Bersama Mak Merah

hai salam kak red.

asyik2 saya jer kan yg antar email citer citun pada akak nie. saya just nak luahkan sedikit kekusutan saya. juga nak minta pandangan pada kak red and readdes semua. gini

ceritanyer, saya tak tau kenapa semenjak 2 menjak nie saya rasa hubby saya seperti sembunyikan sesuatu dari saya. bila duduk berbual ngan dia mesti dia cuba mengelak untuk tengok muka saya dia selalu tunduk jer bila berdepan ngan saya(bukan ker itu tanda2 hubby kita mula ada pasang lain?tak tau betul ker tak just pernah dengar camtu)). n dia selalu citer kecurangan kawan2 dia pada isteri memasing.

adakan dia cuba menutup kesalahan dia? kecurigaan saya semakin menjadi2 bila dah 2 kali saya mimpi dia ada affair kat luar. n saya pernah terjumpa msg dia pada kawan yg dia nak keluar dating. dia pergi betul2 ker tak tue saya tak tau, kalau hphone tue dah tak pernah jauh dari dia. pernah sekali tue sampai nak mandi pun dia bawak hphone. instinct seorang isteri tu kuat kan?

tapi entah kenapa saya tak berani nak bertanya sendiri pada hubby saya. mulut saya nie kelu bila dia depan mata saya. malam tadi saya dah berkira2 nak tanyer pada dia. saya seperti tak dapat nak terima kenyataan sekiranya apa yg saya rasa itu betul2 terjadi. tolong lah sya tak nak terus hidup dalam kecurigaan.

apa yg patut saya buat.

Honey

Comment: 19