerana dah delayed ngan rambut kakak tu, memang aku malas betul le sangat nak keluarnya.

IMG_7446

Pendek hok gini jer lah rambut aku pun.

I ada one project coming soon, to reveal kemudian insyallah tahun depan pun projectnya.

Top by Zalora, as usual guna code ni untuk 15% discounts for first time customer : ZBAPZDSU

Alis red shoes ni of cos, by Cipela. I ada kasut2 baru Cipela, so excited to show to all of you. Esok yek esok kita posing posing :)

 

Comment: 1

Arabian malay look…

IMG_3824

Top and Bottom from Zalia Zalora too

Pakai code ni untuk shopping kat Zalora tu yek. Entitle 15%. The code: ZBAPZDSU .

IMG_3789

Akak tolong promote kawan akak, she s new in the line of make up, her name is Liza – 012 299 3881

Ni dia yang make up kan, yang buat heavy is my contact lens, tu pun kawan lain akak gak punya. hahahaha semua kawan2, tolong2 jer. Auralens.

IMG_4029

siang mak nya ke main gedebom le kan tapi balik petang tu, dapat la sampai gak sebelum Maghrib and malam tu tidurkan Zeeshan, sambil tuam pala dia. Demam dak kecik, not heavy, dah pi klinik. Skang dah sihat le, gambar2 ni pun lama punya stock, masa Syawal aritu.

Cukuplah nih, skang entry kena buat lelaju, nak pepanjang pun tak leh sangat gak. Ai is maidless now…very the Supermak skang nih. Hari pertama kerja, without maid, jam 12midnite tu akak dah tidur hahahaha, biasa 1.30pagi kay baru tidur. Laki aku cakap dia pepanggil tetiba aku dah longlai, memang kuyu letih sikit ler buat kerja rumah. Tapi one thing for sure, puas hati! Puas hati dan selesa tiada orang luar di rumah, that s the best feeling ever.

Comment: 6

Red Zalia and Red Variante…

IMG_3134

mata mak engkau dik!!

tak leh ler pakai mata cenggini sokmo, aku pun pakai once a while je

IMG_3138

lagi la dik, photo lagiiii

nooooooooooooooo!

IMG_3147

Kita akhirnya dapat gak pi berjalan2 raya, setelah 3 hari (2 weekends) buat raya open house kan…

IMG_3169

Couple ni tak nak makan keeeeeeeeeee

IMG_3170

coz aku memang kelaparan. Syawal mar…bulan yang aku boleh makan apa sahajaaaaaaaa tak yah diet at all

rasanya aku dok 5min je kot dah terus bangun makannnn, dengan pelawaan dari tuan rumah nya lah

IMG_3176

Mak Guard jaga balcony kau! Tumpang makan yek mak guard, kita poyo2 je makan bihun nih…

IMG_3183

the 3 pinkies LOL

IMG_3188

Mak Guard tadi tu Maya. Matiklah mak guard dalam rumah kan….Maya ni kalau ko tak kenal dia, tengok muka masamm jer, macam nak senyum tapi pastuh masam. Padahal tak pun. Aku maki je kalau dia buat muka ngan aku. Rumah dia le kami pertamanya beraya open house, ada a few jemputan but wajib la pergi rumah perempuan nih kan.

Semoga puan maya menang….dan jangan lupakan saya bila dah kayu ratusan ribu tu yek hahahahaa.

Hah pompuan ni le gak supplier tukar duit raya akak, bertahun2 dah tau. Tahun depan kita sambung business duit raya yek lagi Maya :) .

 

IMG_3198

posing jap bawah rumah Maya. kang sok sok dia dah pindah mahliagai baru, tak leh dah posing sini kan…

IMG_3210

Depa ni pakai pink ni, kebetulan je….Zeeshan tu actually light purple..but dalam gambar macam pink je yok

IMG_3253

I pakai the merah #Zalia of Zalora . Kain merah cantikkkkkkkkkkkkkkkk ni aku suka betul (the next few days nya aku pi beli kaler pink pulak, nasib baik le takde kaler lain dah),  from Variente.

IMG_3260

Habis rumah Maya, kita nak ke Shah Alam pulak…adik dah berbaring nak tidur…

IMG_3266

Abang kakak pun dah mengantuk nak tidur gak, dan aku pun tertidur sama too. So all 4 of us tidur dari keluar rumah Maya, sampai ke Shah Alam.

IMG_2115

di rumah kedua. BFF RD – Abah

IMG_3289

apaknya ada mini reunion kat rumah Abah ni, so aku bonding ngan anak2 je lah, biarkan apaknya berborak sampai lebam (pastuh kan the next2 raya reunion depa, aku ngan anak2 malas nak teman dah hahahaha, abang je escort bapaknya).

IMG_3320

dah hujung2, baru kami bersatu berlima kembali, coz ramai dah gang2 yang balik…

IMG_3326

Apa nak makan lagi, hadap teh tarik lagi sampai buncit lagi dan lagi. sokay. takper. Raya kan sebulan.

IMG_3390

Ler aku dok cite Abah, tu hah gambarnya. Alah ada gambarnya kat rumah raya open house aku (the 3rd one). Dapat RD bawak balik mangga

IMG_3453

pinjam posing depan rumah jiran korang

IMG_3478

kurusnya lahai Zureen ni tapi sebab aku pakai 5inch heels, so aku menang tang tinggi tu sikit

IMG_3519

Lepas tu, di Salak South, rumah ketiga. Mak kau tanggal kasut tinggi. Berselipar sudah…singsing segala

IMG_3526

coz kita nak panjat rumah ni, 4 tingkat. takde lift selepas abang siasat.

baru naik tangga ni, bapaknya tengok kat postbox tak sama ngan alamat yang kita dapat. Doi!! nasib baik le tak naik sampai tingkat 4 tuh.

Salah alamat la wei!!

Yapadah apak ko nih, main percaya je ngan waze tuh, yet waze tak salah kot. Arghhhhhhhhhhhh!

IMG_3541

so itulah drama di rumah terakhir open house arituh. Nak ke rumah Pejal nih, depannya jer, condo meriah dan mewah. Camne le leh salah alamat kitorang nih. Dah bukak2 kasut hah akak ko. Ada lagi drama tambahan, sakit tekak aku cakap ngan guard Nepal. Takpe takpe, sabar…..walaupun sikit lagi dah nak panjat tangga rumah orang kan.

Happy Belated birthday to Izlee, comel anak2, marah betul si Kakak tu ngan Zeeshan naik main keretanya hiks…

Untuk Pejal, tahun depan punya jemputan insyallah akak dah tau dah hala tuju rumah kau hahahaha.

Untuk Maya, rumah baru ek taun depan hehehe

Untuk yang dah jemput but akak tak datang tu, korang janganlah kecil hati pulak. Alah dah basi lah cite open house, bape kali nak mintak mahap daaaaa…. Pakai code ni untuk shopping kat Zalora tu yek. Entitle 15%. The code: ZBAPZDSU .

 

Comment: 3

Astro Kosong-Kosong…

IMG_9997

Dok sini tunggu member pi amik kereta. Rasanya over 10 years aku keje kat KLCC nun, ini  kali kedua gamaknya aku dok sini. Hiks…Boleh tahan sakit gak ler bontot dok sini menunggu ketenya sampai.

So anyway, this week banyak buka puasa di luar, sampai aku kena decline few invites gak dek kerna kesian anak2 yang dah lama tak berbuka ngan mak andeh nih. Tapi anak2 lagi suka gak kalau maknya takde, boleh bebas sket, yelah peti suara takde kan. Lagipun this week laki aku sama straight seminggu leh berbuka ngan family, jadi menyenangkan ler lagi kerja hakak merah.

IMG_9999

ai pernah pakai pun dress hijau nih, raya tahun lepas. Sekali pakainya, so ini 2nd round. Dekat setahun gap. Maklumlah semua beratus2 kain baju yang duduk dalam kotak, dah bersusun di gobok merah. Jadi easy akak mencapai. Saje ler pakai semula, specially si Rizalman hijau yang RM400 ke RM500 tuh, hah tu pun baru sekali je pakai. Tunggu next buka puasa ke event ler.

Tapi dia ada keluarkan kaler merah seii! adoi, tak sampai hati le nak beli. Mahal benau. Tapi merah tapi lawa. Tapi napa ada belt, tak nak aku pakai belt kat dress merah meletup kau tu

IMG_0094

The next day, attended the Astro Buka Puasa, at the Majestic Hotel.

IMG_0034

Eh eh, gambar ni kot ada fan kata rendang. Ai memang rendang dik, memang pendek :)

IMG_0033

For Astro, after so many years (due to his overseas trip ler, kerja ler) this year RD boleh temankan bininya. TQ TQ TQ

Kami datang berasingan, seperti biasa. Aku sampai dulu, about 10min later he sampai. Lega, kot tidak kena tunggu dia.  Tapi tu ler, boleh mengantuk redah traffic kat KL nun di petang hari.

Aku balik rumah memang jumpa jem gak, but campur jem bagai, less than 30min dah sampai rumah. Memang tak lama pun. Moving laju.

IMG_0049

I tak make up heavy, just the mascara and red lipstick

IMG_0054

mementang ko pakai high heels and hakak tak pakai heels ye Aza, action kau! I love this dolly, she looks after me so well, despite masa kat reception kena dingdong sket by their people.

IMG_0059

The food galore, jarang gila kan aku letak gambar food nih, but for today, special case. Rendang ayam! Finally dapat makan rendang ayam, ketiga2nya. ngan lomang plak tuh. Baguslah berat kalau naik.

IMG_0060

dan jarang jugak jumpa hotel buffet ada siput sedut!! ini yang RD cedokkan, wish kakak ada sama, memang kompem mak ngan anak dara berlawan sedut. You know dalam seminggu, 2,3 kali aku akan belikan kakak siput sedut. Sedapnyaaaaaaa lahai siput sedut masak lomak cili api

IMG_0063

Ayda Jebat

IMG_1460

Kia Fairy. She pakai sopan habis tapi pun still nampak sexy.

IMG_1462

Fasha, sekejapan dah kurus?

IMG_1466

Amyra Rosli, napa le artist2 Malaysia ni bila bergambar or even being interviewed tak nak carry handbags ke clutch ke, leh gak masuk lam RM. She s pretty btw.

IMG_1470

#kosongkosong Astro

IMG_0064

sepam lagi muka kak red kau, yang tak pakai in red at all

IMG_0070

Amelina, ni pun sekejapan je dah kurus. Masa dia baru keluar balik dulu, boleh tahan gak gems, anak bape Amelina? 5 kot kan? power ler

IMG_0091

My top is from #Zalia . Remember cam biasa use this code at Zalora for shopping there, baju kasut maknek sume can pakai one.  Entitle 15%. The code: ZBAPZDSU .

Kain pastel cantik by Chantek, butik di Isetan KLCC. Ini kali pertama aku gamble amik kaler light gini, biasanya all darks kan.

Clutch is by Anya Hindmarch and shoes is by Cipela.

Bila tengok Astro, ada satu iklan bersempena ngan raya nih, alahai sedihnya tengok iklan tu, menitik gak air mata aku. Kali ni depa tak pakai the pelakon but depa pakai the real people. Seorang anak bernama Herman, bekas penagih dadah yang dah lama sangt tak jumpa bapaknya, dan momohon kemaafan. Itu memang part memang kena amik tisu.

So sepanjang Syawal nanti, ada 168 program menarik from 16 channels of Astro. Dengan tema Kosong-Kosong, Tiada Noktah Untuk Kemaafan. Herman dan ayahnya akan jadi bualan di Ramadhan dan Syawal ini.

Thanks Astro kali ni dalam doorgift bag ada Surah Yasin dan Amalan Pilihan. Content pertama yang tak disangka will be given out to public during this Ramadhan Syawal.

Comment: 11