Sep
4
2009
Friday, 12:00 am
my new green background is part of the advertorial, for a month.
Salam semua…
first and foremost, terima kasih sesangat ngan beratus2 komen di entry abang is confirmed positive Influenza A H1N1, berpuluhan sms, email dan phone calls. phone calls ni kurang sket lah mbe ramai takut nak ngaco aku yang ngah kecamuk jiwa lara kan…
sampai nak jem berry aku, ada yang anto sms aku tak dpt balas, ada yang email aku mmg tak jwb, sungguh2 saya tak berkemampuan skang nih nak jawab sesangat. maaf yer. harap paham2 ngan situasi saya skang nih.
tak tau camne nak balas komen2 korang sbb setiap komen membawa doa buat abang dan kita semua. dan setiap komen korang jugak membawa petua, pelbagai petua yang ada aku pakai ada yang aku tak larat dan kesempatan gunakan. apapun, entry tu memang reference utk kita semua, bookmark that entry to all of us coz itu bukan ajer leh saya pakai sorang, tp kita kongsikan bersama.
how s abang condition right now.
tell u the truth, after 2 days in Prince Court, alhamdulillah sudah ada improving sesangat. compared ngan hari pertama dia dihantar masuk yang sesangat weak.
when i said weak
it s sooooooooooo weak.
he doesnt wantĀ to drink, makan, nak suh makan ubat perkhhhhhhhh! bercinta.
tau tamiflu, prevention utk H1N1….dos tu satu berapa? ada orang cakap 1ribu ringgi satu dos, ada yang cakap 500, ada gak kata lam RM350 gitu. it s not cheap.
Tamiflu has to be taken twice a day. kol 8 pagi and kol 8 malam.
the first day kami di Prince Court, nak rasa bersilat aku bagi dia Tamiflu tu. some ubat doctor bagi masuk ikut drip, ada yang masuk ikut mulut coz liquid minum. but for Tamiflu yang sangat2 penting diminum, susah giler ko. pesakit yang ada virus gini depa memang takde appetite langsung, nak pulak semua rasa payau. memanjang loya and muntah.
so the first dos of Tamiflu abang, bazir separuh. yes u read me. he muntahkan separuh dos tuh. waaaaa! ubat tu bang…ubat utk your health.
Lepas dah dimasukkan air, the next day abang macam sihat.
so the 2nd dos for Tamiflu aku cuba bagi lagi, dengan kata2 azimat ‘nak toy apa, mommy bagi, janji abang minum abih ubat nih’
memang kena pengeras giler
setiap ubat berpuluh toys aku janjikan
so dia dapat lah jugak abihkan Tamiflu tuh, same goes to the 3rd dos. esok2 nya dos, harap2 janganlah ko muntahkan lagi, ai need to complete 5 days for that medicine with 10 doses.
back to our 2nd nite, staff nurse kept on coming to our room, to give him the nebulizer, bagi ubat, amik temp, cucuk sana apa2 macam2 lah, so starting midnite tuh, kol 2 pagi, kol 4 pagi kol 6 pagi kol 7 pagi n 8Ā pagi tiap kali tu lah aku berjaga bangun. ai didnt sleep tight, mak manalah leh tidur lena kan
tp sirman tidur wuiiiiiiiiiii, aku letupkan bunga api kat telinga dia pun bangun pun tak tentu.
oh aku tak tidur pun sekatil ngan abang, sebab dia ngan berdrip2 ngan segala bagai nak kena check sana sini, aku tidur kat sofa bed ngan sirman jer. tp kitorg tak leh nak melintang tegak lah tidur, ngereng2 hahahahaha. so kay. sib baik laki aku keding.
after 7am tuh, bawak diaĀ mandi, breakfast etcs, he seems to be one happy boy. takde nak melepek like before. tp starting 930am, dia jadi weak semula. terus meresah and tup2 dah tidur….
before noon, aku and sirman balik to VA, with one reason, to pick up Gegirl.
we need to run a check test for our health pulak. remember kitorg ni kan dah sekampung serumah one family so nak tak nak doctor mintak all of us buat check up lah..
we gathered them in one room….gegirl is so happy dapat kepit ngan abang dia. abang yang rindukan adik, boleh pulak mintak bawakkan reddy and kemek. amboi ko bang, ko ingat ni spital mak ko ke main leh angkut binatang ternakan. n fyi, we were not allowed and encouraged to receive any visitors.
my family members sume aku tak bagi datang, wpun tok aji and nek ajah abang nak sangat visit. tetap aku tak bagi. biarlah kasih sayang tu dipanjangkan dari kejauhan.
selera abang memang dah makin naik, apa saja yang dia order aku mintak SIL and mak ajah buatkan. ai bought the Alpha Lipid, one of my reader came down to Prince Court and deliver the milk, Thanks Nafnaf!
since aku pun stuck kat spital, menggagau lah nak carik epal ijau ke jus oren, Ayu The Sun came during lunch and anto those stuff. tapi pun dia tak dapat naik atas, we accidentally met katĀ parking. itupun ngan muka2 kami anak beranak bermask, she pun tak dpt jumpa Abang.
Nafnaf pun tak dapat naik…memang kerana itulah aku tak cakappun korang leh datang visit. To lilred farah jugak yang anto fruits basket utk abang. dan semua yang kept on asking utk abang’s health. thanks so much.
but remember, Gegirl has to be in the hospital coz nak buat check ngan doctor kan, kot positive ke negative.
Gegirl sian dia….
rimas dia ngan pakai mask, tp sebab dia tau syarat nak pi spital kena gak pakai so relakan je lah. she knows that visiting abang only for a while jer, pastu dia kena balik ke VA semula. since kami anak beranak dah memang berumahtangga kat Prince Court, senang je sirman turun register kat ER for 3 of us utk check up nih, and naik semula ke atas.
bila dah sampai turn, depa call je bilik mintak kami turun
ai really love this hospitallah.
it doesnt make u feel at spital langsung, rasa memang macam kat hotel sungguh. was told, that s the concept. tu tak lagi aku citer facilities hospital nih, memang macam 5 star hotel sungguh. perkhhhhhhhhh! ai made a right choice by coming to Prince Court Medical Centre.
to check on influenza a H1N1, kita kena buat swab throat. aku dengo dulu Prince Court tak buat tp pastu gomen dah bagi laluan utk private hospital to do so. it s very simple, dia swab kat throat ko tuh, gegirl tip top je tak takut langsung. teringat abang, very the meraung. ater budak tu kan ngah sakit, sume nya tak kena.
oh mak ajah dah buatkan air kelapa ngan kurma tu yer…..as expected, abang minum secoit dah buat muka nak pengsan. eiii dak nih
then goes to sirman
n of cos me
3 of us memang kena check abihsan lah…
we went up to our room, sbb nak tau result positive negative influenza a pun lam 45min.
so kami melepak lam bilik jer lah
masa ni aku memang dah kedaung. pala dah mula pening2 lalat, kau tak cukup tidur, ke tidur aku pun cam tidur hapa lah, ngan stress lagi. makan buka puasa light2 gitu kan. sib baik ramadhan. ha cakap pasal menu di Prince Court, it s very sedap gilerrrrrrrrrrrrrrrrr.
aku main order2 je utk abang, ikut sukati ko lah nak rasa bagi anak ko makan apa. ada american n malaysian menu. perkhhh…bukan calang2 nya menu wooo.
syok aaaa
eh korang, kalau sakit mai lah Prince Court kay. the wireless is free kay, and laju tahap ERL. sungguh best sangat2. tu pasal aku cakap kita tak rasa macam dok kat spital, ai can blog at nite freely waktu abang lena.
after sending Gegirl to VA, kami patah balik semula ke Prince Court, this is the nite’s slot of Thursday. Abang pun dah naik immune ngan cucuk sana masuk sini lah gamaknya. dia dah tak eran dah langsung. he kept on complaining nak balik nak balik…
upah aku satu jer
nak balik, makan ubat
kita sihat
kita balik
ai know that we need at least 4,5 days to stay in Prince Court but was told if Abang memang betul2 dah sihat he can be discharged anytime. but of cos lah ngan berbotol2 ubat aku kena angkut. specially the Tamiflu tuh.tp ubat tu memang ada byk side effectlah, nurse pun cakap diorg kena amik dos tuh, sebab depa lagi terdedah with the virus.
boleh buat muntah2
lemah badan
takpelah
asal anak aku sihat, nama pun ubat pada penyakit kan.
oh btw, Sirman, Gegirl and I are free and negative from any virus, specially the Influenza A. but we need to keep monitor our health gak takut dapat symptoms kan. nak suh aku pakai mask ngan anak2 beranak aku sepanjang masa, rimas kau. dahlah dok sebilik serumah, ater camner.
alhamdulillah, kami adalah negative carrier.
Ai showed to abang all of your comments, his entry, he remembers some of the photo lam entry tuh, tapi ada yang dia tak ingat bila dan di mana, as ai said, he was so so weak before. luckily aku cepat bertindak nak bawak dia ke spital, ikut plan asal nak bawak pi klinik Dr Raha jer…
tp pusing2 balik kang gitu gak anak aku plak
Sirman and i skang nih stress ke? sket kot heheheheh, we didnt show the stress to the kids. kitorg buat lawak charlie chaplin je sokmo. and our management has been informed, ai would like to say thanks, thousands thanks to my officemates, my honeybossy Tunku, my management for their quick alert. Medical bills aku kat Prince Court Medical Centre is paid under my company, sangat2 syukur aku ada kerja yang established, kalau idak pun leh pakai insurans aku gak. or sirman’s company pun cover.
Kids will be on quarantine till next week, the schools had been informed. Do not speculate yang sekolah abang ada H1N1, no it s not. It was a school break last week, and abang hasnt got a chance to go to school yet, ingat tak on Merdeka day dia dah demam. he was on medical leave, tak pergi sekolah lagi till now wpun sekolah dibuka.
Sudah takdir, virus tu ada di mana2 dan abang tidak bertuah utk menghindari virus tersebut tetapi abang bertuah kerana ada doa2 kalian readers RM yang sangat menyayangi the little boy. Ai thank you a lot, from red family. kami tak tau nak balas budi korang semua. terima kasih. Itu abang bagi peace mode utk korang yer….hehehehehe, abang abang.
I really hope abang could be discharged anytime, we will monitor him from home. He is too exausted and dah naik lesu dok lam bilik spital nih….
Saya akan hantar update for Abang’s health setiap waktu. Insyallah. How about me? hemm…sapa tengok aku, ada gak nampak cam drakula…tak yah lah tengok wajah mata lebam and lesu si ibu ini. tak penting pun aku ni. ai cried reading your comments, emails and sms. seriously. tp saya tidak pernah menitik airmata depan anak2 ku….
insyallah saya ibu yang tabah di hadapan anak2.
Redmummy dari Prince Court Medical Centre.
Comment:
103
Category: [
Abang, Gegirl, H1N1, Hospital, Prince Court Medical Center, RedMummy, Sirman ]
RM Recent Comments