Ramadhan

Santapan 29 Malam Tropicana Golf & Resort!!!

Tropicana ni, dengan my house, kalau campur ngan hujan – boleh tahanlah sangat jatuh. But apalah sangat jauh itu dibandingkan ngan relationship yang  lebih 5 years nih (technically dah 7 taun lah but 2 tahun aku ilang kot from their radar gamaknya).

Bang dengan tema Tropicana GCR Santapan 29 Malam – lebih 300 jenis dishes, bersama their experienced Chef Lawrence, Chef Badrul dan Chef Megat dan 7 lagi Chef lain, bergabung tenaga for Santapan 29 Malam.  Kali ni, juadah berbuka puasa diadakan di newly renovate Twenty7 Restaurant dan juga The Palm Coffee House. Kampung cuise, western and other countries nya menu masakan dan makanan sedia menanti Santapan 29 Malam korang.

 

IMG_4466

itu rendang ayam, Zeeshan awal2 dok ingatkan, cedokkan for his plate kay!

IMG_4467

aku pantang betul ngan bubur2 nih, diet tak diet, mmg aku bedal gak bubur cha cha tu

one of my pantang satu lagi is – teh tarik. ko sesedap turun 3,4kg, telan je teh tarik, naik balik berat ko

IMG_4470

Masa berbuka puasa nanti, 2 orang watak utama kat TGCR ni  akan turun padang to help out on the Santapan 29 Malam, their team dah ready to welcome korang ngan hospitality and big smiles –  Mr. Steven Tan, GM and the Senior Manager for F&B En Abdul Razak Mohd Omar

IMG_4468

IMG_4469

Di Santapan 29 malam, untuk early birds sehingga 25 April 2019; kalau beli 10 vouchers, boleh dapat percuma 1 BBW voucher ye!

Adults – RM86 

Child – RM43

Normal rates pulak for Santapan 29 Malam Monday to Sundays  RM99 for adult / Everyday & Public Holidays- RM112

Kids pulak RM50 for weekdays to Sundays and RM55 for everyday and Public Holidays.

Masih dengan talian yang sama; nak booking for family, with frens or corporate: do call  03-7804 8888 ext 306/325 atau 03-7804 1919. Tropicana’s address is at Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf & Contry Resort 47410 Petaling Jaya, Selangor. Do email them at salesmarketing@tropicanacorp.com.my  

Nak buat Rumah Terbuka during Aidilfitri, pun TGCR boleh cater, dengan RM48 per person and add on a whole lamb dalam menu for just RM1,250nett.

Follow them on Facebook: www.facebook.com/tropicanagolf

Instagram: www.instagram.com/tropicanagolf

Website: www.tropicanagolf.com

Jadinya dalam 300 lebih dishes tu kan, apo yang baru:

1. Kaunter Soup Cendawang, Kentang dan Telur

2. Main dishes pulak: Ikan mayong asam rebus perantaraan Utara, Gulai kaki ayam dengan nangka muda, Kambing beryani, Sipu Sedut Masak Lemak Cili Padi, Pucuk manis masak lemak putih bersama ubi keldek, nasi beryani kukus kabuli warisan johor,.

3. At stalls pulak, the new dishes ada mee udang utara, burger telur, apam kukus, popiah basah, tenpayakki, kebab daging dan ayam, braising pan noodle and fried rice, pisang goreng cheese dan bijan.

4. Kepak ayam madu, kepala sotong, Thailand maggi serda, Thai Tea, Kerabu Mangga, Koran Cheese spicy fried chicken, gulai kawah ayam kampung dara, tau foo fa dengan gula Melaka, hah ini semua kat stalls gak yer.

Insyallah, bersedia kita bertemu Ramadhan, semoga puasa dan amal jariah kita mendapat keberkatanNya dan dalam berbuka puasa, kita amalkan bersederhana dan jangan tamak rakus mengambil juadah sampai tak dapat habiskan semua food tu yer 🙂

Insyallah, Ramadhan kita bertemu di Tropicana Goft & Country Resort!

Comment: 9

Malaysia Petroleum Club’s Selera Bazar

clip_image001

Satu dunia tau Kak Red kerja kat KLCC.

Satu dunia tau gak KLCC and Kak Red is so bff, very the scandal.

Satu dunia tau gak, ini pertama kalinya jugak RD naik to MPC 🙂

For the first time, Kak Red nak promote on berbuka puasa di dalam KLCC sendiri – the Malaysia Petroleum Club (MPC).

Location betul2 dalam Tower 2, KLCC.

Yang ada sky bridge tu…ha…sapa tak pernah masuk dalam Tower 2, tak pernah naik sky bridge, this is your time!

eh chop! kalau nak tapau pun boleh ye during ramadhan, starts at 4pm weekdays, dah ada ‘bazar ramadhan’ kat Level 43 Tower 2 KLCC ni. I was their regular customer tiap kali ramadhan too….looking forward for this year too! heharap tahun ni depa leh bukak kasi awal sikit at 330pm coz mak mak ni ada yang balik kol 4pm, so prefer lah amik lauk awal, back to office and baru leh pulang…lauk pauknya lebih healthy, harga pun reasonable, starts from RM3, RM5, RM10 and so on. Antara menu for tapau pulak; ayam gulai bali, daging masak tetel, segala jenis buburs, siput sedut, sambal sotong petai dan banyak lagi. Siput sedut tu memang aku dah target dah.

clip_image001

clip_image001[5]

clip_image001[7]

clip_image001[9]

clip_image001[11]

Terliur-liur la kan semua tengok menu yang tak sampai suku je ni pun akak letak. Nak bebanyak, eh meh naik MPC sesama. Kak Red paling gilakan aneka bubur depa, ada bubur kacang merah, hijau, sarawa, many more! Satay kalau bulan puasa buffet spread gini wajib. Choices of soups, desserts yang dari hujung ke pangkal, kuih omputih kuih melayu kuih tradisional. The geng bakar-bakar – udang ikan ayam, get along ngan kambing goleknya hoiihhhhhhhhhhhh!! kalaulah leh tapau hahahahaha

Lelauk tradisional, westerns, pun tinggal tunggu korang cedok and makan jer. But remember, apapun jangan sampai ada pembaziran yer.  Dah dah…pi buat booking copek.

Promotion kali ni hanya dengan RM98 nett for adult (early bird nih dah start till 27 April 2019). Kalau later than that pun boleh jer booking, but dapat harga biasalah yakni RM128nett, kids and senior citizens sama harga RM68 nett sahaja. MPC Members? ada discounts 20% yey!

Most importantly, ini MPC ye…MPC ni once again dalam Tower 2 KLCC so attire is so important; smart casual. Meaning, jeans tu boleh lagi but not fancy, jangan la berkoyak rabak punya jeans ko pakai pulak, no round neck shirt, no slipper sandals, seluar pendek pun tak leh gak.  Pakai smart2 memang digalakkan benau.

Tapi bestnya, sesambil berbuka puasa, boleh naik sky bridge secara percuma ye.  Amacam? ha terus tepon this line 03-2166 3200 or  017 6466 183 untuk booking Selera Bazar yer. But Sundays tutup kay, so from 6th May to 1st June dibuka at Level 43 MPC, Tower 2 KLCC. Meaning to say, if bawak anak2, depa boleh naik lah Tower 2 yer….ha special tau, biasa bebudak tak boleh naik. Surau kat MPC pun ada yer, jangan bimbang. Amalkan lepas berbuka ngan air/kurma. terus pi maghrib and baru lah sambung semula berbuka puasa.

Kalau korang datang bukak puasa during weekdays, ada rezeki bolehlah berlaga bahu ngan Kak Red. insyallah akak pun bukak puasa kat sini gak, ngah memikir nak bawak askar ngan tidak jer…maybe bawak lah kot, it s going to be my final year in KLCC kan…

So MPC, im coming for the berbuka puasa Selera Bazar! Jom Ruby…tiber Ruby!

Comment: 2

1 or 2 weeks update…

Raya is coming

and semua pun dah mood raya. in less than a week Ramadhan akan meninggalkan kita. For record, Zeeshan masih lagi bertahan puasa penuh kecuali his first day ramadhan yang yang yuk tu lah. Age 5 1/2 tahun, not bad for him, very well achievement sangat kot. Alhamdulillah.

I tak nak menyembang beria, i pun dah takde mood sangat nak blogging coz of raya gak, bz ngan life too…so this will be just my simple entry untuk tak nak bagi korang kecewa yang datang blog ni, tengok takde update. See saya memahami korang.

 

IMG_7766

 

IMG_7776

Avenue K

IMG_7887

IMG_7897

The alley between MO and KLCC

IMG_7973

Auralens, many years dah aku pakai brand nih for colored lenses. Love their product so much.

IMG_8076

K’s buka puasa, mak ajah and abah datang sama (thanks to my youngest bro tolong bawakkan depa).

as of now mak masih tak sihat lagik…

IMG_8149

Visit to Jalan Tar during Friday’s lunch break….berpinau paneh ngan menduga tekak betul hahahaha..sib baiklah dah tua, kalau bawak Zeeshan mau dia mintak air air air

IMG_8213

Astro’s Buka Puasa at the Majestic Hotel

IMG_8204

The top, one of my pre baju rayas lah gak…it comes in 4 colours but i bought 3 colours, so 2 colours lagik to wear pas2 raya…Insyallah

IMG_8337

weekend’s buka puasa

IMG_8374

another round of buka puasa at BGR with 2 GBM girls and of cos with their family

IMG_8454

reunited after so  many years susah benau nak jumpa bertiga.

Macamlah aku takde ‘handbag’, dedua anak kiri kanan hahahhaa

IMG_8494

Red Family in jeans, for the first time semua sarung jeans – of cos maknya yang jadi tokey OOTD

wrap up of jenjalan before kakak balik to her hostel on the next day nya

IMG_8551

I finally pakai all 5 colours of Shadedough by Hanis Zalikha. She sponsored me for all 5 and semua colour akak suka.

Insyallah i will post up lagi 2-3 entries (im trying) before Syawal and andai akak pun tersasar terlajak laris bagai, mohon maaf salah silap, tulisan yang merobek hati ko segala or tak setuju ngan my opinions bagai, specially those yang tak suka Kak Red tapi masih menatap blog nih, instagram or FB akak, semoga Ramadhan ini mahupun Syawal nanti hati mu sesuci Lebaran, putih salji, hilang hitam2 khianat menyampah tu hendaknya. Amin.

🙂

 

Comment: 9

BGR, Cyberview, shopping and …

IMG_7544

2 weeks kids cuti sekolah, kita pulun weekends jer berbuka di luar. Nak kejarkan kakak yang sementara ada sama, if not kang dia balik hostel sian dia tak dpt nak berbuka kat tetempat hebat nih.  So first weekend cuti tu, kita mulakan dengan berbuka di Bangi Golf Resort. Tapi Ya Allah anak2 aku yang 2 orang besau tu kalau makan buffet, memang lamaaaaaaaaaaaaaaaa, selagi tak 9 lebih selagi tu tak abis. Aku dah berzikir2 cepat la cepat lah depa masih dok menyuap. Perut kecik tapi makan macam membelaaaaaaaaaaa.

IMG_7546

Dah alang2 kita kat Bangi, terus serbu Bangi Sentral. Happening betul ye tempat nih, first time kami datang sini. Punya giler nak menyoping, sampai aku tertinggal hp aku kat lam keter, even dah kuor masuk kedai kuor masuk kedai pun aku tak sedar aku tak de hp (rupanya laki aku dah amik simpankan).

Dia cakap, kalau mak korang nak kejar shopping, sampai lupa laki sampai lupa hp!

hiks…

IMG_7551

so kat Bangi Sentral punya butik2 ya melambak tu, kita kuor masuk kour masuklah…Majorly untuk beli for Kakak coz nak settledkan her baju raya before she balik hostel.

IMG_7556

borong punya borong…she dapat 8 + 3 pcs of baju raya (all are dress + jubah).

3 pcs tu lagik aku beli kat tempat lain, online, downtown and jugak Jalan Tar.

IMG_7563

so untuk kat sini jer, 8 helai dress kau dia mendapat, ikut dia nak selai 2 jer, anak aku ni kan jenis humble tak kisah langsung. But mak nya being mak kaki shopping, eh ni lawa tu lawa…hah sebat…

IMG_7581

terutama kat Minaz nih. ada lekuk sket, peplum kan. I m so in love, but aku tak nak pakai nih coz i m not a fan of dress bagai. so ai really want her to have this. Inilah her most expensive baju raya, sebab ni ada figures bagai, hanya akan dipakai pada hari raya pertama…kot.

IMG_7600

this lady is the one helping me, alhamdulillah dapat staff price sket lah for Minaz. Harga asal was RM300 lebih kot yang pair tuh. If korang pi Minaz Bangi, sesila carik Syzarosni nih…very helpful. Try le mintak harga macam Kak Red dapat, manalah tau rezeki korang kan….

IMG_7593

langsung ke Butik Penmerah pulak.  Depa amik kurta nih, abang dapat 2 lai, bapaknya selai. my dad dapat 2 lai. Good price gak Anne bagik. So tak yah nak gaduh pi carik kat Mood Republic nya booth nanti, dah settled gak kat sini.

So semua orang dapat, nothing for Zeeshan, but i got one pair too kat one of the boutiques, entah ler brand apa, Red Aurara rasanya. Grey colour. Paling lebar senyum was kakak lah, 8 pasang kau for tonite ni jer.

IMG_7627

The next day kita berbuka pulak kat Cyberview Resort & Spa. Kat sini aku cakap korang leh makan lelama coz kat Cyber takde tempat happening untuk mak ko menyopping 😛

IMG_7665

IMG_7670

Ini sebelum nak buka, Zeeshan punya zikir. But skang dah lebih 2 weeks Ramadhan, dia punya zikir lapar dahaga tu dah kuranglah. Sangat berkurangan. Dia dah boleh tahan berpuasa.

So far memang sepanjang Ramadhan ni, tu lah hanya first ramadhan jer yang dia tergelincir, lain hari alhamdulillah. At the age of 5 setengah tahun, kira cemerlang lah puasanya.

IMG_7690

After Cyberview, kita menyinggah gak ke downtown Cheras, yang sebelah Maybank. Aku beli baju sepasang for work/casual. Kakak dapat selai jubah itam untuk pakai kat hostelnya, abang dapat gaji RM50 terus spent RM10 kat sini gak. Zakat pun laki aku bayaukan kat sini gak dah kebetulan takde orang, sekali jalannnnnnnnnnnnnn. Eh Shan pun dapat pau kapal terobang, 30hinggit ke 40hinggit, tak sampai 24 jam aku dah tak nampak bayang toys nya tuh.

Bersambung lagi weekends lain punya bukak puasa gak. But the weekdays depannya aku ada pulak bukak kat luar 2,3 kali for events so bapaknya took charge 1 of the days by working from home, apa lagik lauk tunjuk2 ler. Jangan berangan le nak tengok laki aku masak. Anak bujang anak dara aku pun boleh masak pun, still tak koser nak masak bila the queen takder, depa lagi suka spend kat bazar ramadhan.

My routine masih sama, siang balik kerja terus singgah bazar, amik Zeeshan, masak bagai. Pagi, 630am aku dah kuor rumah, before 7am dah terpacak kat KLCC hokey!!

tu pasal bila wekend or public holidays, ko jangan kacau tidur aku, coz pas sahur subuh tu jer lah aku leh melena lama sikit. Bila rumah sebelah punya staff contractors buat kejer gedegung gedegang keletung keletang on SUNDAY and during PUBLIC HOLIDAY, agak2 ko aku ghaser apa?????

hah pi tengok kat my instagram lah. Hamukan kak kaftan terus.

Comment: 6

Ramadhan ini…

 

Huk aloh, lamanya blog ni berpuasa.

Sebab dah puasa, kita sembang cite puasa sket lah.  Dah tune up puasa kita baru kita cite hal lain pulak.  Aku ni bila puasa timing kedaung betullah. Dan  mengantuk adalah upacara paling tertekan saat2 puasa nih.

IMG_7141

 

So this was 2nd Ramadhan. My bukak puasa dengan parents and mak mertua (sorang adik ipar ikut sama).  Kita mulakan ngan berbukak kat Tropicana Golf Resort. Terima kasih sekali lagi to Tropicana for having us, the big Red Family. Ini jugak kali kedua for my 3 parents berbukak di sini. The reason kita pilih sini for parents coz dekat sikit laki aku nak jemput mak mertua aku. Kami ni kan 9 orang, ramai wor, so pakai 2 keter lah. Laki aku ngan Zeeshan balik Kapar amik mak mertua and bil.

IMG_7139

aku pulak ngan abang kakak balik rumah mak aku, siapkan Mak Ajah (remember she cant move at all, so kena siapkan dia, kena pakaikan dia jubah baju tudung segala, angkatkan badan dia, all kena done by us), and bawak abah sama lah. Laki aku yang kuor dulu ke Kapar, dah sampai dulu ke Tropicana, coz aku kan banyak perancangannya, Mana dengan hujan lebatnya. 2 anak2 buah tolong angkat mak from the wheelchair to my car. Tetengah hujan hiks…dugaan, but aku tetap gak tega and gigih nak bawak mak aku. dont care one. She kept saying yang dia menyusahkan kitorang, susah nak bawak dia, but lantaklah, mak makan je mak, kitorang yang angkat mak. Jangan nak jadi issue heh. Walaupun mak sangat berat yelah coz kaki dia dah tak boleh gerak yang kiri tu so badan dia totally on heavy sangat, kudrat aku ni kalau tengok memang tak mampu nak tampung mak aku but entahlah, kadang2 kita jadi kuat coz of them. Boleh mengah wor…kadang2 kat toilet pun ngan Mak, kena ada orang lain sama tolong, takut kita yang tampung pegang badan mak ni pun boleh tumbang sama.

Anyway, sampai Tropicana, laki aku ngan abang tolong uruskan angkat mak aku ke wheelchair etcs.

IMG_7144

this little boy is like ‘drama nak pengsan sangat ni mami’ hah macam tu lah. His first day puasa full was on the 2nd Ramadhan. Hari pertama dia puasa yang yang yuk. Bangun sahur but kol 9 pagi dia terus makan coco crunch, lupa yang dia puasa.  Oklah takper, pastuh petang kekejap mintak air, ngan aku bertahan but bapaknya kesian, bagi dia sedut gak air suam. Pastuh pi bazar first ramadhan tu, dah lemah gemalai.

You know laki aku hilang kunci keter dia kat bazar ramadhan, aku ngah masak dengan berapron nih kena pi amik depa kat bazar, antau spare key keter dia. Haigh….

Pun pi bazar tu Zeeshan dok berzikir lam keter, im thirsty im thirsty. bagi lagi air. Balik rumah pun thirsty, bagi lagi air. So tu yang puasa yang yang yuk.

But hari kedua dan ketiga and keempat, full star!! puasa penuh full day. Walaupun banyak ‘zikirnya’ but kena tahankan telinga dan keep on pujuking dia lah.

IMG_7161

My dad forgot his tongkat, so he guna the umbrella ganti tongkatnya…pun boleh kan Bah. At first round cucu2 amikkan food for atuk nenek, but pastuh aku ajak abah ronda jalan pusing Tropicana, hah baru dia wah sana sini macam2 ada….terus naik sket lagi nafsu makannya. Abah nampak sihat sikit tapi tu lah, mak pulak yang sakit, so tetiba abah jadi kuat demi isterinya sama gak.

IMG_7204

My mak mertua, tudung ni last year kot aku belikan ke 2 tahun lepas, ini gak lah yang dia pakai, bukan takde tudung lain tapi dia suka benau hok nih…but for raya ada gak aku belikan satu lagi tudung khimar yang melecun. Tak tau ler dia kenan ke idak coz ada ngelip2 ujung tudung tuh, she jenis low profile abis yang tak suka over2, so heharap dia pakai gak lah hiks…

lagi satu kita nak bawak balik mak mertua tidur at the Red House, malangnya, jiran sebelah kiri aku tengah buat heavy renovation, baru mula a week sebelum Ramadhan and expected to finish pun lam 5 ke 6 months. Haigh. Ini pecah habis, so ko bayangkanlah pagi2 tu keletung keletang, sehari suntuk.

Dahlah kita nya first day Ramadhan baru nak tidur lama sikit pas sahur subuh tu, tetiba kol 9 pagi dia dah berdentum. Aku memang sakit pala betullah tak leh nak tidur dah. Esoknya Ahad ok lah depa tak kacau, takde bertukang. But from Monday to Saturday, memang full day bingit. Macamana ler laki  ngan anak bujang aku leh tidur melena.

One of the reasons aku malas nak cuti masa Ramadhan nih (was planning too) coz of this renovation lah. Kang serupa gak kena berjaga coz tak leh nak membuta. Bingit hoih…dia punya drilling tu, satu taman bley dengo kot.

IMG_7189

beginilah bila situation nak angkat mak, ini ada the 2 boys yang gagah perkasa but at one time depa tak tau cara nak dokong the right way gak, aku kena turun padang sama. Macam kat rumah mak tuh, naik turun letak kat w/chair pun bukan abang (if anak2 buah aku takdak), aku gak yang buat sorang2. coz salah cara dokong pegang tampung tu, akan menyakitkan badan mak. Sian mak.

IMG_7175

aku pulak time ramadhan ni memang tukar habis schedule tidur. I m now reporting to work, pagi awal giler. Coz aku tak nak meet up ngan traffic jam at all. So on first day, right after abis Sahur Subuh tu, kol 6 pagi aku dah gerak pi kerja, the 3rd Ramadhan tu, I was the first person at work!! Aku jadi tukang bukak lampu,  I reached at 630am and sampai my workstation at 640am kau. But on d second day, aku kuor lambat sikit, pun sampai opis at 7am and kat Jalan Tun Razak at 645am dah berderet keter jam. Haih.

Petang habis kerja, macam biasa lari pi bazar ramadhan coz itu wajib ada for depa nya moreh untuk lepas Tarawikh. Pastu amik Zeeshan and pastuh terus balik masak kelentang kelentung. I cannot go tarawikh coz of ada Zeeshan, masa bapaknya ada jer on first day Ramadhan tu depa pi berempat (that time aku period pulak). Weekdays memang bapaknya takde nak berbuka ngan kami nih coz bapaknya kan kerja odd hours sket. Dia sendiri berbuka kat opis.  Abang kakak jer pergi tarawikh, but kalau hujan malam, abang tak bagi kakak tarawikh kat masjid, so she buat kat rumah jer, abang pi solo.

Routine is tunggang terbalik betul masa Ramadhan nih, mbe lagi few days baru ok sket kot, but tuning tidur aku memang lari kedaung habislah….apapun, terima kasih Tropicana, once again for having the Red Family and our parents di sini. Insyallah datang lagi kami. Tropicana Golf Resort

Comment: 10