Mar 7 2010 Sunday, 12:00 pm
Bersama Mak Merah…
salam kak red.. sy pembace setia redmummy. kak red sye ni nk meluahkan prasaan sket.cmne kak red kite nk rse bangge ngn dri kite. sye sgt merndh dri. sy study pun skunk dah tunggang terbalik. sbb dpt kawn yng sgt menghampakn. sy x bnyk duit, x cntik. org wt mcm2. sedih kak red. smpi sye xbleh nk perform dlm study. sye dgn bsr hatinye nk mntk kak red sdikit kate 2 smgt.
sye hrp kak red dpt mmbntu. tq
sye just nk mntak pndgn:
cmner nk tngktkan keyakinan diri. sye rse rndh dri sbb sye bkn org snang. nak beli baju pun pikir bnyak kali. tpi sye still bersyukur ngn rzeki yg ade. tpi sbb kite bkn sng x ramai yg nk jdik kawan yg baek tuk sya. semuanya mngmbil ksmptan. bleh dikatakan sye seorg pljr yg agk cemerlang. sye yg berhempas pulas tuk stiap esaimen n test. terutama group esaimen, sye yg kne buat keje lbih. tpi mrkah adlh tuk ksngan ahli kump len. tpi xpnh dihargai. sye cume ade sorg kwn yg btul2 brkngsi suka dan duka. tpi sbb kitorg rapat kwb yg len mcm pulaukn kami.
sye email kak red untuk mntk pndgn. sbb sy xde t mpt nk brcrite n sy x sgup nk bbnkan kpala parents sy dgr mslah sy yg x seberapa. sy xnk jdik anak yg mnyusahkn. ape2 mslah sy smpn sndiri.
terima ksih kak red n readers redmummy yg sudi mmbaca.
– Oliy (bukan nama sebenar)
anor
Mar 07, 2010 @ 12:16:42
hrmmm
tu la manusia. amik kesempatan dlm kesempitan org lain. kuatkan hati dik. lumrah tu. ni baru dunia belajar. nanti dah masuk alam pekerjaan, lg banyak dugaan. ingat, org yg sentiasa diuji ni disayangi ALLAH. tumpukan terus pada study. jika kuat, lawan kehendak mereka yg amik kesempatan pd awk. bkn diorg bg awk duet utk belajar kan kan….
.-= anor´s last blog ..bentuk tubuh & busana: Apple shape =-.
pembaca senyap no. 55
Mar 07, 2010 @ 14:25:18
“sy x bnyk duit, x cntik. org wt mcm2. ”
sekarang ni nak buat apa-apa pun perlukan duit dan cantik bukan hanya dari segi rupa fizikal sahaja. pada saya cantik tu kira mcm subjektif la. orang yg banyak duit pun belum tentu hidup dia bahagia dan keyajinan dirinya sangat membanggakan.
pedulikan apa orang nak ckp. kalau asyik nak ikut apa orang kata, nak puaskan hati orang, tak ke mana jawabnya.
yang penting percayakan kebolehan diri sendiri. bila kita yakin dgn kebolehan yang ada pada kita, barulah kita dapat berbangga dgn apa yang kita lakukan.
.-= pembaca senyap no. 55´s last blog ..Google Chrome vs. Mozilla Musang Api =-.
bay
Mar 07, 2010 @ 15:10:19
esaimen.. herm. assignment la dik non o0i..
arin
Mar 07, 2010 @ 18:06:21
@bay,
standart ar bdk2 ckp assignment as esaimen..nk shortform..
sy budak2 u n sume bdk u lain pun sebut bnda yg sama..pada tugasan yg sebenar kami masuh mampu nk differentiate with both words..just mau ringkas tp xbrmakna kami xtau nk spell assignment!
adah
Mar 07, 2010 @ 15:27:57
sokong anor.dunia belajar hanyalah seketika.jgn menganggap semua itu sebagai bebanan.sahutlah sebagai cabaran.doa n solat hajat banyak kali.minta dgn Allah kekuatan & semangat utk hbskan zaman belajar ini dgn jayanyer..jgn cpt mengalah…
sy phm sbb sy dulu pon org susah.nak beli baju pon pk 100x.makan bercatu.nak kuar outing pon pk 100x.sabarlah…org lain hebat melaram, kita pakai baju xbertukar bertahun2.sabarlah dik.usaha byk2 & doa.nanti yg sngnyer adik bkn org lain pon..
berusahalah sekarang utk kesenangan masa hadapan.
asphaq
Mar 07, 2010 @ 15:35:17
maybe anda kena bersuara kot..
juz chill okeh..
.-= asphaq´s last blog ..Hot Fm Big Jam.. kesesakan Telah Jeles Dengan Aku.. =-.
Bella
Mar 07, 2010 @ 15:55:59
OK, ini pdngan saya yg tak seberapa.. Hope it helps.
Saya bg contoh diri saya la ye.. Beberapa thn dulu masa saya in school saya pun tak ramai kwn sbb org label saya weird. Ada period yg saya rasa sgt self-concious n malu. Tp seorg kwn beritahu saya bila saya rasa begitu, sikit sebyk membuat postur saya pun berubah n bila org lain nmpk, org amik lebih kesempatan, seakan2 postur saya menunjukkn saya mmg penakut n tggu je org lain buli.. so, kwn ni nasihatkn saya ubah postur saya dulu.. bila jln, straighten ur shoulders n raise ur chin to 90 degrees from ur neck.. bkn dgn cara berlagak.. tp dgn confident, supaya org tak berani buli2.. practice in front of ur mirror few times, u’ll see the difference.
jgn terlalu memikir u tak byk duit or tak cantik.. confidence dtg dr dlm diri sdri sblm org lain nmpk.. so jgn terlalu depend apa pdgan org pd diri u.. u kena ubah pdgan u pd diri u sdri.. duit n kecantikan bila2 boleh hilang.. tell urself that. bring up ur confidence dgn kata2 semangat.. letak notes or sentence yg membina semangat near ur mirror or almari pakaian or locker yg mana tmpt2 u selalu tgk la. u can find them online.. when u read them everyday, it will help u change n progress better..
tell urself everyday, lebih baik takde kwn drpd berkwn dgn talam dua muka. cari friends baru dr group yg lain. tak semestinya from ur faculty or university. make few friends yg betul2 bole dipercayai. tak perlu pun ramai2. cari yg boleh tlg build ur confidence level tu.. n make sure u stop being in a group dgn org2 yg hanya mempergunakn u (time asignment n all).. mix with the smart kids.. in doing so, not only bole improve ur ilmu tp membantu ur confidence level utk interact dgn dorg. make a stand for urself. belajar utk kata “no” pd org2 yg tak appreciate. that helps a lot..
better utk u practice ni semua skrg krn bila u masuk ke alam pekerjaan, lebih ramai lg manusia jenis step on others to climb the corporate ladder. u kena ada confidence tu skrg. so try it n don’t forget it!
p/s: sorry kak red, dah mcm esei dah haaa.. 🙂 hope this helps u “Oliy” and everyone else who’s experiencing this kinda problem..
.-= Bella´s last blog ..Child Abuse =-.
bay
Mar 08, 2010 @ 11:47:50
Erm,betul tu..Bay sokong.
zool
Mar 07, 2010 @ 19:32:16
Secara jujurnya saya adalah salah seorang yang merendah diri juga..Dan saya akui memang terdapat perbezaan antara diri ini dengan rakan yang dikenali.
Pada pendapat saya ialah jgn terlalu memikirkan org..
Orang yang merendah diri seperti kita akan menjadi teruk sekiranya kita membandingkan diri dengan orang lain.
Paling penting adalah fikirkan tentang diri sendiri ..
Buat perancangan dlm 2-3 tahun apa kita perlu jadi.. Cari kelebihan kita..
Dan untuk lebih mudahnya.. Cuba sibukkan diri… Anda boleh mencari duit atau membuat blog.. Mungkin ia akan menambah motivasi anda untuk berlari… Tidak perlu seiringan dengan orang lain, yang penting ada halatujunya.. Insyaallah akan diberi petunjuk olehNYa..
🙂
.-= zool´s last blog ..Murid dulu dan sekarang =-.
tentangseseorang
Mar 08, 2010 @ 06:15:26
nak fikir apa yang orang cakap atau nak fikir apa yang Tuhan cakap?
z
Mar 08, 2010 @ 07:55:03
Assalamualaikum,
Apa yg akak nk cakap sama jugak macam bella di atas, tp mungkin lebih keras. Jadi kalau betul2 adik ikhlas nak ubah kehidupan sendiri, harap baca dengan hati yang tenang. Semua ni dari pengalaman akak sendiri..
1. Jika 2,3 orang cakap kita pelik, dan tidak dihargai..Maka yang pelik bukan kita, tapi orang yang bercakap tuh. Tapi jika hampir semua yg kita jumpa cakap kita pelik dan suka ambil kesempatan terhadap diri kita, maka carilah punca dari diri sendiri.
2. Tak confident takper, akak pun tak pernah confident dengan apa yg akak buat.. Tapi yang penting ialah berani, usaha dan tawakal.. Berani buat! Alhamdulillah, walaupun akak tak penah confident dengan apa yg akak ada, dh berapa benua akak terbang, dengan ilmu yang tak seberapa, dah berapa journal dan local/international conference akak terjah. Buat apa yang betul, confident tuh tak perlu. Ia datang sendiri eventually.
3. Akak xbanyak duit. Tapi rahmat Allah melimpah2. Ada masa susah nak balik kg pun menangis sebab takder duit nk bayar duit tol. Ada kala duit banyak boleh melancong2 sesuka hati. Tu namanya kehidupan, di atas dan di bawah. Bersyukur dengan apa yang ada! Sesungguhnya janji Allah – Allah akan tambahkan nikmat pada orang yang bersyukur. Dan Allah tak pernah memungkiri janji. Ingat tuh.. Akak tak pernah menyesal waktu kami suami isteri miskin dan terpaksa sewa rumah teres di kawasan banjir tepi ladang kelapa sawit,tapi bila diberi kesenangan, kami sama-sama berdoa dijauhkan dari riak. We just want to enjoy our life seadanya, miskin atau kaya, kami nak nikmati satu-persatu detik yang Allah kurniakan kepada kami di dunia ini. Cuma sama-sama kita berdoa dikurniakan hati yang tabah dan tawaduk dalam menghadapi apa sahaja ujian dan rahmat-Nya.
4. Tak cantik? Akak dilahirkan dalam keluarga yang adik beradik ramai muka ala mix Bosnian, akak jer muka Melayu tulin. So what? Bertuahlah mereka yang menjadi cantik.. Tapi celakakah mereka yang tidak cantik? Kufurkah kita kepada nikmat Allah? Mungkin satu hari nanti kita accident, buta dan paralyzed, baru merayu-rayu nak semula ‘muka yang tak cantik’ dulu tuh.
Sahabat baik akak baru kehilangan suaminya malam tadi, secara mengejut dan tiba-tiba, meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Tiada tanda2, hanya pergi begitu sahaja. Kami sahabat beliau masih terkejut dan masih menangisi pemergian beliau. Masih cuba menerima hakikat.
Sementara masih hidup, hiduplah seadanya. One breath at a time, until the moment He take it back.
Maaf kakred, terpanjang pula. Selalu adik-adik mintak nasihat dari saya, tapi hanya 20% sahaja yang betul2 ikhlas. Yang lainnya cuma nak kita kasihankan mereka, minta kita sayangkan mereka, dan minta excuse untuk tidak berjaya..Dalam bahasa kasarnya, attention seekers.
Jadi terpulanglah kepada adik ‘Oliy’.. to do or not, it’s ur life.
abc
Mar 08, 2010 @ 14:30:55
@z, nasihat dan pandangan yang bagus. mungkin ‘oliy’ bile baca dia akan tau apa yang patut dia buat.
Cara Mengatasi Rasa Rendah Diri « Blog Zool Ligakampung
Mar 13, 2010 @ 10:22:40
[…] ini terbaca mengenai kisah rendah diri dalam blog Redmummy mengenai ‘Rendah Diri’. Perasaan rendah diri memang memberi kesan yang negatif dalam […]
MATERI BIDANG PRIBADI: MENGATASI RASA RENDAH DIRI « Bksmkn2depok's Blog
Aug 10, 2010 @ 00:46:50
[…] ini terbaca mengenai kisah rendah diri dalam blog Redmummy mengenai ‘Rendah Diri’. Perasaan rendah diri memang memberi kesan yang negatif dalam kehidupan. […]
Cara Mengatasi Rasa Rendah Diri « motivator konseling
Jun 15, 2012 @ 08:38:13
[…] ini terbaca mengenai kisah rendah diri dalam blog Redmummy mengenai ‘Rendah Diri’. Perasaan rendah diri memang memberi kesan yang negatif dalam kehidupan. […]