RedBoy/Zeeshan

Wheel on the bus….

IMG_1448

waaa ada budak dapat naik buslah!

rezeki Zeeshan sangat pagi tu. aku kan memang duty tetiap pagi hantar dia ke sekolahnya. Hari tu aku parked kat tepi makcik nasi lemak (my 15 years of nasi lemak, selalu aku pomotkan makcik ni dedulu hehehe), so aku singgah ler nak beli breakfast ke hapa, ada bas parked depan tuh. so bila turun kereta, mata dia asyiknya lahai sangat tengok bus nih.

Yelah depan mata kau!

Dedulu pun memang ler tengok bus, naik bus pun penah but dia mana ingat masa kita travel dulu ber by bus. So ini hari ini punya kejadian, langsung aku tanya nak naik bus ke Shan?

Nak nak yes.

So kita amik gambar tetepi dulu…driver bas tengah beli nasi lemak. Pintu tak tutup, aku mintak izin la naikkan anak aku jap, lagipun rush hour ler, nak pi sekolah, aku pun nak pi kerja, i m just taking my 3min time for Zeeshan yang galid ngan bus. Naik pintu tengah and turun pintu depan.

Amik gambar bagai. Last2 abang driver nak gerak, tapi tak jadi, matikan engine and suh Zeeshan posing depan bus,lagi cantik katanya hiks…suka le budak tu. Even dah bas jalan pun dia dok berbabai babaiiiiiiiiiiiiiiii!!

Malamnya dia tuntut nak lagi naik bas. Esok paginya nak masuk kereta, dia tak nak ok! dia cakap nak naik bus. huwaaa, mak ko nak pi kerja dik, mana mak nak carik bus pagi ni antau ko plak.

So esoknya Sabtu, sebelum aku bz 10jam, aku ajak RD and anaknya pergi transit station bus. Bukan station ler, the transit, kat Masjid Najihin rumah aku tuh. Mintak izin ngan abang2 driver bus, ada le 2,3 bijik bus kat situ.

IMG_1470

vavavavava adik dapat naik bus! pucuk dicita betul.

pagi2 bangun tidur, miii nak bus plssssssssssssssssss.

pelis dia panjang hokey!

jadi ok takpe, jom jom, apak ko tak nak cari bus, meh ikut mak kau kita pergi carik bus yek nak.

 

IMG_1478

Depan belakang depan belakang lari berjalan, panjat sana sini dia dalam bus nih. Bus ni engine berpasang, so ada aircond tapi tak berjalan ler bus nih. Steady je dik. Memang happy lah dia sangat dalam bus nih.

IMG_1482

abang driver ajak Zeeshan duduk kat driver bus, dia tak nak. segan almalu le pulak!

IMG_1499

mungkin lain masa kita akan naik bus pulak, dari depan rumah ke KL ke, pusing2 BSP ke, just untuk Zeeshan hah. Kalau LRT dah 2,3 kali dia naik. dia ni kan pencinta vehicles, so sangatlah sedaya upaya aku akan cuba bagi dia naik maknek nih bagai.

i have his 2 videos, tengok bettapa suka happy gembiranya lah hai anak aku ni dapat naik bus.

IMG_1500

inilah transit kecik bas #rapidkl di Bandar Sri Permaisuri.

terima kasih abang2 driver bus #rapidkl yang bagi kami 3 beranak (abang kakak was tuition/sek). Insyallah kami datang lagi bawak Zeeshan melawat kawasan kay 🙂 .

Mungkin pasnih aku akan bawak Zeeshan pi check on the fire truck, kren, lorry, kepala ketapi, entahlah memana vehicles yang dia nak petik, aku cuba ler bawak. Semalam ada van lalu depan kitroang pun dia dok – hey van, babaiii!!

Sepanjang kat highway Kul Penang Kul tu, ada banyak bus, in fact kat Georgetown/Padang Kota pun banyak double decker bus, Zeeshan asyiklah, waa double decker bus, bus bus bus. Omeng peminat bus betuller ko.

Tu kalau pergi sekolah tetiap pagi, ada mood dia bawak segala kereta bus truck gak, tapi tinggalkan le dalam kereta, tak boleh le bawak ke kelas, ada gak dia ngendeng nak bawak aku tak bagi, amboi ko pergi sekolah pun nak bawak sama gak!


 


Enjoy sikit video Zeeshan.
Yang mahalnya wheel on the bus is by the mother.
I sing ok, i sing!!

Comment: 5

Before and After…

IMG_9518

before

IMG_9529

and after

terus sarung pakaipun.

IMG_9554

bebudak ni makin galak pulak skang ni ngan spaghetti bagai. dalam seminggu memang 2,3 kali gaklah aku kena buat tapi sekarang abang akak dah expert buat sendiri cuma kena dok belakanglah tengok perati depa buat tuh. macam aku cakaplah, aku bagi masa kakak 2 tahun to expert on the kitchen stuff and masak memasak, pasnih once she turns 13, dah by right tau nak memasak segala bagai. So sebelum pergi sekolah dia dah boleh masak untuk satu rumah punya makan.

Ha senang dah mak kau…

IMG_9573

untuk adik bongsu sorang ni pulak, happily jer kat sekolah. Ini solat Dhuha. Kadang2 kalau mood dia rajin, dia amik sendiri sejadah and solat, as per practiced kat sekolah and tengok di rumah. Tapi jangan nak suruh geganaslah memang dia tak nak, tak suka dia bersuruh2. dia nak kena ada mood baru dia pi solat.

Di sekolah diaorang ni akan take turn untuk jadi imam, this day Zeeshan was the imam.

Good job budak kecik. We love you love you love you.

Comment: 8

3 little updates…

IMG_8639

remember konda kondi?

nah, those coming tetaun anak2 kita mungkin tak kenal konda kondi ni, tapi kalau those yang dari zaman aku, sangatlah ingat permainan rakyat kita.

So the bapak depa one day pi bawak depa korek tanah and main konda kondi nih. Si kecik pun terpaksa belajar sama jugak. Dia of coslah mengekor je, asal dapat main kat luar dah clap clap sukaaaaa.

IMG_8641

dari umur aku 5,6 tahun sampai secondary gamaknya aku masih lagi main konda kondi, bola chop bagai sume tu. Tin selipar, so many more. itu semua permainan rakyat kita.

IMG_8646

korek biasa jer nih, kita dulu ke main dalam punya korekkan? ni janji boleh lepas kayu nak songkek

IMG_8648

ini apa ke songkek kau ke main panjang dik! belasah je lah

IMG_8649

iyeeeee! u made it. kena selalu main so he would remember this game sampai dia membesau sok sok

IMG_8651

nak ajar main bola chop hemm….tak kot. sian sakit adik kau kang kahkahkah

IMG_8653

kakak too…ngan seluar tidur jerr

IMG_8655

hah ini namanya patuk ular! mesti kita ni dah ramai lupa the rules regulations of konda kondi. takpe takpe, boleh je google, semua sudah ada di internet tu kot lah korang lupa. Aku pun bukan ingat pun, nak kena main team up balik ngan all the gangs lama Alam Shah dulu.

Those days in Alam Shah 🙂 . To be exact Quarters Sekolah Alam Shah, yang kat Cheras KL nun, kami anak2 pekerja Alam Shah.

IMG_8294

selain dari itu, depa jugak belasah main kat tasik permaisuri, berhujan. Ini tak nampak rebasnya, tapi aku kat rumah dok message bapaknya, bawak anak2 balik nowwwwwwwwwwwww, raining lah!

bolayan je bapaknya ngan message maknya.

Lagi dia suh anak2 main hujan.

IMG_8295

bola al sepak

IMG_8298

Tudung kakak ni dah sama ngan tudung gegambar atas tu yeh. Dia suka ler tudung nih, jenis sengsarung tu jer, yang ke main berlipat ikat bagai tuh, once a while je kalau jalan nak vogue, setakat pi tuition main segala, memang kakak simple girl as this jer.

IMG_8296

Zeeshan ni 4 hari tak sekolah coz ada kes HFMD kat sekolah dia so aku tak berani lah nak hantar. Ada 2 orang budak kena, jadi cikgu kata kalau anak tak sihat better dont comelah, lagipun dia kena bebatuk gak last week.

Early last week gak ada officer KKM datang visit sekolah anak aku nih, kalau ada 3rd child kena HFMD, sekolah diminta tutup seminggu 2 terus bagi clear the virus.

Pernah aku tengok anak buah aku masa kena HFMD nih, alahai siannya sangat. A fren of mine, playhouse anaknya pun kena tutup seminggu gak, memang that s supposed to be lah. Kalau dah 2,3 orang kena, baiklah cecepat tutup and janganlah hantar anak2 kita, takpelah ponteng ler bape hari pun, either way pun kita kena ingat the health is much more important than anything else.

This week insyallah, Zeeshan sambung pergi sekolah semula.

Also to kakak, she s gonna have the Badminton Tournament peringkat Zon something le bunyiknya. Wakil sekolah kau kak, the only anak melayu dari her chinese school been selected for this. Proud of you Cik Kakak 🙂 . All the best, memoga mami boleh amik cuti nak pi skodeng anak kat sekolah yang ada tournament tu  hiks….

 

 

Comment: 6

Zeeshan’s drama…

IMG_6899

First day kat sekolah, alangkah bahagianya si anak. Siap antau mak pak kat pintu kelas lagik, dihalaunya kita. First day yek. 2nd day pun bahagia, aku tak yah naik atas, hantar kat bawah jer. Masuk hari ketiga, Zeeshan dah start berdrama. Ada 1,2 orang budak yang menangis, so tetiba dia tengok pun dia menangis. So aku joint le sama ngan dia dalam kelas.

Aku dapat lari pun coz aku cakap aku nak gi beyak. kahkahkah….

Tapi tu lah, sok2nya cikgu cakap Kak, dia cari akak kat toilet kak.

Where is Mummy? Where is Mummy?

alahai lololooooo Zeeshan nih. Mummy works lah nak.

IMG_7618

Dah dekat seminggulah Zeeshan dok kat playhouse nih. He s supposed to go to yang 4 years old but itu kalau ikut tahun, since dia Dec baby, orang dah 4 tahun dia baru turns 3 years old, so dia gang2 ngan bebudak playhouse dululah. Maybe dah 6 bulan ke baru dia pindah atas gak.

but tu lah 2 hari je dia seronok, hari lain dia cengkam leher peluk habis badan aku tak nak lepas. Menangis sesedu.

by the way kita pilih sekolah ni coz aku takde pun survey sekolah lain, dah citer aritukan, aku datang sini tetengok and terus takde masa nak tengok sekolah lain. So heharap oklah yerk, dear school…please look after our kids.  Itu dia tengah mencengkam leher aku lah tu peluk habis. Sama le aku pun dok dalam kelasnya, tapi this one aku main lari pecut jer lepas 5min pun tak de tanda bayang dia nak lepaskan aku.

Kakak dulu pun, ada 2 weeks gak aku dok sama dalam kelas dia, belajar sama ngan dia kahkahkah. Cikgu pun suh duduk sama coz special case si Kakak tu dia punya merajuk meraung hoi! Tu kita panggil transition dia untuk masa bertenang dan masa untuk get used with the school.

By right memang kita kena tinggalkan jer anak, of cos true but untuk kes2 anak yang akan dok sedih meraung melalak tersedu2 nih kenangkan dia kena pi sek tinggal situ (for him thinking yang orang tak sayang dia ke napa dia kena pi skul) dahlah abang tak skul (abang ko sek petang dik oiii). boleh je exceptional case ko duduk le sama dalam kelas but masalahnya mak kau pun nak kena pi kerja dik.

 

IMG_7614

Nantilah sok sok mami suh apak kau tunggu kau pulak. aku tak suka bila tinggalkan anak kat sekolah dalam keadaan dia menangis sedih. Aku nak dia rasa selamat kat sekolah, fun and happy. Kalau setiap kali asyik menangis jer halohai, tak bestlah dik, mami pun tak senang kat opis nun. So untuk permulaan ni beginilah dulu, aku dok ler sama dalam kelas ngan dia for 5,10 min.

Nantilah apak kau pulak temankan kau.

Kitorg ni ada kerja memasing. bapaknya hantar kakak for both classes and jemput Zeeshan, aku hantar Zeeshan jer. n attend Kumon anak2, so kalau camni nak kena mintak bapaknya turun padang sama lah dok dalam kelas.  Tapi masalahnya bapak depa ni jenis yang alah tinggalkan jer, alah bior je dia nangis, alah buat tak tau jer. Hamboih pak kau cakap senang, bukan ko yang berada di tempat kejadian.

Sembilu tau hati ai tengok anak I peluk I kekuat tak nak bagi tinggalkan dia.

Oh nanti aku nak share episode ‘kehilangan’ Zeeshan lagi kat hangpa. Untuk kali kedua ye. hem….till then.

 

Comment: 6

Those 2 boys…

 halahai anak aku kan, cerita kisahnya ni was like early December. Lama dah rasanya.

 

IMG_3040

berbulan depa buat planning nih, the year end dinner, for all Prefects, all batches of their schoollah. Sekolah abang ni memanglah sekolah kebangsaan but 90% are chinese. So even that nite pun, dia sesatunya Malay yang ada. Cikgu2 pun ada jugak sama malam tu. Depa buat event ni kat Viva Hotel, the most closest hotel and convenient in Cheras area.

He was sent by his Uncle, coz initially Abang cakap dinner boleh datang after Maghrib pastu dia dah cuak bila ramai kawan2 dia semua by 6pm dah pergi. Then he told me only like at 5pm. Mana le aku mampu nak sampai around 6pm with my works commitment vs jam lagik. Thanks adik aku yang rescue to send him.

IMG_3046

but dah hujung2 habis dinnernya tu, aku datang amik lah dia. Aku lepak kejap kat bawah, minum sat. Pastu aku dok luar ballroom dia pastu pepelan aku masuk dalam. Ler hai, ada gak parents lain menebeng sama tunggu dalam nih. So aku pun joint the club ler, lagipun depa dah nak abis sangat, dah sibuk2 amik gambar, dah habis ucapan bagai. Abang pun dah nak turun stage too.

IMG_3053

can you imagine that this boy was wearing all top to toe bapaknya punya outfits and shoes, they have the same size, tapi kemeja merah jer dia punya sendiri. Thanks Zalora!

a day before nak cari pakai baju apa (kan bapaknya dok kerja) abis dia try sesatu and snap and antau gambar, of cos the mother has to be his fashion designer nya dong. IMG_3049

grand betul kekecik lagi dah event kat hotel. kekita dulu hado?

IMG_3058

nak gak melepek sama

 

IMG_3057

eloklah pun ko pakai bang,  bapak kau pun bukannya pakai sangat suit dia nih

next year kalau ada, aku kata tak yah pergilah, takde sangat apa2 dinnernya nih, takat korang beborak among them. kalau form 5 bolehlah, coz masa tu dah ada farewell bagai kan.

IMG_6936

on another day pulak, depa bertiga (kakak was at school) pergi VIVA Mall. Viva ni aku rasa selang seminggu 2 memang kita akan datang, selain untuk movies, tapi jugak untuk compare barang dalamnya. Tapi paling penting ni hah, giant car for bebudak naik. RM10 for 10min or sukahati kalau takde orang, lagi lama kau boleh pusing. Udahlah

IMG_6937

totally macam kereta betul, ada pedal for minyak laju slow ada reverse segala. Bestnya adult pun boleh duduk sama at the back of your kid, even abang’s size pun boleh je naik gak kalau tak nak share2. Pastuh luas sangat tempat nak ronda kereta nya pun.

IMG_6955

like i said, bapaknya pun sama amik satu kereta. Racing depa bertiga dalam nih. Yelah orang takde, depa jer. Sonok worr!

IMG_6962

nak naik berdua pun beres. Ada sekali masa tu kita bertiga je, aku RD and Zeeshan, naik ler ni kan, gegilir. So masa bapaknya ngan dia, begitu beria begini, bapaknya pandang tempat lain, Zeeshan pulak tak turn left, abis langgar orang tetepi yang dok tengok. kahkahkah, dulu tu first time lah. Skang dah banyak kali naik Zeeshan pun terer.

Sok lusa pun aku kena ada kat Viva Mall gak, ada misi yang tak hehabis yet.

Baru ni, this week pun kita ada kat Viva Mall, tengok Taken 3. Dah tengok?

My short review – Taken 2 lagi best than Taken 3 🙂

Daa….assalam.

Comment: 9