Red Family

Syawal photoshoot….

weii nak kena citer Syawal lagi nih.

Belum Melaka lagi nih. Baru KL.

it s ok, takde cerita, takde tulisan harap2 gambar boleh bercerita lah yeah. Ai is super bz mar…..oh well alasan lama.

Nak quit jadi blogger bley dok? hahahaha tetttttt……

IMG_5710

aku amik sesikit je lah gambar dari salam di rumah abah aku, ada almost 30 orang dalam rumah masa ni, mana ke mampu nak disemua letakkan, lagipun depa semua tak penting. aku yang paling penting hahahaha….

i m the 4th in the family, out of 8 so group ke empat yang bersalaman. Led by RD first, Zeeshan atas tu dah bermandi peluh. Abang kakak zeeshan tak sama beratur ngan makpaknya, depa group cecucu, so beratur panjang semua cucu ikut pangkat memasinglah.

IMG_5716

ha tengok outstanding gila dalam biru semuanya ada merah. zaman aku anak beranak serata warna dah berlalu mar….anak2 pun dah besar so tak yah lah semuanya nak disatu warnakan berlima nih. Aku ngan Kakak memang akan warna sama nak contrast ngan the boys.

IMG_5721

mak ajah takde, blom balik so abah je lah. kalau abah pun sama ikut pi umrah, kitaorg beraya adik beradik je lah…

IMG_5769

ngan akak aku

IMG_5896

pastu berturut2 ler ….ikut turn memasing.

malam raya tu tengah malam kay baru isi duit raya coz kitorg lepak umah abah sampai dah ke malam, tolong kemas sket2 rumah abah. Rumah ni pun tak lama jer, sampai bulan ni jer pastu pindah to a bigger house a bit. Family besau mar….

pastu hok tengah malam isi duit raya tu, aku audit awal, laki aku ngan abang kakak tolong isikan. kita short notes merah and hijau so kita ganti ngan notes singgit, sekali ada plak yang adik aku cakap anak dia tak dapat short duit raya. huk aloh.

Mayaaaaaaaaa taun depan kena tukar notes 10 lagi banyak heh.

Oh supplier tukar duit raya aku dah 2 ke 3 taun kot was by Maya si blogmaya.com . Awal ramadhan bagi cash kat dia, lagi few days nak raya collect lah from her. Aku tukarkan untuk adik beradik aku sama gak.

IMG_6034

kalau dicabut songkok tu, rambut dia dah membasah kuyup but dia tak nak gak tanggalkan songkok tu coz semua orang bersongkok so dia nak ler melawa gak…

kali ni tailor baju melayu, contact abah aku, coz dok menyiapkan berkaki kaki kaki ela for the boys kan.

well Zeeshan punya duit raya paling short dapat than kakak abang nya coz dia selalu menghilang time orang bagi duit raya, pastuh dia dapat kalau dia lupa bagi mak dia, dia campakkan ke mana2….dah banyak kali terjadi. Pasrah je lah.

IMG_6177

habis salaman, terus semua berlarian ke tasik. dah tak muat dah amik gambar kat umah, serentak punya ramai. Nak menyusun kan semua orang senang, tapi yang kekecik tu, specially Zeeshan coz dia yang antara reramai dia yang sedang mencanak rancak naik pangai hah….

IMG_6186

we snapped a lot

cuma yang jadi tak jadi tu belakang kira ler…mana ngan anak aku dok meraung tak nak didukung

IMG_6209

pastu dia dapat mencilok larikan diri

huh mak ko ngan baju yang begitu scallop ni hah, terpaksa kejar dia. Ngan Zeeshan tu kena pantas, kalau ko baru nak jerit suh laki ko kejar, dia dah meluru ke jalan jawabnya.

IMG_6211

nampak belakang tu laki aku dok kejar gak, wpun aku dah keluar dari frame

IMG_6216

IMG_1502

dapat tangkap n kali ni laki aku dok sama depan ngan dia…

IMG_6224

tapi dia dapat mencilok lari sekali lagi

ya ampun

jadi tamatlah photoshoot kita reramai kat sini

sekejap je pun

dahlah panas berdenting tu

lagipun laki aku nak masuk kerja dah….dok jeling2 aku bila nak balik hah.

IMG_6274

6 of us with abah, sorang abang ngan sorang adik lelaki aku takdak

IMG_1533

2 hari sebelum raya, aku bawak abah shopping raya. bapak aku jenis amik selai selai, hahahha dapat kat anak dia, amik baju 4 helai suor 2 lai, belt, selipar socks semua aku main capai jer….

adik aku dok cucuk, abah amik je bah amik je, ngan acik jangan tengok harga, acik pantang kalau orang tengok harga…

hahahah banyak la ko punya pantang kan!

IMG_1536

tak senang hati betul aku nak bergambar lah, pala mata aku dok tengok Zeeshan jer walaupun ada abang kakak cousins tengok dia tapi dia laju ok, dia punya laju jalan lari sampai ke hujung mencungap ko nak kejar.

tu yang aku dok jerit bila tengok adiknya dah ke depan tapi yang lain dok hegeh2 nak speed up…

berdenting panas hah mak datin merah sorang nih…

IMG_1546

so selesai udah ler raya di Tasik hahahaha…

diorg pastu berjalan raya umah mertua le segala, maid ngan anak2 aku yang 2 orang tu pun sama ikut pastu dok rumah atuknya. Tak kuasa depa nak ikut mak pak nya balik, aku ngan RD and Zeeshan balik ler coz laki aku kerja. aku tarik selimut tidur petang terus ngan Zeeshan. Dah satu hari berdenting ko dia membuas mana taknya petang terus kong hah…

Tahun depan insyallah ada ahli keluarga yang bertamabah lagi, coz ada yang mengandung, ada yang akan berkahwin dan location pun berbeza jugak. Tapi tu lah kalau mak abah aku beraya kat Mekah, so kita2 jer lah, kemudian baru sambut ngan mak abah.

Jadi habislah cerita raya pertama. Tengah malamnya budak2 kena jemput balik. So takde pulang ke Kapar coz later on Kapar came to us.

Comment: 11

Colourful Syawal…

cuti raya lagi ke?

moood beraya mestilah masih ada kan?

aku pung cam koranglah, raya pun raya sakan bebiasa jer, but dah kerja pung. So no sesambung cuti sampai ada sindir amboi kak red blog pun raya sakan btol.
yelah ni kan akak update ha walaupunnnnnnnnnnnnnnn dah nak memulakan langkah typing, sangatlah cedera parah mood yang ada.

Pun begitu aku ada banyak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii entries sebelum Syawal dulu nak jugak posting kat sini, my few places of buka puasa, get together with the bloggers n day to day activities. So walaupun cerita basi but i remember hangpa ada cakap lah kak red blogkan jer, we surely read it yelah walaupun cerita basi kan.

Ni seminggu punya Syawal story pun janganlah sampai hujung Syawal baru nak abis.

Well on the first day of Syawal, dah lepas solat, bersalaman di rumah, sebelum headed to our parents house, kami stopped by kat Tasik depan rumah untuk raya posing dulu.

 

IMG_1240

The complete Red Family. The boys were wearing blue baju melayu and the 2 girls pulak in red. Aku decided to wear red pun hanya on the nite before. I have to match up with Kakak, dia ada 3 warna jer baju raya, so kena lah sedondon. Zaman aku bersama warna dengan the boys dah no more youuuu….

Zaman tu dah bertahun2 aku applied so i love the contrast colour.

IMG_1254

Zeeshan adalah subject yang paling susah nak bergambar, banyak distraction tu pasal memula sampai terus pose untuk family and the kids dulu. baru the bebesau. Songkok tu dia nak pakai coz tengok abang and bapaknya pakai, tapi dia punya berpeluh , sampai basah rambut dia huiii

IMG_1266

Sampin abang terlajak panjang pulak, patut diroll up lipat separuh baru gulung…..

IMG_1270

Baju melayu biru ni pulak sebenarnya adiah dari makabah aku untuk anak lelaki, menantu lelaki dan semua cucu lelaki. Semua kena pakai baju melayu ni untuk dipakai for my brother’s wedding tapi semua jugak merasmikan dulu di hari raya. For ladies pun biru gak but semua tak siap, tailor kata pas raya baru siap for the wedding.

Aku pun tak kisah, bukan nak pakai masa raya pung.

IMG_1279

Syawal tahun depan bolehlah lagi bergambar kat sini, or maybe di tempat baru kami. Insyallah VA will be our last raya tahun ni lah, tahun depan tempat lain pulak :)

IMG_1291

Pengiklanan sebentar by Zeeshan, dok galid nak bagi mami flower.

IMG_1300

si adik tu ah aim nak lari satu tasik, memang mengejar la kami dibikinnya, cuma tak tergambar dalam entry ni hah

IMG_1327

aku punya tak senang hati posing heh, abang kakak dok lari kejar adik kulu kilir

IMG_1335

lam 10 snaps ada le 2,3 yang jadi, lain sume mulut ngah menjerit ler, mata dok ke kiri ke kanannn

IMG_1373

kan….ada lagi iklan tu hah si kecik nak bagi bunga kat mak nyaaa

ko dik, DBKL datang marah ko kanggggggggg

IMG_1442

thanks to my 5 inch wedges, kalau tidak lagi kemetot mak kooooooo

IMG_1462

we are red team kan kakak…..

tahun depan pun merah lagi kot hahahhaha

aku senang jer, takde warna lain nak match pun kita carik gak merah…. kakak is always ok jer…

IMG_5600

part of behind the scene….

pastuh lari balik umah abah aku. Bersalaman and lari semula 5 biji keter ke sini untuk big group family photo pulak. Itu nanti punya postlah yeah.

Berkenan ngan baju raya merah aku tu kan? Asalnya aku beli top tu dulu a month ago, pastuh sehari 2 sebelum raya eh ada kainnyalah, napa aritu tak pasan, so kainnya pulak aku beli dan makanya jadilah complete baju raya. Nanti nak pi check balik if ada colour lain, so bolehlah beli buat pakai tahun depan pulak kahkahkah…

Well ok open house, meh jemput akak. I did memakan but not big open house, but mainly for my 2 sides of family members and a small group of frens sahaja. Tunggulah next year insyallah, di tempat baru.

Comment: 10

Satu hari di Ramadhan Pertama…

IMG_2242

 

yohai mengantuknya bulan2 puasa ni, baik siang baik malam, memang manjang je mengantuk. Tapi dari perempuan, aku jumpa lelaki mengantuk lagi ramai mengeluh. Muka memasing carik port nak mentidor jer, specially dari tenghari onwards tuh.  Kalau jenis yang tidur atas kerusi tu memang sedaplah tidur, tapi kalau jenis yang nak kena baring, hah cuba carik depa bawah meja kot ada situ.

Aku pun sama macam korang jugak, so super sleepy.

Hari ni dah berapa ramadhan baru le nak berciter pasal 1 Ramadhan.

itupun banyak citer dah tak tercerita dalam blog. so kesian, daily entries dah lari jauh sangat heh.

IMG_2369

Mak ko mesti the last one, coz mak nak ikut adik. adik sombong tak nak dipegang. nak jalan sorang2 naik tangga sorang2, ko jatuh ke tepi tu kang, ko gak  yang riuh ‘sick sick’

kalau sick tu hah kita kena kelecop2 cium lah tempat sick tu, itu je ubatnya.

IMG_2262

nah berbuka dalam nih. Felda.

 

IMG_2274

package Zeeshan dok diam masa ni. sebelum tu dia punya pusing satu dewan aku boleh tengok je lah laki aku kejar ahhahahah…coz aku menemankan Kakak amik food. Abang pun bz ngamik food.

IMG_2276

ko tengok first2 gambar atas tu kan, dia tarik kakaknya closer to her, ha sama camni gak, dia tarik aku gak closer to him coz bila dia bergambar dia nak rerapat. gitu kan dik. sapa yang ajar. High 5 ek?

IMG_2285

kesianlah mata aku terkecik2 nak tengok camera camne rupanya. Ni lah padahnya tak pakai spek tak pakai lens. ada spek atas meja tuh but aku tak nak le ada spek masa bergambar, so RD tolong pegang je hp tu, yet aku picit dari controller kat tangan aku. Ha magic, dulu pakai shooter yang tali2 tu kan skang pakai yang boleh bluetooh jer.

Tapi tak nampak adik. sabar.

IMG_2306

ok ngam satu family, pun abang pegangkan jer, aku shoot dari jari tangan yang tersembunyi.

pakai self timer tak lawa la, cuba ko amik gambar, bila dah tfer to blog, memang pecah2 gambar tu, pixel tak cantik.

IMG_2313

ler bila nak abih amik gambarnya, hah dah waktu berbuka dah pun….

IMG_2317

seri muka, lemang, laksa, cendol tolong bagi jamu abang please. itu semua dia punya fav.

dia lah pendukung kanan ku, mak nak makan apa mak petik je, abang amikkan. mak pun tak tau la nak makan apa bang, mak nak satay ayam tak dedapat masa nih, asal letak je abis asal letak je abis. dari abang ke bapaknya berganti beratur tak gak dapat….

dia ngan kakak berulang amik teh tarik. pun dia bedal gak. dah macam orang tua suka benau minum teh tarik.

IMG_2348

ini budak kecik tolong la duduk diam kejap kita nak amik gambar ni dik….

oh aku makan kat sini tapi aku tak buat food review sini kan, biasalah, ini bayo sendiri bukan engaged by them so i cannot la reveal my free promotion hahahahaha

IMG_2353

ini pun dapat le bape saat je amik gambar….

IMG_2358

memasing mata aliens betul!

apak ko memang tak rajin la nak posing, apak ko lagi rajin amikkan gambar. aku rasa bapak2 mostly macam tu kot. but adik bongsu aku tak gitu, adik aku jenis bebalik dia bebalik dia je yg photobomb!

IMG_2333

aku pakai kuning menyala pasal baju ni saya dengan rasa seronoknya dah boleh pakai, beli sebelum pregnantkan Zeeshan, masa seselim dulu  pastu badan naik tak leh nak sendatkan, but la ni dah boleh sarung. ada lagi satu kaler oren, Zara nih but aku tak tau mana perginya mungkin dah bagi orang. Rezeki la sapa yang dapat….

RD pun sama sibuk tengok aku pakai kuning dia pun carik tshirt kuning so boleh otak kuning sesama LOL

photo

aisay akak tak rotate gambar nih but ini ler bluetooth shooter yang akak pakai selama ni bila kita malas nak keluarkan monopod. Actually dah tak bawaklah monopod unless for travel jer, laki aku tak gemor, pepanjang gitu. Camera remote for smart phone gitu namanya bolehlah hangpa carik online merata je orang jual. Kat kedai pun banyaklah kot.

macam akak cakap  lah akak tak suka pakai self timer apps tu, dia punya pixel jadi tak cantik so pakai ni lagi better sama ngan selfie welfie gakk…

so that was our first ramadhan story.

How about you?

Comment: 3

The T: Not my cup of tea….

 

A day before Ramadhan kami pergi tengok Transformers. Yang dicanang2 orang ramai suruh tengok le sangatkan. At first aku tak nak join, aku boleh je pergi tengok sendiri bila lunch break tu tapi tengok alahai lamanya ler pulak movie nih.  So baiklah pergi ngan bebudak nih. Pikirkan pun kalau dok umah, petang tuh sure tidur jeeeeeeeee ngan Zeeshan.

Dia tu petang is his nap time, lama pulak tu.

So ngekor le maknya. Lagipun pagi tu Kakak Sport’s Day, dapat 1st place for 4 X 100 meters lagi. A few days pun abangnya ada sukan, dapat 3rd placing pun sama for 4 X 100meters gak. Ini semua citer basi lah, dalam IG dah kuor pasal bebudak sukan nih.

IMG_2097

Eh tak tak

sebelum tu aku ngan laki aku, bawak adik aku sefamily, jumpa kakak aku ngan lakinya meeting urusan ‘asset’. Hem…ke Ampang kami berkejaran….meeting tak habis aku ngan Nan’s family chow dulu. Kakak aku bertangga sampai kol 3.

2 robot transformers tu bukan replika, memang ada orang dalamnya, sapa mau gambar,sila ke depan, Abang memalu.

IMG_2154

habis Transformers kita shopping.

Ajak balik, but abang kakak pujuk belikan kasut raya depa. Anak kecik aku tu dah lama sangat kat rumah.

Pasal Transformers kan, hehehehee, I would say, i m not into it lah. Cerita2 robot nih memang aku slow and cepat je nak tidurnya.  Terlelap2 aku dibuatnya, dengan kuor masuk kuor masuk toilet. hem…penghujungnya, pasni tak mau dah ikut hahahaa.

IMG_2135

Abang gets one pair of shoes

IMG_2163

and a pair of that green sandal.

selipar merah hensem dia aku beli kat HK kena cilok waktu semayang Jumaat. Balik ngan selipar orang sebelah lain sebelah lain hahahah…takpelah. So Bang pasnih pi masjid, specially solat Tarawikh nih pakai le selipar paling buruk ko or sebelah lain pun lagi molek :) .

IMG_2171

Pendeknya mak ko Bang.

Kakak ni belum lagi nampak lonjong dia, ada kekira akan beat maknya jugak.

Shawl aku pakai kat leher tu pasal nak cover love bite hhahahaha. eh tak lah, ko gila hapa tetua ngan love bite hish. Ini kakak pakai buat dalam cinema, pastu malas nak pegang, campak je kat Mak, jadi mak selepangkan ler kat badan tengkuk leher.

IMG_2172

Keretapi tanah merah…

IMG_2176

ini kedai apa ke kedai Bata kot dalam nih, but macam2 jenis brand. anak2 boleh dok je pakai apa brand tapi ada satu kasut Ferragamo aku, Kakak dah boleh sarung, so tak yah risau nak baling lanting or jual preloved, turunkan kat anak sendiri habis cerita. Sama ler ngan harta benda bapaknya, pun Abang mendapat…

IMG_2185

Pusing sekejapan jer ada Giant dalam tuh aku tereban sayur, nak buat masak sahur malamnya. Aku tak tidur hokey, laki aku dok sakan ngan bolanya, aku dok buat ads punyalah lentok pala menyiapkan, in between berenti for masak. Rasanya dalam kol 4 pagi aku dah lalok sangat, masuk bilik jap nak lelapkan mata, ada le pulak yang mencuit kahkahkah….

siangnya bantai tidur! ganti segala…

IMG_2195

Kitaorang kalau sahur simple je, janji wajib ada soup sayur, or ayam goreng dua benda ni wajib ada. Aku tak makan nasi, first day ok, but pastuh macam blur apa ke nak makan for sahur, dahlah kita yang masak kita yang kena tunggu sume orang bangun tidur balik, takkan nak kunyah kerepek jer kan…

Anyway, small matter lah. Aku leh turun lagi banyak kilogs dari bulan puasa nih.

Balik rumah haritu, si Zeeshan tak bangun tidur lagi ko! punyalah sampai 5 jam ko tidur dik. Aku saja tutup pintu kuat hahahha nak bagi dia tersedar pun tak jugak sedor. Betul punya lena ko dik, dia malam berjaga ler….bapaknya kol 2 pagi tidur dek bola, dia pun sama ngan bolanya jugak. Kang kol 10 baru bangun but pastuh siang dia bantai balik tidurnya…

Eh tu kasut raya, kakak pun dapat jugak, to be worn ngan her baju kurung, adiknya pun dapat jugak, selipar sarung. Settled. Moralnya nonton itu Transformers, aku langsung transformed jadi sleeping woman.

Comment: 9

Red Big Family Dinner and bermaafan :)

Berhenti kejap cerita Jepun.

Back to our KL life, our family dinner. Tema merah.  Dinner untuk my side, very big one, semua ada kecuali family abang sulong yang takde, as usual.

The red theme ni idea my kakak, so semua setuju. Lagipun penajaan dinner was by yours truly :) .  Dinner was held at the TJ Garden, something like that lah bunyinya, close by to our house, coz memasing baru habis kerja, nak beat KL pi makan jejauh kang lagi payah. KL ni kalau hujan hangpa tau ler kan. Some more laki aku pun dah balik from Europe, so completelah for our dinner.

IMG_5409

Ramai hoh, kat 30 orang. anak cucu menantu.

IMG_5432

meraikan jugak the birthdays for our dad, adik2 jugak….

so kami nyanyi Allah Selamatkan Kamu….Allah Selamatkan kamu

IMG_5450 (2)

Abah lari tema, tak pakai merah :)

IMG_5462 (2)

Adik bongsu aku ni birthday nya senang nak ingat, 16th May setiap tahun. hari guru.

IMG_5468

Zeeshan makan nasi putih sendiri, tak nak bersuap. Dok mintak soup sayur buat kuah nasinya…banyak betul dia makan….

IMG_5474 (2)

nak captured semua orang in one screen memang payah ler. Meja dahlah memanjang…i thot owner kedai buat 2 sides

IMG_5700

Jejak kasih berpaut semula with my beloved sister :)

IMG_5699

adik beradik, biasa ler :)

 

IMG_5483 (2)

the kids duduk at one section, hujung2 while the besau besau dok half of section. so anak2 yang dah besar panjang, pandai2 hangpa ler…

 

IMG_5480

adik aku yang sangat le penyokong kuat selangor hoh!

by the way the whole Red Family berlima kena pakai Budapest Shirts yang RD belikan. aku ni bukanlah seorang yang tshirt person, so aku sarung RD punya ke abang punya. Janji pakai, lunas janji.

IMG_5496 (2)

bila dah meja panjang gini, nak borak meriah pun payah hahahahha so kena le yang jejauh rerapat sikit

IMG_5503 (2)

kitorg dah siap prebook untuk menu makan malam tuh. Laki aku yg uruskan coz dia ada plenty of time cuma jet lag je lah. Aku kan kerja. So bila kita sampai semua lauk pauk dah siap ada, siap kita add on tambah2 lagi macam2….yelah bila dah berjam2 borak, air dok repeat, lauk pauk, reringan ke beberat pun bertambah…

IMG_5571

dan takde photobooth le pulak nak posing so tepi ni pun jadi ler…

she s my first sister, but she s not 2 in the family. Along yang takde dalam ini cerita.

IMG_5556 (2)

abang aku yang paling pendiam in the family but masa kecik dialah paling aku menyampah hahaha asyik gaduh je kita 2 orang

IMG_5524

Ayin my adik, no 5 in the family

 

IMG_5581 (2)

Nana, just gave birth to her 3rd child. My adik gak, no 6 in the family

IMG_5573

Memana kalau kami the sisters amik gambar pun, aku mesti dok tengah coz aku paling ranum :) hahahaha…ni pun pakai high wedges. kalau pakai flat, lagi ler rendang tak berbuah akak merah

IMG_5553

 Epi, my 6th brother

sorry, he s the only yang belum kahwin but he s getting married soon. So those asking bout his availability, he s almost taken :)

IMG_5539 (2)

Si bongsu, ini dah kahwin dah….dah beranak pinak pung

IMG_5586 (2)

for instagram

IMG_5562

my boyfriend pakai baju London coz baju Budapestnya dia dah sarung awal2, but the theme tak lari, secocok sama ibunya

IMG_5625

one for our group WA photo profile

 

IMG_5591

isnt she pretty?

dah macam anak mix hoi! rambut peperang, putih melepak, mata bulat, comel jelita ko ni weih. My anak buah, the one from my adik bongsu and wife. Comelllllllllllllllllll sangat Junior.

IMG_5649

IMG_5659

IMG_5662

 

IMG_5682

IMG_5687

Kami sambung borak mengimbas masa zaman kekecil dulu. Habis sakan gelak, menantu2 cucu dengar tak menahan betul, laki aku dah lah kuat gelak. Camne kami ni 8 beradik kena bantai kena rotan, mana yang kena rantai besi, mana yang kena ikat kat pokok kerengga (oh aku tak kena mak aku cakap) kahkahkah….

macam2 ler citer sume keluar.

ada satu cerita tu aku simpan sejak dari umur 17 tahun, baru aritu aku revealed, hahahahaha….tokojut adik badik, kes ponteng sekolah tapi aku tak ponteng mana pun, aku balik rumah tidur. takde sapa orang kat rumah, mak abah tak tau, adik beradik pun tak tau, geleng pala pak aji and mak ajah. sib baik anak dah beso jadi orang gak :)

IMG_5705

IMG_5706

IMG_5712

IMG_5714

IMG_5715

IMG_5716

 

IMG_5607

IMG_5611

Family photo with our beloved mak abah, the next meet up insyallah during Ramadhan, followed by Syawal dan juga kemudiannya perkahwinan Epi, our last adik yang belum kahwin. Nanti akak jemput hangpa yang bebaik ngan akak to the wedding yeah.

We wrap up that nite dengan borak lagi tepi jalan, tapi aku tak berapa nak join coz dah dok dalam kereta and kereta belakang dah honk honk :) .

Sweet memory for our red big family dinner. Mission accomplished.

Yang bermaafan, yang keruh berbaik semula yang masam muka tak bertegur kembali damai. Alhamdulillah.

 

Comment: 10