Apr 18 2010 Sunday, 10:00 am
Bersama Mak Merah – Suami tak guna?
Saya seorg ibu,berusia lewat 30an. Mempunyai 3 org anak-semuanya masih bersekolah rendah. Usia perkahwinan saya telah memasuki 13 tahun. Masalah sy skrg ialah sy menghadapi stress yg amat sgt selepas suami tidak mengambil berat tentang nafkah isteri & anak2. Segala perbelanjaan semuanya sy yg tanggung. Dulu mmg sy x berkira sgt sbb faham dgn kerja dia yg tak menentu.
Tapi skrg ni sy tgk dia makin naik lemak. Semuanya dilepaskan pd saya. Saya dah tak tahan lg. Dia boleh buat tak tau jer kalau susu abis, beras abis, peti sejuk kosong. Minyak kereta mmg saya sendiri yg isi. Bil2 semua saya. Duit sekolah anak hari2…. Ya Allah… kalau semuanya saya nak sediakan,apa la gunanya saya bersuami. Mmg ayat sy ni bunyinya mcm kasar tp itu la kenyataannya. Saya bekerja tp gaji tak la seberapa. Kalau dah semua belanja saya yg kena keluarkan, apa lg yg tinggal. Kdg2 saya terpaksa tebalkan muka meminjam dgn kwn2 rapat sbb tak cukup duit.
Hari tu cermin tingkap kereta pecah,saya merayu pinjam duit dgn kwn2. Nasib baik ada yg memahami,dpt la baiki. Sejak kebelakangan ni, dia asyik memerap kat rumah. Bila ditanya pasal keje,dia melenting. Abis anak2 ditengkingnya.Suasana di rumah mmg tidak harmoni. Saya yg penat balik dr keje tambah tertekan dgn keadaan rumah yg lintang pukang. Nak kena masak lg.. Itu belum lg homework anak2 yg kena tengok. Mmg penat sgt tp kena kuatkan semangat demi anak2…
Boleh tak bayangkan,saya dah bangun sebelum subuh lg utk bersiap pg keje & siapkan 3 anak yg bersekolah. Masa saya dan anak2 keluar rumah,dia masih membuta. Malunya saya dgn anak2… Dah la dia tak bg saya duit belanja, dia pulak yg mintak duit dgn saya. Selepas berfikir panjang, saya rasa yg terbaik skrg ni ialah mengadu pada Pejabat Agama. Sy tak pasti la ini cara yg terbaik tp saya dah buntu. Maybe jodoh saya dan suami sampai disini saja. Sabar saya pun dah sampai penghujungnya. Saya kena fikirkan masa depan anak2 jgk. Saya tak pasti apa nasib mereka jika sikap ayahnya begitu….
Sebenarnya byk lg saya pendamkan sbb x nak aibkan suami. Saya tak tau prosedur yg betul. Macam mana nak dapatkan bantuan dari Biro Bantuan Guaman… ?? Ada tak sesiapa yg dari kalangan Peguam Syarie atau tau serba sikit pasal perceraian. Berapa kosnya utk failkan kes ke Mahkamah Syariah.. ??
Saya takut saya tak mampu….Saya ada terbaca mengenai khuluk (tebus talak) tp ada tak sesiapa yg tahu pasal ni. Harap2 pembaca blog RM dpt memberi kata2 nasihat atau panduan. Maaf e-mail ni terlalu panjang.
– Ibu malang @ Roxy
***********************
Bersama Mak Merah (BMM) adalah rintihan hati dari pembaca di RM, bukan cerita dan masalah saya RM, tetapi dari penulis2 luar yang mohon pandangan kalian.Dan sebagai pembaca di RM, kamu boleh bantu dengan memberikan pandangan dan cadangan di comments button supaya menjadi dorongan dan bimbingan to the sender.
ini adalah entry BMM ke 117 🙂
Tweets that mention Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva… -- Topsy.com
Apr 18, 2010 @ 10:13:08
[…] This post was mentioned on Twitter by Redmummy. Redmummy said: Bersama Mak Merah – Suami tak guna? http://goo.gl/fb/rJnwE […]
MrRollies
Apr 18, 2010 @ 10:28:14
Semoga tabah hadapi kehidupan seharian..
sedih saya baca kisah ni..
tapi x dapat membantu…
.-= MrRollies´s last blog ..Achik Spin Meninggal Dunia =-.
syoknyadownload.blogspot
Apr 18, 2010 @ 15:01:26
terima kasih kerana simpati..jom semua tolong luangkan beberapa minit untuk fikir dan berikan komen2 membina.
http://www.syoknyadownload.blogspot.com
.-= syoknyadownload.blogspot´s last blog ..Red Sands (2009) mediafire =-.
anastasyea
Apr 18, 2010 @ 10:32:28
Tindakan pengadu mengadu pada Pejabat Agama adalah tindakan yang wajar. Jangan biarkan nasib wanita diabaikan begitu sahaja. Pendapat kita kalau boleh buat report polis sekali untuk menyokong tindakan si pengadu sekiranya ianya melibatkan (penderaan/kecederaan/ugutan dan sewaktu dgnnya)
.-= anastasyea´s last blog ..Favourite Aksesori! =-.
ema
Apr 18, 2010 @ 10:57:23
err ema taktahu kot pasal ni . tapi bagi ema suami dia tu tak patut buat dia and anak3 macam tu . hmm semoga dia tabah ^^ berdoa banyak3 kpd Tuhan 🙂
.-= ema´s last blog ..lupa kawan dey ! =-.
.::wanie::.
Apr 18, 2010 @ 11:08:20
sedih saya baca..
untuk kakak tu, tabah yep
moga segalanya cepat selesai dan dipermudahkan
maaf tak dapat membantu sebab saya pun tak tau pasal peguam2 ni.
.-= .::wanie::.´s last blog ..Largest Bloggers Gathering =-.
archiguys
Apr 18, 2010 @ 11:09:17
kan kat malaysia ni ada byk jabatan yang mampu membantu menyelesaikan masalah anda seperti kaunseling,pejabat agama,pihak polis dan mcm2 lagi, lagi satu saya rasa patutu ditinggalkan suami seperti itu kerana tidak bertaggungjwb pada keluarga..
.-= archiguys´s last blog .. =-.
kak anie
Apr 18, 2010 @ 11:26:50
Banyak kes seperti ini yang terjadi di Malaysia…rasanya isteri tersebut boleh pergi ke pejabat agama dan meminta bantuan serta nasihat. Pergilah ke Pejabat Agama berdekatan…
.-= kak anie´s last blog ..Gatsby Deodorant Street Fair…. =-.
khadijah zek
Apr 18, 2010 @ 11:28:40
Jangan takut untuk bertanya tentang hak kita.
.-= khadijah zek´s last blog ..In LOVE with CC =-.
Me
Apr 18, 2010 @ 12:08:07
Apa kata berbincang dgn keluarga sebelah suami? kalau mereka boleh bekerjasama membantu menasihati suami. Kalau tak, baik jumpa pegawai pejabat agama. Kita akan dikira besubahat kalau kita tak mengingatkan suami akan tanggungjawab dia, dosa dia dah tentu, kita pun kena tempiasnya. Tapi Allah Maha Kaya, insyaAllah ada hikmah di sebaliknya. Berusaha, berdoa dan berikhtiar di samping doa dari rakan2.
shaiful
Apr 18, 2010 @ 12:26:08
Kesian…
strengenge
Apr 18, 2010 @ 12:41:32
sabor aje la..mungkin boleh bawa berbincang ker…masalah umah tangga..berbicang dengan baik2 k…
.-= strengenge´s last blog ..Pertemuan Dua Manchester =-.
nurayunni
Apr 18, 2010 @ 12:55:55
sabar jer lar..mgkin de hikmat…
bdk_SkemA
Apr 18, 2010 @ 13:19:22
sabar itu separuh drpd iman..mungkin ALLAH S.W.T mengujinya..tabah dan cekal..
izzanimy
Apr 18, 2010 @ 13:39:58
semoga akak tabah menjalani hidup untuk anak2.. sebab diaorang adalah masa depan kita.. saya rasa berbincang dengan sebelah keluarga suami dulu untuk mintak pendapat kalau akak rasa keluarganya jenis yg terbuka.. kalau tak mungkin berjumpa pihak jabatan agama untuk kaunseling adalh pilihan terbaik…
.-= izzanimy´s last blog ..My Collection.. =-.
Mind
Apr 18, 2010 @ 14:00:05
Sebelum menghala ke arah perceraian, elok kalau diikhtiarkan dulu… Sebab perceraian ni adalah perkara halal yang sangat dibenci Allah.
Sebelum melibatkan pihak ketiga (Jabatan Agama, penasihat etc), eloklah kalau dibawa ke meja perbincangan bersama suami, kerana haram hukumnya mendedahkan cerita dan permasalahan rumahtangga serta mengaibkan suami, melainkan kalau sudah terlalu terpaksa.
Nasihat saya, hadapilah dugaan ni. Memang susah, sebab sabar manusia biasa macam kita ada batasnya. Kalau and lebih pentingkan kehidupan masa depan anda, eloklah kalau anda meminta nasihat dari pakar. tetapi kalau anda lebih pentingkan pahal dan ganjaran Allah, terus saja hadapi dugaan ini, kerana pahala sabar dan taat kepada suami tidak ada tolok bandingnya, kerana syurga bagi seorang isteri adalah di bawah tapak suaminya…
Sayan juga seorang suami, dan saya tidak sempurna, tetapi isteri sayalah yang melengkapi saya. It takes two for everything.
.-= Mind´s last blog ..A CONCRETE PROOF =-.
rashidah
Nov 10, 2010 @ 14:43:50
@Mind,
Are u out of your MIND?? you suruh this lady sabar kerana nak kan ganjaran dan pahala?? just bcos you guys have brains hanging out in between your legs, dont ask us woman to hang in with your nonsense!
Allah tak akan merubah nasib seseorang melainkan orang itu sendiri hendak berubah.
so dont you ask us woman to just shut up and carry on! losers
mind
Dec 04, 2010 @ 08:08:33
Inilah susahnya kalau berbicara dgn seseorang yg berfikir menggunakan nafsu dan hati. Mengenepikan akal kurniaan tuhan dan agama suci.
mind recently posted..…
Nia_oii
Apr 18, 2010 @ 14:45:25
wah..dah mcm forum plak
syoknyadownload.blogspot
Apr 18, 2010 @ 15:06:37
Suami ini makin hari makin terbiasa dan selesa dengan keadaan yang setiap hari dalam zone selesa.Tak ada tekanan untuk dia berubah.Dia masih fikir dia ketua keluarga dan berhak atas keluarga.isteri anak2..mesti tunduk padanya.
Kemungkinan Perbincangan dgn akan sia-sia tanpa orang ke 3.
Berikan dia sedikit tekanan untuk membuat dia fikir..bahawa jalan dia lalui salah.
Pejabat agama adalah terbaik.
TOLONG JANGAN BIARKAN INI BERTERUSAN..
NANTI BUDAK_BUDAK AKAN TERANIAYA.
Tahniah pada my idola red untuk thread membantu spt ini.
http://www.syoknyadownload.blogspot.com
.-= syoknyadownload.blogspot´s last blog ..Red Sands (2009) mediafire =-.
suzie aziz
Apr 18, 2010 @ 15:39:28
macam ni lah..saya bukan pro kepada ibu tunggal..tapi masalah ni saya pun mengalaminya..family saya pun macam ni except ayah saya bekerja.cuma dia tak rasa itu tanggungjawab dia. lebih kurang macam citer akak ni lah..sebagai anak, saya sedih tengok mak saya. siang malam cari duit. dia dulu kerja kilang..sampai buat 3 shift straight nak dapat extra duit untuk kami 6 beradik. tapi mak saya mengalah..akibatnya sampai sekarang luka tu tak sembuh2. bila dah makin tua, ayah semakin tak rasa itu tanggung jawab dia..instead itu tanggung jawab mak. makan ke tak makan ke, bukan masalah dia..
akak pun muda lagi..kadang2 kita ni take for granted apa yang kita ada. maybe dia rasa akak ada, then dia rasa ok. maybe akak pun perlukan husband untuk security atau takut ada apa2 fitnah kalau menjadi janda. it depends. selalunya takut yang nombor 2 tu je lah. tapi apa2 pun, akak kena be strong. perubahan memang memerlukan pengorbanan. kalau akak nak stick dengan husband, anggap je lah husband akak tu memang akak perlu tanggung. bukan liability. sebab dia tak memerlukan orang untuk mandikan dia, whatsoever. lain la kalau dia tak sedar diri, still nak main pompuan. itu memang dah tak boleh diterima akal.kalau akak nak pegi pejabat agama, just bayar seringgit je..maybe kalau bercerai husband akak akan berubah. god knows..
infinitibeauty
Apr 18, 2010 @ 15:45:22
jangan biar kan kita wanita ni di tindas…..cuba cari jalan penyelesaian…..setiap masalah yang beri allah ada hikmahnya….mudah-mudahan kebahagian tu akhirnya milik u….inyaallah….. :8
.-= infinitibeauty´s last blog ..Mekap Dinner smokey blue eye – zarina =-.
lisz
Apr 18, 2010 @ 17:17:24
pd sy laki mcm ni tak le dibiar lelama…b8r g pej agama..tak pn b4 tu akak bole search dlm website pej agama yg terdkt dgn akak..cari no.phone and call tnya prosedur mcm ne nk uruskan hal nie..then lps dpt smua info akak trs je g pej agama..bt report kata suami akak tak bg nafkah segala..then klu bole dptkan kaunseling..coz kdg2 penglibatan org ke-3 yg berilmu mcm pegawai agama ke ustaz ke boleh ubah suami akak…try cari jln yg terbaik dulu b4 decide nk divorce…cz sian anak2 akak kan..
smoga akak tabah & kuat hadapi dugaan nie…
.-= lisz´s last blog ..sepagi di ofis Yiebee =-.
adinsa
Apr 18, 2010 @ 17:26:59
skrg ni smua dah online, saya pecaya kalo buleh beliau terus ke kaunselor untuk dapatkan nasihat dan jgn terus terusan guna channel tak resmi. cari melalui internet. buleh gitu cuma buat underground lah jgn nampak sangat kat public…
arin
Apr 18, 2010 @ 19:58:58
Mcm ni la…ade bbrp yg boleh saya nasihatkan itupun kalu mmg syagkan kuarga lagi (msh bleh tgk suami lagi) :
1)Berdoa kepada Allah..ada ayat2 Al-Quran yg bolah dibaca kbagi mlmbutkan hati suami.. cnthnye..tiup pada suami masa tidur or pada myk wangi..(rujuk ustaz ustazah yg terdekat) ustazah bahyah pun selalu buat ceramah..
2)fkir betul2 smda betulker suami xder smbagn lagsung dlm kuarga..ada x kite klmahn.. cuba ambik hati suami sebaik mgkn..
3)klau mmg lagsg xder..prgila jabatan agama..x kena bayo pun..
4) fikir2 betul2…Allah maha berkuasa..
5) Walahhualam..
rashidah
Nov 10, 2010 @ 14:56:06
@arin,
ni lagi satu!! dah tentu tentu pemalas, nak kena ambil hati lagi??? kita pompuan tak penat ke? se hari suntuk kerja, balik nak layan lelaki tak guna macam tu?? ish ish ish? patut nye kita orang perempuan ni yang perlukan tender loving care and not the other way round!! what is the world coming too??
how about husband who is hooked on porn n computer games? kita kena ambil hati jugak ke?? GET REAL!
lovelylady
Apr 18, 2010 @ 20:01:19
salam!
Perkara pertama yang perlu k.roxy buat ialah bersabar, berdoa smoga Allah kuatkan dan cekalkan hati demi utk ank2 dan diri sendiri..igt k.roxy masih dikira beruntung krn bkerja so at least ada jg sumber kewangan utk tampung blanje..mmg x cukup, itu dh tentunya..tp sekurang2nya ada..saya pernah alami perkara sbgini tp tak le exactly mcm yg k.roxy hdpi..but kalau ditanye,tahu le serba sdikit mengenai lgkah2 yg spatutnye diambil if pkara2 sbegini terjadi..niat di cni cuma nk membantu..ape yg saya cdgkan ialah buang jauh2 rase sedih, yg kte kne fikir ialah manage kewangan kte elok2 biar cukup utk kte n ank2..sbb yg mencari rezekinye kte..so kalau kte x de duit utk kluar bkerja mcmane nk dpt duit kan?! kalau bole sorokkan duit (mgkin kte bg pd sape2 ibu or org yg bole dpercayai utk simpan-buat kperluan kte nanti) n at the same time utk settle masalah ni, yg plg baik ialah bbincang dgn kluarga sbelah suami, if x jln jg then suruh sape2 yg dia hormat or segan (mgkin parents k.roxy) tegur/nasihat (hrp2 stakat tu dia dh sedar la)..but kalau x jln juga then bole peringkt yg sterusnya iaitu kaunseling di pjbt agama (kne isi form aduan)..pjbt agama akn pggil & bg kaunseling (mgkin kali pertama dh ok or kalau x, akn dipanggil sekali lg)..tp kne pastikn suami hadir..dan skali lg hrp2 dia sedar..kalau masih belum, so..tpulanglah pd tuan empunya bdn yg menanggung..(krn berat mata memandang, berat lg bahu memikul)..so pertimbangkan apa yg k.roxy nk buat (plan masa hdpan kalau bercerai)..dan pd masa yg sama kne kuatkan dan tabahkan hati, jgn bgaduh di dpn ank2..(takut diorg tertekan)..pbanyakkan doa2..(sy cdgkan k.roxy baca buku ‘La Tahzan’/Jgn Bersedih)..insyaAllah buku ini mmg bnyk membantu utk kte terima apa jua suratan yg telah Allah tetapkan dlm hidup kte..ttg bab nak guna khidmat peguam tu, eloklah dislesaikan slepas proses penceraian krn syarat bcerai, kte perlu hadir 2X kaunseling, dan sekiranya masih x ok, then baru bole proceed bcerai (kire last stage br dibenarkan bcerai)..kalau dah final stage (bcerai) lbih baik kte siapkan dokumen sendiri utk jimat..(contoh bole diminta di mahkamah syariah) dan lg satu sy nk nasihatkan, ‘sekiranya’ (tapi sy mmg sboleh2 x galakkan) memilih utk bcerai, eloklah kte failkan di mahkamah yg terdekat dgn tmpat yg akn kte tinggal slepas bcerai..(contohnye, skiranye lps bcerai kte nak kembali tggl di kg kite, so lbih baik kte failkan di sana krn kalau dipanggil utk bicara atau apa2, kte x perlu susah pyh nk travel jauh2 (skiranya lps nikah kte bpindah jauh dari tmpat asal kte)..n lastly sy hrp k.roxy ‘clear’ dgn ape yg sy terangkan dan yg paling penting sy doakan smoga perkahwinan k.roxy masih boleh diselamatkan..amin..skiranya ada ape2 yg tkurang, sy hrp ada sudi tegur..(sbb ape yg sy tulis di cni bdasarkan pengalaman sy n if ade ape2 yg masih x clear, k.roxy bole drop by di page sy..) wassalam..
.-= lovelylady´s last blog .."my First Say.." =-.
mohdrosmady
Apr 18, 2010 @ 20:11:26
assalamualaikum…
sy bkanlah sempurna sgt tp membaca cerita akak sy nasihatkan akak cuba ajak suami berbincang dan cuba luahkn ape yang terpendam d hati… ramai tidak tahu hakikat sebuah ikatan perkahwinan… surga seorg isteri terletak pd sorg suami dan surga suami terletak pd isteri.. dlm ape yng berlaku ada hikmah d sebaliknya.. cuba luahkan ape yang akak fikirkan pd suami dan munkin juga kita ada buat silap n kurang memberi perhatian pd dia… sy nasihatkan akak ckp dengan lembut cuba kawal kemarahan… klu kita membebel suami akan lari. jd cuba jalinkan hubungan cinta seperti mula2 akak bercinta dengannya n cuba bermanja dengannya.. seorg lelaki suka pd sikap manja seorang wanita..
.-= mohdrosmady´s last blog .. =-.
rashidah
Nov 10, 2010 @ 14:57:51
@mohdrosmady,
Ni syurga syurga semua applicable to man who deserve it! not boneless creatures like her husband. Respect is to be earned and its not a husband’s birthright…dont make the quran filthy by quoting what u dont know!
mamashasha
Apr 18, 2010 @ 21:09:11
salam…saya ni baru 4 tahun berkahwin and belum layak utk memberi komen tapi melalui pembacaan sy jalan terbaik utk kak roxy adalah berbincang dahulu dgn suami, panjangkan pada kengkawan rapat atau sedara yang rapat…dan langkah seterusnya elok lah ke pejabat agama…harus di ingat ke pejabat agama bukan lah langkah terakhir…kerana bila kita rujuk masalah ke pejabat agama, kita akan dirujuk kepada kaunselor dahulu….sesi kaunseling akan bermula…bukan sahaja kaunseling utk isteri malah suami juga turut diberi kaunseling….kemudian pasangan akan diberi peluang utk menimbang kembali apa yg patut mereka ambil samada terus mempertahankn rumah tangga atau sebaliknya….wallahhualam..
syaz
Apr 18, 2010 @ 21:33:16
ini adalah pendapat saya…
1 ) berbincang dengan suami…kalau xjalan jugak…
2 ) minta bantuan keluarga..kalau bole biarla keluarga belah suami…find the best person yang bole nasihatkan dia…kalau xjalan jugak…
3 ) mengadulah ke Jabatan agama…pegila minta nasihat atau pandangan…selalunya pihak lelaki liat skit nak dengar2 ceramah or nasihat from jabatan agama ni…kalau akak dapat fully kerjasama from suami akak mmg alhamdulillah la…
4 ) jika semuanya xjalan…penceraian mungkin adalah jalan terbaik…
jangan lupa akak minta pandangan anak2…semoga akak diberikan petunjuk dari Allah SWT..
.-= syaz´s last blog ..Yei!! =-.
Aleeya
Apr 18, 2010 @ 22:28:58
Sian kak roxy ni, 13 tahun leh saba lagi eh, klo saya dah babai dahhhh, bek kak roxy refer pej agama, mintak nasihat dorg..semoga kebuntuan kak roxy dpt dipecahkan..sekiranya gagal juga erm..tinggal kan aje dia kak..
Zatul Hijanah Ramzi
Apr 18, 2010 @ 23:51:22
Salam,
sabar sajalah..banyakkan solat hajat dan baca ayat pelembut hati. Bincang dengan suami, mungkin akak dah buat kot? Kalau payah sangat nak dengar kata dan asyik memendam rasa, ada baiknya minta orang lain nasihatkan suami akak, mana tau jalan?
miszbeauty
Apr 19, 2010 @ 00:11:36
beauty tak sampai setahun berkahwin rase cam xlayak nak bagi pandangan… tp kalau dah suami lupa tanggungjawab sedangkan anak dah 3 itu keterlaluan… kak roxy harap besabar buat sembahyang istikharah…. mudah2an Allah bantu berikan petunjuk pada kita…
tapi kalau tanye pasal peguam tu beauty ade taw sikit2 pasal ni sebab pernah berurusan dengan lawyer dr jabatan agama mase nak kahwin dulu… maklumlah mummy beauty ibu tunggal…=)
kalau di selangor, kak roxy pegi ke jabatan agama di shah alam, tapi mana2 pejabat agama sama rasenye… kak roxy pegi ke bahagian guaman undang2 keluarga kemudian bagi taw yang kita nak gunakan khidmat guaman jabatan agama… bawa ic, slip gaji… kalau gaji dibawah RM1500 insyaAllah akan dapat khidmat guaman secara percuma jika menepati syarat2 lain… yang lain pejabat agama akan uruskan… tapi biaselah kalau berurusan dengan lawyer free nih kak roxy kene rajin follow up dgn mereka jugak… sebab sgt banyak anak guaman menggunakan khidmat percuma mereka jadi kene rajin tgk schedule diorg…=)
ape2 pun minta kaunseling dr pejabat agama adalah jalan terbaik… mereka takkan terus suruh becerai pun, malah nasihat yg lebih berguna akan diterima… ape pun semoga tabah menjalani kehidupan… insyaAllah beauty akan doakan yg terbaik buat semua..=)
Blossom Melodies
Apr 19, 2010 @ 00:30:22
Lelaki lelaki semua, di dunia kamu berbuat begini tapi di akhirat kelak jawablah, jika didunia ini kamu selamat. tanggungjwb kepada keluarga mencari nafkah adalah tugas suami/ayah.
semoga puan dapat atasi masalah ini. eloklah ke Pejabat Agama dahulu.
.-= Blossom Melodies´s last blog ..AF hari ni… =-.
miszsensei
Apr 19, 2010 @ 01:21:11
ni lah wat i takut nak kawin.. huhu..
.-= miszsensei´s last blog ..Tips for Writing a Good Memo in Business Communication =-.
z
Apr 19, 2010 @ 03:06:56
saya penah tolong pembantu saya melepaskan diri dari suami kaki dera dan tidak bagi nafkah zahir batin..Nak kongsi sikit
1. Pertama sekali cakap heart-to-heart dengan suami.
Hanya yg bersuami sahaja yg faham kasih kita kat suami, walau buruk manapun dia kita nak dia berubah sebenarnya, klu boleh tanak tinggalkan dia..So cakap terus terang, tanya dia apa masalahnya?
2. Kalau tak berjaya, sila telefon biro bantuan guaman untuk buat appointment. Cari yg terdekat dengan tempat kita
(sekarang dah tukar nama rasanya)
Boleh check: http://www.jbg.gov.my/
3. Mereka akan appoint seorang person-in-charge utk setiap case. Selalunya akan melalui proses kaunseling dulu (dalam kes pembantu saya, ambil masa hampir setahun juga, 3,4 kali naik mahkamah, sebab suami tanak datang)
4. Kalau suami coorperate, okla..kalau tak nanti mahkamah kasi surat warning dan dia boleh didenda kalau xdatang 3x..
5. Kadi (di biro bantuan guaman) nasihatkan dia pegi ke rumah suami dengan kadi kampung itu dan 2 orang saksi yang sah, untuk pujuk suami lafazkan cerai
6. Dalam kes pembantu saya, suaminya terkejut dan malu dengan kedatangan orang2 yang tak disangka, tapi dia tak lafazkan cerai, tapi bersetuju untuk hadir ke mahkamah utk next session
7. Setelah hampir setahun, lafaz akhirnya jatuh. (Mungkin kalau kadi bagitau lebih awal step 5 tuh, maka tak makan masa sampai setahun)
—————————
Kes pembantu saya melibatkan dera fizikal dan tiada nafkah zahir langsung sejak kahwin (suami tak mampu), agak complicated sebab perlu buat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan. Hospital enggan buat check ‘dara’ sebab ada risiko yang sebaliknya..Manakala penderaan fizikal tak dapat dibuktikan sebab kesan lebam-lebam dah hilang (sebab dia hesitated mula2 so ambil masa yg lama)
————————
Itu jer la..
Waktu telefon biro bantuan guaman tuh, bagitau kenapa perlukan bantuan..sebab takder duit, keja apa, etc… Mungkin ada bayaran untuk borang mahkamah..itu jer la, lain2 percuma
Harap membantu.
Tapi cubalah step pertama tuh dulu, tengokla kalau suami anda jenis yg tak tahan air mata, berlakon la sket 😛
kalau xjadi jugak, mungkin dia akan terkejut kalau anda tak penah2 garang tiba-tiba meninggikan suara (just utk tarik perhatian dia)… Kalau boleh cubalah reverse psikologi utk selamatkan masjid tuh utk anak-anak. Tapi kalau berpisah lebih baik utk mereka dan diri sendiri..teruskanla niat tu
Nina'
Apr 19, 2010 @ 05:15:32
Salam…
kak banyakan bersabar dan tabah ye kak…
bagi pendapat saya la kan.. better terus ambil tindakan..
jangan kasi muka dah dekat laki macam itu~..huh…geram~
.-= Nina’´s last blog ..Adakah cinta perlu bersebab? =-.
al-thollib
Apr 19, 2010 @ 08:25:15
Sebelum berfikir untuk bercerai..lebih baik kenang kembali saat2 manis dahulu kala.
Ibu2 x boleh fikir dia bangun pagi buat itu buat ini, dia masak dan sebagainya sebagai satu beban.
Kerna setiap peluh yang menitik hasil usaha tersebut akan dibalas oleh Allah.
Fatimah Az Zahra juga pernah mengadu kpd Rasulullah berkenaan masalah rumahtangga yg dihadapi, lalu Rasulullah menganjurkan agar anakanda Baginda mengucapkan Subhanallah 33kali, Alhamdulillah 33kali dan Allahuakbar 34 kali.
Mgkin dapat membantu.. 😛
Zanzafar
Apr 19, 2010 @ 08:51:02
Assalamualaikum.
Bersama ini saya sertakan no tel Jabatan Bantuan Guaman Untuk makluman tindakan selanjutnya boleh berhubung dengan mereka JBG Putrajaya (Bhg Syariah) – 88851864 JBG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Bhg Syariah) -26942700 EXT 2713/2712/2731 Ini saja yang dapat saya bantu
neo@sufe
Apr 19, 2010 @ 10:20:15
pity u..ermmm..tk guna betul laki pemalas niii…
Lyn Yusoff
Apr 19, 2010 @ 10:44:26
ya rabbi.. mmg ade lagi kes2 cam ni kan.
camni lah pun. Saya tak arif sgt pasal benda2 ni semua.
1. Puan patut face to face ngn suami. luahkan segala ape yg terpendam dihati.
2. jika tak berkesan, minta bantuan ahli keluarga yg boleh memberi nasihat yg positive pada dia.
3. klu tak jalan gak, rase lebih baik adukan kepada pej agama. semestinya mereka boleh membantu.
4. dlm masa yg sama bykkan berdoa kepada Allah. minta dilembutkan hati nya. InsyaAllah Allah sentiasa mendengar rintihan hamba Nya yg teraniaya…
.-= Lyn Yusoff´s last blog ..The Largest Bloggers’ Gathering with Gatsby Deodorant Street Fair – Part 2 =-.
Azlaini
Apr 19, 2010 @ 12:16:27
kak, 1st dapatkan laywer. bincang. mmg boleh mintak cerai kalau suami x bertanggungjwb. tak mahal sebenarnya sbb bukan kena byr selepuk. Mula2 byr pendahuluan, kes selesai, baru byr penuh. ada lawyer senang sikit sbb dia akan uruskan kita pi pejabat agama, then pej agama request kaunseling, then kalau suami tak dtg lagi lah lama kes tergantung, tapi everything lawyer yg buat. so kita tak pening kepala. Good luck..
lily lotus
Apr 19, 2010 @ 12:33:07
banyaknya tips dalam ni. semoga dapat meleraikan sedikit kekusutan akak. semoga semua urusan dipermudahkan. semoga perkahwinan akak masih dapat diselamatkan. amin…
syahirul
Apr 19, 2010 @ 12:59:30
tak sangka ada suami gini kan.. tak malu ngan isteri langsung.. bila umum taw lagi la tak taw letak muka mana.. sekarang situasi di atas seperti isteri menunaikan tangungjawab sebagai suami memberi nafkah dan lain2 tapi suami membuta dan takde inisiatif langsung utk mencari kerja bagi menampung keperluan keluarga.. dia seolah2 telah meletakkan tanggungjawabnya kepada isteri.. dayus betul.. moga Allah memberi pahala dan ganjaran buat isteri yg sabar dan moga Allah membuka hati suami tersebut untuk berubah… sabar adalah separuh dari iman.. masih ingat lafaz taklik yg suami baca waktu nikah?
.-= syahirul´s last blog ..Gathering terbesar blogger Malaysia =-.
IrmaIrdina
Apr 19, 2010 @ 16:32:21
Saya mengalami nasib yg sedikit lebih kurang sama dgn penulis luahan di atas…
Memang sedih cos segala perbelanjaan keluarga, hutang piutang dan permasalahan, kita sorang yang perlu hadapi.
At first, saya pendamkan, thinking that I want to be a good wife, setia dalam susah dan senang bersama husband, but then wit became too much for saya to handle..saya berdiam diri, berdoa, berdiplomasi dan berikhtiar untuk dia; siap cari kan dia kerja!
Tapi, tahap kesabaran kita manusia, tak lah sehebat mana (tak hebat2 pun, saya pendam dan tanggung lebih 4 tahun)
So, apa yang perlu dilakukan?
Penyelesaian ni, biasanyer bergantung apa outcome yg puan nak..nak husband berubah OR bak berpisah
Solution (step by step)
1. Talking – to parents, to family members, to friends…see if anyone of them can talk to him via intervention…terpaksa cos he’s not listening to you anymore..(tapi based on my pengalaman, husband agak tercabar, kalau kita minta org lain menyuarakan prob and solution kat dia)
2. Approach Pejabat Agama – if talking to the above ppl, tak worked out, try go to Pejabat Agama, untuk sessi kaunseling…although u mengadu ttg your husband, first and foremost, depa rekodkan aduan, then depa suruh both of you and husband mai pejabat untuk sessi kaunseling (tarikhnya, mak datuk terpulang kepada avalilability ustaz or ustazah) – again based on pengalaman kakak saya, yg mengadu, ianya makan masa, and in the end, puan akan dinasihati berbaik..iyorlah agama pun tak suka kan suatu perpisahan kan…
3. Lantik Peguam Syariah
Jika keadaan puan, semakin teruk and husband pun sememangnya tidak memberi nafkah more than 3 months to your rumahtangga, maka puan blh failkan permohonan cerai taklik melalui peguam yg dilantik.
Process
1. Lawyer akan failkan ke Mahkamah Syariah kes puan
2. Majlis Sulh – Both of you will be called upon, by the Court through consultation with the Pegawai Agama, to discuss on your problems and to figure out solutions.
Note: Masa ni, puan perlu tahu your hak and dlm konteks situasi puan, you shud go for request of cerai taklik…
Sila rujuk sijil nikah puan, ada tak klausa ini dlm sijil tersebut? Ini penting ya…
Gist of info on cerai taklik
– Perceraian yang berlaku kerana suami telah bertaklik
– Taklik ialah perkataan Arab yang memberi maksud (dalam bahasa Melayu) bergantung, tergantung atau bergantungan Biasanya diterjemahkan sebagai cerai bersyarat.
– Manakala daripada segi Istilahnya, ialah perceraian yang berlaku kerana suami telah melafazkan talak atau cerai ke atas isteri dengan syarat-syarat atau peristiwa yang tertentu. Seperti kata suami “apabila saya meninggalkan isteri selama empat bulan tanpa nafkah, dan isteri telah mengadu kepada hakim syarie serta telah membuat bayaran RM1 bagi pihak diri saya, maka jika sabit kesalahan, pada masa itu jatuhlah satu talak khalie”.
Itu termaktub dlm undang-2 mahupun kitab agama, maka Alhamdulillah, kaum wanita spt puan dan saya boleh dibela lagi…Insya Allah…
Cost / Yuran Guaman
– Saya kena hampir RM5k – tak bnyk, cos Allah Maha Adil, dan Maha Kuasa, sessi saya hanya dua kali di Mahkamah Syariah
(Alhamdulillah, bukti2 saya kukuh)
– Cost varies thru sessions/pembelaan oleh pihak peguam…and kalau dah failkan, dah panggil for hearing, and your husband tak punya ongkos untuk fight the case
Chances of winning your case hence gain your freedom
– kebarangkalian puan sebagai plaintif mungkin menang mudah…lagipun banyak eviden menuding ke arah suami being irresponsible kan…
– Kalau tuan hakim, berpuas hati, dgn hujah2, bukti2 yg dikemukakan, Insya Allah, harapan puan untuk bebas dari dibelenggu menjadi isteri kepada seorg “slacker” amat cerah…
Puan, diharap nasihat saya di atas membantu puan dlm
menangani konflik ini.
Remember puan, the purpose of life is to be happy.
The purpose of life is to challenge and triumph over the darkness of misery
Stay well, paun.
Salam.
You have to be strong, for the sake of yourself, and your children…Insya Allah, you’ll make it through the rains…
lovelylady
Apr 19, 2010 @ 21:13:55
emmm..RM5K is a huge amount bg kte yg dh mmg kesempitan..so yg sy buat dulu, sy pegi mahkamah syariah, diorg ade kasi contoh saman untuk kte sediakan so blk n taip sendiri then pegi mahkamah failkan sendiri (scepat yg mgkin)..if im not mistaken dlm bebelas ringgit je kosnye..then diorg akn kasi on the spot tarikh utk kedua-dua belah pihak (puan & suami) untuk hadir & bjumpa dgn pegawai sulh (& at the same time diorg akn hantar saman tsebut by hand kpd suami puan, so pastikn add nye tepat & saman dpt diserahkan)..puan sboleh2nya elakkan dari bgaduh krn ditakuti (apa yg disarankan oleh ramai peguam syarie) suami puan akn ‘menggantung’ puan atau menyukarkan proses pceraian dari berlaku krn niat utk ‘mendera’ puan..puan kna tabah & cekalkan smangat sekiranya itu lah jln yg telah puan pilih..’sekiranya’ puan dh mmg nekad utk bcerai after smua jln dah buntu, so disarankan agr puan cool down, lbih baik fikir cmane nk carry on life after bcerai & bgaimana nk stabilkan emosi ank2 yg tbabit dlm kes penceraian (di blog sy nanti sy akn bincangkan masalah emosi ank2 lps berlakunya pceraian..so puan bolehlah mbaca utk mlengkapkan diri ‘sekiranya’ pkara tersebut terjadi)..puan bolehlah dptkan nasihat/bertanya dari peguam2 syarie ttg bgaimana cara mbuat semua tuntutan selepas bcerai (krn sprt kes sy, sy bcerai dahulu dan barulah buat tuntutan krn dikhuatiri skiranya sy buat tuntutan pd hari pceraian, suami mgkin tidak akn stuju utk bcerai..so sy pilih utk bcerai then kmudian br fikirkan proses yg sterusnya)..ini skadar pnduan, so yg plg baik, puan bhubunglah dgn peguam syarie utk dptkan penjelasan yg lebih tperinci..
.-= lovelylady´s last blog ..‘idea & tips..’ =-.
honey
Apr 19, 2010 @ 17:09:01
sebagai sorang isteri,sedih ak baca..berdoa bnyak2 kat Allah,Allah takkan mengabaikan hamba-hambanya..insyaAllah…
myrose
Apr 19, 2010 @ 18:22:32
salam, puan..
sebenarnya kes macam puan ni mmg byk berlaku di malaysia.
ramai isteri yg menanggung suami ttp mereka xtau nk mengadu ke mana..ada yg meneruskan perkahwinan demi anak2 walaupun matlamat perkahwinan dah xtercapai..
apapun semuanya bergantung kpd puan. kalau puan redha dengan apa yg puan buat (melaksanakan t/jawab bagi pihak suami) puan boleh kekalkan perkahwinan tersebut demi anak-anak. tp sekiranya puan tidak redha apa yg suami puan buat, puan boleh pertimbangkan untuk berpisah..
kalau puan tidak berkemampuan, puan boleh dapatkan khidmat biro bantuan guaman yang berhampiran..
sekiranya puan ingin mendapatkan khidmat yg terbaik, puan boleh lantik peguam syarie..bayarannya bergantung kepada proses di mana kes tersebut difailkan samada mahkamah tinggi atau rendah(fasakh/taklik/cerai cara baik/tebus talaq)
harap puan tabah dan sabar demi anak-anak..
zaza
Apr 19, 2010 @ 18:28:18
Salam…this is my first time layan blog RM, (wau merah nye….)tertarik dgn isu ni tapi tak dpt nak bagi advise coz bukan pakar. Alhamdulillah suami baik, tapi saya suka gi blog yang bagi nasihat/motivasi. antara yang boleh saya suggestkan puan boleh melayari blog resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com. Puan Suzana merupakan perunding psikologi keluarga dan guaman syarie. Beliau merupakan penulis diruangan resipi hidup majalah mingguan wanita. Di blog beliau puan boleh dapatkan contact no. boleh bertanya sendiri apa2 yang puan nak tanya. Saya harap puan banyak2 bersabar
cookie
Apr 19, 2010 @ 23:54:04
Hi there,
just a few opinions:
1) boleh mintak fasakh.. dr cara cerita ni ade a few grounds fasakh yg boleh di ambil.
2) abt BBG, tak silap kalau gaji puan below RM 1500 sebulan boleh apply.. tp kalau lebih pun cube pegi sana berbincang ttg puan punye keadaan yg sedang bayar smua perbelanjaan n mmg tak cukup duit utk nak bayar legal fees.
may Allah help u and your family.. and be strong ya..
Michelle
Apr 20, 2010 @ 00:50:34
sebagai sorang isteri,sedih ak baca..berdoa bnyak2 kat Allah,Allah takkan mengabaikan hamba-hambanya..insyaAllah…
Kak ruby
Apr 20, 2010 @ 09:20:19
Roxy yg slm citer ni adalah kwn sy…sy yg submit citer ni to RM (dgn izin)sbb kesian x tau camner nk tlg dia. At least,kat sini ramai readers yg boleh bg pendapat.
As promised to her,sy akan print all the comments kat sini & bg kat dia.So far,sy cuma ceritakan kat dia pendapat2 anda semua.
Sy ingin menyampaikan salam dr puan roxy buat semua yg membaca & memberi pendapat. Dia amat terharu dgn respon yg diterima (hingga menitiskan air mata) & dia x sangka w/pun x kenal tp anda semua sudi memberi komen yg membina utknya.
Insyaallah…Puan Roxy akan cuba mencari jln penyelesaian yg terbaik dlm masalah beliau dgn pendapat2 dr readers RM.
Thanks a lot to RM sbb tlg publishkan problem kwn akak ni. It’s a great help to her actually. Hanya Allah saja yg dpt membalasnya…!!
suami orang
Apr 20, 2010 @ 11:46:45
Salam…
sdih bila msih ada suami yg mcm ni. cdgan sy bincang dgn keluarga 2 blh pihak. pihak suami& istri. kalu buntu jgk, mgkin betul spt kata akak ni…jdhnya mgkin dh smpai k ujung.
utk brpisah blh la pg pej agama, blh mohn fasakh (cerai) dgn kebnran pej agama. before that bgtau dulu suami tu. kalau bgini biarlah jodohnya cukup smpai d sini shj. kalau still nak brjodoh.. ubah la sikap.. kalau tak ubah jgk ..bye-bye aje lah…
yaty
Apr 21, 2010 @ 09:55:08
OMG.. ada lagik ek org mcm nie..
mana lar rasa t/jwb dia pada fmly dia..
better puan bincang berdua je ngan husband puan.. tapi jgn lar bincang dpn anak2.. nnti kusut pulak fikiran diorang nk study kan..
if tak okeh jugak, boleh lar rujuk kat pejabat agama.. boleh pegi kaunseling yang diorang sediakan..
sekiranya puan memilih jalan terakhir which is utk bercerai, boleh mintak pendapat dekat Jabatan Bantuan Guaman..
nk bukak kes fees nya RM2 jer..
then bila kes tue ke mahkamah, dia pnye fees nnti akan ikut jmlah gaji tahunan puan.. if bwh dari RM25k, free jer..
pape pn, smoga puan dpt buat keputusan yang tepat..
berdoa pada Illahi smoga diberi petunjuk..
=)
.-= yaty´s last blog ..Games @ Gatsby Deodorant Street Fair =) =-.
hanis
Apr 25, 2010 @ 22:07:30
this entry menarik perhatian saya walaupun dah ketinggalan keretapi
For me, kalau dah kita angkut semua Beban suami, there’s no point nak teruskan perkahwinan tu seriously.. ape tugas si suami tu? lepak2 je ke?
Suami tu patut malu la dgn isteri siang malam cari nafkah sana sini. Takpe sekarang dia boleh buat camni nnt di akhirat esok tau la.
.-= hanis´s last blog ..Events =-.
najib
Apr 27, 2010 @ 00:26:26
Bila saya baca kisah awak ni..saya rasa patutnya suami awak ni beristerikan bekas isteri saya lah.. baru dia tau makna bersyukur. Kes saya pulak, segala mala perbelanjaan rumah saya tanggung..cakap la apa saja..semua duit saya yg keluarkan..tapi bekas isteri saya buat perangai main jantan lain..tak reti bersyukur langsung dengan pemberian tuhan ni..pendek kata masalah duit memang takde..skang saya dah ceraikan dia.. bila baca kisah asben tak bertanggungjawab ni..saya dok terpikir..harap2 bekas isteri saya kawin dengan org begini satu hari nanti..aminnnnn…sorry off topic skit..just luahan hati..
yana
Jun 10, 2010 @ 15:43:35
@najib, salam..en.najib tak baik tau doakan mcm tu kat bekas isteri..patutnya doakan yg terbaik untuk dia..biarlah dia buat kat kita..dia dah pun dapat balasan dr Allah(en.dah ceraikan dia)..moga dia insaf dan sedar atas perbuatan dia.doakan yg baik2 untuk dia..
ZiPPO
Apr 27, 2010 @ 11:45:53
Emmm,
Kenape yer boleh jadi begitu sedangkan dulu saling menyayangi bagai nak rak hingga leh ke jinjang pelamin? Bila dah ada anak bukan bodi je berubah..peelpun berubah sama. Sepatutnya bila dah ada anak ikatan rumah tangga tu menjadi lebih erat tapi sebaliknya yer..pelik lah. Apa isteri malang ni dulu berkahwin atas nama cinta ke atau dah terdesak kena kawin?…atau atas belas kesian diantara satu sama lain. Masa seronok kentutpun wangi yer…kalau awek tersepak batu pasti kanda pujaan marahkan batu ..kini bila dah ada anak semua dah mula lupa bahkan dalam hatipun takde taman jika tersepak batu lagi sure marahkan gadis pujaan “apa mata awak buta ke ? ” hehhee itulah dunia. I nak tanyalah pada isteri malang ni apekah anda pernahke meluahkan perasaan anda pada suami anda yang tercinta itu? atau hanya meluahkannya di dalam blog Mummy Merah ni aje sebab gamai manusia dan setan yang baca kat sini nanti kena pulak setan yang bagi nasehat maka ancurlah rumahtangga isteri malang ni ……
suzie aziz
Jun 02, 2010 @ 15:16:26
Ish ish ish..Zippo…
tak baik tul awok cakap cenggitu taw…
awak tak merasa apa yang ditanggung / membebani Roxy. bukan kata saya kenal sangat dengan Roxy tapi saya faham sangat apa yang dihadapinya. It’s not about kita nak suruh dia bercerai dengan husband dia..tapi kadang2 org macam ni perlukan guidance. standard bila nak berbincang dengan suami, dia akan kata, kalau you nak cerai sangat, cerai lah…tapi dia akan ambil anak / i tak nak pegi sesi kaunseling, leceh dsb…then bila kita bagi pandangan kat sini, dia akan tau apa yang sepatutnya dia buat. macam yang readers kat sini cakap, pejabat agama bukan bermakna terus bercerai…
jangan terlalu emosi.. PEACE
wani
Oct 13, 2010 @ 07:58:40
btul kata suzie..kadang2 kita hanya nk dengar pandangan orang saja..lagi ramai lg bagus sbb dr situ dpt buat rumusan dn keputusan yg terbaik..akhirnya akan berbalik kepada hatinya juga..sbb tu kita kena berdoa selalu kepada Allah supaya dapat diberi hidayah dn kekuatan utk membuat penyelesaian yg macam mana , nk bertahan saja ke, nk berpisah cara baik ke, nak buat apa2 tindakan je la…bila tk kena kat batang hdung sendiri tk rasalah..sbb tu kdg2 kita pelik kenapa sessuatu itu berlaku kpd kita juga sdgkan kita telah cuba jadi manusia yg terbaik…itulah yg dikatakan dugaan yg Allah beri utk menguji kita dn melihat bagaimana kita mengatasinya..dr situ Dia akan beri kita ganjaran atau hukuman..Wallahualam..
Tips n News
Aug 11, 2013 @ 18:13:36
membacanya saya menjadi canggung, maklum belum berkeluarga hehehe… semoga bisa berbahagia pada akhirnya, amin.
MOdel Baju Batik
Aug 14, 2016 @ 12:21:11
Setelah di baca saya juga ikut sedih juga… yg bisa saya lakukan dari jauh disini dengan si mbak jauh disana saya do’akan semoga tuhan memberikqan gantinya atas segala usahanya selama ini… Aamiin