Misi Bunga berjaya! WH FLoral!!

IMG_0370

Hari Ahad, memang penuh lah jadual. Nak mengejar Syawal. Selepas jer Zuhur, terus aku laki bini keluar, memula kedai kat rumah ni. Beli 2 barang, kena pasang kat Red House by this week too. Alhamdulillah dah pasang pun bendanya. Kan ada belakang tu ada Samsung’s robot vacuum cleaner. Hah tu pun aku berajat nak beli gak, one day, not now ler. Skang ada maid, tak yah ler nak beli.

IMG_0375

Destinasi seterusnya di WH Floral Trading yang korang dok promote suh akak pergi tuh. Yeah aku dah sampai. Thanks korang bagi idea and tips untuk bukan mak bunga nih. Seriously I am not a bunga person, tu yang tak tau langsung tetempat macam nih.

IMG_0378

Terpegun masuk dalam nih, rasa masam nak beli 10 benda, but perlu diingat, duit bukan dicetak dengan air liur.

IMG_0390

bowl ni nak bowl tu nak, eh lawa2 ler semuanya!

IMG_0385

sini pun rakus mata, tengok je lah. paling kecik cinonit letak candle tu pun dah kat RM50, tu paling kecik.

IMG_0392

yang on the right side tu ada aku amik, dapat harga diskaun 30% coz display unit, takde stock. Yang aku nak tu ler takde stock pulakkan

IMG_0400

kalau korang kaki bunga, memang patut ler repeat datang sini banyak kali

IMG_0402

apahal takde merah hah. merah yang ada pun macam pinkish ke purple.

IMG_0407

suka aku tengok benda bulat glitters ni, yang kecik dah takde stock pulak

IMG_0409

hah tengoklah sepuas hati, mesti ada yang tak tau gak WH Floral kan, so ni akak kongsi sama

IMG_0413

merahhhhhhhhh!

IMG_0417

betullah kata korang, bunga plastik tipu dia memang nampak macam real jugak bila tengok dari jauh. Kena rasa pegang baru tau ooo tipu rupanya

IMG_0418

kami berkenan yang ni hah

IMG_0424

bersungguh gaya mak encik bercerita kat lakinya yang macam cepatlah cerita bunga bini oiiii

IMG_0426

buat hiasan, mau tak mau

IMG_0434

ini bapak besar punya bunga. Harga RM800 tapi ada 50% off

pasu tu jer dah 200 kalau beli asing. gubah2 beli bunga lagik. aku memang tak geti gegubah ni hahahaaa

IMG_0443

ini laki aku gubah kat situ gak, pakai vase yang kononnya aku berkenan. tapi tak kena. kena pakai yang putih vase tu jugak baru IN

IMG_0445

Kami sudahi dengan 3 jenis barang sahaja. Yang berplastik bakul nih bukan kami punya, ada orang lain punya, dengaunya mak andam, dia nak buat andaman ler kan. Baguslah kalau tangan jenis pandai ngubah2 nih, takat deco rumah ke hapa aku geti ler, takat olah2 ayat aku terer gak, buat pantun pun aku terer gak tapi tang deco2 bunga memang bukan jalinan aku lah.

So all, thanks for the idea yang bantu akak dalam entry misi bunga nih. Korang boleh refer kat situ jugak coz ramai readers bagi tips on tetempat dalam Klang Valley untuk cari bunga. Aku pun refer kat situ.

Mission accomplished. Alhamdulillah. Mai lah rumah kiter…dah ada bunga. wakakakakkaa.

Comment: 9