Guest Writer – Julie

Kisah dan pengalaman hitamku…

salam untuk semua readers redmummy n untuk kak red jugak.

itu hari ada terpandang topik untuk guest writer tentang kisah hitam ku kalau x silap. so saya nak berkongsi sikit kisah saya. kisah nie dah berlaku lebih kurang berbelas tahun dulu tapi kejadian tue masih segar dalam ingatan saya.bukan nak membuka pekung didada. sekadar berkongsi pengalaman semoga menjadi penjaran buat insan lain. kisahnyer berkenaan gangguan seksual yg saya terima dari manusia binatang aka abang ipar saya sendiri (x sanggup nak ngaku abang ipar). sehingga sekarang memanggilnyer dan menyebutnyer nama dia pun saya benci dan tak terkeluar di mulut saya.

kisah berlaku masa saya di tingkatan 3. maklumlah bebudak baru nak naik badan pun montok2 lagi bergetah pulak. dengan kulit putih2 merah masa tue saya boleh di kategori yg paling cantik dalam keluarga (sekarang x lagi). orang cakap saya ni macam kacukan mamak+ thailand (boleh lah agak2 bayangkan camner). tapi x der darah daging tue pun.bukan nak puji diri tapi nak describe macam mana keadaan saya dulu.sekarang nie dah jauh beza,  sebab tue yg dia geram gaknyer tengok saya.selama hampir setahun saya terus diganggu dengan bermacam2 cara. sehingga ke kemuncaknyer saya hampir2 dirogol.

nasib baik saya sempat bertindak saya menjerit sekuat-kuat hati saya, yg buat saya benci sangat masa tue bila orang tengah sibuk2 tengok saya menjerit dia boleh buat bodoh tidor macam x der paper berlaku. kejadian tue berlaku di awal pagi dalam pukul 1 pagi lebih kurang. dengan berspender dia masuk ke bilik saya dan cuba menindih saya dan ketika itu saya terjaga dan menjerit. dia juga selalu mengendap saya ketika mandi. sembunyi di bilik saya ketika sya nak salin pakaian. pernah sekali saya tertidur di ruang tamu, dia datang dan terus baring dan memeluk saya.

saya meronta minta dilepaskan bila saya hampir nak menjerit baru di lepaskan saya, pernah juga dia mencium saya ketika saya sedang leka membasuh pinggan di dapur. benci nyer saya pada dia hanya tuhan yg tau. saya menangis di situ hugak. sebenarnya banyak lagi gangguan yg saya terima dari dia sehingga membuatkan saya tensyen dan pelajaran saya terganggu. saya mula keluar malam dan jarang balik ke rumah. tahun tue jugak saya mengambil PMR. akhirnya keputusan saya tidak berapa baik. dan saya berpindah sekolah dan duduk di rumah kakak saya yg lain.selepas tidak dapat lagi menganggu saya dia 0mula mereka- reka cerita pasal saya yg suka keluar malam dengan lelaki dan buat perkara tidak senonoh.

yg buat hati saya betul-betul benci kakak saya aka bini bila dia panggil saya masuk bilik dia n dia cakap dia lebih rela laki dia main dengan adik dia sendiri dari main dengan perempuan lain. mengucap panjang saya masa tue. sejak itu juga saya juga membenci kakak saya. tapi seperti kata pepatah air dicincang tak kan putuskan.

saya mula memaafkan kakak saya bila melihat dia juga menderita diperlakukan oleh laki dia yg memang macam binatang tue, terlalu kejam dia sehingga sanggup memukul kakak saya yg tengah mengandung. dan meniduri perempuan lain ketika kakak saya sedang berpantang. memukul anak bini dah menjadi hal biasa bagi dia.

sehingga mak saya pernah memberi dia parang suruh dia tetak sahaja kakak saya sekiranya itu boleh membuat dia puas. dia terlalu biadap tak tau menghormati abang2 dan kakak saya yg lain. walaupun sudah lama kejadian tue berlaku tapi saya masih x boleh memafkan dia. biarlah dia mendapat balasan dia akhirat nanti. itu jer kisah saya, sorrylah x tau nak susun ayat menaip apa yg keluar di fikiran. zaman sekarang dirumah pun dah tak selamat lagi. lindungilah anak2 dan adik @ kakak kita.

terima kasih kak red, bukan bermohon simpati sekadar menceritakan kisah yg berlaku dalam kehidupan saya. semoga menjadi iktibar buat semua.

Julie

Comment: 64