Guest Writer – Alamfana

Palestin Bumi Berdarah

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya mintak maap kt kak red sbb akak ade bgtau yg akak x sanggup nk bace bout Palestin ni…sbb sayu sgt tgk dieorg…Tp, di sebabkan akak suggest tajuk ni kt saye..Jadi, saya terima…Mungkin topik ini membosankan bg sesetengah org…Tp, x salah kalau luangkan barang seminit dua utk membaca….

Pertamanya, tajuk pengalaman hitamku menjadi pilihan bknlah secara terus merujuk kpd penulis…Tetapi, kepada pengalaman hitam yg d hadapi oleh sahabat dan saudara2 kita di sana….Kerana apa kita prihatin? kerana kita di bwh agama yg sama & kiblat yg satu….

PALESTIN BUMI BERDARAH…

Di dada akhbar terpampang berita..
Bertafakur sejenak wahai anak cucu Adam..
Palestin kembali bermandi darah..
Ratusan nyawa melayang..
Ribuan jiwa dibelenggu kesakitan…

Kita di sini..cukup makannya, cukup minumnya..
Kita bersiap azam menyambut Maal Hijrah..
Sedangkan mereka di sana?
Sampai bila harus begini…
Adakah hingga kiamat tiada aman di bumi Palestin?

Anak kecil meronta derita..Menggapai pertolongan..
Di seksa, di pukul, di tembak, di bunuh..
Kepala di sini, badan di seberang jalan..
Tidak mengerti ku apakah dosa si kecil…
Diperlakukan sebegini rupa…
Ayahhh..Ibuu…Tolonglah daku…raung si anak…

Kaum hawa yang lemah sifatnya, tidak lagi diendahkan..
Dibiarkan mati terseksa…Mati kebuluran…
Meragut nyawa berendam airmata..
Ratapan dan rintihan hanya pada Yang Esa…

Golongan Adam jadi harapan nusa..
Juga hancur musnah tulang dan daging…
Melayang seperti debu di bawa angin…
Bergelimpangan jasad kaku beku..

Banggakah puak Yahudi?
Kekejaman jadi kebanggaan, kezaliman jadi keagungan…
Hitam nilai perikemanusiaan…
Hancur norma kemasyarakatan…

Palestin bermandi darah…
Bertilamkan dentuman..
Ngeri di bayangkan…
Luluh hati, sayu jiwa andai di fikirkan..

Itulah hakikat…
Penderitaan saudara kita…
Terseksakah mereka? Mungkin ya di dunia yang fana ini…
Tetapi, bahagia di syurga sudah pasti…

Laungan Gaza berkumandang di seluruh negara bahkan seantero dunia…
Mengutuk zionis..Israel laknatullah..
Para imam sebak mengimamkan solat hajat..
Sendu makmum mengaminkan doa…
Berderai airmata piluku..

Buat jiwa yang sengsara di bumi berdarah…
Ku panjatkan doa selalu mengiringi kebangkitanmu..
Moga Tuhan sentiasa melindungi kalian….
Amin..

Alamfana

**Ai decided to remove the photos, x sanggup ai nak letak gambo2 Palestine Bumi Berdarah di sini… šŸ™


Comment: 13