Tunjang Sa’adah!


CASTING

Rozita Che Wan – Sa’adah
Norman Hakim – Tajudin
Nadia Mustafar – Hajar
Shahrul Kamarudin – Haidir
Irma Hasmie – Azlina
Norlia Ghani – Mak Badar
adik Haikal Iskandar – Alif
cameo – Nasir Bilal Khan

SINOPSIS

Kisah ini berkisar di sepanjang kehidupan Sa’adah (33), seorang wanita bujang yang bekerja sebagai orang gaji dimana akhirnya dia dinikahi oleh majikannya sendiri di Kuala Lumpur.

Tajudin (35) ialah majikan Sa’adah juga seorang franchiser restoren makanan segera yang baru sahaja kematian isterinya, Salima (33) kerana sakit barah payudara. Tajudin terpaksa menjaga anak tunggalnya Alif (6) dengan tidak terurus dan mengalami trauma kerana tidak dapat menerima kematian Salima.

Sa’adah yang sudah lama berkhidmat untuk Tajudin, Salima dan Alif terpaksa diberhentikan kerja dan pulang ke kampungnya semula di Perak. Ini adalah kerana Tajudin tidak boleh tinggal serumah dengan wanita bukan muhrimnya walaupun dia sangat memerlukan Sa’adah untuk menjaga Alif.

Sa’adah merasa sedih kerana dia sebenarnya tidak mahu pulang ke kampung semula sebab hubungan dingin dengan kakak iparnya, Hajar (28). Ini semua berpunca dari sikap ‘queen control’ Hajar terhadap abang kandungnya, Haidir (35). Tambahan lagi Hajar sedang cuba sedaya-upaya menyuruh suaminya meminta Sa’adah menukarkan nama di atas geran tanah pusaka yang dimiliki mereka adik-beradik. Hajar mahu pajakkan geran itu kepada pihak bank untuk keperluan nafsu kewangannya. Sebagai jalan keluar, Sa’adah nekad untuk memohon kerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan setuju untuk tukarkan geran itu sepenuhnya kepada nama Haidir.

Ibu kandung Tajudin, Mak Badar (60) risaukan masa depan cucunya setelah ketiadaan Salima dan Sa’adah. Mak Badar sedar bahawa dia tak mampu menjaga Alif kerana masalah kesihatannya yang mengidap penyakit darah tinggi dan semakin uzur.

Pada waktu yang sama, seorang ejen insuran, Azlina (28) yang menguruskan tuntutan insuran nyawa Salima yang bernilai RM500 ribu semakin intim merapati Tajudin. Mak Badar gusar dengan sikap miang Azlina lalu memujuk Tajudin untuk menikahi Sa’adah kerana Alif sangat memerlukan Sa’adah sebagai ibu ganti. Tajudin tiada pilihan lain.

Akhirnya Tajudin terpaksa melamar Sa’adah pada hari pemergiannya ke Pulau Pinang. Namun pernikahan itu tanpa sebarang perasaan cinta hanyalah bulat-bulat kerana kepentingan hak penjagaan Alif sahaja. Sa’adah kembali ke Kuala Lumpur bergelar seorang isteri dan ibu tiri. Perkahwinan ala kontrak Tajudin-Sa’adah itu menimbulkan satu-persatu konflik rumahtangga yang menjadi serius hari demi hari.

Saksikanlah kesudahan kisah Tunjang Sa’adah ini di slot cerekarama TV3 akan datang Sabtu, 14 November 2009, pukul 10 malam!

**************************

dicopypaste khas from Tunjang Sa’adah’s official blog, with legal permission.

my fren, our fren Ajami Hashim’s first baby to appear in Cerekarama tonite. his script yang kuor bukan anaknya yang oi…

the scriptwriter is Ajami Hashim. wah bravo bravo…beranak pinak lagi hasil ko kuor tv yer…bila mau main filem bang? Red ko jangan tak tengok, mesti meleleh2 airmata ko nanti tau! ha ye lah bang oiii!

helping a fren, i m promoting this to RM’s readers, boleh lah korang layan2 sama tengok, i hope i have time to catch up the show tonite. nakkkkkkkkkkk jugak tengok, kena balik cepatlah kekdahnya mlm nanti. So tengok malam nanti di Cerekarama slot TV3, itu Rozita Che Wan berlakon oiiii!

Syabas betti Ajami!

Comment: 15