Bersama Mak Merah – Rumah mertua atau sendiri?

Assalamualaikum,

Saya berumur 27 tahun telah berkahwin selama 2 tahun setengah. Mempunyai seorang anak yg amat saya kasihi berumur 1 tahun 7 bulan. Saya tinggal bersama mertua. Anak saya turut dijaga oleh mertua semenjak dari lepas pantang sehinggalah kini. Anak merupakan cucu sulung dr keluarga mertua.

Saya juga mempunyai rumah tetapi buat masa ini dibiarkan kosong sahaja. Memang teringin nak duduk sendiri tapi mengenangkan kalau pindah nanti, siapa pulak yang nak jaga anak.

Nak antar ke nursery ke atau nak antar ke rumah orang?. Kalau hantar ke nursery ke atau nak antar ke rumah orang adakah anak akan dijaga dgn penuh kasih sayang macam kat umah mentua? Semestinya tidakk kann..

Tapi bila saya still dok kat umah mentua, saya takut anak saya tak rapat lagi dgn saya. Kalau dia nangis, selalu ajer dia pergi dekat nenek dia. Maklumlah nenek dia tak marah dia. Kalau kepada mak ayah dia memanglah selalu kena marah kan. Dgn nenek semua benda yg tak boleh dah tentu jadi boleh.

Nak makan gula2 boleh, nak minum selalu air manis pun boleh. Nak naik motor, ada aje datuk dia atau mak usu dia nak bawakkan. Kiranya memang cucu kesayangan..

Selain tuh mertua memang ada jaga 4 orang budak lain. Buat masa ni dia sihatlah.. Jadi anak saya ni macam seronok duk kat umah mentua. Yelah ada kawan boleh main2 kan.

Sampai dia jadi semacam suka sangat pkol anak orang lain. Kadang2 saya pun dipukulnya juga. Jadi kesimpulannya adakan patut saya terus duduk di situ atau pindah saja.

Saya tersepit takut dah besar nanti anak tak rapat dgn saya. Atau kalau pindah, kena antar anak ke orang lain sbb umah mentua jauh dr umah saya. Mesti anak saya kena tangan2 dgn orang lain sbb dia nakal sikit yelah.. cucu manja dan kesayangan.

Kalau pembaca2 redmummy ada pengalaman macam saya harap bolehlah bantu saya yer. Citer kat asben pun dia kata semuanya terpulang pada saya.

– Puan L

Comment: 11