May 12 2009 Tuesday, 2:00 pm
Guest Writer – Untuk Ibu
sempena mother’s day, aku ingin mendedikasikan entry ini khas buat mama. tahun 1997. darjah 4. pada hari itu, aku didenda oleh guru kajian tempatan ku. aku tidak hadir ke sekolah pada hari sebelumnya kerna sakit, dan guruku telah memesan kepada murid2 di kelas kami untuk membawa bendera 14buah negeri.
esok harinya, apabila guru KT aku masuk ke kelas,aku dan beberapa org teman yang tidak membawa bendera itu, disuruh ke depan kelas. yg perempuan cuma aku dan dua lagi sahabat aku. yang satu aku kurang pasti siapa(lupa) dan yang lagi satu adalah budak perempuan bernama nani. nani merupakan pelajar yang agak slow di dalam kelas(maaf). hukuman kami adalah, semua murid perempuan di dalam kelas harus ke depan dan menggeletek kami bertiga. pelik tp benar. disebabkan aku merupakan di antara pelajar harapan kelas(ye..aku bijak dulu..now?jawab sendirik), kawan-kawan ku yang lain tidak sanggup untuk menuruti suruhan guru kami itu. guru menjadi berang dan mengugut, jika tidak ada yang menggeletek aku, disuruh pelajar lelaki pula.
akhirnya,teman-teman ku pasrah. sekitar 10 minit peristiwa itu berlangsung. hasilnya, rambut yang diikat kemas oleh ibuku, menjadi seperti bulu ayam yang baru selesai bergaduh. kusut. masai. comot. selepas ‘adegan’ itu berlangsung, guruku memanggil nani sekali lagi. disuruhnya nani menari dangdut di depan murid lelaki kelas kami. nani hanya menuruti. (waktu tuh amalina sume tgh hot). kasihan. tp apa yang boleh kami lakukan. kami hanya lah pelajar darjah 4. yang langsung tidak mengerti apa2. seperti biasa,mama menjemputku dr sekolah. mama masih bekerja, tetapi ada waktu rehat khusus supaya mama dapat menjemput anak nya di sekolah. aku di darjah 4. amir di darjah 1. aku keluar dari kelas agak lewat kerana ‘show’ yang dilakukan nani lambat tamat. sejurus aku melangkah ke dalam kereta, mama kaget. mama bertanya pada ku dalam intonasi yang agak cemas.
“what happen ni sara???!!” aku seperti biasa, menjawab bahwa tiada apa2 yang terjadi. aku tahu,itu merupakan salahku kerna tidak membawa barang2 yang disuruh. dan cara ibubapaku mendidik anak2, jika itu salah kami, kami harus diberi hukuman. aku takut dihukum oleh mama dan ayah, sebab itu aku tidak menceritakan kepada mama. tetapi setelah didesak, akhirnya aku menceritakan.. “sara kne punish dgn cikgu S. sara x bawak bndera mcm cikgu suruh. sara x tau. sara x dtg semalam” mama mendesak lagi. disuruh aku bercerita apa jenis hukuman yang dikenakan. usai aku bercerita, mama langsung keluar dr kereta, tanpa memakai kasut, kereta dibiarkan hidup. mama bergegas ke bilik guru.
kebetulan, cikgu S sedang melalui jalan keluar dr sekolah. mama menjerit dan menahan kereta cikgu itu. ramai cikgu lain berada di tempat kejadian. mereka cuba menghalangi mama dr menyerang cikgu S.(btw,cikgu S ialah seorg lelaki). keadaan mama sewaktu itu, susah digambarkan. seperti wanita yang hilang akal fikiran. tp itulah ibu. sentiasa mendahulukani anak2nya dari dirinya sendiri. terjadi drama di atas jalan. keesokan harinya, mama dan ayah berjumpa pengetua. diceritakan kepada pengetua. tetapi cikgu S tidak berada di sekolah pada waktu itu. disorokkan untuk mengahalangi perkara yang lebih buruk berlaku.
mama meminta supaya cikgu S dipindahkan ke sekolah lain, jika tidak, hal ini akan sampai ke menteri pelajaran(waktu itu ialah dato seri najib tun razak yang merupakan org kampung mama). pasti nama baik sekolah akan tercemar. dari pengetua, barulah kami tahu bahawa cikgu S mempunyai masalah dalaman. dia baru dicekup dgn cikgu lain di sekolah kami itu. masing-masing merupakan isteri dan suami org. semakin lama,semakin banyak hal yang telah cikgu S lakukan, aku ceritakan kepada mama dan ayah. diantaranya, kami diajar dgn istilah “tiger show”.
aku yang masih naif ketika itu, bercerita kepada mama dan ayah tanpa rasa apa2. “tiger show tuh kan ma, cikgu kate mcm org nari2,pas2 bukak baju” apa lagi,terkejut la mama dan ayah. adakah menjadi suatu tindakan yang wajar bagi guru-guru di sekolah mengajarkan perkara sedemikian?? apa lagi, isu itu merupakan taboo bagi masyarakat di negara kita. selepas beberapa hari, cikgu S dipindahkan ke sekolah yang lain. pada hari terakhirnya disekolah, die mngucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan di kelasku,kecuali aku. mungkin dia masih berdendam padaku. dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mama, wan rohaya. i luv u.
Jaqueira
May 12, 2009 @ 14:23:12
waduh waduh … cikgu S tu idop laie ke skarang nih??? bahaya tol jadik cikgu tapi ajar menda karut marut kat sekolah … sapa cikgu tu???
Jaqueira´s last blog post..:: Ingatkan Takde ::
Mrs Taj
May 12, 2009 @ 14:28:08
itula ibu..mesti mendahulukan anak2 berbanding diri sendri..kerja non stop 24hrs..takde sape blh challenge..proud to be a mom!
Mrs Taj´s last blog post..Sepetang di Bangi
attyfir
May 12, 2009 @ 14:28:56
itu ler hati dan perasaaan sorg ibu..
kalo anaknya dikotak katik..dia sanggup je buat apa…
attyfir´s last blog post..Amazing Blog
attyfir
May 12, 2009 @ 14:29:31
apa ler cikgu tu..gilo ke apa..nasib le pindah sklh kalo tak..adakah murid akan menjadi mangsa gila dia..
Rizzdania
May 12, 2009 @ 15:25:46
waduh2 cikgu ke mcm tu..dah la kena tangkap ngan bini orang..x senonoh tul..nasib baik dia ditukarkan ke sekolah lain….kalau i la..mati dah cikgu i ganyang..dah la beranak susah..dia suka2 jer bagi denda memalukan mcm tu…
alisha
May 12, 2009 @ 15:30:51
cikgu s tu mmg shelakeee laaa…!! ada ke ajar bebudak psl tiger show????munyit tol laa..patut nya dia kna tembak ngan senapang gajah..!
ArELeEz
May 12, 2009 @ 16:03:54
‘ibu.. ibu.. engkau la ratu atiku.. la la la…’ 8)
ArELeEz´s last blog post..BeAuTiFuL gAL & bLoG LuRvE aWaRd
vagg
May 13, 2009 @ 22:53:24
selamat hari ibu
vagg´s last blog post..OH JAKPAR ONN ALABIUUUUU