Mak

3rd Syawal…

petang jumaat, seperti dah mak aku booking awal2, kami melawat sorang sedara yang terlantar sakit di HKL semenjak few wks ago. sudah seminggu lebih juga makcik ni in koma, kesian dia… abah aku lak dah pi visit awal2 masa bulan puasa aritu, so aku bawak mak je lah.

sambil biarkan mak berbual dengan anak2 makcik tu, aku dok menyelit keluar bilik tengok the boys and a girl melepak…oh anak kakakku pun ada sama pasal dia dok tidur kat umah neneknya sejak balik dari melaka a nite before

gegirl memain camera snap itu ini, dia bosanlah kan x dpt pegang itu PSP

ni last gambo aku ngamik lam spital pastu kena marah ngan abang attendant :(

mana leh amik gambo weii, even outside of the room hikss, hampun lah bang…

n neneknya dok seronok pulak tengok abang bawak keter lintang pukang lam PSP game nye tuh…sorak2 neneknya suh ke kanan lah ke kiri lah cepat2….tension je abang bila nenek dok gegar suara tepi telinganya

dan macam biasalah mak aku kalau x kidnap aku suh bawak dia ke mana2 x sah….isk mak aku ni kan dahlah aku x berbaju kurung raya, pakai seluar ngan cardigan jer sbb cadang nak pi spital je. sirman sampai cakap pasni kalau mak ajak memana kita kena expect kena pergi berumah2. baju spare anak2 aku pun x bawak gak, buatnya baju depa kotor ke, muntah ke, lauk tumpah kat baju ke ha padan muka mak merah.

memandangkan emak dah mula puasa 6, kami dok pusing ler desa pandan carik tpt nak makan. coz kan mak aku dah kidnap aku nak pi beraya lebih kurang dekat nga desa pandan so carik makan kat sini lah utk berbuka puasa mak.

akak aku pun join sekaki siaplah dia bawak bekalan asam pedas sayur rebus segala….mak aku dah abih makan lauk akak aku pun benda makan yang kami order x gak sampai2. bayangkanlah punya ramai orang kat gerai ni nunggu q yet kedai makan yang bukak sebanyak2 alam sume tutup dok beraya lagi. ramai tol orang carik nasi ye di 3 syawal nih hikss…

ai forgotlah aku ada reveal nama sender yang bagi ini baju ke tidak? malas tol teman nak google lam blog sendiri, tp sipolan yang menghadiahkan pada gegirl sempena birthday gegirl last month, ha ini dia first time baju pink flower Gegirl ni yeah….excited woo, nak pakai…

sebenarnya sejak dari bulan puasa lagi dia mintak pakai baju ni, lek2 la nak….pakai during special occassion je lah, so raya ke tiga kita pakai kay…

hah 2 sejoli yang x boleh berenggang….kak chik ni pujaan hati abang, n fav sister gegirl jugak…kalau hapa2 jer dalam banyak2 sedara, ‘kak chik ada x mummy?’

tapi cuba korang tanya abang, sesapalah nanti jumpa abang bolehlah soal ‘kak chik tu gelfren abang ye?’

laju je dia akan jawab ‘x lah, mommy is gelpren abang!’

masa skang dia jawab gitulah, ai donno whether lam 10 ke 20 taun akan datang, jawapan yang sama akan keluar dari mulut abang…

Comment: 14

Tragedi Gigi di Malam Raya…

sudah 2 hari abang bising gigi atasnya dok bergoyang, budak2 baya ni memanglah semedang je gugur gigi sebab nak ganti gigi baru kan….ni gigi ke 4 yang gugur, gigi pertama neneknya cabutkan, gigi ke2 doctor cabutkan, gigi ke tiga tertanggal kat sekolah dia bawak balik, ha yang ini gigi keempat.

Poksu pegang kaki, daddy pegang badan abang, sbb dia x nak dok diam bila neneknya nak cabut. makpak aku memang doctor gigi x bertauliah hahahahhaha…

dulu sirman nya gigi, mak aku cabutkan pakai playar ye…gigi orang tua liat benau nak tercabut, ada nak pi klinik gigi kat sri permaisuri dia nak bagi appointment lagi bape hari, orang tu dah tak tahan sakit gigi dah….so mak ngan adik aku lah yang jadi tukang tarik gigi sirman…aku? aku membongkang sebelah sirman sebab masa tu dah tengah malam orang dok sibuk tidur dia nak cabut gigi hishhh…itu citer pasal sirman :)

tak sampai bape saat, dah tercabut, x sempat nak rasa sakit pun…..

darah sikit2 je bang….mmg tak sakit langsung ler…

kita dedulu, baling kat atas atap bumbung rumah kan…lupa dah apa petuanya, cepat tinggi cepat tumbuh gigi baru kot. ai cant remember. ngan abang beranilah ko nak buang gigi dia kat atas bumbung…

sebab semua giginya dia simpan lam jewelery box aku, dia kumpul sume lam tuh. siap letak deco kat lam biliknya yer….

itulah tragedi gigi abang di malam raya…..

lepas tu dia makan ketupat lelaju, sbb sebelum tu asik mengunyah belah kiri jer dah blah kanan dok bergoyang gitu kan

gigi pun boleh jadi entry, tapi korang nak story kan, ha bersyukurlah ye ai sanggup berjaga malam untuk siapkan korang entry tau…(2.02am ye waktu aku siapkan entry ni utk auto publish siang hari)

Raya moh…!!!

Comment: 12

Gossip Street…

smlm utk pertama kalinya di hari bekerja aku ajak sirman buka puasa kat luar huhuuu…biasanya kan makan kat umah masak tapau bagai. kali ni aku nak gak makan kat luar sbb sian fifin dia dok nolong kemas dapur x udah sampai kainbaju aku banyak x bergosok beriron segala tauu…

checkpoint jumpa kat umah mak ai lah…sirman dah awal2 buat booking makan kat gerai tu, x yah nak menentang arus so dia odw dr opis singgah order and terus terjah umah mak

kami makan kat Gossip Corner the one yang sebelah lrt tasik selatan itu. sampai2 je lauk dah terhidang and gegirl hapa lagik terus sauk her fav udang masak kunyit!

kami dah abih buka puasa, our other family members baru sampai. aterr jem kat bdr tun razak tuh kan…sib baik lah aku anak banak jalan dulu kalo idak bukak puasa ayo kering je lah lam keter

cik gegirl sibuk menyusun kerusi makan kedai nih, dah kena sound pun dia buat dek jer. even tokey kedai tu sound siap cuit pipi dia boleh jerit ‘dont touch meeeeeeeeee!’ (oh itu aku ajar yer, x caya the boys korang cuba cuit dia, mesti dia jerit sekuat2 hati, aterr aku fed up pi hajris ke pi ttdi mamak, the waiters asik nak mencuit anak aku je kan. dahlah anak aku tu pompuan tu yang sapa usik dia akan jerit sekuat hati.

bertukar2 anak si nana dr tangan aku ke tangan sirman…baby khyre abaikan muka saya yang huduh itu, penat balik kerja terus tunggang langgang angkut anak2 pi buka puasa..ponek

nana dah sihat a bit, she s going back to raya in kelantan belah hubby dia on 1st syawal

n not forgotten my mom, just got back from her umrah trip, monday baru nih. aku x pi jemput tp sirman n my other siblings yang pi ngamik…mak dah balik, eh eh mana ke rantai mak aku yang dia bagi pinjam tu yer…aku pakai x sampai setengah jam pun pastu bukak balik. rasa macam ‘orang kaya’ je pakai rantai emas mak gua sik…

kena pulangkan lah…mak aku x riuh tapi kang adik2 aku jeles, acik ni rantai mak buat harta lak. eh sibuk la korang kan…

huhuuuu…raya raya! aku cam mood raya tol bila dengau lagu  raya kat blog aku ni lah…(aku sedih tau tp x nak citer, masa aku jumpa mak kan, adalah ayat2 dia buat aku syahdu….sodih acik, yelah mak…insyallah ye mak)

Comment: 18

Rial for Mom…

i went down to the usual money changer…

this time for Mak, change some ringgit msias to rial…Mak dah sihat, x sihat pun tetap gak gigih nak pi buat Umrah di bulan Ramadhan. itulah setiap tahun project mak abah aku, bulan 5 aritu abah dah pi bawak Along (kan setiap taun mak abah cuba anto setiap sorang anak ke Mekah, fully sponsored by them) so taun depan, Abang aku yang sorang lagi lak pergi. insyallah.

anw back to Mak, she prefers to do her Umrah only during Ramadhan. taun lepas dah midst raya baru mak balik, mmg lama nau tol mak kat sana, tetiap taun Mak raya kat sana. so taun ni, Mak pi awal sikit (ater kami ni asyik pagi raya ada abah tp Mak dok kat sna lagi kan) so taun ni Mak will be coming back a bit early, just before raya :)

yeyy!!!

Comment: 5

Baskin Robbins…

kami berjalan2 sekitar JJ, lepas amik our usual groceries, pastu aku nampak ada red sling bag, not that big but can do lah pakai, not so branded, harganya sedang2 but bantailah….

dalam coupon voucher tu ada RM3 off for Baskin Robbins, tekak cam kemaruk nak makan icecream ni wpun aku idaklah gemor ngan icecream so much. gigi aku kena pi scailing lah, berdenyut2 bila makan benda sejuk ni tau….

sejarah Baskin Robbins ngan saya kan..hemm masa taun 1992, when i was form 5, aku pagi pi sekolah balik mandi rehat kejap terus pi kerja kat Baskin Robbins,  branch kat panggung wayang Rex dulu kat Petaling Street tu, stimes kena jaga branch Central Market so on…kadang2 msk at 3pm kadang2 masuk at 5pm till closing time. i ve been working wt BR for 9 months, berenti pasal nak SPM and nak kena lawan berpantun kat Alor Star peringkat kebangsaan :)

saya kan orang susah, so saya kerjalah buat part time, carik duit sendiri mar…..balik terus bukak buku, kadang2 tertido2 lam kelas dek letih. alah tu len kali cite lain lah..tp ye adik2 bukan senang nak senang. tu x masuk lagi ngan aku keje masa cuti semester ITM, cuti 2,3 bulan tu mmg totally aku keje. penah keje kilang BIS kilang air yer kat BTR, penah keje kat Guardian, penah keje mana ek lagi…

tu pasal kan wpun saya anak bandar, tp aku x ke sana sini, jln lam kolumpo pun x tau sangat coz banyak perabih masa naik bas mini 52 poi buat part time. wuii panjang cite part time ni kalo nak abih satu entry len kali lah ai sambung.

abih je JJ, pi amik DVDs collection n balik umah mak amik kiddos. bila tup2 mak ai bagi RM50 hiks… katanya semua 8 beradik aku dpt sorang 50, mak bagi sesaja sedekah sbb tanah mak kat Melaka akhirnya berjaya diwakafkan ke pihak kerajaan Melaka gitu ai oso donno much lah.

Nana my sis aku x leh nak letak gambar dia lah pasalnya dia x bertudung,  aku tau lah org bertudung x leh letak gambar kalau x berserkup even to post in the blog, lgpun kang kalo aku snap gak, dia marah wooo… itu lah x leh nak blog gambo dia detaily. tp dia mmg ada kat umah mak aku and gonna be MC for 3 months till lepas raya kot. dia sihat….mulut rajin memurai, siap baca blog aku setiap ari tapi dada jantungnya masih lagi sakit.

aterr cuba jantung ko tu kena jahit kan, maunya x sakit. sampai la ni dia x leh lagi dukung anak dia, n some more sbb dia kat umah x buat hapa, tu pasal gegirl nya hwork cepat siap x yah buat kat VA coz nana tlg ngajar sengsiang ari tuh…at least once a week dia pi spital buat check up, n dadanya sentiasa berpasang korset, kalau dia basuh korset, dia akan letak towel setebal2 kat dadanya tu ha…jalan pun bongkok2 pelan.

gitu… :)

Comment: 3