SSF

Misi bunga…

IMG_9952

hoi aku carik bunga!

dalam sejarahlah sangat ni cari bunga kay. So pergi le ke SSF Cheras area rumah aku.

apa ke gila memahal bunga kat sini, or memang bunga plastik ko mahal merata dunia gak? Aku nak sejambak. sejambak tu for eg dalam 300 – 400 gak tuh, tak masuk vase plak tuh.

IMG_9955

jadi macam tak worth it le beli bunga kat sini, sesungguhnya aku rasa mahal sangat. Macam kat belakang aku tu kan, bebunga tuh, ridiculously too expensive,  for me ler. Baik pi ulang alik beli kat petaling street nun, hari2 beli bunga fresh, Sejambak dapat 20 pcs tu RM18 je. Kot pandai jaga boleh tahan gak seminggu kan. Tapi tu ler nak ke PS tu hahahaha, pagi2 buta pulak tuh. Oh meng.

so anw, aku beli lapik meja and container air je. Takde langsung beli bunga. Orang selalu kata, ko bukan tak mampu, but i dont want to pay lah benda2 merepek ni. Bags tu tak merepek. Jadi makanya, kena usaha carik beli tempat lain ler. Ada le aku google, kat Bangsar ada kot. Tak pergi tengok lagi.

Korang ada idea nak cari bunga plastik ni kat mana? Kot aku tak tau, orang lain pun sama tak tau gak, nak gak tau mengepoh. Masa nak bayar, laki aku pi jadikan aku member. kahkahkah. Katanya birthday month dapat special discounts, dia suh aku pi shopping masa birthday month (yakni bulan ni ler). Panjang le akal ko RD.

Jadi gang, mana kedai bunga yang around KL yang harga tak membunuh sangat ler, tak yah le nak grand sangat pun, sedang2 pun boleh. Share2 ler, Friday mar…murah rezeki. Thankies.

 

 

Comment: 20

The SSF…

Malam ni aku termenung panjang sangat. Kesian kat badan sendiri hah jadi mangsa keadaan. Aku upset sangat2.  Aku duduk kat food court KLCC and memikir kejadian yang aku tak tahu apa2, pastu sambung duduk lagi kat Tesco (while waiting for my kids habis tuition). Well well well….nasib lahai anak semut. Pijak pun orang tak perasan. Pijak pun orang tak nampak.

Jadi move on jer lah. Luka sangat hati ini. PadaMu Allah aku bermohon.

Cerita kat laki pun hanya via whatsapp or phone jer, aku kalau dapat borak face to face ngan laki aku pun bila weekends jer, lain hari memang tak dapek doh.

IMG_8061

so anyway, lepas hari tu anniversary luncheon, cadangnya memang nak bawak ler askar2 berjalan ke sini but coz a day before laki aku dah datang tempat ni and he suggested askar kena tinggal specially si kecik. Memang patut lah pun coz aku leh jamin kalau dia ada memang habis harta pusaka lam SSF ni dia kerjakan!

IMG_8067

Pertama kali aku sampai SSF ni kat ngan rumah aku gaklah, around Jalan Cheras depan Taman Midah nun. Nak cari satu je barang pun but punyalah hazab lahai sana sini jauh kami berjalan. Tapi takper, at least datang sini leh show2 kat korang yang sedang sama mencari barang rumah

IMG_8049

 tapi harganya hem hem hem :)

IMG_8071

untuk tatapan korang

IMG_8079

cantik itu cermin

IMG_8086

kerusi2 sini semua sedap duduknya, sedap gak tengok harganya. alah ada yang sesedang harganya ada yang boleh tahan gak lah

IMG_8094

hah ni merah!

IMG_8098

alah comelnya tepon merah nih!

 

IMG_8108

binatang ni pun ke main mahal kau, murah lagi yg idup kot LOL

IMG_8116

IMG_8111

wah ni aku suka, ada silver ada gold!

trolley letak kuih raya hiksss

Mostly kekedai yang kat Cheras nun sume aku dah covered. satu je yang bagus kat Putrajaya, kat IOI City Mall tu lah but takde stock, so we dont mind to wait till April just takut masa tu Ah Seng dah habis job pulak ngan aku, walaupun laki aku ada drill baru tapi benda2 rumah baru ni aku lagi prefer Ah Seng yang handle.

Pastuh kita pi plak cari kat Sri Petaling, pun takdak, dan ke mana2 ler lagik. Weekend ni akan sambung lagi bersambung lagi dan lagi…

Hari tu ada soalan bangang aku dapat, hai dah siap pergilah pindah. Tanya ikhlas hati takper, statement bagai nak menyindir. apa le yang jaki sangat ko ngan aku. Orang yang bercakap tu macam tau the details bagai mulut ke main longkang.

Baiklah, begitu sedikit kisah. Nak melayan luka parah hati ni hah…

Comment: 13