Mak Coke…

IMG_0104

hari tu aku balik lambat sangat. Tapi dalam lelambat, nampak durian kat simpang Permaisuri nun, halahai, 5 saat je pikir, terus parked tepi jalan and singgah beli. Takyah ler musang king ke musang queen, ini pun dah sedap. Abang tu bukakkan, bagi tengok kuning ke muda ke bagai. 3 biji baru RM20.

IMG_0118

That week laki aku boleh berbuka di rumah, so dia dok bising tetanya apasal tak sampai rumah lagik. Ye le cik, mak encik pi singgah beli doyan.

IMG_0124

sedapnyaaaaaaaaa durian ni! memang tak kesal beli. Berbuka memang aku tak cari hapa, tapi durian ni yang aku sogok dulu. Memang sedap, tapi tak habis ler malam tu, esoknya mak abah bawak balik sikit. Alhamdulillah, merasa durian, hari2 biasa tak makan tapi masa bulan puasa ni teringin pulak.

IMG_0134

Thank you Coke for sending me this. Korang boleh gak dapatkan set nih but it doesnt come with the ketupat box ni yek. Korang boleh gak buat personalized name on the can too. This is a special edition Coca-Cola Ramadan-Raya collectors set  to celebrate this year’s festivities.

Lapan reka bentuk edisi terhad dengan cetakan ucapan “Selamat Berbuka Puasa”, “Maaf Zahir dan Batin”, “Salam Ramadhan”, “Syukuri Nikmat”, “Selamat Hari Raya Aidilfitri”, “Eid Mubarak”, Terima Kasih” dan “Kekalkan Persaudaraan” disediakan.

Dengan pembelian Coca-Cola 1.5L PET, anda dapat memilih daripada 24 nama panggilan orang tersayang seperti “Mak”, “Ayah”, “Atuk”, “Nenek”, “Kakak”, “Abang”, “Adik”, “Pakcik”, “Makcik”, “”Pak Long”, “Mak Long”, “Pak Su”, “Mak Su”, “Member”, “Jiran” dan “Bro”.

Untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim, anda boleh membuat nukilan tersendiri pada tin Coca-Cola apabila mengunjungi roadshow atau jerayawara Coca-Cola di seluruh Malaysia dan membeli 4 botol 1.5L PET Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W, Heaven and Earth atau Minute Maid Pulpy (bersama-sama sekurangnya sebotol Coca-Cola).

Jerayawara Coca-Cola akan diadakan selama sembilan minggu bermula 6 Jun di 44 pasar raya besar yang terpilih termasuk Giant, Tesco, Mydin, AEON dan AEON BiG di sekitar Lembah Klang dan juga di bahagian Utara, Selatan dan Pantai Timur Malaysia Barat, dan juga Malaysia Timur.

 #shareacokemy

IMG_0141

 ’Kak Red’

 IMG_0235

Lastly, this photogrid is made by Kakak. Tetiba dah ada dalam handphone aku. Dia membosan ler tu yang buat nih, or maybe she dah mulai merindui neneknya. My mom (once again, like previous Ramadhan), telah berangkat menunaikan Umrah. So dapatlah 2 minggu aku makan lauk berbuka puasa hasil tangan mak. Aku cuma masak for weekend yang aku tak berbuka di luar jer.

Tapi now dah mak pi menunaikan ibadah Umrah, makanya balik kerja aku kena masak ler. Sebelum tu kena jugak singgah bazar Ramadhan untuk juadah anak2 (for them to makan lepas tarawikh or sambil berbuka jugak). Lepas tu baru dapat balik rumah and menyiapkan juadah berbuka. Biasanya 2-3 lauk jer lah, tak perlu heavy coz laki aku pun tak berbuka sama (dia dah back to his regular hours). Cuma aku anak beranak je ngan maid.

Terus balik masak tu takpe lagi tapi nak menyinggah bazar halahai…but tu wajib. Anak2 aku yang 2 orang tu pemakan orangnya. Insyallah, mak akan pulang di hari pertama Syawal.

Comment: 7