Aug 22 2008 Friday, 5:30 pm
Wanita musuh wanita…
SINGAPURA: Satu kajian antarabangsa mendedahkan wanita adalah ‘musuh’ sendiri di tempat kerja kerana didapati tidak akan mempromosi golongan mereka untuk kenaikan pangkat.
Kajian saintis Shannon L Goodson dari Amerika pada 2008 itu adalah sebahagian daripada kandungan buku baru beliau berjudul The Psychology of Sales Call Reluctance yang membuat perbandingan terhadap hampir 11,500 wanita profesional dan 16,700 lelaki dari 34 negara.
Goodson berkata wanita profesional di Britain, Amerika dan China didapati lebih berminat mempromosikan kepentingan mereka, manakala wanita New Zealand, Sweden adalah yang paling kurang berminat terhadap kerjaya, diikuti wanita Australia dan Kanada.
Bagaimanapun secara keseluruhan kata Shannon, ramai wanita tidak melakukan sesuatu yang cukup baik untuk meningkatkan kerjaya masing-masing.
“Wanita tidak mewujudkan siling kaca yang menjadi penghalang yang mengehadkan wanita untuk meningkatkan keupayaan diri mereka, tetapi merekalah yang mengekalkan siling kaca itu,” kata Goodson.
Kajian beliau juga mendapati ramai wanita yang berjaya meningkatkan kerjaya mahu kejayaan itu menjadi milik mereka seorang saja, sebilangannya tidak teragak-agak mensabotaj peluang wanita lain untuk mendapat kenaikan pangkat atau meningkatkan kerjaya mereka.
Beliau berkata, keupayaan untuk membuktikan sumbangan dan kecekapan di tempat kerja adalah ciri penting dalam pengurusan kerjaya era moden dan ini antara perkara yang belum mampu dilakukan kebanyakan wanita berbanding rakan kerja lelaki mereka. ? Reuters
Kajian Goodson mendapati kebanyakan lelaki tidak menghadapi masalah membuktikan sumbangan malah ada yang sanggup berbohong.
Bagaimanapun katanya, ramai wanita masih menganggap usaha mempromosikan diri sendiri sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima secara ‘sosial’ dan percaya kenaikan pangkat diperoleh hanya dengan kerja kuat. ? Reuters
**************************
Sesuai bacaan ni untuk lalat2 yang menggangu perjalanan careerku, keje kuat je lah babe, x yah dok mengumpat sana sini, memalas angkat satkabo, mengaku anak dara tp jando, rambut ala penyapu, perut penuh berangin busuk ati padan muka kena sound direct jer ngan atasan 😛 . From my loyal reader, a blogger yang ku kenal sekian lama tapi x pernah buat hurung, x pernah buat hal…he s someone special too, Fifi.
RM Recent Comments