Lady of Beruk…

IMG_9303

selfie kalau dalam keadaan huruhara, bila anak kau yang sibuk suruh selfie, macam ni jadinya. Nak focus kat pengantin pun hazab….

IMG_9327

Kita sampai dah nak dekat jam 2pm, huh biar sungguh macam dah lambat tapi luckily tidak, ramai orang lagi.

IMG_9330

Zeeshan hari tu memang my magnet ler, but untuk few hours je lah, lepas tu dia dah magnet balik kat apaknya…

IMG_9333

Sorry pengantin, gambar keluar blog :)

This guy is taken finally, dulu2 sokmo keluar blog aku, ramai le anak2 dara yang dok tanya khabar hahahaha…

IMG_9345

habis je wedding, kita bersidai dulu kat sini, oh ni di Menara TM. weddingnya kat Dewan Kristal tuh…

masa kat sini ada 2 girls, baya2 Zeeshan dok kat tangga tu, bukan main lagi anak aku terus datang tapi tak bertegur sapa ler, just dia dok sebelah bebudak pompuan tu. Sebab dah kat setaun sekolah kan, so PR ke main kau…

IMG_9369

Top is Zalora, Kain Jakarta, Kasut merah 5 inchi mengancam ni Cipela dan Prada handbag merah menyala

lepas tu, masuk parking, aku salin kain baju. Aku je menyalin, lain2 pakai je baju sama. Memang dah bawak sesiap.

IMG_9376

Nak pi banyak tempat hari tuh, carik goodies stuff for Zeeshan’s birthday also untuk menambahkan lagi the small2 items di rumah.

Dari BTR ke Permaisuri, area2 situ ler. Total kedai kita masuk ada 5 bijik dan satu lagi penutup kedai makan – QBistro.

 

IMG_9383

pastu dah banyak kedai, ada yang selang sebuah camtu, kita siap buat comparison lagik. Mana murah, askar pun ramai kan, so hantar askar le buat compare sana sinun. Kalau tak silap aku, kat kedai ni, ada tragedi (read di the end of this entry)

IMG_9387

entah apa ler, carik paperbag, but pastu tak jadi amik coz jumpa yang lagi best for kiddos punya doorgift

IMG_9405

dan pengakhirannya makan di QB, depa demand sibuk nak makan maggi soup lagi. This month je dah 2 kali korang makan maggi yek, no more. Dulu once a month or sekali dalam 2 bulan. Ni nak cuti sekolah, tunggu ler, lagi le meligat. Adiknya makan roti canai  kosong.

Ok dramanya kat kedai yang atas2 tu kan ialah kita kan amik all the goodies bags bagai, so nak amik tu tempatnya tinggi. Mungkin RD atau Abang yang capaikan ler. Dah banyak2 anak dan tangan ni semua hah, tak tau le ada salah sorang yang telah letak kat display bawah. Tak letak kembali ke tempat asalnya yang tinggi tu. Kakak kata abang, tapi abang kata kakak yang letak kat display bawah tu.

Tak kisah ler, kita tetap beli tapi mungkin yang depa letak tu lebihannya. Small matter le, biasa le customers buat gitu, or letak kat cashier if tak jadi beli kan. Tapi we bought a lot ler, macam2 barang.

So sampai dah keluar, dah bayar bagai, depa bertiga dah jalan laju, aku patah balik coz nampak 2 kosi kecik untuk letak kaki aku jual kat luar kedai tu, aku amik, bawak masuk. I was with Kakak.

Masa bayar tu, ada sorang salesgirl kedai ni, badan fatty pakai tudung, tapi lengan baju pendek, mulut dengan longkangnya nak bagi satu pelusuk Taman Tenaga tu dengar kot..dan ungkapannya: NI ANAK BERUK MANA YANG LETAK KAT SINI HAH

wah kau

aku tengok je barang yang dia pegang tu, memang sah itu dari part of paperbags yang family aku pegang earlier..ko rasa aku nak tengok je dia berukkan anak orang?

apa lagik, daripada aku diam and kuor kedai hati sakit, baik aku sakit hati dengan berlawan balik statement dia tu.

ANAK YANG AWAK BERUKKAN TU, ANAK SAYA. SO ANAK SAYA TU ANAK MANUSIA, BUKAN ANAK BERUK!!

dan aku teruskan menceceh2, walaupun tak sekuat suara si betina beruk tu (coz suka benau berukkan anak orang kan), tapi tetap aku dengan prinsip, fight it back! Kakak jadi witness. Cashier diam, sampai bila aku bayar bagi duit RM5 pun dia dok terpaku, konon mcm aku kurang bagi note, yet dia dok blur dengan aku punya bahas balas balik kat colleague dia.

Perempuan yang berukkan anak aku tu, tak melawan balik ler, dia dok masam muka tapi aku ada sound gak, amboi bukan main lagi ko cakap sekuat hati yek, ko ingat orang yang ko berukkan tu akan diam le ye, bape ramai dah customers ko berukkan? Dan hari ni ko dapat pulak customers yang lawan balik bahasa biadap ko tu.

Small matter je benda ni, tak perlu le sampai nak berukkan orang. tak perlu sampai nak bagi satu kedai dengar, ada ramai lagi customers lain dalam nih.  Ini kerja awak. Dalam linkungan kerja awak. Kalau ye pun awak nak maki, komplen menyusahkan kerja orang, hah ini semua paperbags yang aku beli ni, aku kena cabut price tag nya, lain kali letak tag tu kat tempat sticker scan ni bukan kat ribbon ni!! Takkan tu pun nak kena ajar?? ha tu kerja kau tau, aku dah menyenangkan kerja kau tak komplen, ini kau berukkan anak orang!

Lebih baik jadi mak yang melawan, untuk anak. Dari jadi mak yang pengecut, biarkan anak dibuli, family dibuli orang!

Kedai tu, bukan kedai 2inggit yang kat taman tenaga tu, yang selang sebuahnya, Supermarket apa tah namanya.  Pasni kalau aku datang lagi (of cos le aku akan datang lagi, kedai ni memang fav aku carik barangpun, ini kan territory aku) ko berukkan lagi anak2 orang lain pulak, ha ko tunggu aku jadi berukmakyeh.

Sekurangnya, biar keluar dari kedai tu dengan bermaruah. Kawan2 aku ramai yang jenis anak beranak kena buli sort of macam ni, disound2 begini, dok diam jer, pastu cite belakang, update kat FB and feel bad coz tak fight back, that s wrong lah, ada peluang ko kena balas balik, lepaskan jer, kita ni pelindung untuk anak2 kita, if kita tak fight back, kita failed to protect them, Mak macamanapun, akan tetap cover their anak’s ass, some more main beruk monyetkan orang pulak. Lain ler benda tu besau punya kes, ini takde kes pun. Bendul ler ko.

 

Comment: 10