Raya

Red and Black theme…

Ha dah update le sikit blog akak nih, mood malas2 raya masih ada lagik, pastuh Kak Red tak berapa sihat pun ye gak. Jadi dihamparkan gambar2 pagi raya, batch by batch…

malam raya punya citer, ada dalam fb page and instagram. Food bagai pun cite kemudian2 ler, ketupat je berejam2 buat heh dek laki aku tuh. wuiii…kita siap by 11pm ler sume ngan baking segala. Rendang bagai pun siap petang raya gak, coz pagi raya memang akan bertangga di rumah, kemudian BTR and terus ke Kapar. Our routine.

Lepas depa solat Raya, kita bersiap2 ler…

IMG_6512

kemudian bermaafan. Bini pi ngadap suaminya dulu

IMG_6543

Followed by anak sulong, duit2 raya pun kita bagi gak, even aku pun dapat gak dari laki aku too.

IMG_6561

ahhaha dia ni lawak, belum turn dia lagi tapi dia dok sibuk nak langkau garisan beratur. Hang tengok sejadah kat bahu dia tu, he nampak abangnya pakai letak kat bahu but not sejadah ler, serban yang itam putih tu. Dia pi amik sejadah and lipat jadi gitu. Hiks ko ni dik, dahlah pagi tu dia bangun lambat giler, orang dah balik dari solat pun dia tak gak bebangun.

 

IMG_6582

kakak pun sama, bermaafan…

IMG_6599

ha ni baru turn ko dik….dia dah ada ucapan hafalan siap2 lagik, Selamat hari Raya mummy, Zeeshan sorry ye mummy. Cute jeee

IMG_6612

abang kakak pulak bermaafan

IMG_6638

and Zeeshan too, kena gak ikut sama ler…tahun lepas dia moody langsung tak nak salam2

IMG_6648

tahun nih dah ada rehearsal dari sekolah lagi ehhehe tu pasal dia dah terer sikit

IMG_6680

our family photo

IMG_6709

tak boleh le lelama nak bergambar sangat, coz nak kena balik rumah mak aku gak

IMG_6767

concept kitaorang punya baju raya aritu, kena ikut si bapak. Laki aku nya baju melayu dah bertahun2 dulu aku siapkan lagik, sekali hantar 3,4 pasang baju melayu so ini baju yang dia belum pakai lagi colournya, tu pasal kena le aku carik black gak, Apahal pulak aku nak beli satu set hitam (yet i memang ada beli 2 pasang lain baju hitam gak woh) so aku match ngan kain dari Amin Jauhary ni, baju pulak by Red Audra. Den ada satu lagi colour purple same design for the black one nih.

IMG_6738

Jubah merah abang is from the Jubah Lima Waktu, kakak pulak dresss ni dia dok pilih suka sangat, she has colour merah lain gak, tudungnya semuanya mostly dari Naelofar (but the brand yang lekat kat tudung tu tak kuat le jahitannya, ada 1,2 tudung kakak dok tercabut, heh beli memahal), and jubah merah hitam Zeeshan ni pun aku beli dari awal sebelum puasa dulu, tak sangka pulak cantik and match with our black and red theme

IMG_6811

so jadilah our merah black theme le ni kan, butang baju melayu laki aku je sampai 3 sets aku beli coz macam biasa gak taun2 lepas punya butang baju melayu dia takkan jumpa (or malas mencarik, or dia akan pusing2 tanya aku gak mana lotaknya). Songkok Zeeshan tu pun tak beli baru, tahun lepas punya and dah ketat, he was supposed to pakai kopiah but dia tak nak (abangnya pakai but bila bergambar abangnya cabut), arghhh lantaklah janji complete raya ni.

Tahun depan entah2 raya lagi pun idok le tau, but memangler setiap kali raya memanjangnya merah je pun, ada gak match ngan colour lain, tapi base colour merah tu wajib ada. Aku teringin nak warna warni colourful but asal nyopping je mesti nak lebihkan merah. So anyway, nanti kita pergi ke hari2 lain pulak yek, leh peposing kain baju raya. Best tengok FB, the timeline orang beraya, macam2 kain baju raya memasing, cecantik, yang ikut2 theme tu comel je kan.

Speaking of that, no i m not planning for any raya open house, but please do invite me for your raya open houselah yeah. Last year akak buat sampai 3 kali open house, letihnya tak habis lagi and laki aku pun tak galakkan to do this year, hem…ada yang merajuk jauh hati la tu, laki aku ler, bukan dengan aku but dengan makhluk lain. Hiks…

Comment: 0

The dokoh…

IMG_5618

Ini kurung suraya dokoh, ada 2 bijik dokoh besau kat badannya, tapi selepas few hours pakai, aku cabut. Hiks..I dont like it. Masa beli awal2 dulu takde le trending sangat. but kemudian macam kes yang top fishtale aku beli mahal aritu gak lah, dah beli baru perasan oh my merata2 ada jual. So ini pun sama gak ler, udah ler aku rasa masa beli bayau mahal a bit, some more aku amik 2 colours lak tuh. Hish…

 IMG_5524

I sarung dari awal pagi terus pi kerja, biasanya aku akan menyalin dalam kereta but dah nak mood mood raya nih and biarlah ramai orang tengok yang aku dah pakai dulu kain baju dokoh nih hahahaha, walaupun orang nak pakai masa raya, so aku dah pakai awal2 dulu. After work I terus pi event, unlike last year, cantik je aku awal sampai tapi taun nih aku sesat. Bila heavy traffic, aku baca waze pun lintang pukang dah salah masuk simpang. Husband sampai dulu than me. Haiyahhhh…Kitorangkan split asing2 locationnya, kebetulan dia ada conference that week so dapat ler join sekaki aku masa nih

IMG_5542

The same cronies for Astro buka puasa, wajibul untuk yearly event. Sesatunya event yang insyallah i never miss kot, lelain mungkin akak pass batton but this one wajib. Tapi sayang kepayang as years goes by, ai dah tak rajin nak snap gambar2 artists and specially with the handbags yet itulah trademark. Let the job goes to Beautifulnara :)

This is Beautifulnara and Redmummy’s teams

IMG_5553

Pun gambar yang ada full outift untuk hari tu selain yang di rumahlah…with the journalist from Metro, Syanty Octavia. Unik giler nama ko dik oi….

IMG_5633

The  next day nya ada lagi buka puasa di luar, kali ni boleh bawak the Red Family.

I rushed back home nak amik kids, patut RD datang terus ke Convec but he dapat habis conference awal and kita bertogether2 ler satu keter je lagi senang.

IMG_5681

We parked at KLCC but we jalan ke KL Convec, so banyak pitstops ler coz aku menyinggah habib ler (again) singgah memacam tempat gak lah..

IMG_5692

The red boys…

IMG_5705

Sebab banyak persinggahan, banyak le jugak gambarnya gak hahahaa

IMG_5770

hantu choc cake betullah budak ni

IMG_5823

habis buka puasa kita jalan kaki dok kejap kat depan park

IMG_5827

tetiba tourist sebelah tu tanya abang camne nak gi Pudu Raya, menggelupur le anak aku nak menjawab, mana le dia tau Pudu Raya tu mana apa bagai. Mamat tu nak pi Genting esoknya so esoknya la gak dia nak ke Pudu Raya. Den ajar ler sesikit on how to get to Pudu Raya from KL nun..

IMG_5643

Kok ada yang ingatkan akak merah beli bag baru coz ada paperbag Chanel tu tak de ler dik oi, dalam tu ada our telekung, banyak paperbags dalam keter tuh so kakak tak nak bawak bag besau yang biasanya kita usung dalam bulan puasa ni for berbuka bagai, so pakai le paperbag tuh.

So ini kain purple yang berdokoh yang akak tak cabut, sama sebijik dengan yang pink atas tu gak, cuma yang pink tu asalnya ada 2 dokoh gak tu yang akak cabut. Hok nih aku saja tak nak cabut. So dedua dah pakai sebelum raya, and dah boleh let go hahahaha. Tak tau ler bila masanya nak pakai lagik. Biasanya bebaju macam ni aku pakai sekali je kot.

Kakak punya dress jubah taun lepas pun semua aku dah let go since dia dah makin tinggi, itupun sama max dia pakai pun 2 kali je dalam setahun, so sangat molek cantik pekerti lagi. It will end up to my nieces gak nanti, barang baik lagi kan.

There, the stories of my kurung suraya, namanya kurung 2 dokoh nih.

Nanti aku pakai Minaz pulak, itu lagi ler kawan aku pi tolong belikan, siap tak tidur lagi tu beratur pagi buta depan butik depa, wohai…..nasib baik le dapat. Kalau aku nak pergi beratur bagai tu memang hidok le dik oi, akak tak koser….Berebut2 betul orang nak pakai Minaz….ai dapat 2 helai, one is online one lagi pulak tu yang kawan akak tolong belikan.

Comment: 1

Vendeur Festival, wajibul visit.

IMG_5293

Siapa ada pergi the Vendeur Festival kat Matrade arituh? sorry ler dah abis, 2 hari jer, itu pun sampai kol 2 pagi depa bukak. Akak pergi yang on Saturday, asal cadang nak pergi right after Zuhur but banyak hal ler pulak kat rumah. Some more nak tunggu abang balik dari visit Sejarah dia (he chose the Muzium Negara, anak korang pilih mana?), tu yang lagi lambat keluar rumah.

IMG_5276

abang bawak the camera for his project but adiknya terus sebat tak nak bagi tinggalkan, jadi kulu kilir ler dia membawak camera tu hah, banyak giler dia amik gambar yang bembukan. Lambat abangnya tidur malam tu dok delete gambar yang adiknya amik, abis tu takkan  nak transfer semuanya ke PC pulak….

IMG_5278

Basically shopping raya kali ni untuk abang, dan sikit untuk aku. Itu perancangan asal ler. Yang benornya, aku punya lagi banyakkkkkkkkkkkkkkkkk dapat hahahahaa. Abang nakkan jubah, his baju melayu ada jerr but he tak nak pakai baju melayu, first day nakkan jubah. Of cos have to go for red colour. First booth ni je dia dah tertawan but RD and I tak setuju. Selain harganya yang terlampau mahal (for the quality we can get better price), warnanya dan design macam biasa sangat merata ada.

So kita KIV dulu booth nih, if dah bertawaf pun tak jumpa baru kita amik ni lah.

IMG_5282

dont think aku amik something from this booth, Seleksi Akma brand rasanya but aku ada banyak tops baju dari depa, bought from Zalora. jadi tak dapat ni pun tak kisah jer…

IMG_5284

Terpegun Zeeshan tengok tv tu punya iklan hahahahaa….

IMG_5289

I kan tak pergi Jakarta tahun nih, by right dah nak siap terbang pun hari tuh, sekali tengok passport aku kojol dah rupanya hikss…aku lagi rela pergi Jakarta dari pergi beratur renew passport so batal trip Jakarta. jadi tak dapat le menyopping kain baju raya di sana.

IMG_5319

Got to meet Nisa Kay at one of the booth

IMG_5337

Sebelum kita jumpa PenMerah’s booth, abang dah nampak replika patung Chazynash tuh kat luar and he s so excited sangat. Yelah dia ni fan to Chazynash tu sangat. So terus kita mencarik boothnya. Cikta pun ada gak kat one of the booths (ash annas, aku tak beli dah situ, dulu2 dah penah beli).

So jumpa je booth Penmerah, terus carik ownernya yang also my blogger fren, my dik angkat too. I hv known her for so longggggggggggggggggggggggggggg.

Abang terus tried ler the Jubah Lima Waktu, he would like to get 2 pcs, the red and the blue. Wrapped it up and Anne Raihan bermurah hati to sponsor the 2 pcs of jubah lima waktu for Abang. Rezeki ko lah sangat bang, walaupun sponsor, harganya logik gak lah better dari booth yang sebelum2 tu abang dok nakkan. Punyalah abang peluk cium jubahnya, suka betul dia dapat jubah idamannya dari booth and his fav celebrity pulak tu.

Malam tu kat rumah dia dok menerai2 lagi, betul2 gembira dia dapat the jubah lima waktu nih. Thanks Anne for the sponsorship.

IMG_5341

dalam banyak2 barang kita shopping, abang hanya pegang his paperbags of jubah lima waktu jer ahhahaha…lelain bapaknya yang pegangkan.

Rasanya tak sampai 2 jam pun kita shopping kat sini coz kita dah nak gerak berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa. But walaupun sekejap aku dapat gak sebat 13pcs of baju raya for me hahahahaha….Maybe 10setslah yang lagi 3 tu lah is the pairnya. Pantas tak pantas?? hiks…

Ada jugak yang kenal Kak Red so i dapat sponsor give away from the booth owner jam jam masa tu jugak, I will definitely instagramkan each of them for sure. But baju2 akak tu, tak semua pun for raya, ada jugak for events and also for office/casual wear. Bahaya ler pergi festival raya macam nih, never balik dengan tangan kosong!

Untuk kakak pun dapat 2 pasang jubah dress too, yang satu tu common sangat berdokoh2 gak but dah dia nak sangat, boleh ler tu kak…

Nothing for abahnya or adiknya, dedua dah settled awal2.

IMG_5371

So kita berbuka di Cyberview, as a courtesy from the hotel for our relationship. Sedap sangat!!!

IMG_5393

dan as mentioned berbuka puasa di Cyberview ada kids corner, disinilah Zeeshan melepak lepas dia dah kenyang makan (he ate first sebelum azan).

Masa kat Matrade sebelum tuh, tengah aku sibuk pilih baju, tetiba dia hilang dari pandangan. Kitorang split berempat mencarik dia, rupanya dia dah keluar dari building to the center area (sebelum to the next building) main kat situ. Luruh jantung aku heh. Lepas tu sekali lagi dia hilang pun dia pergi tempat yang sama. Situ memang le ramai bebapak yang lepak ngan anak2 kecik dok main situ yelah jenis yang tak nak ikut bini pi menyopping kat dalam kan, tu yang Zeeshan join situ ada gang2 dia anak sesapa tah dok buat main. Hish budak kecik nih.

Dah jumpa yang 2nd round tu aku tinggalkan depa and terus lari masuk dalam sambung amik kain baju yang aku baru nak beli sebelum tu tak jadi2 dek anak hilang kejap dari pandangan.

I love this Vendeur Festival, dah 2 kali aku pergi (last year tak pergi), 2 years ago lagi ramai orang. Masa this time aku pergi tak de le ramai sangat, mungkin coz baru first day, but if depa buat lagi taun depan insyallah aku nak pergi lagi jugak. Ada aircond, tak sesak, parking pun smooth ada RELA jaga, kira i ll come back lah. Dah takde dah benda nak shopping, skang aku ngah shopping kuih2 raya pulak, dok tunjuk2 sana sini heheheh….This week depa ada buat kat Kota Damansara but aku lagi suka pergi yang kat Matrade.

Comment: 1

Qurban Aqiqah Kemboja 2015

Assalam and hello hello!

Ni akak nak send reminder sikitlah. My yearly commitment insyallah for the Muslim Cambodians kat sana. Remember few months ago akak ada invite korang kalau nak buat derma Ramadhan ke or even nak ikut rombongan raya Qurban di Cambodia (macam akak pergi tahun lepas), ai did posted the entry kat sini. Sesudilah baca balik buat reference coz ada few seats left lagi untuk beramai kita ke raya Qurban Cambodia sesambil tu boleh jugak makan angin sikit.

http://redmummy.com/category/cambodia/

So basically, macam yang akak pergi tahun lepas tu, selain dari untuk qurban anak2 keluarga, pun bawak untuk kawan2 punya qurban, sedara mara dan korang2 jugak lah. Untuk yang nak menderma pakaian / kasut telekung etcs  pun boleh, coz alhamdulillah kali ni kita pergi ramai jugaklah.

Unfortunately, akak tak pergi tahun ni, but insyallah suami akak dan anak2 akan pergi, together with my parents too. Meriah trip depa kali ni. Dan in fact depa akan sambung ke Vietnam too. Trip’s itinerary ke hapa semua (bayaran RM1,000) ada dalam link yang akak bagi atas nih. Meh meh…even Redmummy pun pergi (some kind a statement jugaklah ramai tak caya yang aku akan pergi joint this kind of trip, even Abah pun terkejut hahahhaa).

 

qurban-akikah_kemboja

 

Jadi, ada yang dah ramai tanya akak untuk qurban tahun ni, so dah keluar announcement dari Ustaz Hafis. untuk satu bahagian korban ialah RM300 (kalau kat KL even Malaysia satu bahagian dalam RM500 kan?, so ni murah sikitlah di Cambodia sana). Untuk Aqiqah pulak ialah RM560 seekor kambing. Jadi dari sekarang hingga 20 Sept ni bolehlah start fill up the form or wassap akak, number ada dalam flyers ni jugak. Kalau tak nak buat kurban or nak sesaja menderma je pun boleh, diaalukan.

Sian depa, makan daging tu setahun sekali je, masa raya qurban ni. Our Muslim frens kat sana memang ramai sangat yang very poor dan that s why ramai Malaysians buat Qurban di Cambodia too.

borang_qurban-akikah_kemboja

Nanti fill up borang macam ni, nama peserta Qurban tu penting coz nanti kita nak tulis nama kat manila card waktu nak sembelih lembu tu jadi nama2 yang bagi qurban ni akan terteralah. Bukti jugaklah, yelah dah bawak duit orang beribu2 mestilah kena ada bukti nak tunjuk. Kalau tak silap akak yang masa akak buat qurban kat sana tu, depa tumbang 7 ekor lembu. dan sekejapan je kay. Pantas betul depa buat, sembelih kat rumah ketua kampung tu jer, simple.

Jadi, marilah sesama panjangkan news ni yeah, tolong2 depa kat sana. Kali ni sebab ramai pergi dapatlah bawak banyak kekotak derma untuk sedara kita kat sana (masa akak pergi taun lepas, few boxes tak lepas coz excess baggage, rules baru MAS masa tu kena 2 luggages/items per person jer).  Heharap banyak tangan beri, banyak lagilah tangan yang menerima. Insyallah.

Terima kasih. apa2 boleh tanya Kak Red.

Comment: 6

Melastik ke Bintang…

IMG_4102

yey raya lagi. Syawal dah habis kan, takpelah, blog akak lambat :) . Hafiz Hafizol, ko janganla kejam tak bagi akak posing cite raya yek hiks…

IMG_4105

aku punya la berharap yang kat belakang tu sume bersopan bila aku ajak bergambar, tapi, atas bawah punya contoh, memang tak dapatlah…

IMG_4128

ada tema kekuning sikit kat family aku, except aku lah, aku pakai bawah Zalora, atas Aare of Fashion Valet

IMG_4134

oh tuan tanah kedaung…MB and Sya. Kali ni buat pertama kalinya, dapat jugak sampai ke rumah in law MB. ada majlis hari raya, and birthday too. Thanks MB invite kak red wpun kami datang dah hujung2 waktu…maklum ler, nak datang berjalan bagai kena tunggu anak2 habis tuition, kang kalau pergi menonong je, one of akak or suami kena tinggal or kena subcon pulak kat my family members lain untuk jemput depa.

IMG_4142

hah banyak tema kuning sini, RD Kakak and Zeeshan in yellow. abang and maknya je tak…makan sini sodap, ada nasi lomak. Laki aku makan 2 bungkus ke 3 kot, aku gatah2 sikit coz sambalnya pedas, hakak tak makan pedas dik. Laksa pun aku cuit2 rasa gak. Ada kek sarang semut kukus, tu yang aku adap, baru makan 2 pcs, nak amik lagi eh dah tak de….hahaha alahai.

Takpelah, nanti order lagi kat Baz.

 

IMG_4169

Zeeshan dan Ray tiada dalam gambar kerna mereka sedang sibuk dengan dunia depa. Beza anak2 kami tu 7 hari je kalau tak silap, tu pasal boleh gang. Thanks MB and Sya. Oh dah hujung2 raya ni aku dah tak rajin nak pakai baju raya, lagipun satu rumah je nak pergi, kalau 2,3 bijik rumah mungkin aku bantai gak pakai baju raya. Dan justeru itu, aku ada lagi balance baju raya lebih 5 pairs ok yang tak berpakai yet, boleh bring forward tahun depan je lah.

Si MB ni kalau hang nak cari rumah jualan, belian, sewa or anything bolehlah use his service. Selalu perasan called him self  Ejen Kacak lah, Ejen Hensem la. Aku rasa nak lastikkan je ko! Ni his blog: http://www.melastikbintang.com/

Wei MB…jangan lupaaa yaaa mak tunggu lagi project ko nih!

Akak pun nak sewakan rumah VA akak, any takers? hehehehe…skang our VA tu ngah stage nak repaint and reno sikit on the kitchen cabinets pastuh ready to sewa. Meh meh….umah VA akak ko tak yah ler contact MB nih, ko kena contact Kak Red ler :)

 

 

Comment: 10