Royal blue for the family…

IMG_1492

back home aritu, Ah Seng ada datang buat touch up rumah. Sambil tu dia bawak bapak punya besau  ler hamper. Ini paling besarlah sejarah hamper dia bagi. For raya ler. Kalau Raya Cina lagi berkotak2 punya limau dia hantar. Yang tahun ni paling hebat ler coz mau taknya, bukan main puluh ribu dia buat rumah aku, ratus ribu oi nangiss….But thanks Ah Seng, kerja ko sangat bagus!

IMG_1495

Adik dah siap pakai baju tradisional Indonesia, nak naik lrt. Rumah sekarang ni, jalan kaki je ke LRT hiks.. satu kapal red family nak ke KLCC berbuka puasa dengan mak nya..

IMG_1498

Bapaknya habis conference awal so dapat amik abang dari sekolah, and terus bawak anak2 keluar naik LRT. Takkanlah nak bawak kereta, dah tentu kita nak balik sesama lepas tu kan. Pastuh nya kalau drive gak, siap le kol 8 malam pun tak tentu korang sampai KLCC tu dengan jem yang mencekik.

IMG_1503

Zeeshan sangatlahhhhhhhhhhhhhhh pencinta vehicles (dah banyak kali bilang), jadi dia sangat beria betul bila dapat naik lrt. Dia panggil train train train.

IMG_1505

Galid betul. jakun le ko ni dik.

IMG_1508

Kopiah tu, satu set dengan baju nih, seluar pun tapi sampai KLCC dia dah malas nak pakai kopiah tu

IMG_0190

Dan kami pun bertemu, tema biru. Laki aku malas nak tukar baju biru, dia dah sarung baju putih tapi exceptional case seluarnya biru. Bolehlah tu…

ye aku tau, abang dah lama beat height mak nya, maknya pun bukannya jenis tinggi, dah tentu pendek. Dan he s about the same height of his dad gak.

IMG_0206

Mak merah pakai baju repeat jer, baru pakai sekali waktu wedding adik aku. Yang skirt biru hitam tu dari #kree. Fuschia shoes dari Cipela, of cos.

IMG_0233

 The complete of us, berbuka bersama teman2 yang lain. Tak boleh nak expose :)

IMG_0237

Tengah aku rancak berborak (bapak, abang kakak ngah Maghrib, kita kena take turn le solat coz ada budak kecik nih). Dia boleh jerit, Mummyyyyyyyyyyyyyy nak beyak.

huwaaa ko ni dik.

Jadi tu nampak ada belah kanan sket kat pintu tepi tu dia tengah memberak hahahaha. Mak ko vouge2 tapi kalau dah anak nak berak, pedulik hapa anak kau ngan vogue mak kau. Hiks..

IMG_0269

Tudung macam kakak pakai ni kan (mana nak carik yek, janganlah suh pi festival2 tu, aku dah takde masa ler nak pergi), aku nak cari untuk kaler lain. She loves this kind of tudung, selain yang jenis sarung2 tu pun dia suka gak. Online pun kang tak sempat, ada seminggu lebih je lagi nak Syawal hah.

By the way, this entry is also dedicated untuk Kakak. she just won the Pidato / Syarahan peringkat sekolahnya. Number satu. Tak sesia ler sebulan lebih aku coached dia. Siang malam, asal ada waktu  memang kami bersama2 mak anak buat practise.

Sebelum Ramadhan pun sempat Hilal Azmi datang tolong gak, yelah dia dah jadi orang Astro Awani, ada le tips2 yang dia nak tolong kakak gak.

Tahniah Kakak, she kalahkan 14 other students. Aku dulu juara syarahan pidato ni kat Sek Agama Al Mustaqimah, jugak juara di Cap Kunci too. Pernah jugak aku wakil sekolah untuk Pidato Piala Diraja peringkat Wilayah Persekutuan.  Sejarah mak nya berulang turun ke anak daranya. Well done Kakak!

Comment: 11