Bloggers

Present for Red Family….

2 red hairclips

1 big red heart

math puzzles

berjuta diamonds bracelet gegirl hokey!

this one i like!!!

you like this shirt too kan? it s a gift from a blogger to us, she bought it from Sunway. More details shortly 🙂

Comment: 5

Oink Oink!!!

Gegirl is sleeping wt the little miny frog and the sweet handkerchief of Redmummy’s brand.

Nasaz, Ko jahit ke? Nasazfrog loves orange but she is also envy to Frog….

Thank you dear for your sweet gift. Harap2 kandungan mu sihat sentiasa ye.

Macam biasalah kan…barang2 post ni anto ke umah mak aku, biasanya mak aku yang sambutkan tp kali ni abah aku yg ngamik dr abang posmen

Dan menjadi amalan abah aku, dr zaman kami kat Alam Shah, korang jangan arap lah anto surat cinta ke hapa kat aku ye, abih kena tapis dek bapak aku. ada yang aku dpt, ada yang jangan haraplah aku dpt balik. sume dia bukak baca buang simpan. huh…

aku dah kawin ni pun beranak pinak, kalau dia dpt dr posmen, dia yang bukakkan dulu. riso benor ler ada benda bukan2 lam tu tau abah ni. Dah tabiat apak aku, x kisahlah kan. Tu pasal bila aku amik anak2 aku, gegirl dok membelek kendong kiri kanan adiah ni. x bagi can langsung…

Oh anda peminat oren? saya x minat, tapi itu adalah warna rumah sukan saya. silalah pay a visit to pencinta oren dan katak ini.

Katak oooo katak

Kenapa engkau panggil hujan

Macamana aku x panggil hujan

Ular nak makan aku….

sambung sendiri da……………

Comment: 2

Hyperactive child…

di tengahari yang sejuk kat klcc, ujan kan…ada rombongan cik kiah dari kindie cina to klcc…meriah gila. sebagai seorang ibu, melihat situasi ini agak biasa pada aku, tp pada ms lemb yang masih berusaha utk mendapat cahayamata amat menakutkannya 🙂

seronok tengok budak2 ni tp paling kepoh cikgu depa lah. wpun cikgunya cakap cina tp kerana keriuhan siap kuor suara paling tinggi tu. mau nya idak, budak2 ni umur lam below 6 years, haruslah setiap cikgu pegang 6,7 students sorang.

dedulu masa zaman abang kat kindie ada gak sekolah dia buat rombongan cik kiah camni. pi kilang coklat lah, pi zoo lah, so on…tp sirman and ai x approved pun.

mengenali abang yang susah nak dok setempat x perlulah aku nak let go dia pi rombongan2 camni. alangkan ngan kami makpak nya pun dia pernah ilang, x sanggup lah aku kalau cikgu nya kang nak kena tangkap dia pegang dia saja.

kalau korang masih ingat, kat blog lama ai ada cerita, sejak umur abang 3 taun lebih till last year lah, ke shopping complex gitu kena pakai tali yang khas for mom and child. yes aku terpaksa pakaikan abang, hyperactivenya over sesangat. dia pernah hilang kat midvalley, kat jj, kat jj maluri, tempat2 gah besar shopping complex gitu.

yang buat aku terus beli tali tu bila kami were in alamanda putrajaya utk buka puasa. x senang aku nak bukak puasa ngan geng sirman bila dia asik ilang jer. so aku kejar dia, bawak dia berjalan kat lam kedai alamanda tu, and jumpa the Mother Care’s shop, jam2 tu gak aku beli tali tu.

mungkin orang akan kata kita zalim, macam anjing je kita pakai tali tu kan. look, think positivelah sikit, Adik Yin contoh terdekat..ingat lagi kan? untuk anak2 yang hyperactive, u ve got no choice, ko pegang kejap kita leka, dia boleh mengular.

so kalau aku x bawak tali, either aku bawak adik2 aku sekali arung masa kita soping or aku x bawak budak2 ni masa ngah bersesak ramai2 tu.

but alhamdulillah, skang x perlu dah….gegirl mmg takut sket kalau kita x de ngan dia, tp abang dah pandai but still x leh leka. children’s mind ni ko bukan leh caya.

mana ko nak, ko ilang anak kat soping complex lagi or ko pakai tali supaya anak ko x ilang? tapi kalau anakmu jenis yang sopan santun x perlulah…ai kenal anak2 ai, abang mmg x boleh nak behave sangat. badan dia gatal je kalau kena dok diri setempat, dia mesti nak explore je benda memacam yang ada kat pala otak dia.

anw pada yang x tau..ni gambar lama aku ngan abang masa we were in beijing last year, that tali yang kaler ijau tu…(they dont have in red) kat negara orang lagilah aku pakaikan tali…….memula pakai tali, hati kena kuat lah, tp lepas tu dah jadi immune. skang kalo pakaikan pun, dia pandai bukak balik….

apabila tali dilepaskan …lihatlah dunia

sakanlah abang n gegirl meneroka alam…

Comment: 10

From Taiping wt Love…

couriered to my mom’s hse

ha mik ko bapak besar gambar kek aku letak. 2 kotak plak tu. satu ada kacang satu coklat penuh. tajuk nya je dah macam kartun majalah Gila-Gila tu hiks… aku memula ingat dia ni chef, lam blog dia asik citer lauk pauk kek kuih yang dia masak jer, rupanya cikgu sekolah…

u guys know her oredi, Scarlett. Thank you cikgu.

aku kenduri kek anak beranak ngan adik badik, mak aku bagai. itupun x abih lagi, leh sambung makan for another 2,3 days.

Sebab kek ni sampai di hari bahagiaku, on my promotion day and big boom bang letter, i take it as a gift of promotion lah gitu ye dik.

what s next then…

Comment: 6

New York, Singapore and KL…

those who intends to give present to me, have to post it to my mom’s hse, mak dah tak heran bila ada Red Red for me ha tu dah tentulah for anaknya kan…

someone just went to New York and got me these 2 presents. HRC’s shirt and the little miny red mug, both from New York. tq dear….

sekali aku pun ada baju yang sama daaaa…which sirman bought from Rome last 2 years. bezanya satu Rome satu New York. and satu lagi beza yang mine from Rome tu S size and from my sweet spore’s fren is M size. sangat sesuailah utk aku yang dah gemuk bonar ni.

Pearl ngan aku bukan takat kawan blogging, we havent met, masa aku kat spore dia dah terbang ke US holidaying wt Pato, but sebab dah lama gak kenal kami dah jadi kawan macam real live di dunia nyata. aku travel, adiah utk dia mesti ada, dia travel adiah utk aku pun dia x pernah lupa. we exchange gift not bcoz of xmas, kan nadh kan…bak kata sapa tah. sekadar suka2 mengingati. presents n gifts boleh buat kawan yg duka jadi suka….

i wanna get something else for pearl, n also few presents are also odw to my mom’s house. from my lovely frens and readers. tq dear frens for the thought.

Ok sebelum penggemar pink memokak horey2, let me explain…Sirman had to take up the pink kaler of the shirt coz takde merah langsung. pink is the closest one lah kan…tettttttttt! Pearl pun dengan reason yang sama…kalo ada tshirt HRC merah, dah tentu lah dia amik merah. hokeyyyyyyy!!!

pink pun pink lah…ai pencinta merah bukan pembenci kaler lain. hiks…

Comment: 10