Sirman

Idea mengulor…

IMG08658

anak2 yang sekolah

bapak yang sibuk mengulit buku

abang tu wpun dah year 2, buku2 keje dia mesti sirman kena double triple check, kalo suh dia sorang2 check, kompem ada yang tercicir.

malam nih ijinkan aku cite ni saja

coz aku ada assignment tergempar

ni kadang2 kalo esemen last minute ni aku nyampah jugak but for the sake of RM kena jugak maintain…

arituh aku hold entry yang kisah abang menangis kerana cikgu agak lama kan, pastu bertubi2 lah soalan ‘kak mana entry baru nih’….korang dah biasa aku letak entry siang 3,4 lai, malam selai 2. so bila senyap jer, mulalah ada yang tak senang pungkoq. dan biaasnya ada 2 sebab je napa aku kurangkan entry sesatu ari tuh:

1. weekend and public holiday mmg entry less than 3  jer per day.

2. aku demam sakit yang kena lie down sesangat

anw, aku ngah mood sentap lah skang nih..idea tak flow. not for the blog, but for the esemen. oh idea ke mana ko mengular….

Comment: 13

Menjejak Janji si Anak…!

IMG08627

budak kecil kalau kita berjanji

janganlah korang nak cuba bebuat lupa

depa nya ingatan, tang janji2 ni sangat power…

IMG08628

IMG08630

aku sampai umah arituh agak lambat, dia dah siap makan semayang mengaji kay! masa aku balik tu dia ngah siapkan homework some more. power tak power kerana janji. nak pemenan gitu kan. bukan tu jer, waktu kat sekolah rupanya abih makan masa rehat tu dia lari masuk kelas cecepat buat homework, asal ada masa terluang je dia siapkan homework. coz lam pala otak dia ‘malam ni leh pi JJ beli toy’

IMG08626

actually aku mintak dia ppone to ari rabu jer pi, coz ari selasa mlm tuh ada daniel kat umah. kami kena babysit daniel coz parents dia ada hal. tp dia gigih gak. memanglah plannya nak pi JJ kami berdua jer, tp sianlah pulak daniel dok boring takde abang. but abang nak gak pi JJ.

napa aku tak bawak daniel? oh tak nak lah….anak orang tu. aku tak tanya makpaknya yang aku nak bwk lgpun aku pi JJ ni kejap giler, total jangkamasa aku pi balik beli hanya 40min.

takut masa aku kuor nih, makpak daniel dah balik pulak…

IMG08629

IMG08632

IMG08636

abih dia tawaf satu pusingan toys dept tuh. dok pikir apalah yang nak diamik. lepas 2 kali pusing, dia shortlisted kan 2 jenis toys. thomas n frens yang train n ben 10. aku bagi this budget. so dia x leh beyond than the budget. dia pusing pikir 2,3 kali ulang alik. nak amik ben10 ke nak amik thomas.

tp ben10 nya set yang beso2 hapa tah tuh, kat 200 inggit harganya ko. wuii mahal btol yer.

sib baik abang tak jatuh ati kat menda tuh. ke sebab dia tengok harganya tu 200 dia tau mak dia tak kasi that budget hikss.

IMG08631

IMG08634 IMG08635IMG08633

then dia buat final decision nak amik thomas. so masa ni pun pikir lagik nak amik yang mana. ada satu train tuh dia tunjuk harganya pun nak kat 200 aku ckp takleh. harus less than that. so dia pilih pikir, sampai aku sound lah ‘copek le bang, dah kat kol 9 ni, kol bape le nak tidur ni kang’

pas 2,3 min dia pilih gak satu train. terus aku cabut pi belah girls pulak. nak carik for budak kecik kat umah tuh. ater takkan abangnya je dapatkan. kang si sentap tuh bagi 2batu muncung. kuasalah teman.

well btw, kami nak menyelinap berdua kuor pi JJ ni pun banyak dia soal. siap nak merajuk2 lagi. laju je aku ngan abang lari kuor. sib baiklah JJ maluri tu sekangkang je ngan umah aku weii.

IMG08637

playhouse set for gegirl…

IMG08638 IMG08639

pandai abang amik gambo maknya ngah bayo. aku suh dia pegang hp aku while aku korek duit kat purse, so ini hasilnya. muka penat letih, udahlah baru je balik keje, dpt rehat kejap je dah kuor balik. takpelah for anak sendiri kan…lgpun nak naikkan semangat abang semula.

dedua toys for them RM140.

IMG08640

seronok gila mamat ni weii…abih beli bayo, orang tak ramai kat JJ, sale dah abih kot. laju je kitorg callo. dia punyalah excited nak balik umah. siap mintak permission nak tidur lambat coz nak main train dia kejap. apa2 lah…ko tidur lambat ke tidur cepat ke, kadang2 kol 4 pagi ko dah celik bang oii.IMG08641

berduaan ngan abang, aku korek2 lagik lah…he memang skang ngah mood happy gila kat skul. memang dia serronok lah sesangat. cam aku cakap lam previous entry, perubahan besar yang Cikgu Max buat telah menyebabkan abang and his classmates rasa gembira je under Cikgu Max’s supervision.

so bila abang happy, takde mental blocked tortured lagik, aku pun baru lah macam lega. sempat jugak aku selit2 cakap ‘kalau u got prob, u tell mummylah, kalau abang cry kat skul pun u tell mummy kay, pls dont keep it to yourself, kita kan gf/bf, kita kan bestfrens, kita kenalah share the secret’

susah tol anak aku ni nak pecah lobang bila dia menangis2 aritu rupanya kat sekolah. ater kena perambat, kang cakap ngan mak, mak pi perambat cikgu tu yang dia simpan makan dalam wooooo.

IMG08642

saya tidak dibenarkan membawa adiah toy for adiknya, utk dia lagilah dia sanggup nak bawak sendiri…a special nite for him. tak penah2 waktu wkdays kuor malam kan, ater nya. ni special reason ye bang, kalaulah ko tau reasonnya, hehehehehhe. so gang, tolong ye kalau pasni terserempak ngan abang, janganlah tanya2 pasal Cikgu Max ke pasal apa2 kat dia. he tak tau langsung project aku ke skul arituh.

IMG08645 IMG08646

balik je umah, depa 3 main ngan menda2 tuh. thomas tu aku suh dia share2 ngan daniel..main sesama. gegirl punya melompat2 dpt playhouse set dia tuh. memang idmaan btul. aku ingat nak belikan dia kalering ke hapa tp kang dia boringla pulak bebalik colouring set jer. so malam tadi memang malam membeli toys for anak2.

seronok gila abang dpt pemenan, sbb dia tau dia takkan dpt toys, maknya kedekut beli pemenan. korang2 je yang rajin adiahkan dia pemenan. aku bih suka beli buku, bekas minum air, bekas makan dia hehehehe…

melekat terus bukak thomas ngan daniel…sian daniel takde apa2 plak pemenan utk dia, aku ingatkan by the time aku sampai dia dah balik, rupanya ada. takper korang share2 lah 2 orang main ketapi tuh.

IMG08652 IMG08653

cam anak 3 je kan…actually kitorg sokmo gini. kadang2 aku anto depa pi umah daniel, main sejam 2 for wkend je lah, kadang2 daniel lepak umah kitorg kalo makpaknya ada hal kat luor. kol 10 lebih baru daniel balik, itupun sbb bila makpaknya sampai aku sambung borak ngan makpak depa.

apa lagik, maknya nak korek pasal kisah Cikgu Max lah kan…anaknya tak diajar dek Cikgu Max tp sebab kan aku bilang Cikgu Max tu tahap cipannya garang giler kat sekolah, sapa tak kenal cikgu max memang agak malanglah. aku sendiri kenal Cikgu Max tu dari taun lepas wpun dia tak mengajar abang tau dulu.

kerana mulut manusia….bersampai2. dah cop kat telinga aku ‘Cikgu Max tu garang!’

ha, sampai sudah anak aku jadi mangsa. tp tu dulu..skang sudah happy2 🙂

IMG08651

itu ajelah sorotan cite abang skang nih. 2 arini memang penuh cite abang je lah, ater ikut musim lah jugak. so gitulah kekdahnya kan, ada masa kita merundum ada masa kita gembira. one thing kadang2 aku takleh nak tutup, aku mesti cite lam blog. tp kalo aku leh kawal aku diamkan ajer…

aku harap, Cikgu Max berubah sepanjang hayatnya, ai mean to be a good and nice teacher. supaya nanti dia tak lagik menghiris hati students yang ada skang nih, not only now, sok2 students lain yang dia ajar gak. eh hello, anak kecik aku tu pun nanti pi sekolah abangnya, sesilap Cikgu Max gak yang ajar. huhuuuu!

IMG08654

we love Cikgu Max…wah gitu peace katanya love terus ngan cikgu max….

pasal sms/card/note for Cikgu Max tu kan, masa korang dok pusing2 suh aku buat tuh buat nih, aku terus je shoot sms kat Cikgu Max at 1136am semalam, cc kat HM gak. he has replied my sms at 1147am. ai will check on his ‘performance’ but anw aku akan buat the yearly prog gak sempena Teacher’s Day, not only for him Cikgu Max tapi semua guru2 yang mengajar abang termasuk di sek agamanya. ok gang thanks for the note smlm. (ai cannot wait until 1 week ke sbulan lah, aku nak appreciate dia tang2 tu gak, lgpun terngiang2 komen vagg – sementara kita masih ada peluang, kang kalo aku kojol, camne nak cakap terima kasih ngan dia plakkan)

satu lagi pesanan sayalah kan…

bapak2 semua kat luar tuh, janganlah nak sorok2 apa2 rahsia anak beranak. bagitaulah kat mam tu jugak. janganlah simpan rahsia anak sbab takut bini awak marah ke murka ke. tengok apa dah jadi, bila awak anak beranak simpan rahsia dari mak/bini nih…makan dalam hati si anak tu tau.maknya bukan nak marah melulu, maknya akan buat investigation gak, wpun yelah hati mak sure marah and mula tak senang nak tidur malam, but at least, sirman bapak2 kat luor tu sila kasi tau kat wife awak lah.

ni anak beranak berpakat simpan rahsia ‘jangan bagitau mummy abang kena rotan ngan Cikgu Max, nanti mummy sad’

ha..tak moleklah. tu anak ai gak, bukan anak awak jer tau. tak pasal2 aku kena pakai sixth sense aku. jadikan sempadan dan tauladan ye korang. eh ye sirman 🙂 .

Comment: 17

Email pun jadi issue meh?

Salam kak red

kenapa aritu saya email kak red,tp sirman yang jawabkan email tuh?semalam pun saya hantar lagi email, pun sirman yang jawabkan.kenapa kak red tak menjawab email yang saya hantar for you.

Laila

Salam Laila….

sebab kenapa email kamu dijawab oleh sirman:

1. kamu bertanya tentang advertorial in RM, sudah diulang tayang cakap banyak kali, anything related to advertorial process, ict bersama sirman, currency excel, something yang sirman kena jawab, mestilah dia yang handle. bukan saya.

camni ye, RM ni memang lah talking bout redmummy herself, but it s a teamwork, with sirman. he is the manager of RM. he manages my blog, he manages the nuffnang, he manages the advertorial that i m supposed to take or reject, he is the one behind the successful of RM.

tapi tolong kuor bersuara sikit sapa yang anto email tp tipulah kalau x penah dpt answer from me, from redmummy sendiri. mostly sume yang anto tuh dpt kan? kan kan? ai mean ko tanya pasal pak sulis aku yg jawab email ko tuh, ko tanya pasal nak makan kat santini pun akak yang jawab, ko tanya pasal nak emm, abang gegirl pun akak yang jawab kan kan kan?

ha…tak semua emails sirman handle, yang tertentu sahaja. for advertorial plak, after korang dah final stage discussion ngan sirman, baru aku on the board. kalau baru nak bincang camne gi mana hallu hai, tu sirman nya stage.

atau ngan kata lain dia gini, sirman is the manager, RM is the product/artist. so dia buat mana yang dia rasa dia kena handle, pastuh baru dia taram campak kat aku. gitu….

2% lam entry RM, sirman yang buat, the rest atas bahu aku yang memikul yooo.

so adakah saya menjawab soalan anda…

halohai, jawab emails pun boleh jadi issue gak…

kotlah ada yang tak tau kan…

Sirman is the manager of RM, sirman is the daddy to abang and gegirl, sirman is the husband to the owner of this red blog. sirman is my superman….ahahahhahah

Comment: 28

Airmata abang keranamu Cikgu!…

IMG08594

mengapa saya jiwa luka?

kerana anak saya telah berubah menjadi seorang pembengis, seorang yang kasar, seorang yang terganggu jiwanya, mental tortured (which ai never reveal in the blog selama ini)! kerana saya amat prihatin dan sayangkan anak saya, makanya saya ulas entry ni sedalam2 nya. Malam ahad tu sudah terbongkar satu rahsia bilamana si anak secara tak sengaja memberi tahu yang dia tidak mahu ke NK lagik.  dia takutkan ngan seorang guru yang satu itu. seorang guru yang rupanya telah mempunished anak saya menggunakan rotan bukan sekali 2, tetapi berkali kali kaliiiiiiiiiiiiiii.

abang adalah seorang yang sangat happy semasa di tahun 1. tapi baru 4 bulan  di tahun 2 saya perasan memang dia sudah berubah mendadak, dia jadi pembengis ngan adiknya, tidurnya sering terganggu, dia selalu cakap NK tak best only bcoz of that teacher. so nak korek ngan abang pun payah, he knows the mother is so protective, so dia ulas sket2 jer.

n apparently, sirman pun tau dia kena rotan last week but the boys keep the secret from me! dah lepas terbongkar malam ahad tuh, aku suh sirman cite apa yang lagi depa 2 rahsiakan. so yes. ok only 1,2 times sirman tau dia kena rotan kat tangan. but that s not it. ai called someone, which ai know i can trust, not gonna tell you sapa lah. that fella told me sudah 2 kali dia nampak abang menangis kat sekolah, dalam keadaan ketakutan. which aku tak pernah tau!! ai know my son, dia takkan menangis kalo menda tu dah too much, or too pressured for him. gosh…

sentap luka hatiku ok. ai m his mom and my son is keeping that in his heart for 4 months without telling me.

knowing me, korang pun tau aku kan…ai will stand for the right, ai need to know what is happening yang kita tak tahu behind the scene. sblm keadaan anak  aku semakin melarat dan tidak dapat diselamatkan, ai gotta do something.

ai called help from the mamas…most mamas yang revert to me, advise aku the same thing. go forward. But one prob now, how to approach the situation. ai remember reen. she s a teacher.

so we had a long discussion. she told me the procedure, dia ajar aku, cara2 mana yang perlu aku buat the best proper way so that aku tak digelar ‘menyerang’ sekolah. So on sunday nite waktu korang tidur, ai spent drafting the official letter, the report letter. aku pi site aduan, di MOE printed it out (jangan ko pi shoot dulu aduan ko, print dulu borang tuh). ai m prepared to meet the Headmaster and the teacher. terima kasih sangat reen kerana membantu akak yang kelam kabut malam ahad tuh. sib baik dengo nasihat reen, kalo idak ada plak ‘ibu merah mengamuk di NK’ wah tak nak lah kan!

IMG08600

at 730am, pagi2 dah tepon sekolah buat appointment, so ai got an appointment at 4pm. ai asked a time off permission from my honeybossy, and headed to skul. aku tunggu hingga waktu rehat abih, this is a very secret meeting, aku tak nak abang tau yang his parents mai sekolah. a big secret! aku rasa aku tidur smlmnya tu macam pejam bukak pejap bukak, nama cikgu tu terngiang2 di dalam tidurku.

pastikan kamu siapkan official surat, berkeping2 kerana kamu juga perlu menyimpan your own copy, dapatkan jugak cop sekolah sewaktu meeting tersebut. surat aku tuh, bape kali sirman edit, sbb nak kena tulih lam surat rasmi BM kan, dah biasa tulih lam blog ‘bawak instead of bawa’ hehehehehehe camtu lah bih kurang.

ai reached a bit early, coz aku harus menunggu suamiku jugak. we are responsible parents, bukan you lah pergi, ai bz. no! this is our kids, we love him we want the best for the boy, so we go together. lagipun korang ingat sirman nak bagi aku pi sorang2, ada gak aku ilang sabar. gigil nih dari ahad malam dok menyimpan perasaan.

dok bismillah mintak2 sume berjalan dengan lancar, aku tak naklah ada hati2 yang lebih terguris yet kami datang secara aman. ai told sirman, ‘ai will do the talking, you will do the menyampuking‘ hehehehhehe. adalah jugak masa2nya aku diam, biarkan sirman control the situation.

IMG08602

dalam menyorok2 tuh kami lalu celah kelas, sebab aku memang tak nak anak aku nampak mak paknya. sblm tu kami singgah kedai buku coz nak beli buku disiplin RM3 yang patutnya ada dpt kat each students, aku dah selongkar bag meja abang mlm ahad tuh, buku tu memang kami tak penah dpt.

so ulasannya, selama hampir 30min kami berbincang sama HM, kami luahkan segala isi, dia baca surat kami dia dengar apa isu yang kami timbulkan. dia akui taun nih je bukan pertama kali ada usul dan komplen pasal cikgu garang tuh, sudah berkali2. taun lepas uncountable! wahliauuu! tp sebab pengajarannya bagus, so of cos lah aku akui abang nya BI and BM memang improved this year. but apart of that, he becomes good coz dia takut ngan cikgu garang tuh. and tekanan perasaan dia makin menjadi2, just bcoz of that teacher.

that particular teacher kemudian dijemput masuk, kami berbincang ibu bapa dengan guru tersebut. bila dia mengaku dia punished anak aku sejak awal taun till now, sudah berkali2 sampai dia sendiri mengaku dia tak ingat berapa kali. tapi memang banyakkkkkkkkkkkk kali!  just aku sangat terkejut setiap kali rotan, 5 kali das dia bagi abang.

you are not a disciplinary teacher, who gave you the authority. rotan light2 sudahlah, udahlah ko tu cikgu lelaki. aku hanya bagi authorities kat cikgu kelas dia ajer, itupun for female teacher. ko nya perambat tenaga lelaki, times 5 adoiyaiii!  dan setiap kali rotan tu dipukul di tapak tangan abang, adalah sebanyak 5 x!! 5 kali!! kalo selama 4 bulan, katalah dia dah rotan abang sebanyak 10 kali darab 5 jadik berapa???

padanlah anak aku simpan perasaan. not just bcoz he sakit with the punishment but also coz dia takut gila seriau with that teacher. n dah tentu malu dengan kawan sekelas. betul ada jugak students lain yang kena, but how they coop ai donno. but ni kena ngan anak aku.

IMG08603

too much talking, kami berbincang, open minded. aku luah, dia luahkah. ye anak kita anak aku kadang2 nakal, stimes memain, yes most students gitu, tp how come cikgu lain takde dpt complaint from parents, tp ko satu je yang dpt kan. we gotta stop this. ai want my son back. ai want my son yang happy pi NK.

ai m not gonna change my son’s school to other skul just bcoz of you, the one and only teacher yang buat hati anak aku kacau bilau. this incident has to be stopped. either u bentikan attitude garang monster ko tuh, or ai will go further up. which u got what ai meant lagipun ko pun dah ada record yang terlampau banyak complaint dpt sana sini from parents kan.

tp aku tak nak, tu pasal aku datang cara damai berbincang. the best procedure yang telah diusulkan.

setelah satu jam suku, berbincang dengan cikgu garang, dia mohon maaf, kami juga mohon maaf. HM juga mohon maaf for the kesilapan yang tak patut terjadi.tolonglah pastikan saya dan sirman adalah parents yang terakhir membuat komplen terhadap cikgu nih. no moree lah harapnya pasnih.

bayangkan kalo aku tidak hentikan menda nih, bayangkan kalo aku tak jumpa HM and cikgu tuh, what will happened? 4 bulan pun anak aku dah sengsara cam phobia, jadi mental tortured. nak tunggu dia do something ‘bad’ lagik? yes dia makin bagus and cemerlang in BI and BM but aku tak nak dia belajar dalam tekanan perasaan. woiii! tidak….

not only for abang, but for other students. let them study dengan aman damai kat sekolah. udahlah dari kol 12 till 630 dok lam kelas, ari2 belajar belajar, bagilah mood seronok kat sekolah. ni cam pi sekolah dah jadi satu hukuman pulak for them. so let s drop it asap.

IMG08605

jabat salam

hatiku kembali tenang, bila kami sudah terbuka hati sesama sendiri. barulah ibu abang boleh tersenyum. the best part pulangnya abang dari sekolah semalam…

mommy, abang ada new fren

ye ke? sapa?

namanya XXX, he is my new fren , he is so nice to me today, cikgu tu cakap lepas nih abang ngan cikgu jadi frens…:) (XXX is that garang teacher)

Cikgu XXX keeps his promise, to be nice back to student, n to abang. thank you teacher for being an understanding person. ai know you garang, tp deep down in your heart, you have a good heart. of course. malam smlm tu gak …guess who called us on the same nite? 🙂 the teacher, now makpak n cikgu XXX pulak dah jadik frens. ai m happy, the teacher is happy, the most important thing, abang kembali pulih perasaannya.

to mothers and daddys out there, jangan terus menyerang, find out and do the investigation on the situation. carik maklumat sebelum kita pohon meeting with the HM and the teacher. approach the proper channel, contact Reen if u need advise, she has all the experience sebab beliau guru yang berkaliber dan sangat membantuku yang perlukan maklumat dan pandangan. jangan terus pi ke kementerian, macam biasalah macam masalah lam r/tangga, settle it dalam rumah jugak bukan pi jaja2 kat luar. so kalau ada masalah ngan sekolah, ngan cikgu, go direct to the HM, jangan ko pi gegar cikgu tu pulak. never go to the press or the higher level than the school, respect them coz we want our son belajar kat situ peacefuly.

ingat lagik malam ahad tu aku cam kucing ilang anak, tidur x leh bangun takleh dok pandang sana sini menunggu siang. last2 aku panjat katil abang, slept with him, aku sendiri pi anto dia kat sek agama pg isnin smlm just bcoz aku tak puas nak mengorek ‘rahsia’ tersembunyi di NK. nak mintak dia open up and luah hati dia. kat opis, aku sangat terganggu, ai didint take bfast and lunch at all, sungguh hatiku terguris dengan apa yang abang pendam.

thanks for reading my one long entry. i got my happy son back. all in all, aku bagi gambaran apa yang dah terjadi, wpun cite 1 jam suku tu panjang, kami tidak ada langsung meninggikan suara wpun aku menyimpan marah yang terlampau dalam. tidak ada dendam selepas kami keluar dari bilik HM. so basically, kamu sudah tau the whole situation. nak cite panjang kena dok num kopi lah. but let it go lah…kes ni ditutup insyallah.

n the secret meeting between me and the skul, simpan lam poket forever. korang baca nih, jangan nak pi cite kat dia kay!

paper hari ni lak ade citer ni Derita 20 sebatan iskk iskk iskkk =( =( =(

Comment: 73

Visit The Tailor

IMG08392

IMG08393

baju yang blah kiri tu sekali tu kan, aunty yeli cakap tuannya dah berbulan bulan bulannnnnnnnnnnnnnnn tak datang amik. datang anto baju buat sekali rap, so yang tu mmg dah makan bulan laa. aku rasa kain kurung tu dr before raya dah ado.  so this reminds me aku nya stock anto kat aunty yeli, huh, kalo amik sekali rap, harus 4 angka. so kena amik bulan nih 2,3 lai, bulan depan 2,3 lai, wahahhahahaha! banyaknyaaaaaaaaaa, pakainya nan ado!

IMG08399 ada satu baju yang aku anto tu udah siap 99% tp aku tak urgent nak pakai, so wedding arini aku pakai apo yang ado kat gobok skang….

aku bagi tengok sesipi jer lah tuh…kaler merah! from jakarta…the one yang tersergam indah kat tanah abang, si patung tu pakai, terus aku sebat!

IMG08400 actually aku sampai awal kat kedai aunty tp aku kena tunggu sirman coz benda yang aku nak anto kat aunty nih ada kat dia. so aku carik peluang anto keter pi cuci….terseparuh lak pulak gambo sirman, ah gambo dia tak penting, gambo aku lagik penting huhuuuu..malas nak snap 2 kali coz aunty yeli phobia je kalo aku snap gambo, dia ingat aku nak amik gambo dia.

dia malu lah nak kuor blog…

sapa azah? my blog reader yang nama azah, customer aunty yeli gak. apa korang borak on RM ek? wahh…!

hai azah 🙂

IMG08401

makan la nasi goreng tu, penuh calorie je weihh…aku tengok je dia makan, seleraku automatic terbantut slepas jam 8 malam….kitorg makan lam ujan lebat tempias kiri kanan, ni fav kedai kuning sirman, lagi satu coz dia nak jumpa ‘apek’ the supplier…..

IMG08391

btw sapa pi jakarta ke bandung, aunty yeli cakap kalo korang nak buat bisnes ke kan kat kl, korang beli kain ala2 lace gini, customer dia beli nih lam 20 per meter, korang beli 2 meter jer pastu jual RM100. kompem laku! hemm….

so ni tips sesapa yang pi jakarta bandung indon lah yer…

nak aku ke sana…

insyallah…rezeki kalo datang menggolek, hak kita jugak.

ni citer visit the aunty yeli kan, ha untuk ke 19ribu kali aku bilang lah kat sini pasni kang mesti ada lagik yang email aku tanya kat mana location aunty yeli lak

korang tau penah dengo Bandar Sri Permaisuri?

sampai je BSP

korang pi carik JPJ BSP

ado satu je

landmark lain, belakang JPJ ado Hajris the famous

pastu kedai aunty yeli ni 2,3 belah ngan JPJ…

ko sebut ko reader redmummy gak kat Aunty Yeli, jangan ko pi cakap kat anak pompuan dia plak, anak dia tak kenal aku aaa…so insyallah dpt lah sipi2 diskaun. coz dia tau aku promote dia, so korang bolehlah cuit2 sket aunty yeli. but big warning aaaa, aunty yeli sangat peramahhhhhhhhhhhhh hehehehehehee 🙂

Comment: 4