Nov 18 2009 Wednesday, 4:00 pm
Apa hukumnya…..
unik giler patung nih, dibuat dari kertas2 kad je tuh! sama ngan perayaan mana2 pun kat negara kita, mesti ada macam2 yang buat klcc tu meriah. raya pun happening, raya cina pun merah menyala sana sini. diwali pun sama. now xmas time. 1 Malaysia kan.
kalau muslim kawin ngan orang yang dulu beragama kristian, mesti family spouse ada celebrate xmas, so adalah nanti diorang pun kena lah join the event kan..
katanya pun berkahwin ngan keluarga spouse,…..
anw i need to ask openly here
maklumlah ramai kat sini bijak pandai yang dari harakah lah dok hentam aku aritu, kumpulan2 pendakwah ramai baca RM, so now tolong luruskan jalan saya.
adakah menjadi salah kalau kita as a muslim pi church untuk menghadiri perkahwinan kawan kita? again, bukan kita nak buat hapa pun, tp sekadar memenuhi undangan jemputan perkahwinan dari kawan yang beragama kristian.
sama gak kalau aku nak pi tengok kawan cina and india aku kawin, adakah kamu berpendapat jatuh hukum bila aku pi menunaikan jemputan mereka? kalau india tu kena pi kuil diorang lah kan, coz majlis depa buat kat situ.
something like that lah.
kalau tiada yang arif bisa menjawab, nanti aku pi tanya kat ustaz ustazah yang kukenali. setau aku niat aku nak pi sbb memenuhi jemputan, kang jangan pulak bila aku pi ada kata terus aku dah jadi ‘orang lain’ dah lupa daratan lah dah jadi RM yang apa2 lah…
bertanya tak sesat jalan kan?
so u tell me pls…
Update at 550pm
Hi korang, thanks for the comments, ye saya sudah paham. so harap2 kalau ada entry aku pi wedding kawan2 aku kat kuil ke, church ke, janganlah buat propah pulak.
thanks all 🙂
strawberi
Nov 18, 2009 @ 16:10:23
saya rasa la kan..tak salah pun..kan…bukan ade ke dulu Nabi Muhammad SAW pernah pegi church..siap solat lg kat situ…tp kalo ade yg lebih arif..sila lah…
orang menjemput..wajib la kita pegi kan..selagi majlis tuh tak bercampur benda2 haram..cam arak..disko n sbgnya..wallahualam
Ella
Nov 18, 2009 @ 16:19:36
For me, x salah cos niat kita cuma nk melihat kwn kita kawen je, bkn nk menyertai upacara keugamaan. i pun penah gi temple cos diundang oleh 1 indian fren yg kawin nya buat kt ctu. Bkn kta nk smbayang cam diaorg pun, kn. anyway, kalo ragu2, btterla kita refer kt yg lbih bjaksana. ustazah ke, ustaz ke …
yana2605
Nov 18, 2009 @ 16:25:50
setahu pengetahuan sy yg tak seberapa ini tidak salah tp bergantung pada niat..klu niat sekadar utk memenuhi jemputan tue tidak berdosa tp yg di khuatiri bila g kat sana niat berubah..spt tiba2 kita ckp ooo mcm nie rupanya tuhan mereka..itu dh berdosa dh tue walaupun berkata dlm hati sbb sbg org islam Tuhan kita satu.bila kita sebut mcm tu seolah ada Tuhan lain..nauzubillah..
kak red pernah dengar tak org keristian pernah menawarkan duit kpd org islam if kita minum air Holy?sy pernah dengar dulu,air tu di bekal kan dlm botol mineral biasa..takut gk klu masuk church kang terminum air tue..org kata air tue bole uat kita lupa mengucap..wallahhualam..
sama gak klu g tokong or kuil tu..yg penting niat and pastikan ati kita tak mengungkap or mengatakan sesuatu yg bole melangar akidah sbg umat islam
maaf la klu pe sy ckp nie tak betul..sy pun insan yg tak da ilmu..setahu sy islam tue kan mudah..
.-= yana2605´s last blog ..JANGAN BERSEDIH =-.
cathj
Nov 18, 2009 @ 17:03:12
@yana2605, tak semua church ada air2 bagai… tapi kalau nak selamat… jgn kau makan apa bende lah kat dlm tu heheheh… diaorg sure paham and respect… 😀
.-= cathj´s last blog ..Ponteng… Boooo.. =-.
fara
Nov 18, 2009 @ 16:30:11
mmm…time blaja dulu ust ade ckp tak salah kalo kite tempat2 ibadat diorg…asal niat kite betul n benda tu tak memesongkan akidah kita…
betul kalo darurat kite pon blh solat kat tempat ibadat diorg yg penting pastikan suci dari segala benda haram….
ini ape yg sy tau la kak…
sy pon tak pandai sgt…..
better akak gi rujuk ust/ustazah terus….
Bogus
Nov 18, 2009 @ 16:30:20
rasanya tak salah…yg penting niat
.-= Bogus´s last blog ..Kadar tukaran asing serta cukai yang membebankan =-.
YobSumo
Nov 18, 2009 @ 16:30:53
good question.
saya pun nak tahu jugak.
.-= YobSumo´s last blog ..Gudang Garam itu berbau Brad Pitt =-.
yaty
Nov 18, 2009 @ 16:33:04
rasanya tak salah..
benda2 mcm nie terpulang pada nawaitu diri kita kan..
lagi pn kte pegi just nk memenuhi jemputan n nak meraikan pasangan tu jer..
better refer pada yang lebih arif lar bab2 hukum nie..
.-= yaty´s last blog ..Tutti Frutti ~~ yummy yummy!! =-.
sofia
Nov 18, 2009 @ 16:39:17
Tak kak..blh je pg..saya penah je pg majlis kahwin member bwt kat church..dah la sy bertudung..cam rs janggal..tp lame2 dh okie..hehe..ayh sy ckp xpe..jnji jgn buat upacara yg libatkan agama die..sbb bile dpt jemputan dh kre wajib pg..
insya-allah..
.-= sofia´s last blog ..I want be like Michael Jackson!! =-.
syada
Nov 18, 2009 @ 16:42:31
salam kak red, ni pandangan saya yg juga cetek ilmu agama tp sekadar berkongsi. saya setuju dgn yana2605..islam tak larang kita berkawan dgn org bukan islam, tiada dosa..pasal melawat tempat perkahwinan mereka tu, saya takda dalil yg cakap halal haram, i mean mungkin ada tp saya tak tau la apa dalil tu..cam yana cakap, pergi boleh tapi jangan sampai kita melahirkan rasa kagum dengan suasana (cth: dlm church/kuil/tokong) atau apa2 bekenaan amalan & agama mereka, hatta terdetik di dlm hati sahaja kerna dibimbangi itu boleh memesongkan akidah kita..yelah, org bijak pandai selalu berkata walau sedalam mana kita belajar ilmu agama (islam) ni, tapi masih seperti senipis kulit bawanng..walau kita kata kita solat cukup, dosa besar tak buat, dll, tp kadang2 syaitan tu dtg bisik sekali je, tumbang la iman yg senipis kulit bawang tu je..itu lah yg dirisaukan..wallahualam..apa2 pun kak red rujuk la dgn yg pakar..
.-= syada´s last blog ..Dengan Kuasa Bulan, Datanglah~ =-.
strawberi
Nov 18, 2009 @ 16:42:43
ni dr laman web JAIS
Jawapan.
Hukum Masuk Ke Gereja
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.
Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.
2. Yang Membolehkan
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.
Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.
Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana’ jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.
Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.
Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.
Yang Mutlak Diharamkan
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:
“Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka.”
honeyy
Nov 18, 2009 @ 16:45:48
yg penting nawaitu kene betol..
Maz
Nov 18, 2009 @ 16:53:48
salam kak red, saya dah tanya dgn my boss, kira pandailah gak bab2 agama nih… dia kata tak salah… asalkan niat kita tak serong… niat kita sekadar nak memenuhi undangan… semuanya bergantung pada niat, kak red…
maap lah saya nih silent reader kak red… 2nd time bagi komen… huhuhuhu…
.-= Maz´s last blog ..Bahang Ravina – Astro Prima =-.
ina mail
Nov 18, 2009 @ 17:19:52
Kak Red, Saya pun kahwin campur gak.mak mertua , cina ngan bapa mertua, India.bila anak dorang kahwin saya pegi kuil gak. Kan dalam islam tu tengok niat kita cam mana. Saya tak delah alim sgt. tapi ada satu ayat atau hadis saya dah lupa. segala perbuatan kita tu bermula ngan niat.wasallam
.-= ina mail´s last blog ..Kenapa nak hipokrit ? =-.
Agnes
Nov 18, 2009 @ 17:37:24
kak red, i’m a non muslim, and bukanlah nak menunjuk-nunjuk. but, during my wedding last year, my colleagues yg beragama islam memang attend my wedding kat church. Even my photographer masa tu pun memang muslim. at first memang saya ragu2 jugak. so, saya tanyalah if dia org sudi attend my wedding kat church. mostly dia org punya jawapan is, niat dia org just nak attend wedding jer. pasal bab2 bagi holy water tu tak tahulah saya. Seumur hidup saya tak pernah pulak saya tengok org offer holy water if we entered the church.
RedMummy
Nov 18, 2009 @ 17:52:38
Hi korang, thanks for the comments, ye saya sudah paham. so harap2 kalau ada entry aku pi wedding kawan2 aku kat kuil ke, church ke, janganlah buat propah pulak.
thanks all 🙂
pelik plak mana pi si harakah tu tak comment, kalo tak dia hentam aku semedang.ahhahahaha
Lyn Yusoff
Nov 18, 2009 @ 18:30:33
elok gak akak wat entry camtuh..
Lyn & everyone leh tau jwpannya…
yg penting tak lari dr nawaitu sebenar..
sekadar memenuhi undangan perkahwinan shaja..
.-= Lyn Yusoff´s last blog ..Parappappappa, I’m loving it! =-.
Alamfanacinta
Nov 18, 2009 @ 18:55:55
*saye tertinggal keretapi nihhh tp nk jgk komen*
ooo,paham2…niat itu penting..:)
.-= Alamfanacinta´s last blog ..Sedap Oh!! =-.
Heartless Devilish @ Reen
Nov 18, 2009 @ 19:02:43
nnt kalo reen kawen….
reen jempot kak red..
smoga kak red bole memenuhi undangan…
tp kan… biler agaknye reen nie nak kawen?
uhuks~ yg pasti..kalo reen kawen.. reen kena kawen kat gereja~
.-= Heartless Devilish @ Reen´s last blog ..Karnival Sukan =-.
izan
Nov 18, 2009 @ 19:13:59
hi kak red,
first time dtg memberi komen.
pada pendapat saya,mmg tak salah sebab kita just nak attend wedding. buat ada wat upacara keagamaan yang memesongkan akidah pun.
kalau kita tolak maybe dirang akan kecik hati lak kan nnt. kan tak bagus tu kalau kecikkan ati org atau wat org tersinggung.
p/s: actually saya pun kawen campur dan dok negara org. so perkara ni saya juga pernah alami
.-= izan´s last blog ..bagai cendawan tumbuh =-.
Juhainie
Nov 18, 2009 @ 21:28:46
Janji niat baik nak gi raihkan perkahwinan kawan akak tu.
Nak kata orang buat dosa, tak semestinya pergi upacara perkahwinan kawan akak tu kat church atau mana2 tu dosa, byk lagi cara dosa yang orang lain boleh buat, seperti mengeji, mengumpat dan sebagai.
Yang penting ikhlas. 🙂
Capt Mohamed Huzaifah Lasin
Nov 18, 2009 @ 22:04:39
Salam, please check these links:
1. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547916
2. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545248
Amy
Nov 19, 2009 @ 08:58:29
harus… sy pun pernah ke gereja sebagai jurufoto rakan saya. dijemput khas utk ambil foto perkahwinan anaknya saja. cuma sy diberitahu apa boleh dan tak boleh buat di situ spt jangan pijak altar. sekurang-kurangnya sy dpt ilmu baru di sana.
.-= Amy´s last blog ..DI SINI TIADA JUAL DADA(H)! =-.
lily lotus
Nov 19, 2009 @ 11:45:54
kak, nak baca gak apa pakcik harakah dok hentam akak..lurus sangat ke jalan dia..hmm..takpe kak leh pergi..yang penting niat nak penuhi jemputan..bukan nak gi sembah Tuhan diorang