Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva…

Archive for the ‘Mak’ Category

Wednesday, October 29, 2008 8:00 am

Unique at mom’s house

pagi2 aritu aku datang umah mem beso….adik ipar aku si bini ayin tu ngah jalan2 sedut udara pagi ngan anak nana…

and dari jauh gak aku dah nampak dia bersandal merah

eii suka ai….haruslah kita pose cantik wpun selipar murah dari PD ku itu sudah berjaja di sini berkurun kali kan…

mak menti kematian :(

hasil jerangkap samar mak ajah, tertangkap jugak mak menti ini…..

nana: acik jangan tangkap gambar dia, nanti mak dia marah lah

acik @ redmom : mak dia baca blog aku kah?

nana: mana ler tau…dia dok ngendap skang ni tengok acik amik gambo anak dia tuh…

acik @ redmom : mak dia kot2 kang kena tangkap sama kang, mak ajah kita tu dah pasang jerat ‘percintaan’ kat dapur tu ha acik nengok

takat cacing ke lipas aku beranilah pegang lagi (cacing tu makan light2 lah pernah due to Fear Factor’s show) tapi mak menti decit2 mulut dia mencicit kan, aku jangankan pegang, nak dekat pun aku x berani. ni pun dia dah kong baru aku berani nak ngamik gambo.

mak menti ni bukan ajer datang di rumah orang biasa, masa aku makan kat klcc tu pun, aku ada nampak beso kasut ai yer size mak menti itu…dok bersiar2 di rimbunan pohon aseana :)

**aisay whoever reading this entry before taking your makan2, let me mohon ampun maaf, we are still in raya mood mar :) ai lap you too!


RED Random Posts. Korang dah baca?
Saturday, October 4, 2008 11:00 am

3rd Syawal…

petang jumaat, seperti dah mak aku booking awal2, kami melawat sorang sedara yang terlantar sakit di HKL semenjak few wks ago. sudah seminggu lebih juga makcik ni in koma, kesian dia… abah aku lak dah pi visit awal2 masa bulan puasa aritu, so aku bawak mak je lah.

sambil biarkan mak berbual dengan anak2 makcik tu, aku dok menyelit keluar bilik tengok the boys and a girl melepak…oh anak kakakku pun ada sama pasal dia dok tidur kat umah neneknya sejak balik dari melaka a nite before

gegirl memain camera snap itu ini, dia bosanlah kan x dpt pegang itu PSP

ni last gambo aku ngamik lam spital pastu kena marah ngan abang attendant :(

mana leh amik gambo weii, even outside of the room hikss, hampun lah bang…

n neneknya dok seronok pulak tengok abang bawak keter lintang pukang lam PSP game nye tuh…sorak2 neneknya suh ke kanan lah ke kiri lah cepat2….tension je abang bila nenek dok gegar suara tepi telinganya

dan macam biasalah mak aku kalau x kidnap aku suh bawak dia ke mana2 x sah….isk mak aku ni kan dahlah aku x berbaju kurung raya, pakai seluar ngan cardigan jer sbb cadang nak pi spital je. sirman sampai cakap pasni kalau mak ajak memana kita kena expect kena pergi berumah2. baju spare anak2 aku pun x bawak gak, buatnya baju depa kotor ke, muntah ke, lauk tumpah kat baju ke ha padan muka mak merah.

memandangkan emak dah mula puasa 6, kami dok pusing ler desa pandan carik tpt nak makan. coz kan mak aku dah kidnap aku nak pi beraya lebih kurang dekat nga desa pandan so carik makan kat sini lah utk berbuka puasa mak.

akak aku pun join sekaki siaplah dia bawak bekalan asam pedas sayur rebus segala….mak aku dah abih makan lauk akak aku pun benda makan yang kami order x gak sampai2. bayangkanlah punya ramai orang kat gerai ni nunggu q yet kedai makan yang bukak sebanyak2 alam sume tutup dok beraya lagi. ramai tol orang carik nasi ye di 3 syawal nih hikss…

ai forgotlah aku ada reveal nama sender yang bagi ini baju ke tidak? malas tol teman nak google lam blog sendiri, tp sipolan yang menghadiahkan pada gegirl sempena birthday gegirl last month, ha ini dia first time baju pink flower Gegirl ni yeah….excited woo, nak pakai…

sebenarnya sejak dari bulan puasa lagi dia mintak pakai baju ni, lek2 la nak….pakai during special occassion je lah, so raya ke tiga kita pakai kay…

hah 2 sejoli yang x boleh berenggang….kak chik ni pujaan hati abang, n fav sister gegirl jugak…kalau hapa2 jer dalam banyak2 sedara, ‘kak chik ada x mummy?’

tapi cuba korang tanya abang, sesapalah nanti jumpa abang bolehlah soal ‘kak chik tu gelfren abang ye?’

laju je dia akan jawab ‘x lah, mommy is gelpren abang!’

masa skang dia jawab gitulah, ai donno whether lam 10 ke 20 taun akan datang, jawapan yang sama akan keluar dari mulut abang…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Wednesday, October 1, 2008 5:00 pm

Tragedi Gigi di Malam Raya…

sudah 2 hari abang bising gigi atasnya dok bergoyang, budak2 baya ni memanglah semedang je gugur gigi sebab nak ganti gigi baru kan….ni gigi ke 4 yang gugur, gigi pertama neneknya cabutkan, gigi ke2 doctor cabutkan, gigi ke tiga tertanggal kat sekolah dia bawak balik, ha yang ini gigi keempat.

Poksu pegang kaki, daddy pegang badan abang, sbb dia x nak dok diam bila neneknya nak cabut. makpak aku memang doctor gigi x bertauliah hahahahhaha…

dulu sirman nya gigi, mak aku cabutkan pakai playar ye…gigi orang tua liat benau nak tercabut, ada nak pi klinik gigi kat sri permaisuri dia nak bagi appointment lagi bape hari, orang tu dah tak tahan sakit gigi dah….so mak ngan adik aku lah yang jadi tukang tarik gigi sirman…aku? aku membongkang sebelah sirman sebab masa tu dah tengah malam orang dok sibuk tidur dia nak cabut gigi hishhh…itu citer pasal sirman :)

tak sampai bape saat, dah tercabut, x sempat nak rasa sakit pun…..

darah sikit2 je bang….mmg tak sakit langsung ler…

kita dedulu, baling kat atas atap bumbung rumah kan…lupa dah apa petuanya, cepat tinggi cepat tumbuh gigi baru kot. ai cant remember. ngan abang beranilah ko nak buang gigi dia kat atas bumbung…

sebab semua giginya dia simpan lam jewelery box aku, dia kumpul sume lam tuh. siap letak deco kat lam biliknya yer….

itulah tragedi gigi abang di malam raya…..

lepas tu dia makan ketupat lelaju, sbb sebelum tu asik mengunyah belah kiri jer dah blah kanan dok bergoyang gitu kan

gigi pun boleh jadi entry, tapi korang nak story kan, ha bersyukurlah ye ai sanggup berjaga malam untuk siapkan korang entry tau…(2.02am ye waktu aku siapkan entry ni utk auto publish siang hari)

Raya moh…!!!


RED Random Posts. Korang dah baca?
Wednesday, September 24, 2008 2:00 pm

Gossip Street…

smlm utk pertama kalinya di hari bekerja aku ajak sirman buka puasa kat luar huhuuu…biasanya kan makan kat umah masak tapau bagai. kali ni aku nak gak makan kat luar sbb sian fifin dia dok nolong kemas dapur x udah sampai kainbaju aku banyak x bergosok beriron segala tauu…

checkpoint jumpa kat umah mak ai lah…sirman dah awal2 buat booking makan kat gerai tu, x yah nak menentang arus so dia odw dr opis singgah order and terus terjah umah mak

kami makan kat Gossip Corner the one yang sebelah lrt tasik selatan itu. sampai2 je lauk dah terhidang and gegirl hapa lagik terus sauk her fav udang masak kunyit!

kami dah abih buka puasa, our other family members baru sampai. aterr jem kat bdr tun razak tuh kan…sib baik lah aku anak banak jalan dulu kalo idak bukak puasa ayo kering je lah lam keter

cik gegirl sibuk menyusun kerusi makan kedai nih, dah kena sound pun dia buat dek jer. even tokey kedai tu sound siap cuit pipi dia boleh jerit ‘dont touch meeeeeeeeee!’ (oh itu aku ajar yer, x caya the boys korang cuba cuit dia, mesti dia jerit sekuat2 hati, aterr aku fed up pi hajris ke pi ttdi mamak, the waiters asik nak mencuit anak aku je kan. dahlah anak aku tu pompuan tu yang sapa usik dia akan jerit sekuat hati.

bertukar2 anak si nana dr tangan aku ke tangan sirman…baby khyre abaikan muka saya yang huduh itu, penat balik kerja terus tunggang langgang angkut anak2 pi buka puasa..ponek

nana dah sihat a bit, she s going back to raya in kelantan belah hubby dia on 1st syawal

n not forgotten my mom, just got back from her umrah trip, monday baru nih. aku x pi jemput tp sirman n my other siblings yang pi ngamik…mak dah balik, eh eh mana ke rantai mak aku yang dia bagi pinjam tu yer…aku pakai x sampai setengah jam pun pastu bukak balik. rasa macam ‘orang kaya’ je pakai rantai emas mak gua sik…

kena pulangkan lah…mak aku x riuh tapi kang adik2 aku jeles, acik ni rantai mak buat harta lak. eh sibuk la korang kan…

huhuuuu…raya raya! aku cam mood raya tol bila dengau lagu  raya kat blog aku ni lah…(aku sedih tau tp x nak citer, masa aku jumpa mak kan, adalah ayat2 dia buat aku syahdu….sodih acik, yelah mak…insyallah ye mak)


RED Random Posts. Korang dah baca?
Wednesday, September 10, 2008 4:00 pm

Rial for Mom…

i went down to the usual money changer…

this time for Mak, change some ringgit msias to rial…Mak dah sihat, x sihat pun tetap gak gigih nak pi buat Umrah di bulan Ramadhan. itulah setiap tahun project mak abah aku, bulan 5 aritu abah dah pi bawak Along (kan setiap taun mak abah cuba anto setiap sorang anak ke Mekah, fully sponsored by them) so taun depan, Abang aku yang sorang lagi lak pergi. insyallah.

anw back to Mak, she prefers to do her Umrah only during Ramadhan. taun lepas dah midst raya baru mak balik, mmg lama nau tol mak kat sana, tetiap taun Mak raya kat sana. so taun ni, Mak pi awal sikit (ater kami ni asyik pagi raya ada abah tp Mak dok kat sna lagi kan) so taun ni Mak will be coming back a bit early, just before raya :)

yeyy!!!


RED Random Posts. Korang dah baca?
Sunday, August 3, 2008 12:00 pm

Baskin Robbins…

kami berjalan2 sekitar JJ, lepas amik our usual groceries, pastu aku nampak ada red sling bag, not that big but can do lah pakai, not so branded, harganya sedang2 but bantailah….

dalam coupon voucher tu ada RM3 off for Baskin Robbins, tekak cam kemaruk nak makan icecream ni wpun aku idaklah gemor ngan icecream so much. gigi aku kena pi scailing lah, berdenyut2 bila makan benda sejuk ni tau….

sejarah Baskin Robbins ngan saya kan..hemm masa taun 1992, when i was form 5, aku pagi pi sekolah balik mandi rehat kejap terus pi kerja kat Baskin Robbins,  branch kat panggung wayang Rex dulu kat Petaling Street tu, stimes kena jaga branch Central Market so on…kadang2 msk at 3pm kadang2 masuk at 5pm till closing time. i ve been working wt BR for 9 months, berenti pasal nak SPM and nak kena lawan berpantun kat Alor Star peringkat kebangsaan :)

saya kan orang susah, so saya kerjalah buat part time, carik duit sendiri mar…..balik terus bukak buku, kadang2 tertido2 lam kelas dek letih. alah tu len kali cite lain lah..tp ye adik2 bukan senang nak senang. tu x masuk lagi ngan aku keje masa cuti semester ITM, cuti 2,3 bulan tu mmg totally aku keje. penah keje kilang BIS kilang air yer kat BTR, penah keje kat Guardian, penah keje mana ek lagi…

tu pasal kan wpun saya anak bandar, tp aku x ke sana sini, jln lam kolumpo pun x tau sangat coz banyak perabih masa naik bas mini 52 poi buat part time. wuii panjang cite part time ni kalo nak abih satu entry len kali lah ai sambung.

abih je JJ, pi amik DVDs collection n balik umah mak amik kiddos. bila tup2 mak ai bagi RM50 hiks… katanya semua 8 beradik aku dpt sorang 50, mak bagi sesaja sedekah sbb tanah mak kat Melaka akhirnya berjaya diwakafkan ke pihak kerajaan Melaka gitu ai oso donno much lah.

Nana my sis aku x leh nak letak gambar dia lah pasalnya dia x bertudung,  aku tau lah org bertudung x leh letak gambar kalau x berserkup even to post in the blog, lgpun kang kalo aku snap gak, dia marah wooo… itu lah x leh nak blog gambo dia detaily. tp dia mmg ada kat umah mak aku and gonna be MC for 3 months till lepas raya kot. dia sihat….mulut rajin memurai, siap baca blog aku setiap ari tapi dada jantungnya masih lagi sakit.

aterr cuba jantung ko tu kena jahit kan, maunya x sakit. sampai la ni dia x leh lagi dukung anak dia, n some more sbb dia kat umah x buat hapa, tu pasal gegirl nya hwork cepat siap x yah buat kat VA coz nana tlg ngajar sengsiang ari tuh…at least once a week dia pi spital buat check up, n dadanya sentiasa berpasang korset, kalau dia basuh korset, dia akan letak towel setebal2 kat dadanya tu ha…jalan pun bongkok2 pelan.

gitu… :)


RED Random Posts. Korang dah baca?
Sunday, July 27, 2008 8:00 pm

Very short break…

saya berpergian berlima kali ni, bawak ibuku to relative’s wedding…entry dari sabtu pagi till ahad ni ha sume aku buat dr midnite of fr/pagi2 sabtu ….this is the last entry yang aku siapkan which is at 3am of saturday!

tegar x tegar x akak merah ko, demi pembaca setia redmummy.com aku siapkan gak utk tatapan bacaan korang….

well nanti apa cite kat mana tu aku upload later yer….

coz hotel yang aku dok tu takde wifi, ada cyberstation jer kat lobby…kuasalah kan dah tentu pi cuti 2 ari mau relaks aman damai

:)

Tekalah ke mana kami melangkah?

Eh korang sume dah x de soalan ke nak tanya lam General Questions ek? so dah ariflah ye apa2 yang terselindung di hati? kot nak tanya, sudi2 lah…ai dont mind.


RED Random Posts. Korang dah baca?
Monday, July 7, 2008 7:00 pm

Family’s Dinner…

siakap masak tiga rasa

seafood tomyam, left is the red and right is the white

ayam masak kunyit, kailan ikan masin

kembong goreng

Nana’s family

had early dinner wt my family at Barn Lanai, Sri Permaisuri on Sunday (that s my mom, my youngest bro Adik and his gf)

memang selalu pun aku makan kat sini tp sejak 2 menjak ni dah sebulan 2 gak tak datang…

new laptop for my sis, sanggup bawak datang sini nak mintak sirman ‘pendindingkan’ ahhahahahah….

kalo ko tanya aku, asal boleh blogging jer should be ok lah kan, acer brand.

anw, ai dont really like buat food review coz tekak aku ni jenis x kisah makan sangat, janji kalo makan benda tu berulang2 pun x per. aku ada limitation of makan a bit, alangkan air suam pun aku rela minum dan belajar menelannya dengan penuh rakus waktu mengandungkan abang.

my order kalau makan kat gerai2 always statics, tomyam putih, telur mata kerbau separuh masak. cukup. pada tekak sayalah. pada tekak sirman kena ada cili api bagai, kailan kena ada. kids lak kalo makan kat gerai gak, mesti wajib ada itu ayam masak kunyit…

jemput makan semua….


RED Random Posts. Korang dah baca?
Monday, July 7, 2008 5:30 pm

Mom’s hse…

lepak melepak kat umah my mom….keter red toy tu, anak2 aku punya, dah tentulah bukan zaman depa lagik nak pakai menda2 ni kan, so dari nyemak kat rumah baiklah bawak turun utk anak2 buah ai…

diorg ni masa ni lah roda tayar lembik lah, rantai beskal berkarat lah, masa ni lah nak buat semua kan

tanya aku sume tak tau, alangkan keter mak ko mak ko tau bawak jer, belek engine ai donno yer

kalo kowang ingat lagi, dedua beskal depa ni beli dari hasil duit raya taun lepas memasing….hiks

mcm ok je gambo ni masuk lam blog kan, ujung2 Red WRM pun masuk sekali

sedonon je ngan keter merah toy yang aku ngah dudukkan tu

huhuuu

n pastu aku kena jadi driver utk bawak depa ke dinner. abang nak jadi boipren aku lah kan dok depan, sirman ngan mom kena lah dok belakang

gegirl dok panjat naik keter belakang my sis…we re going for an early dinner


RED Random Posts. Korang dah baca?
Wednesday, May 21, 2008 10:30 pm

Umrah for Dad and Big Bro…

i left office exactly at 1250pm, drove alone to klia. aku lalu ikut jalan hway yang baru bukak lepas tun razak tu, bapakla banyak tol nak sampai ke klia ni tau. banyak weii..aku main touch2 n go jer. kalo dr VA takde lah byk tol cenggini lak. my family, sirman dah bawak siap2 anto ke klia together wt gegirl. sirman pun keje area2 sini gakkan, so haruslah pi menganto dulu.

this is my lunch, lepat pisang, fav ai ye! kan aku beli banyak2 utk abang kat sek agama, so aku kelepet la satu buat bekal makan while odw to klia. i took nasi lemak for bfast, so perut x lah lapar sgt. ater katanya ai dah gemukkan….tak geti2 lagi nak culas makan.

sampai je kat departure, gegirl melonjak la dapatkan aku…abang takde, sekolah. she came along wt sirman atuk nek pokcik mokcik sepupu sepapat…

later after that my big sister Anya, and my brother Alang pun sampai, Nana was the last one yang sampai, dimaafkanlah coz she came all the way from kelantan. tengah malam isnin dia balik kelantan umah mertua nya coz atuk suaminya meninggal. kira dia balik dr kelantan lah ni ngam2 utk abah and along nya umrah

hey daddy, dont snap my photo!!!

mieza the pink lady - abang sangat sayang sama dia!

mak..semakin pulih. she looks sick kan..mak mak…

mak dan anak sulongnya. aku x rapat sangat ngan along, jumpa pun jarang2..lgpun dia ni jauh ngan kami, specially aku lah suka lari2 dari dia hehehehehhee…..sakit telinga ai kena nasihat berguna dr dia. ye long, oghang paham.

ok ok ready for family’s photo…

macam kurang je anak menantu cucu mak abah aku kan…

ada 3 orang adik lelaki aku yang tak ada, Ayin outstation, Epi keje (budak ni asik ngan keje ajer lah tau, dulu dok ngan mak abah takde lah manjang keje sangat2, ni aku tulih ni kalo dia x paham gak aku x tau lah), and Adik sibongsu sempat anto kat umah mak je coz dia pun lari dari opis jenguk abah. Anw at our family’s occasion, aku jarang letak gambar Epi coz satu masa dulu ada orang gila dok meroyan nakkan adik aku si Epi tu..asal jumpa je nak ngamik gambo ngan adik aku, so to cool off the situation, let my brother be my brother. enaf said.

Abah and Along…pertama kali untuk Along buat umrah. kali ke berapa abah aku buat umrah, aku x kuasa nak mengira yang pasti hajinya sudah pergi 3 kali. fyi, mak abah aku adalah pencen kerajaan, setiap bulan x byk sket ada duit pencennya masuk terus ke tabung haji. duit anak2 bagi pun mak abah menyimpan. they dont do shopping, barang kemas mak aku pun x bertukar, they dont go for holiday ke mana ke kalo anak2 nak bawak pun malas nak ngekor.

dema perabihkan duit kat haji and umrah, setiap tahun itulah niat yang depa nak buat semenjak pencen. ikut jelah…

Sirman left to work, i went back home to VA coz i applied half day leave already. kat sini pun dah 2 lebih, sib baik aku dah amik cuti awal2. the rest makan2 lagi kat klia…

satu lagi menjadi isteri yang sangat independent pun sangat memeritkan coz suami x nak tanya khabar isteri yang drive sorang2 jejauh dr klcc to klia, x de nak ckp suh park kat belah mana biar dekat ngan keter dia, tup2 dah ada depan mata. pastu balik pun takde nak ajak sesama drive kuor klia, menonong jer pergi, x delah nak tanya camne balik ok ker jumpa jalan ke bagai. jadi independent mmg menyenangkan suami, tapi kita isteri nak gak dihargai…hatiku terluka sesangat. :( . kalaupun kita gagah di mata suami, tapi kita tetap wanita yang lemah juga di mata suami seharusnya.

well…semoga abah dan along selamat pulang dan kembali ke tanah air, serta umrah mereka dirahmati Allah.


RED Random Posts. Korang dah baca?
Wednesday, April 30, 2008 11:30 pm

Red and family…

this time around, mak kena admitted and do some minor operation coz of her cataracts problem. go google if u dont know apa sakitnya tu…this operation has been planned since monthsssssssssssssss ago. petang semalam mak operate, petang ni dah discharge. she s now stabil. my big sister is taking mak to her house tonite. Epi woi pi jenguk mak kat umah Anya terus not kat umah mak. btw, aritu Mak admitted bukan sebab ni, itu sebab sakit lain, sakit tetiba yang datang tanpa dijangka…recovering, ada check up lagi lepas ni.

tetiba je aku nengok si baby khyar (adus nana betul tak ejaan nama anak ko ni, aritu dah kena das ngan dia aku salah eja)…dah mula angkat von nak merangkak. aku pun suka la pulak nak mengaco dia. macam muskil je dia tengok eh eh makcik aku ni weng ke ahakssssssss….wei aritu aku jaga ko ye, ko jgn nak banyak bunyik tau…

pastu kan ada orang jeles….depa punya excited dapat jumpa mak nye ni ha peluk cium bagai… antara abang ngan gegirl, gegirl la over lebih sket pasal dia kan little diva. abang controls macho pasai depan makcikpakcik, koser le dia nak melonjak sangat. big boy gitu kan…

dedua nak berebut amik gambo sebelah mak…muncung kejap gegirl bila abang dapat menyelit tetengah..

pastu digustikan abangnya yang sangat2 memanjakan adiknya. abang ni cepat lembut hati, wpun dema selalu gaduh tapi lam apa2 hal, dia mesti mengalah untuk adik. korang ingat lagi camne aku merajuk bila bubur yang aku masak dia x nak makan coz x suka, tapi dia santap gak demi menjaga hati ibu divanya ni tau. sapa jadi gf dia, sangat senang la…merajuk je cepat la abang pandai pujuk amik hati…

unlike gegirl …. si kememeh yang kuat merajuk. hiks.

balik umah aku tapau beehoon soup for both of them. aku carik pelapik barney makan depa mana tah lah fifin letak, so bentang je lah suratkhabar layan depan tv. gegirl makan 2 mangkuk, abang makan semangkuk tapi soup nye 3 kali tambah. suka tol ngan soup…nanti mummy masak soup ye bang..

sirman asked for nasi goreng USA..punya la banyak santak makcik ni masakkan, lagi suku je sirman x abih…by the time sirman sampai from work, terus campak beg basuh tangan and makan. lapo ye sirman…gambo ai ngan sirman cemolot cepeluk cengkerama idok le kuasa aku nak tayang

aku makan soup n nasi putih wt telur mata kerbau. semenjak jam 5 petang aku sudah mula mengalami sakit tekak and selsema. symtom2 nak demam la ni…tengok idung aku tu, merah menyala kan ha mmg seii, aku dah nampak bayang2 yang aku x kan berapa sihat sehari 2 ni..

sirman paksa aku makan panadol and clarinets.. halahaii. ai m going out again tomorrow morning for some personal matters, have done few posts for auto publish.

masalahnya kan… :(

ribu2 baca blog aku, but i donno, i just feel empty here. like no one is reading, like no one is appreciating my entries, tapi ada jugak yang appreciate, x ramai (u know who u are).

well…people change :) and i do understand, u love reading my blog coz u wanted to know bout my personal life, my up and down, my career path, my my my everything…. not bcoz of the red diva thingy. Thank you anw…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Sunday, April 27, 2008 7:19 pm

Mom and gegirl…

just 3 of us for an hour visit wt mom. Alang and abah just came back wt few of mom’s relatives and friends. my 2 sisters are odw back down to kl…

sirman had to drop off us, dia kena rush balik VA for something, which i will blog out it later.

too early to thank for the well wishes, at 5pm today, gegirl’s temp naik balik. dui dui dui….

alright then, i need to pack up some stuff, i m going to present something on monday at menara’s office, the transition process need to be done asap, i dont have enaf much time.

where do i go..told u, not that far :P