Astro On-The-Go Live Explorer Memang Syok weii!

48hours sponsored post

IMG_7028

Sebagai blogger yang berdedikasi dan komited chewahhh ;) sesampai jer kat KLIA dari Milan aku terus pecut balik rumah mandi tukar baju bersiap dan terus cargas ke Sunway Pyramid untuk Astro On-The-Go Live Explorer contest event yang pernah aku blogkan dulu untuk sesapa yang nak join.

Tapi ade jugak yang komplen kat aku tak terpilih masuk contest tu, taper dik cuba lagi lain kali, jangan give up ok. Ade juga yang komplen sebab terlupa nak buat entry “I Am The Unstoppable Explorer!”, tu den tak leh nak cakap ape la kan, aku dah suh awal-awal lagi.

IMG_7038

Memandangkan aku just landed, so aku agak lambat la jugak sampai kat sana. So the explorer contest pun dah start la dah. Seramai 50 bloggers bertuah telah terpilih untuk masuk contest ni yang kemudiannya dipecahkan kepada 25 kumpulan yakni 2 orang setiap kumpulan.

IMG_7049

Ni antara peserta-peserta dalam rancangan The Apprentice Asia

Serupa ala-ala treasure hunt, cabaran Astro On-The-Go Live Explorer ni bermula seawal 9 pagi. Ke semua kumpulan dibekalkan iPad supaya senang untuk membaca clue yang diberi dan seterusnya menyelesaikan tugasan yang ada, total semua sebanyak 10 checkpoints, disamping itu juga mentweetkan the real time event dengan hashtag #astroOTGExplorer.

Boleh tahan mencabar la jugak terpaksa berlari-lari ke sana ke mari pusing Sunway Pyramid ni mencari clue dan checkpoints semua tu especially yang tak biasa dengan Sunway Pyramid ni, macam aku ni ha hehehehe. Basically tugasan kena menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan program-program yang ada dalam Astro On-The-Go. Siapa subscriber memang kacang jer la kot menjawabnya :)

P1130453

In between kitorang dihiburkan dan bergelak ketawa dengan lawak spontan dari raja lawak yang tak lain tak bukan iaitu Johan, dan ditambah pula dengan adanya Ajak dari Shiro, makin gamatlah suasana kat sini. Sungguh lawak la depa ni.

P1130482

Juga hadir memeriahkan suasana membuat performance and games ialah barisan pelakon Oh My English! seperti Jibam, Anusha dan Mazlee dan yang lebih utamanya ialah dengan special appearence hero malaya kita, Aaron Aziz.

P1130490

Tu lah masalahnya bila Aaron Aziz turun padang ni, habih block view permandangan aku disebabkan semua anak dara makcik-makcik berpusu-pusu ke depan nak berposing dengan abang Aaron kita tu. Makan hati aku duk belakang tak nampak abang ai tu :( Dengan cargas aku bangun jugak join the crowd nak snap picture Abang Aaron aku tu :)

P1130443

Lakonan semula babak-babak drama Jodoh

Turut menghiburkan kitorang ialah persembahan teater muzikal yang membuat gimik dan lakonan semula setiap rancangan-rancangan di dalam Astro On-The-Go, dari drama ke filem samada cerita dalam dan luar negara sampai la ke drama Korea kesukaan korang tu.

IMG_7042

Selesai sudah explorer contest ni, so ni antara bloggers yang masuk. Depa tengah melepaskan lelah penat sambil menunggu announcement sapa yang bakal bawak balik grand prize Samsung Galaxy S4! Berdebar-debar tu, tapi kalo tak menang jangan la sedih-sedih pulak ek, yang penting kita had fun and enjoy!

IMG_7118

Dan jeng jeng jeng, tahniah kepada 6 pemenang bertuah ni! Miracikcit & Mahamahu, Leonhart90  & Blablablabber dan Penaberkala  & Rawlins! Bertambah lagi gajet masing-masing ek :)

IMG_7046

Walaupun aku tak masuk explorer contest tu, dapat aku rasakan dia punya exciting dan adrenaline rush untuk menghabiskan cabaran-cabaran tu semua! Maybe next time, adik yang komplen tak dapat masuk tu pun, next time kita masuk ek :)

Tapi jangan lupa subscribe Astro On-The-Go, so senang la nanti nak solve kan all the challenges kan dan on top of that boleh kita enjoy pelbagai program-program menarik dalam Astro On-The-Go seperti:

• Disney’s Wreck-it Ralph • Raja Lawak • MasterChef Selebriti • Jodoh • Oh My English • Pearl Harbour • Alice in Wonderland • The Thieves • CZ12 (Jackie Chan) • Hua Hee Everyday • Empresses in the Palace • Jang Ok Jung • TLC’s Cooking Challenge • Discovery’s Survival Skills • UEFA Champions League • UEFA Europa League • Barclays Premiere League • PGA Tour: Golf • Romantika •

dan bermacam-macam lagi. Tapi yang paling penting di mana sahaja pada bila-bila masa dan juga tak payah berebut-rebut remote Astro lagi hiks :)

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 11