Bersama Mak Merah

kak red,

nak minta tolong readers yang ada pengalaman breastfeed baby… aku copy paste dari blog aku jer laa…

“Aku risau ler, sejak 2-3 hari ni Ika tak mau minum susu… bukan susu tepung tau, tapi susu EBM (freshmilk aku)… Dia tak mau, kata Rohmah…

Aku tau ler memang peel dia hari² kalo aku balik dari keje, dia kemaruk nak menempek kat nenen dia.. lapar ke tak ke, dia naaaaak jugak menempek kat aku..

tapi 2-3 hari lepas, dia langsung taknak minum susu dalam botol… harapkan bubur yang Rohmah suap dia 2 kali sehari tu jer dia kenyang, susu memang langsung taknak..

Lepas tu aku suruh Rohmah try taruk dalam cawan Zulfan yang ada corong, mana laa tahu dia takmo pakai botol, tapi dia minum macam minum air… pun taknak!!

Aku suruh Rohmah try plak kasi dia pakai botol susu Zulfan, agaknya dia dah tak suka botol dia tu… pun tak mahu…!!  Alahaiiii, cemano ni..

Risau ler aku nanti badan dia susut… mana cukup takat makan nestum jerrr… dah tu sekarang ni bila aku balik, tak nyempat² dia lahap susu kat dada aku ni, macam kebulur benor…!!

Please sapa ada petua, habaq mai kat aku…”

Please publish ASAP yer kak red… TQ!

Sweetdarling

Comment: 12