Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva…

Archive for the ‘Raya’ Category

Friday, October 10, 2008 4:00 pm

Rendang Syawal…

kuah kacang

rendang ayam

rendang daging

nasi impit 5 packets…

all of the above RM50 sahaja…makan untuk 20 orang ….

begini, setiap taun aku x cam korang dok dapur cam nak rak lah buat rendang daging ayam bagai tuh. yang buat kepoh kat umah mak aku jer. so kat umah mak tu dedulu aku angkut je bawak balik…ai x geti buat rendang mar…. :) apa ko hengat diva x geti buat rendang so napanya? eh kira ai ngaku lah x geti dr ada orang mengaku beli pastu kata buat, tol tak?

so bertaun2 keje aku hanyalah order dari makcik caterer jer…tempah. dia lak hanya amik tempahan dari aku jer utk pagi raya. orang lain x suh dia buat kot, ai kan kesayangan makcik caterer.

so setiap tahun aku akan bagi budget makcik, red nak rendang bagai, budget RM30 ye…taun lepas budget aku RM40. tapi taun ni barang naik, aku naikkanlah jadi RM50. ikut sukatik dia lah nak buat camner, yang makan pun utk kami 4 beranak jer. so makcik pun nanti buatlah, dia bukan buat malam raya yer, tp dia buat lepas tengah malam raya, and kol 655 pagi, hampir setiap tahun di waktu yang sama, door bell aku pagi raya tu akan berbunyik…yah itu segala bagai yang aku order akan sampai di pagi syawal.

wpun aku cakap budget banyak nih, tapi tetaplah dia jugak buat macam nak makan 20 orang…so aku biasanya bagi kat jiran cina aku sikit, letaklah sikit kat umah mak ngan mertua aku buat penambah depa jer….rendang nya perkhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! sodappppppppppppppppppppppp! aku leh gatah rendang nya semata2 sambil tengok tv.

rendang yang dihantor tu berkuap2 panasnya lagi tau..memang baru kuor dari periuk belanga lah.

dan biasanya jugak selepas 7 syawal pakcik akan datang semula untuk mengambil bekas2 yang dia tinggalkan di pagi 1 syawal arituh. mesti korang kata mak aik, dahlah dihantar, datang ngamik lah pulak…isk bukan gitu. kami ni kalo nak menganto mesti over the wkend, tp pakcik makcik caterer ni dah kenal akak merah ko ni dah lama, so depa tau betapa susah nya aku nak carik masa kadang2 tuh nak pi umah depa, lg satu diorg kadang2 sian tengok aku nak masuk parking umah depa bagai so on tu lah kan… wpun aku cakap nak hantar, kang x sampai 10min mesti pakcik dah terjojol kat umah aku gak..

ni pakcik x sempat nak beraya, biasanya taun lepas mesti dia beraya,  dah nak kat rembang maghrib, tu yang dia nak balik cepat.

siap dia bawak bakul, bakul tu gak lah yang dia datang pagi syawal menghantar tempahan ku. tapi dah 2 raya jugak bukan aku jer yang tempah, ada member opis aku pun tumpang sekaki tempah. N tu pasal dah 2 pagi raya gak aku bangun bapak awal bukan jer sebab nak nunggu pakcik caterer anto tempahan tapi member aku yang nempah ni pun akan datang 10min lepas pakcik sampai untuk mengamik tempahannya.

member aku pun order yang sama RM50 gak, dapat sama gak bih kurang aku, siap lah dia kenyang makan rendang. rendang ni leh masuk lam fridge tahan lama kan…

even utk tempahan open house pun makcik caterer boleh buatkan provided ko kena lah datang amik kat umah dia coz depa ni takdak keter. aku pun kalo banyak bakul2 nak kena bawak aku pi ngamik, utk opis aku nye makan2 dulu pun dia gak orangnya yang buatkan, aku pi ler bondong2 mengamik…

kalo yang berdekatan ngan VA or sri permaisuri nak tempah ngan makcik caterer insyallah bolehlah diuruskan. ha ni samalah ngan makcik caterer yang aku promote masa bulan puasa tuh..orangnya sama mar….

aku x dibayar utk promosi ni yerr…yes ai do earn some ringgits from the promotion but korang x perasan ada gak promotion yang aku buat freely. iskk, sumenya nak charge melampo lah kan, and sumenye nak free wahhhhhhhh, bila lak aku nak jadi full time blogger?


RED Random Posts. Korang dah baca?
Sunday, October 5, 2008 7:00 pm

My big sister…

aku kalo jumpa akak aku ni, kalo x bergossip hal2 semasa memanglah x sah. x kira kat umah sendiri or rumah orang, ada je cerita yang dia nak isukan tau..tu kalo adik kami nana ada, lagi meriah.

ini kakak saya, no 2 out of 8. she s 41 years old, anak 5 tapi anak yang sulong meninggal usia 2yrs plus.

akak aku ni mulut huhuuuuuuuu, sangat lazer wooo. aku kalo tiba angin menjawab gak, tp pastu kang raya aku gak hegeh2 kena pi mintak mahap kat dia, tp dah besau2 ni nan ado nye lah sgt nak terguris rasa wpun ado jugak kadang2 tu. sbb dia ni lazer ya hamat hiks….

muka kami x serupalah, memanglah muka aku more iras to my mom. muka akak aku ni lebih pada ayah aku kot. lam semua 8 beradik pun, aku je yang paling diva aka paling cute petite hiks…nak gak cakap tuh. tp akak aku ni tangan dia bagus, masak apa pun pandai. mbe sbb dia akak kan, so nak tak nak kenalah dia pandai masak….

ha gambo aku ngan dia tu 5 kali snap yer pasal dia nak make sure aku amik gambo dia paling cun la katanya. Oh kami panggil dia Anya pasal masa kekecik dulu aku pelat x leh nak sebut Angah, so sampai ketua kami maintain panggil Anya…

anak2 dia lah yang selalu aku kidnap bawak lari ke rumahku dari dulu till now…

oh taun ni kan aku mintak mahap ngan dia, closing salam aku cakap ‘anya…kurang2kanlah melazer tuh :)’

sempat lah ai kena cubit… :P

**aku lupa nak auto publishkan entry ni padanlah kurang entry smlm….nah amik korang baca ni dulu sblom cerita penang keluar ye…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Saturday, October 4, 2008 11:00 pm

Angpau Raya for Kids…

hah angpau raya utk 1 Syawal!

pulang dari Kelangtown to VA, aku clearkan semua angpau depa, at least balik rumah x yah nak pikir dah nak sort camner….

saya dan sirman juga dapat angpau dari mak abah saya, ingat kids je dapat? hikss….

farah n the rest - seminggu lepas umah akak kena pecah dulu, rumah akak dah ada Security System….sapa lalu ngendap umah aku ni pun aku leh detect, ko try bukak, x sampai 10 saat ‘Security Systemku’ akan menjejakimu….

jadi sebab musabab tidak mahu berbarang kemas ialah - bukan murah dik nak memulakan semula. x kan nak pakai satu rantai jer, haruslah nak ada rantai, gelang tangan tebal 5 inci, cincin 2 urat, gelang kaki, subang hahahahahhahaha…melampo tol aku!

oh itu lawak di 4 Syawal :)


RED Random Posts. Korang dah baca?
Saturday, October 4, 2008 7:00 pm

New baby?

sesatunya rumah yang kami beraya di kampung pandan, rumah yang satu lagi kat gombak orangnya takder

tuan rumah baru dapat cucu, comel jer baby girl. blom abih pantang pun lagi ibunya.

aku kan kena sakat je kat sini, ‘ko sok anak2 dah besar ha meloponglah kau laki bini, anak 2 jer”

‘pastu anak2 ko kawin, tinggal ko je lah berdua, x meriah tau’

‘orang anak2 ramai, meriah tau raya, ko kang berdua, berempat je tinggal…anak2 ko kawin balik umah mertua diorg, tinggal la ko laki bini jer…’

aku dengo isk isk isk….mohlah sirman kita bikin anak sorang setaun pasni. sempat lagi kot :P

tapi pastu aku jawab dengan penuh berhemah….‘kang kalo beranak lagi, kesian mak kena jaga masa pantang…mak pun x kuat sangat”

wah…pandai ai menepis :)

at least we already have 2 kids….do ai have to say more than that?


RED Random Posts. Korang dah baca?
Saturday, October 4, 2008 11:00 am

3rd Syawal…

petang jumaat, seperti dah mak aku booking awal2, kami melawat sorang sedara yang terlantar sakit di HKL semenjak few wks ago. sudah seminggu lebih juga makcik ni in koma, kesian dia… abah aku lak dah pi visit awal2 masa bulan puasa aritu, so aku bawak mak je lah.

sambil biarkan mak berbual dengan anak2 makcik tu, aku dok menyelit keluar bilik tengok the boys and a girl melepak…oh anak kakakku pun ada sama pasal dia dok tidur kat umah neneknya sejak balik dari melaka a nite before

gegirl memain camera snap itu ini, dia bosanlah kan x dpt pegang itu PSP

ni last gambo aku ngamik lam spital pastu kena marah ngan abang attendant :(

mana leh amik gambo weii, even outside of the room hikss, hampun lah bang…

n neneknya dok seronok pulak tengok abang bawak keter lintang pukang lam PSP game nye tuh…sorak2 neneknya suh ke kanan lah ke kiri lah cepat2….tension je abang bila nenek dok gegar suara tepi telinganya

dan macam biasalah mak aku kalau x kidnap aku suh bawak dia ke mana2 x sah….isk mak aku ni kan dahlah aku x berbaju kurung raya, pakai seluar ngan cardigan jer sbb cadang nak pi spital je. sirman sampai cakap pasni kalau mak ajak memana kita kena expect kena pergi berumah2. baju spare anak2 aku pun x bawak gak, buatnya baju depa kotor ke, muntah ke, lauk tumpah kat baju ke ha padan muka mak merah.

memandangkan emak dah mula puasa 6, kami dok pusing ler desa pandan carik tpt nak makan. coz kan mak aku dah kidnap aku nak pi beraya lebih kurang dekat nga desa pandan so carik makan kat sini lah utk berbuka puasa mak.

akak aku pun join sekaki siaplah dia bawak bekalan asam pedas sayur rebus segala….mak aku dah abih makan lauk akak aku pun benda makan yang kami order x gak sampai2. bayangkanlah punya ramai orang kat gerai ni nunggu q yet kedai makan yang bukak sebanyak2 alam sume tutup dok beraya lagi. ramai tol orang carik nasi ye di 3 syawal nih hikss…

ai forgotlah aku ada reveal nama sender yang bagi ini baju ke tidak? malas tol teman nak google lam blog sendiri, tp sipolan yang menghadiahkan pada gegirl sempena birthday gegirl last month, ha ini dia first time baju pink flower Gegirl ni yeah….excited woo, nak pakai…

sebenarnya sejak dari bulan puasa lagi dia mintak pakai baju ni, lek2 la nak….pakai during special occassion je lah, so raya ke tiga kita pakai kay…

hah 2 sejoli yang x boleh berenggang….kak chik ni pujaan hati abang, n fav sister gegirl jugak…kalau hapa2 jer dalam banyak2 sedara, ‘kak chik ada x mummy?’

tapi cuba korang tanya abang, sesapalah nanti jumpa abang bolehlah soal ‘kak chik tu gelfren abang ye?’

laju je dia akan jawab ‘x lah, mommy is gelpren abang!’

masa skang dia jawab gitulah, ai donno whether lam 10 ke 20 taun akan datang, jawapan yang sama akan keluar dari mulut abang…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, October 3, 2008 11:00 pm

My diva pose…

kami sebenarnya ngah jalan kaki dari umah pakcik A aku ke umah pakcik B, dokek jer, so drivers sume kena bawak keter tp kami rela berjalan

sirman yang ngamik gambo ni sambil dia berdriving, mana boleh nak potong kitorg jalan yang very the lembab mak limah

lepas tu kan, pakcik b aku x de umah lah pulak, wahhhhhhhhhh horey2 lah..

sebabnya kami dah x larat nak menyinggah, masa ni je dah kol 10 malam bayangkan kalo singgah bape jam lah kol bape lah pulak sampai KL kan…mak aku tu kalo boleh satu melaka dia nak pi in one day one nite. anak2 mana boleh tidur overnite, ada yang bekerja on fri wpun aku bercuti tp aku nak rehatlah in kl, coz we have other plans gak kan…lgpun kami pergi ni x bawak abah, abah ada hal lain, mak kang kalo tidur sini apa lah pulak jadi ngan lakinya tu kan…..abah aku le hiksss

pastu aku sibuklah nak pose2 biol aku

asal aku nak pose je adik bongsu aku ni mesti nak nyelit samaaa

hishh menyebuk betullah adik nih, orang nak jadi vogue kejap pun ko nak over sama

yeszaa…adik aku dah masuk keter so aku leh pose cantik

siap boleh landing atas keter dia hiksss

ahah!!! wpun aku pose sorang2, tp lam keter tu Adik aku tu dok tried nak menonjolkan muka dia gak iskkk

pastu aku dah x larat nak pose dah bila aku kena kejar anak2 aku yang tak geti nak masuk keter mak nye, dok nak menyelit ngan sepupu sepapat. kang bukan diorg tidur lam keter dok bergasak lah pulak. yang peningnya kan drivers bila dengo bebudak bergaduh….

tak tau lah bila lagi nak sampai ke melaka, biasanya kalo ada kenduri kahwin, mak aku mesti buzz aku ‘red, anak sipolan nak kawin, ko free tak”

ha itu maknanya aku kena bawak mak aku balik melaka lah, kalo aku ada hal, akak aku or nana akan take over the duty. anak2 pompuan je yang rotate buat ni sume, dah jadi rutin since dari anak dara la….


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, October 3, 2008 8:00 pm

Datin Diva…

inilah surau ibuku….

surau yang mak aku wakafkan dari tanah miliknya few months ago. awal ramadhan aritu surau ni dah mula menerima tetamu, seronok sungguh ibuku…

kami buat jamak di sini

sebenarnya seharian di melaka, banyak gambo sirman dok ngamik, kuor masuk umah orang tp aku memang dah x larat. dari baju aku berkancing sampai terbukak sebab dah x larat penat nyaaa….rambut pun dah serabai

si dara baju merah itu adalah bakal adik iparku :) dan si dara manis kecil yang itu lak anak kakakku, dulu masa dia cinonit dialah yang aku bawak kulu kilir, skang dah besar makin cantik orangnya. tp cuti sekolah je kalo boleh aku memang angkut gak dia bwk balik umah aku

tu sirman berspanar bagai pasal aku telah gatal tangan buat sesuatu ngan keter aku hiks…..sib baik boleeh repair menda tuh, tangan aku ni kang kadang2 mmg x ong, selalunya barang cepat je jahanam dek jari jemariku huhuuuu

makan, letih makan letih

letih penat letih penat

eh x taulah bape banyak umah kami pergi, ikut jelah arahan mak dari siang bawak ke malam. kat umah ni aku tumpang mandikan gegirl, abang plak x sempat nak mandi bila bilik air dok penuh je pastuh

pulang ke KL, mak tidur lena, abang layan psp sampai abih kong, gegirl lak tidur di pangkuanku, ngan aku pun tidur sekali.

sampai di RnR seremban, depa sume turun nak kencinglah nak minum lah, aku gegirl and sorang lg anak buahku tidur lam keter….tp bila aku terjaga tak lah pulak depa balik2 ke kereta rupanya sedap makan layan nasi goreng lah segala bagai..sirman ajak aku turun tp aku x nak, muka badan dah terpelot penat. aku cuma mintak sirman tapaukan aku black coffee in a cup, x nak lam plastik tp x de lak orang jual lam cup, satu kedai tu lak ada jual tp dah tutup…

n RnR ni lak manghaiiiiiiiiii manusiaaaaaaaa, mostly sume ngan baju raya. highway pun keter bersusun ye!

Datin nak minum apa bang sirman?

dia nak black coffee in a cup

oh yelah dia tu mengada sket tekak nyer, nak in a cup lah, nak teh tarik kaw2 lah

adik beradik aku memang kurang asam sokmo gelarkan aku datin @ diva….

pastu berarak balik ke kl pun, aku sambung tidur bila sesedor dah sampai umah mak…

Datin, tidur lena ke tin?

bekheng gak bebudak nih, orang ngah ngantuk2 ni….

sampai je VA, aku pusing lagi kain baju and update blog…..that s the story of our 2nd Syawal.


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, October 3, 2008 5:00 pm

Pusat Perkuburan Islam, Bertam Ulu Melaka

gini mak aku memang orang melaka, ibu pada my mom kawin ngan arwah atuk Abdul Ghani pastu bercerai. Pastu dah bercerai ibunya kahwin pulak ngan orang spore and lahirlah Mak aku. Bercerai and kahwin semula dengan arwah atuk Ghani sampailah keduanya meninggal….so kira adik beradik mak aku tuh, satu mak tapi lain bapak sebab antara 12 beradik yang satu mak tuh, mak aku sorang jer yang berbapakan Amir, yang lain tuh berbapakan Abdul Ghani. tapi tetaplah tok Ghani aku dulu yang membela mak aku, x de beza anak tiri anak kandung. adik beradik mak aku yang lain tu pun wpun seibu lain bapak tetap anggap mak aku sedarah sedaging lah kan…dah tentu satu mak

make it short, bapak aku lak orang Sungai Udang Melaka gak, memang dah kerja kat Sekolah Alam shah masa tuh, kawin je ngan mak aku terus tarik mak aku dok kl, tp mestilah ada balik ke Melaka. cuma bila toknek aku dah meninggal kami hanya pulang bila hari raya ke2 or ke3, balik ari sebab nak bawak makpak aku mai melaka lah. otherwise kalo ada kenduri kawin….

dedulu kami ada pengalaman jugak balik beraya di kampung, tp masa tu aku sangat kekecik lg lah….lepas tu bila dah petang raya baru balik. so x cedok banyak mana pun pengalaman pulang berhari raya tuh coz aku kecik sgt pun masa tuh.

ini kawasan perkuburan Islam di daerah asal mak aku dulu…

masa ni kan, kami semua kena marah ngan mak except Ayin. ayin tu ko tengok ngan cermin mata hitam kepala gonjeng ala pailang kaki pukul tp dia dulu sekolah agama so dia sangat arif tentang hukum hakam bagai. so bila kitorg sume kena marah ngan mak, dia pun bgtau sebab2 kenapa kitorg x boleh duduk belah kiri mengadap kubur. kena dok sebelah kanan mengadap kiblat. dan x boleh cakap ‘ya ahli kubur’ ada lah dia ajar aku kena cakap apa, tp aku lupa…

sebab dah kena marah kami pun hegeh2 pindah ke belah kanan….akak aku lak lembab orang suh pindah dok belah kanan dia dok ha ye ha ye…tp pastu dia ikut lari pindah gak coz mak aku dah jeling2…baru aku tau…..

ini kubur ibu pada mak aku, dan adiknya yang meninggal berpuluh tahun dahulu. adiknya meninggal dunia sakit jantung, and maknya lak (nenek aku lah) meninggal sakit tua. kami sempat buat tahlil, lead by my bro ayin and mak…tahlil ni bukan sahaja untuk our family members tapi seluruh isi alam di tanah perkuburan ni gak.

bebudak kecik dok dalam keter, adalah ipar duai aku yang jagakan….

kami tinggalkan mak bersendirian ngan kubur ibunya, aku sempat jaga arwah nenek aku ni dulu, sebab asal cuti je kadang2 mak aku anto aku balik kampung. mandi air perigi, dok umah kampung melaka tu aku adalah pengalaman, tp x lah banyak mana, sbab kami pun dibesarkan di bandar. aku jugak pernah buat rock bawak nenek aku naik bas kat kl jalan2 kat Metrojaya, Jalan Silang n Central Market hahahahaaa…..dedulu ler. best wwoo jalan ngan arwah nenek wa, apa aku mintak sume dia bayokan. aku dulu pun masa tu umur very the teenagers sangat.

lepas tu kami dok mencarik kubur arwah Tok Ghani n ramailah sedara mara yang mak aku dok tunjuk sana sini, blur2 je aku dengau…aku ni kan bengap sket hal sedara mara nih,

…tu kubur moyang ko, tu kubur arwah Tok Kasimm, tu kubur bla bla bla…

Alfatihah untuk mereka yang telah pulang ke alam barzakh…

sebelum sampai kat perkuburan ni kan, Adik bongsu aku hilang jap so bila dia tepon aku….

‘Acik kat mana tuh?’

‘Mak suh jumpa kat kubur’

pastu mak aku nyampuk - Masuk kubur, masuk kubur! (maksud mak aku ialah, masuklah jalan ke perkuburan islam nih)

pastu adik2 aku yang lain buat lawak ‘Adik, ko terus masuk kubur dik, ko kalo x paham gak aku x tau lah”

hawau lahanad lah kena ngan adik aku…oh kitorg kalo melawat agak kasar and kurang ajar sket…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, October 3, 2008 2:00 pm

Rayo di Melaka…

ada gak aku jumpa semperit bunga kat melaka ni hahahhahaha, ngap2 lah aku makan

lepas tu aku dah mula letih, penat seiii….dahlah aku pakai baju pahang, duh! baju pahang ni aku beli ready made, memang sengaja pakai utk occasion yang biasa2 jer, baju2 yg berliplap2 tu x yah lah pakai bwk jenjalan gini, rimas weii…nak suh aku berkebaya nyonya lagilah aku x kuasa. dahlah nak kena kuor masuk umah orang!

tetaplah lenggang mak limah kan…

ni anak buah aku ni, nama je pompuan tapi ganas macam lelaki, makpak dah ilang ke depan so aku tangkap dia pegang jalan ngan aku. kalo idak kang ke mana lak jalannya dah lah tepi tu jalan raya…

anak2 aku lak sirman dah kidnap awal2 kepit kasi jangan lari hahahhahahaaa

yang aku tau membontot jer ikut arahan mak aku ke mana kena pergi….salam2 pastu aku dok lepak ngan kaum kerabat aku. yang borak2 ngan tuan umah, mak aku, akak and abang aku hahahhaha….ada sedara mara ni aku kenal ada yang tak kenal tu lah pasalnya ai ‘blur sket’

pastu rasa keter aku aman tenteram jer x de budak2 bergaduh hiksss

pasal depa sume nak naik keter Pak Ngah depa…hiks, aman aman. diorg ni memula baik, x sampai 5 min kang bercekau, pastu lagi 5min cemolot eiii goram den. so bila diorg masuk kat memana keter, lagi 3 keter akan rasa aman tenteramnyaaaaaaaaaaa……

pastu kan…

nak ke satu tempat nih…

mak aku tanya ‘red ko ada tudung tak? pakai mak nye tudung spare nih’

eh ada ada….kaler merah lagik mak, ado ado, orang sauk je kang

itu cerita, dalam next entry lah yer….


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, October 3, 2008 11:00 am

Heading to Melaka…

6 orang beradik aku, except my big bro and Nana (went back to Kelantan) gather at mom’s house on 2nd Syawal for our next raya visit

Mom ikut naik keterku ngan adik iparku and anak tapi pastu since ada 4 keter yang pergi so jap2 semua orang ilang naik keter sana, anak2 aku pun ilang pi naik keter sana sini nak segeng with their cousins

gegirl ni ngah mood nak dok ngan mak nye

pastu bila dia nak dok belakang ngan sepupunya, abang lak mengada nak dok depan ngan mak….at least abang bila main PSP tu ok lah kan dia dok diam tp bila PSP tu kong, mulalah dia meresah buat peha kaki aku cam kerusi duhhh….x leh nak dok diam budak nih

kami menghala ke Melaka, my mom’s hometown, ni kat Tol Simpang Empat….x kira raya x raya, ramai jer aku tengok drivers yang kurang hajor! ada yang main potong q, ada yang main cilok x geti nak bagi signal, ada yang bawak macam pelesit zupzap potong keter orang, eii ngeri lah nengok.

the boys lepak luor jap lepas tol coz menunggu akak aku yang lembab lah pulak tertinggal kat belakang. kami kan konvoi beramai2….

trip ni balik hari, we left kl around pagi khamis, tapi sampai semula ke VA at 130am! jemaat letihnya masyallah….depa siap berenti makan minum masa balik kl tuh kat RnR Seremban, tp aku rela x turun dr keter bongkang tidur ngan gegirl n anak buah aku…

nanti kang entry pasal di Melaka….


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, October 2, 2008 11:00 pm

My Inlaw’s house…

ha ni anak buah kesayangan korang…bapaknya dok tidur lagi, aku bangun2 je suh depa mandi sorang2 dulu…

ni baju set depa army swat ijau aku beli kat Bangkok….

hang tau tak aku tuh ngah menyuapkan kerang utk budak kecik nih….dia nampak neneknya kerang seperiuk, pau 5 sudu!

sepanjang hari dan malam kat umah mertua aku, abang dok melekat ngan PSP, tukar2 ngan bapaknya and cousins and pakciksnya….lantak korang lah

oh ai pakai kain batik mak mertua ai pasal aku salah bawak seluar lah pulak, banyak nau suor merah kan, sekali ingat serupa rupanya teramik suor merah yang masa zaman anak dara, haruslah x muat iskkkk….

sebelah ai tu is mak sirman

the bros dok tengok the latest entry of redmummy.com

adik beradik sirman sume pembaca tegar blog merah nih

sila spot di mana saya …..

ramai nau orang datang umah mertua aku ni sampaikan kat main hall penuh, yang separuh lagi datang dok sama makan kat dapur

abih je sedara mara balik, apa lagik adik badik sirman pun bukak la kotak mercun

wah abang taksub ngan mercun apak sedaranya, macam2 ado

gegirl main mercun pop pop ituh

dan korang kalo jumpa aku tepi jalan dok camni nyangkung ngan berkain batik, korang nak kawan ngan aku x? ….x baik tau…ai diva batik gak yer hahahahhahahaktuih!

midnite before kami bergerak pulang ke VA kami bermaafan semula…

ramai adikbadik sirman dah pulang ke rumah mertua, yang tinggal ni ado2 jer lah

oh sirman pun ada 2 adik lelaki yang bujangg belia hikss…bih kurang je baya ngan 2 bros aku gakkk

sampai umah betul2 midnite, aku pack up lagi kain baju for the next destination, bukan pi vacation, kali ni wt my family’s side pulak…

x leh tidor lak tau bila balik, sambil tunggu baju berpusing machine, aku updatelah blog. x kan nak tunggu kain baju tu sampai fifin balik, haruslah kang penuh santak baper pusingan machine dia nak kena basuh. x masuk yang dia kena basuh tangan lagik….

mak merah lotihnyaaaaaaaaaa!


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, October 2, 2008 8:00 pm

1 Syawal - Sirman’s side…

ah..we were late, ni kat umah makcik sirman…semua orang dah nak pengsan, memang seriously penat. biasalah bila raya x cukup tidur satu, keduanya penat bertandang sana sini ngan panas, ketiganya  pasal pakai kain baju melayu bagai ngan anak2 dok meresah…ha macam2 lah tp penatnya utk raya nih bukan ari2….

biras aku ni menyorok muka bila aku nak blogkan cincin godang dia hahahahhaa, she reads my blog

biras aku yang doctor gigi ni plak pakai rantai manghai labuhhhh, wah akak purple buat2 x pandang2 lak camera malu nak kuor blog kah…

lembabnya mak tam ni nak bagi duit raya

kat sirman’s side, sirman dipanggil PakTam makanya aku pun dapat nama MakTam lah kan

pastu sume adik badik ngan mak sirman balik umah mak mertua aku tapi kami berempat kena pi visit nenek sirman sebab depa sume dah pi, kami je yang hegeh2 heheheheheh, almaklumlah kan banyak hal kat Cheras nunnn

abang x sudah ngan PSP, dia berenti bila PSP tu nak kena charge and gegirl lak amik camera dok snap sana s