Aug 14 2009 Friday, 7:00 am
Bersama Mak Merah – Luahan sang isteri…
hai salam kak red,
semoga ceria n sihat selalu. lama x mengadu domba disini. bukan nak buka pekung di dada sekadar meluah rasa yang terbuku.
baru-baru nie saya mengalami masalah rumahtangga yg sangat berat. tapi alhamdullilah berkat doa dah kesabaran hubungan kami semakin pulih. yg penting kemaafan yg diberi. tetapi kerana inginkan kembali rumahtangga yg aman damai saya hilang maruah diri, saya hilang kebebasan dalam bersuara segala2 nyer tidak buat saya.hendak atau tidak saya redha terima semua tu. tetapi apa yg diberi balasanyer tidak setimpal.
saban hari ada sajer kata2 cacian, hinaan dan makian yg perlu saya telan. sampai nak telan nasi pun x lalu. dalam itu Allah uji lagi saya dengan dugaan yg lain. yg betul2 buat hati saya hancur berkecai. betul lah kata orang kerana mulut badan binasa. kerana kata2 diri saya dihina dengan macam2 kata sampai satu tahap sanggup menyumbatkan saya ke penjara supaya tidak perlu lagi menanggung saya. pada dia ada nyer saya dalam idop dia hanya menyusahkan. tidak habis2 menimbulkan masalah.
apa sajer yg saya lakukan tidak pernah sempurna dimatanyer. kerana hati dah terluka saya x mampu membalas balik kata2 nyer. cuma saya beristifar dalam hati moga Allah tabahkan hati saya dan lembutkan hati dia. saban malam saya berdoa pada Allah moga tiada lagi hari esok untuk saya. tetapi Allah masih lagi panjangkan usia saya. bertambah sedey hati saya kerana akan bertambah lagi dosa saya. saya dah x mampu untuk menangis atau merayu.
pada saya biarlah apa yg hendak dia kata selagi saya idop saya akan jalani idop saya sebagai isteri dan ibu pada anaknyer. walau hakikatnyer saya hanya seperti orang suruhannya. tiada apa lagi kata2 yg perlu saya luahkan untuk nya hanya doa semoga dia di panjangkan umur dan dilembutkan hati dan Allah memberi cahaya keimanan untuknya. Amin.
– Puan D
casper
Aug 14, 2009 @ 12:03:13
huh Puan D takkan sampai cam tu sekali mengalah?? As a wife kita pun ada hak untuk bahagia untuk bersuara. Kalau sampai macam tu sekali kisahnya..itu bukannya dia buat bini tapi hamba pecacai dia…
Buat la istikharah…minta petunjuk sama ada harus di kekalkan hub ini atau sebaliknya.
.-= casper´s last blog ..kisah 27/6/09 =-.