Bersama Mak Merah – Tagih hutang!

aku nak suruh reader Kak Red tolong adili aku…

situasi aku camni… Aku ada amek stok tudung kat 1 pompuan ni dulu.. hajat di hati nak 1 time menjaja saja sebab nak buka gerai kat Hari Kantin kat sekolah anak aku… Mana tau, dia sudah ayat aku, kasi aku amek stok RM500 semuanya.. katanya tak abes takpe.. boleh tukar…

So aku amek laa, CASH!… sebenarnya tak pernah berniaga macam ni semua… takde pengalaman pun tapi beranikan diri sebab nak cari income lebih.. So tak abes, aku jaja plak kat opis, jiran tetangga sebagainya.. ada gak aku iklan lam blog aku satu masa aritu… yang tak laku, dia kasi aku tukar pattern lain plak.. Dalam tambah pattern dia ayat lagi aku tambah stok.. so kuar plak Rm100+ kat situ..

Dalam waktu tu, dia ayat plak aku suh kuarkan modal dia, joint venture satu projek besar dia (dia ingat aku kaya sebab dapat bayar RM500 cash masa 1st payment dulu)… walaupun aku ada duit, tapi aku tak suka cara dia push aku… Nak berniaga tapi main misscall aku, suh aku call balik…

So kemuncak cerita, last2 stok memang tak menepati citarasa dah, sebab ramai orang nak yang jenis sarung terus taknak belit2 macam stok dia ni.. so dia janji nak kasi aku stok yang macam aku mintak.. For time being, dia amek semua baki tudung aku tu value RM169… Day by day, tak gak dia kasi aku tudung tu, dia kata takde stok.. sampai kan aku dah malas nak tunggu, aku cakap lagi senang, kasi balik lah duit aku tu RM169… Dia setuju..

Tapi day by day gak, dia duk tangguh nak bagi duit tu makan bulan, sampai lah aku pun dah jemu nak tanya dia… Last dia kata tunggu payment.. Paling lambat hari Jumaat 19/6/09.. Tiba jumaat, aku tanya katanya tunggu cek clear… aku sabar walaupun rasa nak marah sebab sekali lagi aku kena tunggu… (dah tunggu banyak kali, asyik tangguh date yang dia janji) sampai lah semalam aku baru teringat pasal janji dia tu, so aku sms kat dia tanya.. Dia cakap belum masuk lagi, dia bz.. anak masuk hospital kena operate… so aku marah lah dia sebab asyik mungkir janji.. kalo takde masa, suruh lah sapa2 tolong bank in kan… kan dah janji ngan aku dah berapa kali mungkir?? So dia cakap, anak dia lagi penting dari duit aku yang tak seberapa tu… ayoyoyoyo….!!!

Hutang bawak ke mati, tak penting ke nak jawab kat kubur? Dia kata dia bukan bodoh nak bawak ke mati, lambat ke cepat dia suh aku tunggu jer… Wehh aku pun ada kesusahan aku gak, nak pakai duit gak.. RM169 tuu, bukan sikit punya amount, handbag aku pun tak pernah mampu nak beli semahal itu…. (ini perli Kak Red, ampppuun!) Last aku bagi kata putus, aku nak duit tu sebelum jumaat ni, kalo tak dapat, aku suh dia bela anak dia dengan duit haram tu jer…

So soalan aku adakah aku:

1) Terlalu kejam tak paham kesusahan dia, kebizian dia tahap gaban, lepas satu, satu kesusahan dia sampai tak sempat nak luang masa pi ATM deposit duit aku…

2) Terlalu berlembut sampaikan orang dah mungkir janji berapa kali pun, still boleh gak tolerate lagi

3) Aku emosi, padahal memang tak seberapa pun jumlah RM169 tu

4) Bodoh, main serang pakai SMS jer, serang terus la pi cari kedai dia kat mana… dah tahu area Taman Melawati kaaan?

sWeTdARLinG

**wei time aku pakai hbag mughoh ko x nak gosip ek…

Comment: 17