HiDY Store

2 raya events 2 outfits

 

 

IMG_8771

So many raya open houses! Kita dah nak hujung syawal sesangat. Ini ready to go to Denaihati’s raya, everybody melawo except abang coz he tak join, we dropped him at his tuition center. wow Zeeshan baju awak siap bergaya dengan necktie sajor! Tapi punya banyak kasut, itu lah kasut yang dah setahun lebih ko dok ulang pakai. Nak tunggu ketat habis ler tu baru boleh baling kasutnya, fav sangat kasut tu ada lampu leliliap, car some more. Beli memahal pun tak rugi coz memang max abis dia pakai (bought it in jakarta).

IMG_8795

senym kembang btol ko dik and kakak koooo

ai is pakai eyelashes merah tuh, bawah tu pun berfake lashes gakkk

IMG_8802

Ado yo Amy kat belakang tu yek….baju hakak ni, aku nak hand wash, memang akak basuh sendiri, bersatuan ngan kain baju sekolah anak2, boleh bebudak ni pi masuk washing machine. sib baik le tak rosak, bling2 dia molek lagik…

ai suka baju ni, they do have in maroon colour. Kalau ada colour lain memang akak dah borong (biasa le pangai akak kalau dah suka satu baju tu semua colours akak nak tibai)

IMG_8809

the boss, Haji Amir and Kak Rokiah

IMG_8816

the usual faces. The lady boss of Casa Ombak too…(venue of this event)

 IMG_8825

the perasan2 young boysssss

IMG_8855

manusia yang sangat dihormati..Abang Haji Amir Denaihati

Kami datang dengan jemputan abang haji, by right ada Adi Putra but masa ni baru 24jam kecoh kes dia bernikah baru. Jadi ramai le yang frust bila Adi tak hadhir, but a week plus kemudian sekali lagi diadakaan majlis di sini dengan Adi buat press statement dia. Kahwin baru ko ye. Benda tak berdosa, alhamdulillah. Memanglah betul tak dosa, eloklah mengaku dari ada yang kes2 artist tu tak nak mengaku langsung kahwin lain. Orang bebiasa pun ado samo. Nemailah…rumahtangga orang, tak yah kisah sangat, jaga marriage kita ya udah.

 

IMG_8586

hari2 sebelum tu in green gak, untuk Petronas event. Kalau Petronas nih, akak memang akan usaha ler carik pakai hijau, but i dont have their emerald green or dark green so this lime green pun nice what. Ini namanya Berlian Kurung Kedah. The only baju yang akak disponsored, Sedap sarung baju ni tapi macam biasa kain tetap akak pi hantar tailor untuk potong, ai kan is comel petite kan. Tak cool ler nak pakai leilipat 10 kali kat pinggang tuh The outfit nih by Hidy.

IMG_8542

Kasut pun, bling2 but ini sebenarnya boleh buat daily, buat bantai hehari. From Cipela, imagine if this is in red, oh em gee!! to die for sangat ni Hid!

IMG_8604

Thanks Petronas thanks Denaihati…more to come. Syawal is closing, ada lagi less than a week sebelum kita menutup tirai, tapi ada banyak lagik kain baju akak yek lom berpakai, itu tak cukup sarung kita bawak ke taun depan. All of the events semua nih, senyum simpul sumbing molek, tapi masih dengan dysphagia. Tercekik2 makan.

Bersambung lagi dalam entry2 baju raya baju biasa hari raya hari biasa….assalam.

**apparently my comments button tengah down, dah over 2 weeks, i couldnt be bothered till recently. Sorry, sedang dibaikpulih by the husband**

Comment: 6

#ownyourcipela at Malaysia International Shoe Festival 2015!

.
RM_CIPELA_shoes

Hari tu sempat Akak pi celebrate HiDY 1st Anniversary event at their outlet kat Wangsa Melawati nun. Happening and had enjoyed the event dan yang paling best ada sales up to 60% off!

Pejam celik dah setahun rupanya outlet HiDY ni. Bangga jugak Akak dapat kenal and in fact berkawan dengan di sebalik tabir HiDY ni. Sapa lagi kalau bukan Hid, our talented local designer. Personally Akak memang kagum dengan ciptaan Hid. Memang berbakat besar. Dan Akak sendiri memang berkenan dengan ciptaan dia. Worth to buy! Bukan sahaja comfort as and when kita pakai, tapi rekaannya unik dan ada citarasa sendiri, cantik dan sedap mata memandang. Kita yang memakainya pula feel so good dan nampak lebih yakin. Inilah sebabnya Akak menyokong local product produced by local designer macam HiDY ni. Lagipun sapa lagi nak sokong kalau bukan kita sendiri. Korang pun patut cuba jugak :)

IMG_9140

By the way, there will be Malaysia International Shoe Festival 2015 pada 13th – 15th March ni di KL Convention Centre HALL 6. So jangan lepaskan peluang sama-sama datang dan lihat sendiri keunikan hasil rekaan-rekaan yang ada nanti. Dan sudah semestinya CIPELA Shoes will be there too with their own campaign #OWNYOURCIPELA di mana there’ll be only 4 price tags on those 3 days iaitu:
RM50
RM100
RM150
RM250
IMG_9141
Dan harga-harga ini adalah harga runtuh di mana ianya almost up to 80% OFF Retail Price. So inilah masa yang sesuai untuk korang to #OWNYOURCIPELA :)
IMG_9235
Di masa yang sama itu juga nanti, they willl be launching a collection of “A Contemporary Twist on Heritage” dan selama 3 hari itu, these collection designs will be selling at RM250 only. Dan sudah semestinya most designs are made of high quality textiles, genuine leather and a touch of Terengganu Songket and Batik.
IMG_9231
Omai mengiurkan sungguh si merah ni…
IMG_9230
So jangan lupa singgah di CIPELA Shoes booth, it’s next to the entrance and exits, if you are coming from Mandarin Oriental.
Print
Insyallah Akak akan datang.
Come, let support our local designers. Jumpa kita di sana :) Malaysia International Shoe Festival 2015 pada 13th – 15th March ni di KL Convention Centre HALL 6.
Jangan lupa yek, hashtag #OWNYOURCIPELA

The boutique is at No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Enquiries boleh email cs@cipelashoes.com atapun calling-calling this number 013 380 1338.

Visit CIPELA / HiDY’s website, their Instagram ataupun their FB Page too.

Comment: 7

CIPELA @ ISETAN KLCC and CIPELA Espadrilles @ Zalora!

shoe 7

Shopping?

Itu sedara aku tuh. Asal boleh hehari nak menyopping kan, tapi tu lah lama sangat tak buat citer shopping dan show off sini dok. Mesti hangpa pun pelik ko dah kenapa Kak, insaf dah?

ha ah insaf a bit.

Tapi bila tang sale, belum hinsaf lagi LOL

CIPELA-ISETAN 3 DAYS 1

Kan hangpa tau Cipela memang dah ada kat Isetan KLCC, so they are having 3 days special, starting this Fri 5th to Sunday 7th nih.  Kalau bukan member boleh dapat 20% tapi kalau ko member, boleh sampai 30%. Kak Red is a member of Isetan, sapa mau pakai kad akak? hah kena la jumpa kawtim ngan akak.

Bukan tu jer, nanti on the 13th Dec to Christmas Day – 25th December pulak ada clearance campaign also at Isetan KLCC, yang ni pulak depa feature old stockslah masa ni and sapa dedulu dok bising tak dapat beli, bolehlah pi do the borong-borong gak. Habis nanti, you dont bising2 sini hah.

shoe 7

Nah ni kalau hangpa beli offline ler, kat Isetan KLCC. tapi how about those yang nak beli online. Pun beres. Ada di Zalora. Hamik, lagi le main pepetik je senang keja kau.  Untuk konsep kasut di Zalora pula dinamakan CIPELA Espadrilles yakni a sister brand under CIPELA Shoes. Kekasut dalam family CIPELA Espadrilles ialah jenis konsep matchy matchy. hah macam Akak pakai sedondons sama dengan Kakak, or RD pakai sama dengan Abang (too bad takde size for Zeeshan).

IMG_3019

Cubalah tengok kat sini, boleh main matchy2 tu yang best hiks…

http://www.zalora.com.my/cipela-espadrilles/

I am very active buyer di Zalora so memang hari ni kau order, esok dah sampai. Tak pernah lagilah kalau yang akak oder delayed more than 24hours, and i have been spending jugak kat Zalora ni beribu gak weih!  Some more kalaupun tak rasa was-was dengan size, bolehlah measure, tapi pun kalau dah measured pun masih lagi terbesar dan terkecil pun boleh je tukar size, and get the smaller/bigger size yang sesuai ngan hangpa and anak2 or adik2 hangpa. Free jer pun postalnya, semua provided by Zalora.

Coz remember its a matchy-matchy concept by CIPELA Espadrilles.

IMG_3017

Biasanya mak ngan anak pompuan memang confirm akan belilah coz nak sedondon (sama ler ngan aku gak), bapak2 and anak bujang, you too boleh ler gak, takkan the girls je kan, style wei!

By the way the CIPELA Espadrilles ni the caters for casual, relax and light canvas shoes dengan plaited fibre soles, yang dipanggil ‘jute soles’. Just perfect for our daily and weekend comfortlah yek. For me kasut cenggini ai suka pakai masa weekend and travel pun wajib.

So depa ada sekarang di Zalora, boleh je terus ke link nih, akak dah menyenangkan kerja hangpa and ada size kecil untuk young girls, boys and men, of cos the ladies too from size 34 to size 45. Click tengok sini yeah, at Zalora.

Else, please visit CIPELA / HiDY’s website.

HiDY Store, address: No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur and email  hidy@hidy.com.my or  cs@cipelashoes.com  and   Contact Number: 013 380 1338.

So, jalan shopping di Isetan KLCC dan juga jalan shopping merayau online di Zalora – all for CIPELA.

 

Comment: 4

Cipela at Isetan, KLCC….

awat la some of the photos lam nih macam pecah2 je pixelnya. ada la tangan gatal aku nih dah tersilap setting apa while doing the transfer, but nak reupload memang tidak berdaya ler.

Aku sebenarnya nak cakap entry aku kan walaupun lepas raya pun takkan habis, padahal ada lagi 2 weeks nak raya, so even after raya pun yang lepas2 punya cerita pun kena upload jugak so takpelah, some have come out lam IG FB but some belum but kalau pun ada masih ler nak jugak cerita panjang lebarrrrrrrrrrrrrrr.

i know you still wanna read my long potpet menceceh in the blog.

photo 3

so amacam cantik grey tuh? it s from Cipela, dah masuk Isetan KLCC

photo 4

depa ada in black too but my size dah sold out pulak…

 

photo 1

tengok sanggul rambut aku nih, dah potong pendek dah pun, not so much, ada le sikit. rimas nak berpanjangan la skang nih…

photo 1

though Cipela is one of my sponsors, tapi aku pergi beli sendiri the grey, support the team of Cipela lah :)

photo 3

I need one Balenciaga in Edge lah, never have one. padahal design serupa jer, dia punya gold zip design je yang lain…but beli kat KLCC adoi, dia punya diff ngan Europe, the diff tu boleh buat bayau flight tix!

 IMG_3917

 So all please come by to Isetan KLCC, check out the Cipela shoes. yang akak pakai colour grey tu, akak pun ada in emerald green but itu customized one. So I am hoping Cipela will come out in red, purple and fuschia colour pulak. Sungguh ni, comfy gila weih walaupun 5inch.

IMG_3264

 Congratulations Cipela melangkah setapak to Isetan KLCC, kalau tak dapat mai KLCC, you can get them online too.

on another story, 3 weeks later, ada ler depa buat bazar jualan at Tower 1….ni bukan ler nak citer kasut. cite shopping dalam tu lah

IMG_3826

sket ler lagi nak membayo tapi senteng le pulak caftan nih, memang le ko kena pakai something dalamnya, long dress but nampak le pulak dress tu so tak jadi lah. Kalau labuh ke hapa mungkin akak beli, actually caftan2 gini akak pakai masa dok rumah homestay melaka tuh, dok umah mak mertua ke, gitu. Bukan bawak berjalan pun.

Hish caftan aku dah banyak bonar ler….yang tak berpakai lagi pun banyak jugak heh….

IMG_3830

si manis Lofa…

siapa sangka those yang kita nampak macam sexy maut kedaung boleh berhijrah. Hidayah tu datang dari Allah. Aku antara salute tak sangka macam Ummi Nazeera, Nastaha Hudson and Mizz Nina yang boleh berubah, dan jugak Lofa. sok sok Kak Red pulak, mana tau kan. Amin :)

IMG_3832

Sarung balik the Cipela yang lebih buat aku tinggi dan ranggi. Malangnya meeting didnt went well, something screwed up and aku menyampah le pulak dengan my dedication and determination so rasanya dah sampai stage tak boleh nak tolerate bila asyiklah kena taichi nih, specially kita tak dapat good treatment, you rasa dah no point u on that stage.  This is not about work etcs, ni pasal lain ler. I just want to share a little bit of thing yang tak heavy but pun tak boleh nak kekongsi sangat. Tak paham takper, laki aku pun tak paham gak, kadang2 dia pun kalau aku cite kat dia, mata dia kat hp gak, so kalau korang tak paham pun akak tak kisah :) .

Anyway, boleh check out HiDY.com.my for your baju kasut etcs.

 

Comment: 9

Tiffany CIPELA for Jalan TAR…

korang memang kuat ingatan. Those my loyal readers je lah, readers yang bebaru mana nak tau sangat kot. So kesinambungan dari kisah akak ke Midvalley mencari lace bagai, dan itu was like few weeks sangat kan, so kita sambung jejak ke Jalan Tar pulak. Aku nak cari kain lace je lah sangattttttttt pun kan. Katanya.

jangan le percaya, satu benda aku tu memang akan cecah ribuan je nanti. Yelah kain lace mahal :(

IMG_0904

hari Sabtu adalah hari anak2 bersekolah gantian so usai amik kakak jer dari sekolah, pujuk2 si kecil supaya lena tidur petang barulah kami keluar.  Tak boleh bawak anak2, nak speedy punya shopping heh. Lagipun Jalan TAR ni dah lama aku tak ukur jalan and need to go to one more place gak selepas settled di Jalan TAR.

 

IMG_0803

amacam gedebum tak?

IMG_0831

yang merah ni?

soalnya bukan lacenya tapi liningnya kahkahkah….

ada ke patut dia bawak aku kat lace yang punyalah terjojol bijik mata nak membayo. So dia bawak aku kat lace yang sesedang sahaja, walaupun biasa pada depa tapi pun lagi mahal but lagi cantik le of cos dari yang aku tengok dulu tuh. Lining pun boleh tahan.

Bungkus bermeters2 termasuk untuk my niece. Nasib baik tak bawak bibik, kalau tidak mau dia pun nak samaaaaaaaaaa gamaknya.

IMG_0932

Settled beli lace, melintas jalan pulak ke yang tempat jejual tudung tuh. Mencari tudung2 untuk anak dara, my niece also for my maid. Dan jugak for mak2 bonda jugak. Ini namanya tudung bawal hek, aku pun bukan le tau sangat, murah ko….5 inggit, aku beli lam 12pcs kot, untuk depa pepilih ler. but coz Bik ada buat hal, aku tak de ler bagi lagi, tunggu tempoh waktu bertenang sikit, biar nanti2 kemudian baru bagi. Knowing me, mestilah aku akan belikan for her….

IMG_0982

Kasi promote sikit kedai abang nih. Abang yang melayan kami kat sini bukan main baik lagi meriah mulut dia, sampai aku mengekek2 gelak dek keletahnya. So laki aku pun cakap, ok kita up sikit kedai dia. Sesapa pergi sini, korang petiklah nama akak tunjuk sekali gambar nih.

I bought the tudung Mak ajah dalam kedai nih.

IMG_0985

Mak nak pergi lagi umrah bulan puasa ni, so either buat pi umrah ke, harian ke bebila, mak aku ok jer ngan apa anaknya ni bagi.

IMG_0999

Penat berjalan sudah, kita singgah di Restoran Insaf tapi laki aku frust, roti bakar takdak, roti canai pun takdak. so kita makan mee goreng kongsi bertiga. Sesambil jalan dah makan keropok tu pasal memasing a bit full. Bagi laki aku rehat sikit coz dia yang mengusung barang dan jugak membayo tetudung segala.

IMG_1017

Aku main masuk jer kedai yang tak kisah pun apa jenama brand pun, dari luar nampak telekung wewarna but bila balik rumah too small for kakak, so 2 helai telekung tu kulantingkan pada my another niece, rezeki dia. Gonna get Kakak for tempat lain lah, online pun boleh. If you happen to know please buzz me. Kadang2 aku takut le nak beli online kat Instagram if tak kenal sangat, coz aku tengok ramai yang kena kelentong, duit dah bayar, barang tak mendapat.

IMG_1040

Laki dah seret balik, tapi mata mak encik pantang betul tengok kekedai yang ada, hujung ke pangkal aku masuk. Gambar hanya sedikit but seronoklah shopping di sini.

IMG_1046

Ada kedai brooch, tak tau lah qualitynya camne but borong jugak. For the same people jugak….sampai RD pun kena pilih jugak, dont care one.

IMG_1009

RD memang suka tengok langit. LOL. Speaking of this dress, very ler colourblock betul. Ini kali kedua aku menyarungnya dan lepas nih dress ni akan kupakai buat di rumah sahaja lah coz dah boring. Pertama kalinya pakai masa aku baru lepas pantang Zeeshan 44 hari, my first appearance di public for Nuffnang’s event jugak.

I love my new shoes. Supposed to wear it for my kerja but i just dont care. Walking selamba jer kat Jalan Tar nun dengan my new Cipela – ALIS. VERY COMFY! Wedges je pun, bukannya high heels yang tajam, so of coslah tak sakit kaki, it s only a wedges. Sekarang Cipela dah masuk Isetan KLCC. For Isetan members ada promotion price, 20% off, harganya untuk wedges nih ialah RM340 tidak lagi termasuk discounts yer.

IMG_1238

IMG_1220

It comes in black and orange too

Black dress is known as HiDY Black Dress Embroidered Tunic RM198, those wearing hijab can wear with your long pants and skirts.

Tidak ada warna merah yet, but takper. Tunggu next few months, ada surprise by Cipela and HiDY for anything in RED and i must join the theme!  Or you could get the collections at HiDY Store, address: No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

hidy@cipelashoes.com 012 395 6839 Cipela’s FB and Cipela’s website  and HiDY Store.

Comment: 7