Abang

Red lips…

photo atas ni taken by abang, di pagi buta isnin..hiks

sewaktu nak menganto dia ke sek agama gitu

pastu aku buang tebiat pakai lipstick lam jem ya hamat

this one dah sampai parking klcc

nak gak memuncung tunjuk lipstick gitu kan. gemuknya pipi ku itu ye

tunggu after 530pm, apa dah jadi ngan wajahku

mau lah gelak girang korang menengok nanti 😛

Comment: 9

Table lamp…

abang dapat lampu meja baru 🙂

itu antara adiah yang aku menang masa telematch family day company ai ye…

n so i took his red table lamp, anto ke bilik aku. baru lah sedap dedua ada lampu merah kan…

not forgotten my red candle and my red phone….

oh..my new blue red bedsheets….

Comment: 3

Abang’s room

x de major yang berubah cuma aku suh fifin basuh shoes rack lama and letak bilik abang utk dia letak all toys gadgets segala bagai. i dont want his toys to be mixed wt gegirl’s toys. barang memasing, to be placed in your own room. kalau tak kang aku gak yang menggagau mencarik pastu tetiga mokak kat telinga aku tanya kat mana sipolan sipilun.

eh eh kabinet itam tu kan, top 3 je barang pemenan abang, the bottom 3 aku letak sumer handbags aku hiks…mak tumpang bilik abang letak barang sket yer.. 🙂

next…gegirl’s room.

Comment: 2

My good son…

actually, i took 3 days annual leave 🙂

so for 2 days in a row aku ke ttdi anto abang for his tuition. this time we took our bfast at the puteri’s restaurant…pagi2 aku dah makan nasi putih coz the last pot of nasi lemak abih yilek. esok sirman lah pulak yang nganto, penat lah rasa aku ke sana (actually x nak kuor umah kang asik kuor duit pulak)…

after sending his up, aku x tau nak ke mana…aku malas nak start engine jalan2 coz i was alone, lagipun aku dapat parking betul2 depan tuition dia. bukan senang ye. so aku pi 7E carik majalah, bought 4 pcs of mag n dok kat the kopitiam, order teh tarik 2 hinggit. tengok2 dah 1130 pagi, terus aku menapak semula ke kelas amik abang.

abang tuntut janji utk ke ikea again. smlm kan aku x cukup duit 🙁

so oklah, since sirman ngan gegirl pun takde kat umah. oh sirman cuti utk hari bday agong, tapi he had to go to our new lawyer’s house, allo lilred itu rumah siap taun 2010 lah, bukan sekarang. so we split, aku ngan abang… aku suka lah kan coz aku leh jalan2 soping2 ngan anak bujang ku.

sirman ngan gf nya si gegirl jalan2 jumpa lawyer..hiks . what a boring job. 😛

tak lama pun kat sini, just for an hour sebab barang2 yang aku nak amik kan smlm dah masuk lam trolley. in fact abang siap remind aku suh cucuk duit takut duit tak cukup.

abang ni selain penyayang pada binatang specially kucing, dia pun pencinta pokok. pokok pasu kat balkoni aku, dia je yang rajin menyiram air, bukan bapaknya. so he wanted to have one pasu..aku tak kisahlah janji senang carry.

punyalah sayang sangat ngan pokok barunya, masuk hajris pun dia bawak ye. i stopped by here to tapau our lunch…

sampai umah aku degil kan, sirman pun x balik lg ngan gegirl. aku turun naik 2 kali ngan abang angkut barang2. paling siksa ada 3 barang berat, so aku pakai trolley merah yang buat pergi pasar tu (masa ni le rasa menyesal tak beli trolley barang kaler biru tu) and letak sume lam bakul merah tu.

sampai kat pintu lift bawah, tetiga barang jatuh. ya allah..siksanya. so abang tolong bawak satu barang yang dia leh seret. sian abang.

n dapat jer masuk lam pintu lift ngan mengah berpeluhnya aku, tetiba dia berenti kat tingkat 4, and selamba badak je aku ngan abang keluar. kau..jatuh lagi barang2 kotak tu. calar balar kaki aku disagatnya dek kotak. masa ni lah abang perasan ya allah, mummy this is 4th floor. aduh, sabar je lah. masuk balik and aku rasa masa ni lah super power badan fifin ada kat badan aku. berat bapak tau kotak2 tu.

sampai je kat our floor, terhegeh2 lah aku menolak pelan2. i m so proud of abang. punyalah dia sungguh2 menolong mak nyer. ai promised him a present, as an appreciation tolong mak nya, lagipun dia kesian sangat tengok aku ngangkut sume tu.

sirman balik, terus selongkar the kotak2..aku? aku terus pengsan lam bilik tidur ke petang. makan pun x lalu. pinau pening sakit dah badan aku.

tu gambo atas tu depa ngah setia menanti sirman memasang apa yang boleh dipasang. niat hajat aku nak bawak budak2 ke sunway lagoon, or ke midvalley pun terbantut, aku flat le sesangat.

Comment: 8

My good helper…

tu dia kan balik dr ikea, x rehat tak hapa aku terus bertukang singsing lengan lam bilik gegirl. rak buku aku tu dah hampir hilang nyawa. papan plywood kat belakang dia tu x kuat. patutnya amik drill, zerrrreettt belakang tu, haruslah kuat. but u know, orang ni x serajin tu nak buat all those things lah. aku nak buat, mau meloncat ke belakang, benda2 yang ketuk ketak ni bukan tangan aku lah ye. pelempang lalat aku bolehlah.

n sib baik lah fifin pun sampai tepat on time…apa lagik kan keje lain aku suh dia tinggalkan meh sini tlg mak merah buat keje2 yang makan habuk ni

abang ni aku suh pi tidur mana leh mata dia dok diam kan, so keje dia menyusun buku yang bersepah simpan lu lam bakul lam kotak sementara the new one will come in. time dia rajin, kena bagi motivation, kang kalo dia malas, air kotak pun boleh sepah kat dining hall ye.

sian ko…

pastu tetiba aku dengo kong kalikong kat dapur. ya allah fifin ni mmg tangan dia power tollah. aku x bising pun pasal papan tu, biarkan je lah tp dia mana leh tahan, dia ngamiknya hammer sirman, ditukulnya the papan yang dah renggang dr tempat asalnya..

assistant dia pun keje sama ngan dia, tlg carikkan paku..

banyak senanglah sirman kan..semua keje dah dilangsaikan dek fifin

abang amik tenaga ye bang…sebab right after that dia pulak semangat rombak bilik dia. cuti2 ni mmg molek sangat buat segala toknek kerja, tu bilik gegirl tu masih lagi bertongkang pecah, aku x bagi fifin buat, aku ngah nak amik mood rajin aku nak settlekan. mari mari mood marii…mana kau mood rajinku…

ni project kami bertiga di petang kamis, hiks.. gegirl saja aku x nak ngamik lu kang dia banyak songeh banyak kacau nak tu nak ni. sirman lak masih keje, late nite baru pulang. project tak abih lagi…ada lagi yang buat aku terkejut, dikejekan dek fifin. camne lah aku x sayang ngan dia, benda yang aku x suruh yang sepatutnya lelaki yang buat, dia buat.

bonus ckp taun ni utk fifin kena bagi extra lah..she s so deserved it!

Comment: 6