Bersama Mak Merah…

salam kak red. semoga gembira dan berbahgia selalu disamping keluarga tersayang.

saya ada masalah nak minta pandangan readers kak red.pada saya masalah nie besar mungkin x pada yg lain.

saya dah kahwin hampir 7 tahun n saya baru dapat anak x lah baru dalam setahun 4 bulan yg lepas. mslahnyer saya telah tersangat tawar hati untuk bersalin lagi. tapi tidak pada suami saya. pada saya, saya ingin tumpukan sepenuh perhatian pada anak saya. setelah lama menunggu kan. rindu kehadiran dia tue x hilang lagi.

saya tak tau boleh bahagikan kasih sayang saya dengan anak yg lain ke tidak. ada satu kejadian masa saya bersalin yg membuatkan saya sangat tawar hati. ceritanya begini. saya admitt pada hari ahad n hari selasa jam 1 petang saya dihantar ke labor room. dan saya dibiarkan keseorangan menanggung kesakitan sehingga pukul 3 pagi hari rabu. kira2 14 jam saya menanggung kesakitan. hanya beberapa minit sahaja dr. dan nurse datang tengok saya. mana suami saya? dia kerja!!!! dengan alasan x sanggup nak tengok darah.

dia langsung x berniat nak menemani saya bersalin. saya sangat2 terluka dan memendam perasaan. saya cuba memujuk dia sebelum tue tapi apa yg saya dapat tengkingan dari dia. bayangkan hati kita yg tengah preknen di tengking.

selepas itu saya seperti menyimpan dendam pada dia dan saya katakan pada diri saya saya x kan bersalin lagi selagi dia suami saya. apa yg perlu saya buat. berdosa ker saya menyimpan dendam dan hasrat macam tue.

saya bukan x nak bersalin tapi bila teringat kejadian tue saya jadi trauma.

tolong ya readers semua.

Nur

Comment: 26