Apr 24 2009 Friday, 2:30 pm
Bersama Mak Merah
salam kak red,
Slama ni saya cuma merupakan silent reader blog ini sahaja.. Membaca kisah kebahagiaan kak red & family.. Sebenarnya saya mempunyai seorang kekasih & kami telah b’kenalan hampir setahun.. Semasa berkenalan,dia mengatakan bahawa dirinya duda & mempunyai seorang anak..
Bagi saya semua itu tidak penting kerana saya menerima dirinya seadanya.. Tetapi setelah hampir 3 bulan kami bercinta,dia membuka rahsianya yang sebenar.. Dia masih lagi belum bercerai dengan isterinya tetapi mereka telah tinggal berasingan selama 2 tahun lebih..
Pada mulanya sukar untuk saya menerima hakikat itu tapi akhirnya saya pasrah pada takdir saya.. Hakikatnya saya terlalu menyintainya & sejujurnya,saya bukanlah seseorang yang mudah beralih kasih sekelip mata.. Jadi saya memberi peluang kepada dia & juga diri saya sendiri..
Baru² ini hubungan kami semakin serius & dia telah melamar saya unofficially.. Tapi malangnya hasratnya itu telah dihalang oleh keluarganya.. Malah mama kekasih saya telah memujuk isterinya untuk kembali bersama & baru² ini memang mereka telah kembali tinggal sebumbung.. Isterinya juga sudah mengakui kesilapannya & berjanji x akan meninggalkannya lagi.. Kini kami cuma berhubung sebagai teman biasa..
Tetapi dia tetap melayan saya seperti saya kekasihnya.. Dia juga mengakui yang dia menyayangi kedua²nya.. Saya buntu..
Saya masih menyayanginya tetapi saya tidak mahu menjadi perosak kebahagiaan rumah tangga mereka.. Saya juga sudah cuba menjauhkan diri tetapi semakin saya menjauhkan diri,dia semakin menghampiri saya.. Apakah yg saya patut lakukan..
Bantulah saya..
– inlurve
Short Announcement:
RM is printing the RM’s car sticker, please fill up your form via this entry. Thankies….
attyfir
Apr 24, 2009 @ 15:39:51
Bagi pendpt kty ler..
masa bercinta lautan api pun kita sanggup renangi..alam percintaan tak sama ngn kehidupan berumantangga
alam rumahtangga..baru kita ketahui..kekurangan pasangan memasing..
time berumahtangga baru kita tau..pahitmanis..rumahtangga tuh..
lagi kalo nak berkongsi kasih nie..
bukan senang..silap2 makan hati..lagi kalo uwang enggak cukup..lagi ler..merana badan..
up to u lah dik..
attyfir´s last blog post..Makan free…
adah
Apr 24, 2009 @ 15:59:13
klo ikut pengalaman akak2 sy, org laki yg duda @ laki org.diorg amat pandai mencari simpati kita & selalula akan menunjukkan dialah lelaki idaman malaysia..klo yg jenis teruk dia akan cerita yg buruk2 psl isteri dia @ ex dia..serba serbi xkena..konon dia la baik sgt n bertanggungjawab.beware la laki ni.biasa xkan tahu selagi xkahwin..bak kata org, dah kahwin,keluarlah semua perangai..pandai2la buat pilihan.jika diberi peluang buat pilihan, buatlah..sebelum menyesal kemudian hari menangis & meratap sbb xtahan perangai kasanova dia..pndpt ktelah, lelaki yg baik xperlu ckp dia baik…buat smbhyg istikharah 3 kali berturut2 n baca yasin byk n solat taubat..mungkin ini dugaan…
aelinarosli
Apr 24, 2009 @ 18:03:51
hi dik,
up to u sebenarnya. sbb u yg nk kawin n itu adlh idup u.Tapi buat lah istikharah.
bagi akak pulak, sblm kawin lelaki mmg janji mcm2. tp idup berbeza lpas kawin. sbb semuanya bkn mimpi tp kenyataan dan kita kena trima pahit manis. jgn jadi kan perkahwinan satu perjudian sebaliknya jadikan perkahwinan satu pelaburan. semoga hasilnya baik nnti..jangan ke laut jika sudah tau musim tengkujuh. tapi takdir Allah yg tentukan. Kita pula berusaha dan berdoa.
aelinarosli´s last blog post..Makeup!