Sirman

Monday noon the public holiday…

lepas makan tengahari yang banyak, dok bersantai kat depan tv bukak sliding door besau2, memang kompemlah mata nak ketiduran, maunya x angin menderu laju jer….

sirman n the gang ngah upload games baru buang memana games yang x pakai

pastu sirman lari ke bilik nak upload dari pc aku, kami pun bertiga ikut membontot sama

tapi diorglah yang pilih2 game, aku melanding atas katil….n macam biasalah budak2 ni kan suka nak bermanja ngan maknya..eh gambo ni abang yang amikkan, pandai abang.

gambar ni pun abang ngamikkan, kekdahnya gegirl x bagi abang dia peluk mak dia, nak dibolotnya sorang2

n dibulinya jugak abangnya untuk jadi kuda ku lari lajuuuuuuuuuuuu

paling tak tahan bila dia dok sibuk nak amik gambar, so abang nya kena maintain diam kalo x kang gegar lah pulak gambo kan

ni abangnya dah tak tahan, asik nak bergambo jer….

gambo ni sampai kat sini pastu aku cam sayup2 je mata tau…n kompem aku ketiduran kesedapan. tried jugak x nak tidur petang isnin coz nanti kang malam payah mata aku nak tidur. bila dah payah nak tidur ha ada jugak aku bertenggek kat psp tu kan.

some more lak sirman dah cheatkan GTA tuh..wahhahahaha ada 245k duitnya…tp x guna gak duit bebanyak, aku nak pi next level tu yang penting weih…

oh korang x paham apa aku cakap kan, so x yah lah poning pala…

Comment: 11

Ai Make Good Babies :)

I MAKE GOOD BABY!! HUHUUUUU….

baju ni baru aku perasan belom berpakai lagik seii…bought kat Bangkok gak. they do have red colour tapi ayat2 kat baju for red macam gampongserampangzionis sket maknanya hiks…itu gambo atas senget2 pasal gegirl yang snapkan daaa

well gambo ni kan, gegirl agak tidak berapa mood baik sikit, she just woke up tidur petang, itupun pasal aku kejutkan…kami nak ke luar so kena gaklah dia bangun mandi. bila dia bersiap aku ngah mandi n dia sendiri pilih nak pakai baju cheongsam gold ni plak. pandai lah pulak match kan ngan terompah merah pink dia…the barbie doll from Aunty Cepotet pun dibawaknya sekali…purse pun dia bawak tau, tp akulah yang pegangkan coz budak kecik ni kalo pegang banyak2 barang ada yang tercicir.

dapat gak amik gambo abang wpun candid, kan dia ni payah bercinta nak bergambo

n inilah rambut yang bakal dikerat 🙂

aku tau korang mesti jerit napa aku potong rambut dia kan, so apa kata sblom korang jerit korang tunggu next2 entry hiks….dia kuor dulu dari perut rambutnya lebat pastu gugurlah biasa kan baby rambut dalam perut, pastu botak n pastu adalah kuor sikit2 dah 4 years ni x pernah berpotong kecuali fringe dia je aku tobekkan.

but kali ni rambut belakangnya harus dikerat…

sabau kay…

Comment: 18

Diwali’s Eve…

saya menanti turn saya untuk main PSP dengan sabar…masa ni abang ngan sirman pi TTDi, aku ni dari nak tido nak tido sudahnya kol 230ptg baru dapat tidur pasal dok meleka ngan menatang PSP nih…

waktu dema turun mandi kat pool (wah bape bulan diorg x turun mandi pool seiiiiiiiiii) saya bersiap, ater tido mati petang kan, untuk pi dinner. aku cam rasa nak pakai je dress nih tp ketat x selesa dah. baju ni beli kat beijing murah jer so nak give away lah. tapi kena bagi kat orang yang berskirt lah orang yg bertudung bolehlah ko pakai tapi berlapis2 lah pulak ngan lengan nya ngan kaki suornya korang kena pakai…

she s wearing chinese cheongsam, baju ni aku beli kat penang 4 pcs for her, ada merah maroon gold and blue..tu pasal korang tengok cam banyak jer kaler nya mmg bnyk pun. lagi 3 lai aku bagi anak2 buah aku.

gigih jugak aku ngan abang turun dulu lepak kat luor keter (si sirman ngan gegirl lembab nau)…harapanku nak mengendeng main psp gak tp wa bagilah can anak wa kan..kang sekolah dia x leh nak main dah. tapi aku geram lah dah bape ari aku asik main kat level yang sama susah tol nak kalahkan mangkuk2 tu…eiii. ada Cheat GTA hiks….

kami nak pi dinner …..

smlm kami makan kat cafe baru kat sri permaisuri, ok lah so so, mahal dan environment je cozy, food biaso jer. so malam nih kang nak makan kerang bakar lah…teringin.

boleh tak korang bagi idea nak makan kerang bakar kat mana yer? saya postkan entry ni awal dari waktu dinner, sapa2 tau tolong suggest copek! location kalo boleh kat area cheras lah yer…

hallo…teringin x bermakna mengandung kay.

Comment: 13

Sepagi di Mamak for the boys…

last 2 weeks abang sampai kelas loushi, 10min late, last wk  5 min late. aku je lah yang hangin pasal loushi x carik bapaknya asal lambat seminit loushi sms mak nyer. on saturday 2 ari lepas dia sampai 12 min lambat. kekdahnya minum ngan bapaknya kat mamak kat bawah kelas.

so on sunday, ai halau both of them 1 hour before the class starts. so bolehlah korang bersidai kat mamak berejam sket…

oh ai x pi dah ttdi, unless ada hal2 berbangkit jer baru ai pi. la ni sirman ngan abang je yang pi. so bila abang pi ttdi, dapatlah we the girls belasah main PSP.

joke of the day

pasalnya aku x belikan dia shaver krim memahal coz kat mamak ni gak yang menjadi pojaan hatinya

Comment: 21

Sepetang di Taman Tasik Permaisuri…

assalamualaikum dan Happy Diwali to my indian frens, salam sejahtera pembaca murni blog merah…

yang baju merah tu ialah empunya blog ini

dan yang baju ijau tp skin kaler dia suram kerana tidak memakai Clinique ialah Tokey blog merah ini jugak

hari ini cerita di playground Taman Tasik Permaisuri

kalau anda di tasik sini, lambaikan tangan pada no 9 clock number, itulah rumah VA kami

kami singgah ke playground dari Dengkil kerana kami ingin ke rumah orang kuat family kami di Taman Mulia

gadis kecil ini adalah anak kecil kami, umurnya 4 tahun namanya Gegirl

bulan raya ni anak kecil ini sangat mewah dan juga sangat tidak kedekut

kalau awak mahu aiskrim, order sahaja ‘gegirl bayar’

bukan kerana dia x suka awak bayar

tapi dia rasa dia ada duit so dia nak bayar sendiri

aiskrim petang itu ditanggung sepenuhnya oleh gegirl, untuk dirinya dan abangnya jugak

RM3 atuk, gegirl bayar yer

dan mereka 2 beradik pun makan aiskrim…bismillah.

sambil menunggu si cilik 2 itu abih makan aiskrim, bapaknya mengira berapa lagi duit si cilik yang tinggal…maklumlah kan asik kuor duit je, tp pelik x gak abih2 duitnya…

ha kau camtu lah caranya si cilik menyusun duit sendiri. wpun ibu divanya sudah menyusun properly, tetap gak dia sepah2kan…and fyi, the left side tu bukan duit malaysia tapi duit US dollar. duit tu kusimpan di gobok lain, dan bila dia jumpa, she songlap buat harta sendiri.

awak nak gegirl belanja awak?

mailah jumpa tepi jalan hiks….tapi jangan memahal lah, kang sengkek lak budak kecik tuh.

Comment: 15