The Red

New red collection…

img07374

waktu sirman turunkan kami 2 beranak kat bandar sri permaisuri, aku saje walking ngan gegirl tengok kedai2 baru kat situ. skang BSP dah berkembang sesangat, banyak kedai2 baru buka kat new area tuh, ni semua kat belakang Q Bistro yang sudah famous tu lah kan, so aku nampak satu kedai namanya Shoes Shack.

img07370

sebab kedai baru, so kasut kanak2 pun ado tapi very the limited. gegirl kenyit2 mata kot dapat kasut baru, oh banyaklah cantik. ko kecik lagi, kasut kasi jimat ye budak kecik. lainlah mak kau kan…

img07375

beso btol gambo model tuh, gegirl malu tol nak amik gambo kat sini coz ada salesgirl tuh dok sengih2 tengok lagak dia…

img07373

lawa pulak tali pinggang nih, kaler black dah takdo … sbb apasal aku tanya black coz aku ingat nak amik 2, itam n merah…

img07372

hishh…pakai belt pun pinggang dah lari camne nih 🙂

img07368

pandai lah budak kecik ni, dia amik bag merah tu terus pose kat aku….mommy red kaler ni mommy beli lah. tak mau lah girl, mak kau nak bag lain sket, tu common sangatlah berkilat kilau

img07376

pastuh terus kami jalan pi Kolek Cafe…lunch kat situ. aku sesiapkan amik nasi lauk abang. sirman kan pi ngamik abang kat tuition

img07377

img07379

simple je makan diorg, aku n sirman pun amik lauk campur, tp sayur rebus semata and they freshly cook for us the asam pedas ikan kembung…

oh ye, belt merah tu murah jer RM15.90, brand hapa2 bolehlah, orang lain dah berzaman pakai aku baru nak pakai, and bila lah pulak nak memakainya pun idok le teman tau. aku bukanlah pencinta tali pinggang pung…:)


**ni pehal banyak nau aku letak entry nih! isk isk iskk….

Comment: 17

Yo!…

img07075

aku ingatkan malam tadi aku boleh lah tonton season 5 DH, rerupanya baru few episodes kau, so ada lagik 1-2 wks lagik baru boleh layan season 5. itu adalah air yang sentiasa ada hari2 di atas meja sambil menontot DH. kalo rajin ada lah keropok, kekacang ke. emm sedap kalau ada cekodok bilis kan. makan ke menonton meh….

img07146

kembung masak lemak cili api tapi sebab malas nak tumbuk cili apinya aku potong hiris kecik campakkan jer lam kuali, ikan masin, ayam goreng and rebus kobis plus fishball. masak 4,5 ari seminggu pun aku dah naik tepu. aku paling tak suka masak yang bersantan2 nih, selain kemain kolestrol, tp sbb pakcik sorang tuh nak mamam, wpun dia x mintaklah arini masak ni aritu masak tuh unless sibuk je ngan telur dadar telur rebus (itu saje dia usik budak BMM tu lah).

aku nak buat masak kurma ayam, tp wuii malasnyaaaaaaaaa dan tak berapa pandai. one day lah, itu adalah fav anak2 jugak dan fav aku gak.

img07079

img07077

sweet tak bebudak nih, 2 malam tadi depa dok mengerjakan kertas sambil bapak depalah tolong apa yang patut. bila mother’s day ek? aku pun dah lupa aa…..but aku rasa kan ari2 depa bagi aku kad cenggini tau. sorang abang sorang adiknya yang lukiskan kaler sumelah. pastu datang kat aku bagi ngan muka sengih2 kerang busuk paling wangi, ha.

img07119

img07120

img07121

Zara and Mango…merah2 kan…merah yang meriah

img07080

necktie ijau, beli kat JJ murah yor katanya

img07081

yang ni tie mahal lah rasanya sbb mamat ni serba serbi mahal mar….

kaylah itu ajer, entry dari saya……

**punyalah beribu2 readers aku, aku hanya dapat 28 votes ajer dalam yoyooh? korang ni betullah, tak tolong aku langsung. aku mintak tlg vote foc pun korang kira tau, tak payah register pun, korang klik je kat situ. mekasih lah yang 28 orang tuh. jasamu kukenang. but still!! 28 orang je yang vote aku???

grrrrrrrrrrrrrrrrr!!!! =( =( :bloody: :bloody:

3 steps jer:

1. gi sini – http://yoyooh.com/bloggerawards/

2. carik RedMummy (gbr bwh ni) & click button ujung sekali hehehehe, nak click  button yg 1st sekali pun boleh gak iskk iskkk =(

rm_yoyooh

3. pastu scroll down click Submit Vote!

Name, Email & Yoyooh Username tak yah isi pun taper, leh vote gak!

rm_yoyooh2

mekasihhh 😀

Comment: 27

Entry mengantuk…

img07054

aku kembali lagi pakai spek ke opis…ai have eyes prob again. ye aku tau korang dah bebelkan aritu suh aku buat futher check up ngan mata aku nih. tp aku malasssssssssssssssss nak pi klinik lah.

on monday aku rasa semacam je ngan mata kiri, balik umah aku selak eyelid, and nampak ada sebijik jerawat situ. kira ada biji kecillllllllll jer. kalo aku picit tuh sure kuor nanah dia lah. tp aku genyeh2 sbb gatal tak nak gak dia pecah. so nak tak nak ari selasa pi keje kena pakai spek. kalo pakai lens gak, haruslah pedih weii…

img07056

semalam petang kan ribut taufan, sampai fifin cakap ada replika sirman yang letak kat hall pun leh terpelanting…gambo atas nih plak lampu isyarat kat the famous permaisuri rosak. sedangkan tak rosak pun q sketnya hazab panjang kan, apatah lagik kalo dah rosak. 4 simpang nak ke sana sini, bersimpang siur betol jadiknya. aku abih masa kat sini nak redah jalan kat 10 min, ater dia tak nak lepaskan jalan, yang tu pun nak u turn, yang kiri nak belok ke kanan yang depan nak terus…

antara punca jalan sesak ni pun sbb jalan kat depan tasik permaisuri/smss ditutup sekejap, depa ngah besokan jalan tu. kalo jalan tu tak tutup, takdelah siksa sangat jem depan VA nya yer

img07069

kerana itulah tetamu aku datang, siksa dia nak lepas. Neo dropped off the PGL cd kat jai the cafe umah aku. situlah port nak anto letak barang by hand. kalo nak post, alamat umah mak aku yer….aku dah dengo seround sblm tidur huhuuuuu…oh radio cd abang dah letak kat bilik aku coz tetiap malam dia tidur bilik aku, tengah malam bapaknya anto dia kat bilik dia tp nanti kol 2,3 pagi dia masuk balik bilik aku so tinggalkan je radio cd dia lam bilik aku. n aku usung lagi cd pgl main dengo lam keter pulak.

img07045

tempat candle, 2 batang dari Gina Manan….

takde Guest Writer kan pagi tadi…sume cite aku dah published. so aku dok tunggu lagi korang anto Teka Teki Teka Tekuk. kalo berat sangat nak anto subject tuh, bantai hangpa la nak letak tajuk apa, janji ada GW lam blog merah nih. sonok gak baca tulisan cerita orang, kita tak mungkin dapat menulis cam orang tulis, so kita share membaca.

aku tumpang letak lam blog aku je kay…

entry ni namanya entry mengantuk pasal aku tak tahan mata nak tidur waktu buat nih, dah kol 9 malam. waktu tidur aku hanya selepas midnite, mbe sebab angin ribut taufan sesejuk ni kan, tu yang lagi mata ni nak melalok jer

but ai need to watch my season 4 DHwives 🙂

Comment: 14

Crumpler from Jakarta…

img_6458

the crumpler’s bag from Australia, tapi ni gambo aku kat PASARAYA mall, jakarta. ceritanya aku enggak kisah brand itu mahal enggak murah, asalkan kaler merah, terus aje aku berkenan. but masa aku ngah tetengok nih aku sudah jatuh ati sama bag itu, so bila sirman and pak host cakap bag ni sangat galemer, though  aku tak tau pun brand tu famous amous, aku pun amiklah yang beso. memang kalo depa tak cakap pun aku akan amik jugakkkkk!

kenapa sampai terduduk itu gambo, pasal udah seharian berjalan lah kat jakarta, nak nunggu salesgirl tu amik stock baru baiklah duduk kat lantai tu ha, sangat2 capek gitu sik.

img_6898

inilah bagnya, immediately dipakai. tp aku tak beli satu size, aku beli another size merah gak kecik sket than yang aku pakai tuh. ado lagi tu ha lam kabinet tak berbukak lagi plastiknya, not suitable for office wear, kena pakai for casual jer.

how much ek harga bag nih, sorry lah enggak ingat some more nak pikirkan tukar ringgit msia lak tuh. aku kena bangun dari kerusi and check the receipt kalo nak bgtau the price, tp malasssssssssssssssssssssssss.

lgpun bukan aku nak jual pun bag nih kan, unless korang nak buat ref.

anw, kenapa aku bukak pulak entry bag nih kan, pasalnyaaaaaaaaaaaa……….

si sirman korang tuh ada bag crumpler yang dia nak promotekan for sale kat lam blog merah aku nih. kawan dia mintak tolong jualkan, bukan aku yang jual lah. ada banyak bag tuh. so korang tunggu lah esok entry tu kuor lam blog merah kay, sapa cepat dia dapat, details of the crumpler pun nanti kuor gak esok.

daaaaaaaaaa….

Comment: 28

Anugerah Juara Lagu TV3


IMG_5518

ini adalah gebor dari padang besaq. gebor tuh kalo kamu idak paham bahasa melayu, go google…sakit ati je kowang kan, satu hal lah  nak google. the red gebor ala blanket from the producer of tv3.

didnt get a chance to meet her personally, even sirman went to TV3 without me…

ai had something else to do mar, terpaksa anto wakil. thanks to puan producer, budi yang baik dikenang orang ……

IMG_5515

3 passes to enter the AJL

ai will try my very best to upload the photos pas balik AJL…

sementara aku dok lam stadium Bukit Jalil, kowang leh melayan lam tv3 lah, or else leave je komen2 kat sini artis mana yang korang nak gambarnya dicekau kuor kat sini. tapi agak2 lah kan, kalo sirman dpt tangkap sapa2 yang ko nak tuh kalo idak, pi guli2 gambo depa lam internet. sure ada nya kan

Meh memain prediction, sapa yang korang rasa akan menang? ai letak list nama penyanyi je lah yer dulu…

Pop Rock:

1. Estranged

2. Sofaz

3. Meet Uncle Hussein

4. Elyana

5. Stacy

Balada:

1. Aizat

2. Faizal Tahir (2 songs)

3. Spider

4. Ziana Zain

5. Ayu OIAM

Etnik Kreatif

1. Aiman

2. Zahid & Heliza

3. Farawahida

emm…ai choose Stacy.

lelain menang kalah, ai tarak kisah.

Comment: 48