astro

Tonton Astro tanpa TV secara PERCUMA!

.

.

IMG_2355

Yes, you heard it right! Tonton Astro tanpa TV secara PERCUMA!

Semua pelanggan Astro akan dapat menonton saluran-saluran di Astro secara PERCUMA dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Astro Go yang sebelum ini dikenali sebagai Astro on the Go.

Astro on the Go ni memang dah lama la Akak guna, memang dah jadi favourite apps kat mobile Akak pun 🙂

Tapi kalau korang nak tau, yang bagusnya, aplikasi baru Astro GO ni telah dipertingkatkan dari segi antara mukanya di mana ianya lebih kemas, teratur dan lebih bersifat intuitif ditambah pula dimuatkan dengan kandungan yang lebih relevan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa setiap individu.

From the left, Ridhuan Sidek and Liew Swee Lin

From the left, Ridhuan Sidek, Vice President of Digital Products and Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer of Astro, orang kuat di belakang Astro GO

Apa yang Akak paling suka pasal the new Astro GO ini ialah salah satu featurenya yang best sangat ialah Download2GO. Akak kan selalu travelling, even baru-baru ni pergi roadtrip 5 hari sampai ke JB, so kebiasaannya dengan menggunakan Download2GO, Akak siap-siap download programs Astro kegemaran Zeeshan so dia boleh layan semasa dalam kereta or even during our stay in the hotel dari iPad dia. Korang tau la kan, budak-budak bila jalan lama-lama jauh pulak tu depa quite cranky tak senang duduk dalam kereta, so Akak bukakkan Astro GO bagi dia tengok ha aman la sket 🙂

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa semasa pelancaran Astro GO

Lagipun kita sekarangkan zaman mudah alih, semua benda berada di hujung jari jer, semua benda boleh dilakukan hanya menggunakan mobile device. Begitu juga Astro Go ni.

Memang korang kena try, boleh download secara PERCUMA aplikasi Astro GO ini melalui App Store ataupun Google Play. Alternatively, boleh juga mengakses Astro GO dari web di http://www.astrogo.com/

AstroGo_Redmummy

Akak dah download, dah pakai dah pung 🙂

AstroGo_Redmummy2

Lagi satu nak kabo kat korang, ada Saluran Baru Eksklusif di Astro GO dan salah satunya ialah K-PLUS untuk peminat tegar drama siri Korea! Ha kalau nak tau anak dara Akak si Kakak tu memanglah peminat tegar cerita-cerita Korea ni, tapi sian dia maklumlah kan sekarang dia duk asrama so banyak lah episode dia dah ketinggalan. TAPI bila dia tau ada K-PLUS kat Astro GO ni, so bila time kitaorang datang melawat dia kat hostel, sempat lah dia tengok satu dua episode drama siri Korea dari Astro GO tu. Jadilah lepaskan gian orang cakap 🙂

Sekali sekala bagi la chance kat dia,  bagi dia lepas stress terperuk belajar jer kat asrama tu, tul tak?

AstroGo_Redmummy3

Kalau drama Melayu pulak, Akak anak beranak memang layan, tapi Hubby tak la. Kadang-kadang mana ada masa nak tengok, balik kerja kemas itu ini bagai dah nak masuk tidur! Tapi yang syoknya time nak tidur tu sambil baring-baring atas katil, bukak Astro GO jap layan drama Melayu hiks, pastu sekejapan anak-anak lain panjat katil nak tengok sesama. So it’s become bonding time together with my kids berhimpit atas katil sibuk nak tau apa jadik dalam episode drama tu hahaha. Well it’s actually was a good family moment too.

 

IMG_2369

 

Personally memang convenient untuk Akak, sebab Akak boleh menonton di mana dan bila-bila masa sahaja. Korang kena cepatlah download ek, so dari 1 April sehingga 31 May 2017, selama 2 bulan semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka, berpeluang menikmati tontonan PERCUMA untuk SEMUA saluran televisyen dan kandungan On Demand di Astro Go tanpa mengira pakej yang dilanggan. Ha memang untung sangatlah ni 🙂

Bukan pelanggan Astro pula, jangan gusar ataupun kecewa kerana korang juga boleh mendapat akses ke beberapa saluran Astro terpilih dengan memuat turun aplikasi Astro GO sepanjang tempoh di atas tadi.

Lebih menarik lagi, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka boleh menonton “La La Land”, sebuah drama filem yang dibintangi Ryan Gosling dan Emma Stone secara percuma menerusi on demand bermula 25 April sehingga 31 May 2017. Uish dah kira menarik ni, filem baru tu!

AstroGo_web

Astro Go via web – http://www.astrogo.com/

Tapi yang paling bagus sekali ialah no more fighting for the Astro remote control, or fighting nak tengok cerita apa. Maklumlah kan, my hubby memang nak layan English movies or sports channel, so yang lain-lain pulak ada cerita or programs lain nak tengok. Masing-masing ada favourite programs kan, I’m sure family korang pun sama, jadi Astro GO lah jadi penyelamat 🙂

So sorang boleh layan Astro dari TV, yang lain boleh layan Astro GO dari mobile devices or boleh juga dari web on PC. Masing-masing puas hati gitu dapat layan favourite programs masing-masing without fight gitu 🙂

IMG_2341

Selain daripada saluran baru dan kandungan on-demand yang terdapat di Astro Go, aplikasi ini turut menawarkan seleksi pilihan saluran Celestial Movies, Nickelodeon, DIVA, AXN, dan KIX serta bermacam-macam lagi.

Memang macam-macam pilihan dan channels ditawarkan, Akak dah siap landing on the bed ni nak layan citer La La Land pulak, so korang cepat-cepatlah download aplikasi Astro Go ni.

All in all, hari ini pelanggan Astro boleh menikmati lebih 71 linear channels, over 16,000 hours and 23,000 On-Demand titles dari Hollywood, Korea, Japan, China, Hong Kong and India melalui Astro GO, di mana dan bila-bila masa sahaja. Good job Astro!

Comment: 8

Astro 20 tahun dan peluang memenangi hadiah istimewa!

.

.

IMG_4020

 

Macam tak percaya, rupa-rupanya Astro dah 20 tahun menapak berdiri teguh kat Malaysia ni. Maknanya tanpa kita sedari, selama ini Astro lah menjadi peneman kita seisi keluarga, menghibur dan menceriakan kita dengan rancangan-rancangan serta saluran-saluran yang menarik mereka.

Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro. Sungguh meriah dan happening betul!

WhatsApp Image 2016-10-11 at 1.36.31 PM

 

CEO Astro, Dato’ Rohana Rozhan semasa ucapan beliau di majlis sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro tempohari memberi jaminan Astro akan terus cemerlang untuk masa hadapan, Juga kepelbagaian rancangan-rancangan baru akan terus diperkenalkan demi kepuasan hati kita semua.

20 tahun lepas, bermacam-macam perubahan serta inovasi baru yang telah diperkenalkan oleh Astro, contohnya seperti Astro on the GO yang memang jadi peneman Akak ke mana saja dan bila-bila pun boleh layan Astro, Go Beyond pula memberikan kualiti gambar yang lebih jelas, warna bertambah ceria juga bunyi yang padu menjadikan pengalaman menonton bertambah menarik, juga Astro PVR pula memberikan kita kebebasan untuk merakam dan mengulang tayang rancangan-rancangan favourites kita serta bermacam-macam lagi.

IMG_7386

 

Bukan itu sahaja, yang lebih menariknya antara perkongsian di majlis ini ialah di mana Astro telah membuatkan ramai orang bertukar dari zero to hero. Seperti contohnya Nabil, di mana kehidupan beliau sebelum memasuki Raja Lawak adalah seorang yang biasa-biasa sahaja, tidak dikenali orang ramai. Cuba lihat sekarang bagaimana selepas bersama Astro, Nabil kini terkenal seluruh Malaysia dan kehidupannya alhamdulillah memang semakin selesa.

Bercakap tentang rancangan Raja Lawak ni, memang rancangan kesukaan kami sekeluarga, terutama Abang dan Kakak tertunggu-tunggu untuk menonton rancangan ini. RD pula jangan cakaplah, kalau tengok confirm gelak terbahak-bahak punya 🙂

Rancangan lain yang Akak suka tengok ialah Gegar Vaganza. Maybe Akak orang lama kot tu pasal suka tengok rancangan ni hiks. Ni tak sabar nak layan Gegar Vaganza 2016!

IMG_3833

 

Happy 20th Anniversary ASTRO!

 

 

Astro20

 

Dan untuk kita semua, sempena ulangtahun ke 20, Astro akan memberikan 20 hadiah yang sangat istimewa and once-in-a-lifetime experience! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah:

Astro20-1 Astro20-2 Astro20-3 Astro20-4 Astro20-5

 

Perghhh memang best giler hadiah dia! Tak dapat pergi Disney, pergi FOX Studio pun jadiklah 🙂 Confirm kalau menang memang pengalaman tak boleh dilupakanlah!

So amacam korang teruja tak?

Just visit https://celebrating-you.astro.com.my untuk cara-cara dan syarat-syarat penyertaannya.

Dan untuk menceriakan lagi sambutan ulangtahun ke 20 ini, Astro mengajak kita semua untuk memeriahkan karnival ekslusif  iaitu Astro Fest yang akan berlangsung di Sunway Lagoon pada 20 November 2016 ini. Ini adalah khas untuk pengguna Astro! Each Astro subscriber is entitled up to 4 tickets. So boleh bawak family atau kawan-kawan semua yey 🙂 Ada pelbagai aktiviti seperti exciting games & prizes, live performances, celebrity appearances dan banyak lagi. Pergi jangan tak pergi ya!

 

 

 

IMG_4169

 

Tahniah dan syabas Astro! Bukan senang nak bertahan selama 20 tahun. Semoga akan bertambah sukses dan terus-menerus menghiburkan kita semua dengan rancangan-rancangan yang menarik!

Happy 20th Anniversary ASTRO! Korang pula jangan lupa join the contest, rugi wor kalau tak try test nasib 🙂 Bukan kecik-kecik punya hadiah tu!

Comment: 2

Juara Takkan Gentar!

.

Sebagai ibubapa yang mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa ataupun remaja ni kadangkala pelbagai cabaran yang kita kena tempuh. As you all know, budak-budak remaja ni tend to try out semua benda. Their curiosity memang bermacam-macam, semua perkara nak cuba. For me it’s OK as long as benda-benda tu semua mendatangkan faedah dan bermanfaat.

Tapi bila dah cuba semua benda, diorang selalu hilang fokus, hilang sabar dan kesungguhan dan yang paling mengecewakan diorang cepat berputus asa bila gagal to accomplish benda yang diorang cuba tu. Ini memang merungsingkan Akak. Macamana nak memberi motivasi dan membuang sikap mudah putus asa kepada anak-anak?

MILO-takkangentar

So hari Selasa hari tu sedang aku tengah lepak bersantai depan TV dengan anak-anak, si Abang dan Kakak tengah dok layan this one particular Astro programme pasal bola sepak. Aik setau aku Abang memang la tak minat sangat bola ni, cuma Kakak jer ada minat sikit tengok bola. Itupun kalo bapaknya ada. So aku yang bukan kaki bola ni pun suh la depa tukar channel lain.

“Mummy kitorang nak tengok citer ni” sampuk dua beradik tu. “Best citer bola ni”

MILO-takkangentar2

So a bit curious dengan dua beradik ni, aku pun layan la sama. The programme name is Takkan Gentar di Astro Prima, MAYA HD atau Astro Arena.

MILO-takkangentar3

To my surprise, it was a good motivational programme especially for young kids macam  Abang dan Kakak, di mana programme Takkan Gentar ini berkisarkan kisah pasukan bola bawah 14 tahun, Ombak FC berusaha tanpa putus asa  dan penat lelah untuk mencapai kejuaraan liga 1MCC Division 1.

Semangat yang tak pudar dan sikap yang takkan gentar mereka diteruskan walaupun pada 2014 mereka gagal mendapat tempat 8 tangga teratas liga tersebut sekaligus tidak layak untuk bermain untuk Piala 1MCC.

MILO-takkangentar4

Dan dalam Episod 1 Takkan Gentar ditunjukkan bagaimana mereka berusaha keras, berkerjasama sebagai satu pasukan dan bersemangat tinggi untuk bangkit semula dalam kejuaraan Liga 1MCC tahun ini. Ditambah pula dengan sokongan kuat para ibubapa mereka, memang Akak puji sangat semangat yang ditunjukkan oleh ibubapa pemain Ombak FC yang tak putus-putus menyokong kuat di belakang anak-anak mereka. Patut dicontohi.

Tapi malangnya dari kedudukan tangga ke lapan mereka jatuh ke tangga ke sembilan apabila hanya seri dengan Jasmin Junior. Dan macam-macam lagi drama kisah sedih dan gembira mereka.

It seems that Abang dan Kakak sedikit sebanyak terkesan dan mendapat insipirasi dengan sikap para pemain Ombak FC yang senantiasa berusaha kuat tanpa kenal penat lelah dan yang paling penting tidak mudah putus asa dalam mengejar cita-cita yang tinggi. As a mother, Akak sangatlah gembira.

Akak selalu nasihatkan kat Abang dan Kakak kalo nak mencuba sesuatu benda, buatlah satu-satu, jangan carca-merba all in one semua nak buat, sebabnya with specific goal kita akan lebih focus, dan secara tak langsung tidak mudah putus asa dan lebih senang untuk berjaya!

MILO-takkangentar5

Kepada yang belum berpeluang menonton programme ini, bolehlah korang tengok trailer programme dibawah:

Terima kasih MILO kerana menghasilkan TV Programme #takkangentar ini yang sekaligus  sedikit sebanyak dapat membimbing para-para ibubapa Malaysia mengenai bagaimana untuk memupuk anak-anak untuk #nevergiveup melalui tips keibubapaan dan pengajaran daripada TV programme ini dan di samping dapat membekal dan mengekalkan tenaga kepada anak-anak remaja kita sebagai sumber tenaga positif yang menyediakan mereka dengan pemakanan yang penting dan seimbang.

Juga dengan bantuan MILO, Ombak FC akan menjalani latihan intensif physically dan mentally untuk mengharungi cabaran sengit Liga 1MCC ini.

“Tak sabar nak tengok Episod 3 Takkan Gentar ni” Abang dan Kakak cakap.

Personally Akak recommend para ibubapa supaya menonton this motivational TV programme bersama anak-anak korang. It will at least sparks their motivation.

Kalau korang missed the episode, bolehlah layari website Milo untuk tengok episode ulangan. Memang Akak dah siap check information untuk tengok ulangan just in case we missed it.

Setiap hari Selasa bermula dari 18 Ogos pukul 9:30 malam di ASTRO PRIMA & MAYA HD. Ulangan episodenya setiap hari Sabtu pukul 6 petang, di ASTRO ARENA time ulangannya pukul 10 pagi setiap hari Sabtu dan pukul 8 malam setiap Isnin. Hostnya pula Adi Fashla, Akak memang la kenal dengan dia 🙂

MILO-takkangentar6

Go Ombak!!!

Lagi satu we all suka dengan this one particular player which is Syed Amir. He’s actually the goalkeeper. Dalam Episod 1 dapat we all lihat betapa berkobarnya semangat takkan gentar beliau untuk berusaha dengan lebih gigih lagi demi menjaga gawang pintu gol Ombak FC ini. With full commitment dan tanpa putus asa berkerja keras berlatih untuk menjadi lebih pantas dan cekap dalam menyelamatkan nasib pasukan mereka. Keep it up Syed Amir, Redfamily setia menyokong kamu dan Ombak FC!

Jom sama-sama kita ikuti perjalanan berliku, diikuti dengan pelbagai cabaran yang ditempuh oleh pasukan underdog Ombak FC untuk bangkit mencapai kejuaraan yang diimpikan! Berjayakah mereka?

Comment: 5

Astro Kosong-Kosong…

IMG_9997

Dok sini tunggu member pi amik kereta. Rasanya over 10 years aku keje kat KLCC nun, ini  kali kedua gamaknya aku dok sini. Hiks…Boleh tahan sakit gak ler bontot dok sini menunggu ketenya sampai.

So anyway, this week banyak buka puasa di luar, sampai aku kena decline few invites gak dek kerna kesian anak2 yang dah lama tak berbuka ngan mak andeh nih. Tapi anak2 lagi suka gak kalau maknya takde, boleh bebas sket, yelah peti suara takde kan. Lagipun this week laki aku sama straight seminggu leh berbuka ngan family, jadi menyenangkan ler lagi kerja hakak merah.

IMG_9999

ai pernah pakai pun dress hijau nih, raya tahun lepas. Sekali pakainya, so ini 2nd round. Dekat setahun gap. Maklumlah semua beratus2 kain baju yang duduk dalam kotak, dah bersusun di gobok merah. Jadi easy akak mencapai. Saje ler pakai semula, specially si Rizalman hijau yang RM400 ke RM500 tuh, hah tu pun baru sekali je pakai. Tunggu next buka puasa ke event ler.

Tapi dia ada keluarkan kaler merah seii! adoi, tak sampai hati le nak beli. Mahal benau. Tapi merah tapi lawa. Tapi napa ada belt, tak nak aku pakai belt kat dress merah meletup kau tu

IMG_0094

The next day, attended the Astro Buka Puasa, at the Majestic Hotel.

IMG_0034

Eh eh, gambar ni kot ada fan kata rendang. Ai memang rendang dik, memang pendek 🙂

IMG_0033

For Astro, after so many years (due to his overseas trip ler, kerja ler) this year RD boleh temankan bininya. TQ TQ TQ

Kami datang berasingan, seperti biasa. Aku sampai dulu, about 10min later he sampai. Lega, kot tidak kena tunggu dia.  Tapi tu ler, boleh mengantuk redah traffic kat KL nun di petang hari.

Aku balik rumah memang jumpa jem gak, but campur jem bagai, less than 30min dah sampai rumah. Memang tak lama pun. Moving laju.

IMG_0049

I tak make up heavy, just the mascara and red lipstick

IMG_0054

mementang ko pakai high heels and hakak tak pakai heels ye Aza, action kau! I love this dolly, she looks after me so well, despite masa kat reception kena dingdong sket by their people.

IMG_0059

The food galore, jarang gila kan aku letak gambar food nih, but for today, special case. Rendang ayam! Finally dapat makan rendang ayam, ketiga2nya. ngan lomang plak tuh. Baguslah berat kalau naik.

IMG_0060

dan jarang jugak jumpa hotel buffet ada siput sedut!! ini yang RD cedokkan, wish kakak ada sama, memang kompem mak ngan anak dara berlawan sedut. You know dalam seminggu, 2,3 kali aku akan belikan kakak siput sedut. Sedapnyaaaaaaa lahai siput sedut masak lomak cili api

IMG_0063

Ayda Jebat

IMG_1460

Kia Fairy. She pakai sopan habis tapi pun still nampak sexy.

IMG_1462

Fasha, sekejapan dah kurus?

IMG_1466

Amyra Rosli, napa le artist2 Malaysia ni bila bergambar or even being interviewed tak nak carry handbags ke clutch ke, leh gak masuk lam RM. She s pretty btw.

IMG_1470

#kosongkosong Astro

IMG_0064

sepam lagi muka kak red kau, yang tak pakai in red at all

IMG_0070

Amelina, ni pun sekejapan je dah kurus. Masa dia baru keluar balik dulu, boleh tahan gak gems, anak bape Amelina? 5 kot kan? power ler

IMG_0091

My top is from #Zalia . Remember cam biasa use this code at Zalora for shopping there, baju kasut maknek sume can pakai one.  Entitle 15%. The code: ZBAPZDSU .

Kain pastel cantik by Chantek, butik di Isetan KLCC. Ini kali pertama aku gamble amik kaler light gini, biasanya all darks kan.

Clutch is by Anya Hindmarch and shoes is by Cipela.

Bila tengok Astro, ada satu iklan bersempena ngan raya nih, alahai sedihnya tengok iklan tu, menitik gak air mata aku. Kali ni depa tak pakai the pelakon but depa pakai the real people. Seorang anak bernama Herman, bekas penagih dadah yang dah lama sangt tak jumpa bapaknya, dan momohon kemaafan. Itu memang part memang kena amik tisu.

So sepanjang Syawal nanti, ada 168 program menarik from 16 channels of Astro. Dengan tema Kosong-Kosong, Tiada Noktah Untuk Kemaafan. Herman dan ayahnya akan jadi bualan di Ramadhan dan Syawal ini.

Thanks Astro kali ni dalam doorgift bag ada Surah Yasin dan Amalan Pilihan. Content pertama yang tak disangka will be given out to public during this Ramadhan Syawal.

Comment: 11

Ceria Superstar Musim Ke-2

48hours sponsored post

Kalian ada anak-anak kecil, or adik-adik kecil yang hidupnya mengimpikan untuk performing on the stage, so people acknowledge their talents? Depa seriously in love with the dancing life? They dedicated their life for dancing. Dan anak-anak kecil ini mohon agar diketengahkan bakat mereka?

Nah….

Ceria Superstar Musim 2 is back!!!

image

Andai anak-anak kalian atau adik-adik korang berumur 15 tahun ke bawah (of cos with guardian’s consent) bolehlah join the audition and viewership. Depa boleh perform in a group, 2 or max of 8 peserta.  Tak kisah Malaysian atau international residence pun boleh, as long as hangpa living in Malaysia lah kan.

This reality dance competition show is produced by the big name of ASTRO untuk pencarian bakat-bakat muda dalam arena tarian.  Kita nak promote a healthy life via dancing untuk anak-anak kecil kita, semangat be in a group, teamwork. Besides, during the show pun nanti ada special segments by dance club dari some schools to perform tarian-tarian Melayu, Chinese dan Indian termasuklah contemporary dance.

photo

Anak-anak aku ni takde sapa yang minat ngan dancing gamaknya, tapi aku minat sangat. Hajat dulu pernah jugak belajar menari tapi bila dah makin melanjut ni, menari masa dalam gym je lah, waktu tu hah, sakan, sesemput napas.

So anw, setiap episode of Ceria Superstar Musim ke 2 ini akan ada tema. Mungkin tema KPop, Bollywood, Langkah Tariku list goes on. Not to worry, a professional dancer akan membantu anak-anak kecil kita ni untuk berlatih menjadi mentor dan their coach too.

So untuk permulaan, audition akan diadakan di sekitar KL, Sabah, Penang dan JB. Top 10 teams will qualify to compete the first round of competition.

image

Bila??? Bila nak audition ye?

It s from the 25th August till 22nd September 2013

How?

Hantar penyertaan ke:

TAC SUPERSTAR MUSIM Ke-2
Astro Production Sdn Bhd
All Asia Broadcast Center
Technology Park Malaysia, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur
 

By Walk In Audition:

25/08/2013 (Sunday)
Kota Kinabalu – One Borneo
 
08/09/2013 (Sunday)
Johor Baharu – Plaza Angsana
 
15/09/2013 (Sunday)
Penang – Pinang Mall
 
22/09/2013 (Sunday)
Kuala Lumpur – Wangsa Walk, Wangsa Maju.
 

Not to forget, the RM20,000 untuk juara Ceria Superstar Musim Ke2!! So, dah clear? Bolehlah terus hit ke www.astro.com.my/ceria

 Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 12