CIPELA

2 raya events 2 outfits

 

 

IMG_8771

So many raya open houses! Kita dah nak hujung syawal sesangat. Ini ready to go to Denaihati’s raya, everybody melawo except abang coz he tak join, we dropped him at his tuition center. wow Zeeshan baju awak siap bergaya dengan necktie sajor! Tapi punya banyak kasut, itu lah kasut yang dah setahun lebih ko dok ulang pakai. Nak tunggu ketat habis ler tu baru boleh baling kasutnya, fav sangat kasut tu ada lampu leliliap, car some more. Beli memahal pun tak rugi coz memang max abis dia pakai (bought it in jakarta).

IMG_8795

senym kembang btol ko dik and kakak koooo

ai is pakai eyelashes merah tuh, bawah tu pun berfake lashes gakkk

IMG_8802

Ado yo Amy kat belakang tu yek….baju hakak ni, aku nak hand wash, memang akak basuh sendiri, bersatuan ngan kain baju sekolah anak2, boleh bebudak ni pi masuk washing machine. sib baik le tak rosak, bling2 dia molek lagik…

ai suka baju ni, they do have in maroon colour. Kalau ada colour lain memang akak dah borong (biasa le pangai akak kalau dah suka satu baju tu semua colours akak nak tibai)

IMG_8809

the boss, Haji Amir and Kak Rokiah

IMG_8816

the usual faces. The lady boss of Casa Ombak too…(venue of this event)

 IMG_8825

the perasan2 young boysssss

IMG_8855

manusia yang sangat dihormati..Abang Haji Amir Denaihati

Kami datang dengan jemputan abang haji, by right ada Adi Putra but masa ni baru 24jam kecoh kes dia bernikah baru. Jadi ramai le yang frust bila Adi tak hadhir, but a week plus kemudian sekali lagi diadakaan majlis di sini dengan Adi buat press statement dia. Kahwin baru ko ye. Benda tak berdosa, alhamdulillah. Memanglah betul tak dosa, eloklah mengaku dari ada yang kes2 artist tu tak nak mengaku langsung kahwin lain. Orang bebiasa pun ado samo. Nemailah…rumahtangga orang, tak yah kisah sangat, jaga marriage kita ya udah.

 

IMG_8586

hari2 sebelum tu in green gak, untuk Petronas event. Kalau Petronas nih, akak memang akan usaha ler carik pakai hijau, but i dont have their emerald green or dark green so this lime green pun nice what. Ini namanya Berlian Kurung Kedah. The only baju yang akak disponsored, Sedap sarung baju ni tapi macam biasa kain tetap akak pi hantar tailor untuk potong, ai kan is comel petite kan. Tak cool ler nak pakai leilipat 10 kali kat pinggang tuh The outfit nih by Hidy.

IMG_8542

Kasut pun, bling2 but ini sebenarnya boleh buat daily, buat bantai hehari. From Cipela, imagine if this is in red, oh em gee!! to die for sangat ni Hid!

IMG_8604

Thanks Petronas thanks Denaihati…more to come. Syawal is closing, ada lagi less than a week sebelum kita menutup tirai, tapi ada banyak lagik kain baju akak yek lom berpakai, itu tak cukup sarung kita bawak ke taun depan. All of the events semua nih, senyum simpul sumbing molek, tapi masih dengan dysphagia. Tercekik2 makan.

Bersambung lagi dalam entry2 baju raya baju biasa hari raya hari biasa….assalam.

**apparently my comments button tengah down, dah over 2 weeks, i couldnt be bothered till recently. Sorry, sedang dibaikpulih by the husband**

Comment: 6

Lady of Beruk…

IMG_9303

selfie kalau dalam keadaan huruhara, bila anak kau yang sibuk suruh selfie, macam ni jadinya. Nak focus kat pengantin pun hazab….

IMG_9327

Kita sampai dah nak dekat jam 2pm, huh biar sungguh macam dah lambat tapi luckily tidak, ramai orang lagi.

IMG_9330

Zeeshan hari tu memang my magnet ler, but untuk few hours je lah, lepas tu dia dah magnet balik kat apaknya…

IMG_9333

Sorry pengantin, gambar keluar blog :)

This guy is taken finally, dulu2 sokmo keluar blog aku, ramai le anak2 dara yang dok tanya khabar hahahaha…

IMG_9345

habis je wedding, kita bersidai dulu kat sini, oh ni di Menara TM. weddingnya kat Dewan Kristal tuh…

masa kat sini ada 2 girls, baya2 Zeeshan dok kat tangga tu, bukan main lagi anak aku terus datang tapi tak bertegur sapa ler, just dia dok sebelah bebudak pompuan tu. Sebab dah kat setaun sekolah kan, so PR ke main kau…

IMG_9369

Top is Zalora, Kain Jakarta, Kasut merah 5 inchi mengancam ni Cipela dan Prada handbag merah menyala

lepas tu, masuk parking, aku salin kain baju. Aku je menyalin, lain2 pakai je baju sama. Memang dah bawak sesiap.

IMG_9376

Nak pi banyak tempat hari tuh, carik goodies stuff for Zeeshan’s birthday also untuk menambahkan lagi the small2 items di rumah.

Dari BTR ke Permaisuri, area2 situ ler. Total kedai kita masuk ada 5 bijik dan satu lagi penutup kedai makan – QBistro.

 

IMG_9383

pastu dah banyak kedai, ada yang selang sebuah camtu, kita siap buat comparison lagik. Mana murah, askar pun ramai kan, so hantar askar le buat compare sana sinun. Kalau tak silap aku, kat kedai ni, ada tragedi (read di the end of this entry)

IMG_9387

entah apa ler, carik paperbag, but pastu tak jadi amik coz jumpa yang lagi best for kiddos punya doorgift

IMG_9405

dan pengakhirannya makan di QB, depa demand sibuk nak makan maggi soup lagi. This month je dah 2 kali korang makan maggi yek, no more. Dulu once a month or sekali dalam 2 bulan. Ni nak cuti sekolah, tunggu ler, lagi le meligat. Adiknya makan roti canai  kosong.

Ok dramanya kat kedai yang atas2 tu kan ialah kita kan amik all the goodies bags bagai, so nak amik tu tempatnya tinggi. Mungkin RD atau Abang yang capaikan ler. Dah banyak2 anak dan tangan ni semua hah, tak tau le ada salah sorang yang telah letak kat display bawah. Tak letak kembali ke tempat asalnya yang tinggi tu. Kakak kata abang, tapi abang kata kakak yang letak kat display bawah tu.

Tak kisah ler, kita tetap beli tapi mungkin yang depa letak tu lebihannya. Small matter le, biasa le customers buat gitu, or letak kat cashier if tak jadi beli kan. Tapi we bought a lot ler, macam2 barang.

So sampai dah keluar, dah bayar bagai, depa bertiga dah jalan laju, aku patah balik coz nampak 2 kosi kecik untuk letak kaki aku jual kat luar kedai tu, aku amik, bawak masuk. I was with Kakak.

Masa bayar tu, ada sorang salesgirl kedai ni, badan fatty pakai tudung, tapi lengan baju pendek, mulut dengan longkangnya nak bagi satu pelusuk Taman Tenaga tu dengar kot..dan ungkapannya: NI ANAK BERUK MANA YANG LETAK KAT SINI HAH

wah kau

aku tengok je barang yang dia pegang tu, memang sah itu dari part of paperbags yang family aku pegang earlier..ko rasa aku nak tengok je dia berukkan anak orang?

apa lagik, daripada aku diam and kuor kedai hati sakit, baik aku sakit hati dengan berlawan balik statement dia tu.

ANAK YANG AWAK BERUKKAN TU, ANAK SAYA. SO ANAK SAYA TU ANAK MANUSIA, BUKAN ANAK BERUK!!

dan aku teruskan menceceh2, walaupun tak sekuat suara si betina beruk tu (coz suka benau berukkan anak orang kan), tapi tetap aku dengan prinsip, fight it back! Kakak jadi witness. Cashier diam, sampai bila aku bayar bagi duit RM5 pun dia dok terpaku, konon mcm aku kurang bagi note, yet dia dok blur dengan aku punya bahas balas balik kat colleague dia.

Perempuan yang berukkan anak aku tu, tak melawan balik ler, dia dok masam muka tapi aku ada sound gak, amboi bukan main lagi ko cakap sekuat hati yek, ko ingat orang yang ko berukkan tu akan diam le ye, bape ramai dah customers ko berukkan? Dan hari ni ko dapat pulak customers yang lawan balik bahasa biadap ko tu.

Small matter je benda ni, tak perlu le sampai nak berukkan orang. tak perlu sampai nak bagi satu kedai dengar, ada ramai lagi customers lain dalam nih.  Ini kerja awak. Dalam linkungan kerja awak. Kalau ye pun awak nak maki, komplen menyusahkan kerja orang, hah ini semua paperbags yang aku beli ni, aku kena cabut price tag nya, lain kali letak tag tu kat tempat sticker scan ni bukan kat ribbon ni!! Takkan tu pun nak kena ajar?? ha tu kerja kau tau, aku dah menyenangkan kerja kau tak komplen, ini kau berukkan anak orang!

Lebih baik jadi mak yang melawan, untuk anak. Dari jadi mak yang pengecut, biarkan anak dibuli, family dibuli orang!

Kedai tu, bukan kedai 2inggit yang kat taman tenaga tu, yang selang sebuahnya, Supermarket apa tah namanya.  Pasni kalau aku datang lagi (of cos le aku akan datang lagi, kedai ni memang fav aku carik barangpun, ini kan territory aku) ko berukkan lagi anak2 orang lain pulak, ha ko tunggu aku jadi berukmakyeh.

Sekurangnya, biar keluar dari kedai tu dengan bermaruah. Kawan2 aku ramai yang jenis anak beranak kena buli sort of macam ni, disound2 begini, dok diam jer, pastu cite belakang, update kat FB and feel bad coz tak fight back, that s wrong lah, ada peluang ko kena balas balik, lepaskan jer, kita ni pelindung untuk anak2 kita, if kita tak fight back, kita failed to protect them, Mak macamanapun, akan tetap cover their anak’s ass, some more main beruk monyetkan orang pulak. Lain ler benda tu besau punya kes, ini takde kes pun. Bendul ler ko.

 

Comment: 10

Cordless Sweeper and Gold Zana

 

hah ni full dress jubah

kesiankan, nak buat shoot kat luar tapi laki aku tak bagi, dia malas nak keluar, paneh berdentum katanya. Suh dalam rumah jer. Jadi Kak Red depan pagar je lah shoot kita hari tuh.

Udahlah tu, ada pulak daunan jiran sebelah masuk rumah, nak kena sapu.

hah cordless penyapu akak tu, pun highly recommended gak. Asalnya pakai kat dalam rumah for dapur tapi sini lagi diperlukan, coz banyak daunan kan masuk, jadi tukar cordless dok buat sapu kat porch. Yang dalam rumah atas bawah pakai lain, tu nanti akak tetunjuk kemudian.

kita kena le sapu sendiri, yang lain tu ngah bersiap lagi. Aku kena dahulukan aku dulu coz aku banyak sangat shoots nak kena amik, lagipun depa semua salin baju jer, semua baju aku dah ironed sesiappun.

Eh Philips iron yang hebat superbagus tu kan, rasanya kalau ko terlupa off kan, dia akan automatic off after a while ler, tak tau le bape min. Biru bawahnya tu akan padam sendiri. Coz abang and niece aku lupa nak off iron waktu ironkan tudung mak merah ngan kakak, jadi dah abis shoot aku teringat, so memang RD cakap, tak off but the blue button dia dah tak menyala.

Wah hebat! jimat letrik dan jugak tenaga dan jugak keselamatan terjamin. Gitu kata Supermak.

IMG_7892

dress jubah ni ai beli online gak.

but Zana gold shoes, is by Cipela of course. Kasut penyelamat sangat coz dress aku tu boleh tahan kelabuhannya kan.  Suka gila pakai Zana ni, anak buah aku try pakai, pitam dia punya tinggi. Tak biasa camtu lah, aku dah biasa. tapi nak menyapu, apahal nak berkasut tinggi, tanggalkan ler kejap.

Dress nih sampai a day before shoot so takde ler dan nak pi hantar tailor ke hapa.   Design dress ni very the Wudhu and nursing friendly. Pelik gak aku apahal ler ada zip kat dada depan tengah rupanya ler…description ada cakap for nursing, mak mana pasan. Tapi tu lah, beli online, tengok merah menyala tapi bila dapat tak lah merahhhhhhhhhhhhhh sangat pun.

but bolehlah, lagi menggagau kalau takde gak dress merah nak pakai, mau aku sarung caftan merah plak.

So tambah lagi tips barang rumah arini…cordless penyapu hiks..merah some more. Dan of course, Zana of Cipela.

Comment: 3

Squash routines and Cipela!

IMG_7512

Kita dah few times masuk balik gelanggang squash

bukan aku ler kepalanya aku kena paksa jadi unofficial coach

depa nak sangat main, aku tukang supply racket, bola dan jugak jeritan pekikan hahahaa

IMG_7521

first round dulu je main, lepas tu aku dok tetepi, ajar sket2

boleh le aku main, boleh gak lah ajar lagi orang main squash walaupun aku buat back pun asyik membongok le gak, but compared ngan depa, aku paling senior le geti main nih hahahaa

IMG_7530

jadi buat masa ni, kita memang cuba spend at least twice a week kat dalam court

cuma hari tu jelah aku dok tepi court masa hari aku kena diarrhea tu, padahal dah bawak bag nak turun but cancel, perut tak sedap, pi turun kejap je ngajar2 and naik balik atas

IMG_7544

kang kitorang dah terer, kita book ler 2,3 courts kan, skang sume kedaung, jadi berpada je pakai satu court. belajar dulu hentam bola kat dinding tu, bawah line merah atas tu hoi, bukan tuju ke ceiling!!! sakit tekak aku dok jerit, oiii ke dinding lee

IMG_7547

members of team, makin lama makin grow, tapi yelah ongpompuan ni bukan leh caya, kang maleh maleh nak turunnya. jadi momentum kena kuat, kawan2 kena hasut lebih sikit

IMG_7549

sibuk nak posing hah kang ada kepala yang kena bola squash ni kang

IMG_7454

dengo ler coach baju merah ko temberang tu

tapi sayanglah, tournament baru ni aku tak masuk, selain dah ada orang lain yang masuk wakil red team, aku pun tak terpikir nak masuk dek kekangan masa sibuk pikir hal anak2 (malas nak turun gym bila on time je nak balik rumah)

IMG_7457

i still pakai squash racket lama, aku cuma tukar handle nya holder tu jer. 10hinggit. ada lagi satu racket tu aku blum lagi tukar handle holdernya, biasa le umah baru2 pindah tu kan, nak naik attic amik racket, bukan kerajinan, tu pun aku hantar abang kakak pi ngamikkan. But good thing is aku pandai simpan barang le, takde le jahanam. benda 7,8 tahun pun masih lagi elok.

IMG_7464

semuanya serba serbi barang lama, kasut pun kasut lama yang aku dah bagi kakak tapi aku pakai balik hahaha, jimat, tak yah beli baru. Lagipun skang ngah musim2 ngajar kenkawan jadi tak yah nak bertukar baju sangat pun. Ada waktunya, aku tak tukar baju dah pun, dok je tepi court jejerit. nanti sok semua dah terer2 main, tu yang baru kita pukul habis kejar satu court.

 

IMG_7466

aku paling suka tengok abang2 sebelah main squash, ke main laju! berdentum2. Jarang kat court  TTFC tu the ladies main squash, kecuali muka2 mak mak ni je pung. Nemai, it s not just healthy but paling senang keluarkan peluh. Daripada ko letak aku buat cycling ke lelari anak, baik ler aku main squash, kutip bola satu court pun takper, janji dapat pukul kat dinding tu memang nikmat.

IMG_7482

hah, i love my red gym bag! Ramai orang suka bag gym aku tuh, nanti aku letak gambarnya dedekat yek. Beli dah 4,5 tahun tuh, baru dapat pakai. I ada satu lagi tau, kaler biru, pun tak pernah berpakai, hah….jual 200hinggit, mesti bersidaian orang nak.

IMG_7448

pergi main squash, selekeh je dalam court

tapi bila bertukar semula, semua orang dok pandang heels merah ni! my new Zana in Red by Cipela!

IMG_7488

memula ai nak amik kaler lain, coz Zana ni memang ai punya favvy le sangat kan. Tapi bila Cipela letak kaler merah  ni, terus aku tolak the other colours!! Gila kau, the red is so sexy!!

IMG_7492

Beautiful, pretty, sexy, wangi! hah wangi yang tak boleh blah kan.

http://www.cipelashoes.com/ pi hangpa shopping kasut-kasut di sin yek.  Kalau nak kasut sukan kasut squash, tu je belum ada dalam cipela, but eii…cantiknya this red heels!

Ini Zana of Cipela yang ke 5 or 6 pairs. Ada yang akak beli sendiri yek. so you bayangkan, betapa sedap comfynya this Zana, or any shoes from Cipela. Korang pun dah lama tak nampak akak menebeng kat Ferragamo kan, it means that i memang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa sangat stop beli kasut situ coz why should I pay for thousands of ringgits kat SF if i can get few pairs from the price at Cipela kan.

Sexynya ko Zana! specially in red nih!

Comment: 5

Belum Ramadhan…tapi dah pakai baju Raya

IMG_8687

Salam Ramadhan semua…

Belum raya lagi kan, dah tentu le baru 1 Ramadhan, so kot mengantuk masa lunch tu or bebila ler pas Tarawikh nanti rasa nak shopping  raya, alah sambil berak pun boleh shopping gak, skang semua gadget di tangan je kan.

Ini baju raya Zalia from Zalora, tapi dah banyak yang aku borong selamba kodok jer sejak sebulan lepas, right after depa launching untuk Pre Order Aidilfitri. Hiks…

Dan sebab tak nak kang ramai le pulak pakai sama masa raya, ai pun terus pakai for a wedding of my dear fren.

Coz this is black and white, I pakai ler ngan Cipela silver and my Anya Hindmarch silver’s clutch, lama tak menyerikan muka nih, 2 minggu cuti pindah, muka serabai betul, ini pun coz of wedding, kelambatan hadhir.

So if you wanted to have a 15% discount shopping at Zalora, kindly use this code bila do your shopping: ZBAPZDSU .

Bulan ramadhan nih, tak yah pepanjang ler entry…

Comment: 7