Tragedi Gigi di Malam Raya…

sudah 2 hari abang bising gigi atasnya dok bergoyang, budak2 baya ni memanglah semedang je gugur gigi sebab nak ganti gigi baru kan….ni gigi ke 4 yang gugur, gigi pertama neneknya cabutkan, gigi ke2 doctor cabutkan, gigi ke tiga tertanggal kat sekolah dia bawak balik, ha yang ini gigi keempat.

Poksu pegang kaki, daddy pegang badan abang, sbb dia x nak dok diam bila neneknya nak cabut. makpak aku memang doctor gigi x bertauliah hahahahhaha…

dulu sirman nya gigi, mak aku cabutkan pakai playar ye…gigi orang tua liat benau nak tercabut, ada nak pi klinik gigi kat sri permaisuri dia nak bagi appointment lagi bape hari, orang tu dah tak tahan sakit gigi dah….so mak ngan adik aku lah yang jadi tukang tarik gigi sirman…aku? aku membongkang sebelah sirman sebab masa tu dah tengah malam orang dok sibuk tidur dia nak cabut gigi hishhh…itu citer pasal sirman :)

tak sampai bape saat, dah tercabut, x sempat nak rasa sakit pun…..

darah sikit2 je bang….mmg tak sakit langsung ler…

kita dedulu, baling kat atas atap bumbung rumah kan…lupa dah apa petuanya, cepat tinggi cepat tumbuh gigi baru kot. ai cant remember. ngan abang beranilah ko nak buang gigi dia kat atas bumbung…

sebab semua giginya dia simpan lam jewelery box aku, dia kumpul sume lam tuh. siap letak deco kat lam biliknya yer….

itulah tragedi gigi abang di malam raya…..

lepas tu dia makan ketupat lelaju, sbb sebelum tu asik mengunyah belah kiri jer dah blah kanan dok bergoyang gitu kan

gigi pun boleh jadi entry, tapi korang nak story kan, ha bersyukurlah ye ai sanggup berjaga malam untuk siapkan korang entry tau…(2.02am ye waktu aku siapkan entry ni utk auto publish siang hari)

Raya moh…!!!

Comment: 12