Sirman

Bijaknya bijaknya….

Anak aku ni hari2 ada je pesen barunya.

Kalau amik gambar skang macam2 pesen. hok nih pegang jari kat pipi. bukan le giyomi pung.

IMG_6239

IMG_6240IMG_6241IMG_6242IMG_6243

Pastu dia dapat topi nih, aku pun lupa mana datangnya. kakak cakap dia punya, mummy dapat dari event. kahkahkah….sian mak ko apa pun lupa….

Nak lah pulak dia pakai topi tu

Tapi skang aku tak jumpa topi tu dah hahahahaha, mana ko sorokkan nak oi.

IMG_6285

Ini pun pesyen baru bila amik gambar, tertelang2 pala badan. ada lagi satu gayanya pulak tu ngan tangan beria2….ada jugak yang kakaknya ngajor. kakak memang cikgu hebat mung!

IMG_6288

So anw, hari tu kakak demam. Demam rindu apaknya ke demam kena hujan. macam tu lah. teruslah ibu mithali ni kejarkan anaknya ke klinik. dah tentulah aku bawak si kecik tu sama, tak boleh nak lari, dia tengok aku bersiap pakai baju dia dah kelam kabut cari kasutnya. so memang tak pat nak lari.

Kalau nak kuor kena pelan2 sesorok but kat umah dia memang macam magnet ngan maknya so memang jangan haraplah. sokay, angkut angkut, meh ikut. and padahnya kat klinik ni dia punya melasakkkkk, dahlah klinik ngah buat renovation so aku kena buat pagar. aku  jaga 1 side, kakak jaga 1 side. tak boleh dia nak lalu.

Dah hujung2 tunggu turn masuk jumpa doctor tuh, terpaksa gak bukak utube bagi dia stay still pun skeejapan jer, dalam bilik doktor dia punya tererrrrrrrrrrrrrrrrrrrr hok aloh ko ni dik!

Tersemput2 aku cakap ngan doctor lelaju coz apa saja barang sume dia nak capai.

 

IMG_6297

Beginilah pagar yang dibuat, dia nak gak lalu celah kaki aku tuh!

IMG_6299

Malamnya nak tidur melasak lagiiiii, tu dibulinya si abang pulak. Abang ni routine harian dia siang memang bz so tak pat lah nak spend ngan adiknya sangat but he made an effort to play 5-10min sebelum abang pi tidur.  tu dak kecik yang sibuk pegang jarinya bila mak suruh posing. sempat!!!

IMG_6320

Routine memalam gak bervideo wechat ngan bapaknya….suka betul dia tengok bapaknya, berkelecop2 ipon aku dia kiss bapaknya.

IMG_6295

Dan kakak…ubat berderet2.

Aku tengok laju jer ubat dia habis. hem…..bagus ko kakak.

But then aku found out, ada ubat yang dia buang!! ko kan kakakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…..lepas dah kena tegur barulah dia insaf.

Ok kakak tak buang ubat, kakak buang ubat sekali je tu mummy. kakak tak sukalah makan ubat

Ko memang, dari baby sampai ke tua pun payah nak makan ubat.

Nak baik tak?

Nak mummyyyyyyyyyy

So makan ubat. cepat baik cepat sihat. bijak ko yek, pandai buang ubat!

Doctor bagi kakak 2 hari mc, but she still pergi sekolah the next day, cuma nak tengahari demamnya datang balik and had to skip the sek agama. Dok umah sihat balik segar bugar.

Skang kakak dah sihatlah, alhamdulillah.

Bapaknya pun dah balik semalam. lagi le maknya pun sihat gak. ahakssssssssssssssssssssssssss!!

Comment: 8

One from Berlin…

I m going to Berlin this weekend, 5 hours by train from Poland nih.

Awat tak cakap awal2, jap jap ai carik boutiques sana

Bagi names, designs, boutiques location address sumer, harga pun. I pergi je nanti, sekejap je yek, i nak pi berjalan ronda2

Derrrr….

The next day…

Dapat satu bag je lah, tak sempat bags awak yang lain tu

napaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??

1 bag awak tu je dah bulky giler, my fren and I nak pergi berjalan kang rugi banyak masa asyik beli bags awak jer. So nanti saya carik lagi kalau ada slot or during my transit ke nanti. 

Duh!!

dah alang2 kat Berlin tu ko beli le sampai 88 bijik!!!

kalau dah suka sightseeing, bags aku pun dia tolak tepi tau.

IMG_6109

…thanks RD, awat tak posing depan butik tu jer? hahahahaha

Malas! ni pun nak tunjukkan betapa bulkynya bag awak so bayangkan kalau angkut bags awak yang 88 bijik lagi tuh!

Comment: 14

1 – 2 weeks stories…

photo

Ini alkisahnya cerita recentlylah, lam seminggu dua  ni, yakni waktu laki aku takde ler kan. kali ni dia pergi tak lama, janji asalnya patut pergi 3 bulan tapi dipendekkan ke 2 weeks sahaja. pun janji lepas ni, bape lama ler pulak perginya kan. ok tu biarlah, dah gitu caranya laki aku kerja, memang expected pun sokmo overseas. takpola…pi Europe memang bini leh dapat handbagslah kan, so pergilah selalu hahahahaha.

So 3 benda ler yang memerlukan bantuan laki aku, tapi dia takde pulak.

Satunya pump tandas tetiba je melimpah ruah. dah tak tau camne aku nak godam. Tak pernah pun aku amik tau. Brothers pulak ngah sibuk kerja beraya ler, masa tu so aku jerit panggil anak sulong yang patutnya pasnih memang dia kena amik tau semua ler kan. So entah apa yang dia buat coz dia tutup pintu bilik air tetiba je bape minit dia dah kuor, settled dah mummy.

Camne ko buat bang?

Sambung tu sambung ni benda tu loose

Ok mummy tak nak tau lah, sib baik ada abang.

Kemudiannya masa family aku berturut2 datang 3 hari kat rumah aku, lampu dapur terbakar pulak. Pastu plug suisnya pun loose. hish ko masa ni ko nak buat drama. Adik Epi aku balik tapi dia lupa nak selamatkan semua tuh, so sib baik masa adik ipar aku datang aku terus suh dia zass panjat settlekan. Ni aku tak berani le nak suh abang buat coz dia belum diajarin dek bapaknya lagik.

Abah aku pun tolong sama jadi head gak untuk lampu2 dapur and yard aku yang berpadam tu. So dah terbakar lampu2nya. Memang kena beli lampu baru. lampu bilik kakak pun 1 short, kena ada 5 bulbs patutnya. Hish 2 hari le jugak la yard bergelap coz lampu yard dipindahkan satu kejap ke lampu dapur.

Esoknya habis kerja aku pi carik bulbs lah, blastlah, lampu bilik kakaklah. banyak le pulak lampunya…

photo

 

Nak beli bulbs ni pun satu hal gak, aku tak tau kat mana nak belinya. aku tau le kedai hardware banyak kat BSP tu but mana satu yang laki aku sokmo pergi bukan aku herankan. So tunggu dia bangun waktu Poland sana, tanya le maknek bagai. Habis kerja aku pergi as per his instructions.

Aku bawak samples bulbs yang dah kojol. tunjuk kat nyonya, and kawtim bungkus. Siap le aku beli berextra2 untuk masa depan. dang RM234! hampehs laki aku, dia suh beli extra hamik ko…

Esoknya aku engaged orang luar ada le contact aku (coz my brothers ipar sume kerja plak) and mintak le tolong pasangkan, upah pasang RM40 semua lampu.

Lega settled 2 benda.

Benda ketiga yang aku tak dapat lagi nak buat ialah aku punya kereta dah menjerit mintak top up coolentnya. Dei dei dei! dah 2 weeks tuh. Biasa aku engage orang but orang aku tu busyyyyyyyyyyyyyyyyyy tak dapat nak pergi. Satu lagi pulak biasanya laki aku ler yang pergi kan but dah dia kat sana, hishh….pastuh skang itu je lah benda yang tak berselesainya pung. Aku nak pergi hantar sendiri on the weekend, weekends aku pun penuh dek blogging jobs covering events.

Sabaulah wahai kereta, ko tunggu RD ko balik ler….semua nak mak merah hadap memang penuh diary mak tunggul nih.

 

 

photo

Walaupun aku macam tak cukup masa ke hapa, but the kids pun masa tu masih school break, so nak aku bawak depa berjalan aku pun kerja, baik weekdays mahupun weekend. Jadi aku beli 7pcs tickets wayang kat TGV KLCC, untuk show on Fri nite, adik aku Epi (dia ni memang sokmo jadi mangsa coz dia je belum kahwin) and langsung aku mintak tolong dia bawakkan the 6 orang nephews and nieces gi tengok wayang. Kebetulan Epi balik hari tu dari Kemaman, dia kan base sana so memang dia pun rajin melayan kerenah anak2 buahnya.

Kesian Epi dah macam duda tunggal hahahha ngan 6 anak. Paling besar si abang umur 12tahun dan yang paling kecik umur 7 tahun. so memang gamatlah, 4 girls and 2 boys. Udah habis tengok wayang dia bawak pulak budak2 tu pi lepak QB kahkahkah!

Habis je selesai, dia terus campak bebudak tu tidur umah aku. memang ai dah suh pun anak2 buah aku tu sume tidur umah aku so depa leh hang out among the cousins, bleh lelepak, swimming and layan tv sampai lebam!

Depa balik batch by batch till Saturday nite.

Sunday nite my parents and 2 orang families adik aku pulak datang beraya, makan2 ler sket. Gamat rumah.

photo

Untunglah ada Tesco online kan…..aku buat order barang hari Jumaat, hari Sabtu petang depa hantar, so tu mak merah ngah check barang2 yang betul ke tidak dalam ordering list. Takde le aku buang masa tenaga dan minyak ke Tesco. Kenangkan RB yang sangattttttttttttttttttttttt melasak skang nih, syukur sangat. Penyelamat, thanks Tesco buat shopping online system.

photo

Dan ini memek2 Zeeshan dalam lasak senyum tawa tidur gembiranya. Perasankan gambar dia dok buat ala giyomi, itu cara dia posing amik gambar, bila suh snap and smile dia terus letak jari ke pipi hahahahah! banyak gila gambar dia pegang pipi tuh….dengan kita tengah makannya dia dok lalu selamba je ngan kereta dia bawah meja, teret teret bunyik keretanya. Dengan dia sarung kasut orang tua yang datang rumah kulu kilir, ngan dia mandi tak nak kuor bilik air, kena angkat dokong baru dia nak kuor hishh ko dik. Dengan nak tidur pun dia bergusti dulu kat mak nya, itupun selepas tak dapat gusti  ngan abang kakaknya.

#begitulahserbasedikitdiarymaktunggulfromredmummywithlove

hahahahhahaha

Takpe takper

Ai smell new handbag coming soon 🙂

 

 

Comment: 11

Tolonglah wahai suami-suami…dan isteripun!

IMG_2590

pagi tu adik pergi buat check up, pi cucuk actually. the setahun setengah punya cucuklah, tupun dah lambat sebulan. 2,3 kali tukar dates, coz wkdays memang payahlah kan  makpak nak bawak, aku bolehlah bawak, kena amik half day ke pastu usung sama maid aku so bila part kena kejar2 anak pepanjat ni dia boleh buat, but pun aku pass kat bapaknyalah. Since Selangor pun cuti for the Nuzul Quran jadi bapaknya lah sorang2 pergi bawak RB…

Settled kat Prince Court, depa 2 datang menonong ke KLCC….

IMG_2594

ngam2 my lunch break, aku turun. laki aku pun malas benarnya nak singgah, dia nak kejarkan Solat Jumaat ngan kalau boleh nak pi lah jemput hero heroin 2 orang kat sekolah gak. But kejap jelah depa mai KLCC pun, coz bukannya boleh lunch, pi beli toys Zeeshan jer…

btw cucuk setahun setangah ni ada ke ubat jarumnya tu yang buat anak kita sleepy ha?

biasalah laki aku yang bawak anak, soalan dia satu 2 je dia tanya doctor, kalo aku ada 200 soalan aku bagi doctor pun. Coz waktu ngah tunggu ubat, ngah hyperactive berlari sana sini main, dia datang kat apaknya mintak air, terus tertidur. Takde salam takde apa, macam dah cannot tahan anymore mata mengantuknya tuh. Knowing him, tak pernah le sampai gitu melalok sangat.

tu yang aku jangkakan mesti macam ada ubat ngantuk hapa dalam jarum cucuk dia tuh? sampai KLCC pun tidur gak tuh, bila aku amik je aku pujuk2 dia bangun….mamai2 le dia tengok maknya.

IMG_2606

dan bila tengok masuk Mothercare dan Toys R Us dari jauh dah dia berlari hokeyyyyyyyy….

mulut bukan main lagi bebelllllllll, budak belum lagi fasih bercakap lagi, but paham le bahasanya, kejakunan kerakusan tengok toys memacam, sumer nak dia amik!

IMG_2607

So dah habis shopping toys kat Mothercare, ada sale kan, maju sambung ke Toys R Us pulak. rambang betul mata dia amik capai letak amik capai letak, macam makpaknya jutawan toys lah kan.

Settled lelaju, depa pun balik….

IMG_2612

petang tu aku balik tengok, abang dok gigih tolong pasangkan scooter adiknya. Sebenarnya aku minat ngan scooter for toddler ni lah, sehari sebelum tu aku beli yang penalnya aku ingatkan the RM170 tu dah complete set. Rupanya, itu hanya part of the toddler’s punya scooter! Kena beli yang the other set, RM300, duh! So tu yang beli lagi. But scooter ni bolehlah pakai sampai umur 3+ or even 4,5 tahun. Kakak abang pun ada, beli ni pun sebab RB asyik le cuba naik kakaknya punya, so kita beli size dia. cuma tu lah kalau tau semahal gini hishh….tertipu aku ingatkan yg murah tu dah cukup setnya!

penyudahnya dia belum lagi nak naik, takut2, tak  pandai lagi nak balance kan badan tuh.

Dia dok mengerjakan roda scooter tu lagi ada ler. Takpelah, benda ni long term punya set so timbang kati hahahahaha buat penyedap hati. jangan ko tak main sok sok, siap ko nak.

IMG_2615

tinggal sket dah toys dia. Ada sket aku bagi2 orang dah….ada first few times dulu jual gak but pastu malas dah. Bagi je le kat orang yang dah tentu ada baby….

IMG_2620

ok ni aksi tidur sahur dia. Sebelum tu dia kat tetengah, kita bersahur. aku masuk bilik after sahur tengok dia dah jadi gini….hish sket je lagi nak terkulai jatuh ko ni dik! Malam tu pun dia tidur lena dek mungkin penangan ubat jarum tu ke hek?

IMG_2622

dalam mamai, dia bangun bila aku salinkan diapers dia, dia bangun dia turun, dia tidur kat bawah atas carpet tu pulak. kahkahkah….memang tak ler kan aku nak biarkan dia tidur situ.  Angkut balik, peluk2 erat tidur sama.

but kan, ada kejadian kat Mothercare ni buat aku bikin panas betul kat bapaknya.

Dia kalau sorang ngah buat keje, sorang kena escort anak. Tu our agreement. tak boleh dedua buat kerja, tengok2 barang. no tak leh. Unless ada abang kakak yang boleh escort si kecik tuh. So aku dok carik barang, aku pi kat bhgn baby, bapaknya tup2 ikut belakang aku. terkejut le aku, i thot dia ngan RB.

Mana Zeeshan?

Ada tu main kat belakang?

Hah??? awak niiiiiiiiiiiiiiiiiii, belakang mana? Mana ada dia kat belakang awakkkkkkkkkkkkk

dengar aku macam bunyik dah suspens, staff Mothercare sorang tu nyampuk...”Anak Puan dah berlari kat luar tu, dah jauh perginya’

Astaga!!

Eiii aku berlari pi kejar RB. Tak ke geram betul, RD tu dari anak pertama sampai dah ada yang kecik ni, dia selambaaaaaaaaaaaaa jer. Dah cakap banyak kali, anak depan kita, biar kita di belakang. bukan anak belakang kita. Pun ha tengok, sampai terlepas budak kecik ni keluar. Takutlah pikir yang beburuk.

Tolonglah suami, bukan laki aku jer, ramai suami kat luar tu yang menononggggggggg je jalan, tinggal anak kat belakanglah, macam budak tu dah umur 21tahun ko biarkan dia berjalan sorang2 kat belakang, macam kita ni ada mata kat belakang!

Kang bebel, menjawab ‘anak ai dah tiga’

tapi tu lah, dah tiga pun dok tinggal anak kat belakang lagi. ha camner??

Comment: 16

Kasut turun temurun…

korang ni bebulan puasa ni memang ramai baca blog kan?

hahahahha kantoi situ!

tak gi shopping ke lunch break kak oiii?

aku ada le sekali dua je tak turun lain hari memang lunch break ada je yang aku belikan.

Aku baik, entry yang pependek aku buat 2 entries per day. jaranggggggggggggg aku up 2 entry tau, but extra bonuslah kat hangpa yang bertenggek kat RM kan.

 

IMG_2628

3 pasang kasut ni, asalnya duduk di rak atas sekaliiiiiiiiiiiiiiii….buruk bukan sebarang buruk tuh. Buruk yang berjenama. Kalau dak aku dah niat balingkan jer kehkehkeh….but kasut2 ni belongs to RD. ada sebab dia menyimpan.

Bila aku bebel kat bapaknya, laju je dia menjawab ni untuk Abanglah.

Kaki dia kan dah melonjong, so percayalah memang dia boleh muat pakai semula kasut2 bapaknya.

Betul koooooooooo!! Tak sesia beli memahal, 2 keturunan boleh pakai kasut2 bapak ko kahkahkah….so Kakak cepatlah membesar, bolehlah ko menyarung kasut2 mak ko pulak!

Tetiga kasut tu Timberland brand, bapaknya bawak pi travel, pi kerja. Company sekarang je dah tak boleh nak bawak kerja kasut2 macam ni, so memang rezeki abanglah dapat kasut bapaknya kan. Tu pasal skang kasut2 tu pun dah turun pangkat ke bawah. Sususan atur kasut2 kami, ikut pangkat memasinglah. bapaknya paling tinggi so bapaknya rak atas, tapi sebab maknya tak kuasa nak menunduk, rak medium hak maknya, dan kemudian followed by kakak and abang and RB hehehehhee

IMG_2634

Kasut ni, permulaan pertama untuk anak bujang, yang aku beli di Milan. I wanted him to have this kind of snickers for his Aidilfitri, style2 orang besau sket. Masa bawak balik dari Milan dulu dia tak berapa minat, but as time goes by, manusia pun berubah sesikit and dia sudah berkenan sangat tak sabar nak pakai kasut nih.

Dok pujuk aku mintak izin nak pakai for buka puasa events kami, but aku tak bagi. Biarlah dirasmikan masa Syawal nanti coz after all, Aidilfitri adalah untuk kita berpakaian baru, segalanya baru. So sabar je lah bang…

Dia nak pakai kasut ni coz senang dia nak amik air semayang masa kat events bukak puasa tu sumer, tak yah nak riuh pakai socks bagai, but bertabahlah ye bang. Raya pun dah nak dekat je lagi.

ha bang kasut2 ko nanti simpan, turun temurun kat RB pulak!

kahkahkah…memang tak lah kan, ada kasut yang dapat diturunkan ke Kakak, but kalau dah tak muat jugak kakak pakai, memang jatuh pada cousinsnya pulak. Nak menunggu bagi kat RB, oh makan bertahun2 lagi lah kan, beza Abang ngan si bongsu tu 10 tahun hokey!

Comment: 5