Euston to Bicester Village…

IMG_2894

hello hello salam sumer….kita masih lagi citer kat London yek, cite paris aku sambung bila dah landing kl yek. coz citer paris macam panjang berlebar lah you. so kita langkau and buat londonnya story sat. hotel yang aku amik kali nih termasuk dengan breakfast, sama gak ngan hotel kat paris arituh. hotel kat Paris namanya Carlton’s Hotel yek.

ini pulak namanya Thistle Hotel, depan selangkau ngan Euston train station. bfast kat hotel Thistle ni compared ngan kat Paris’s hotel tu lagi gempaklah. kitorg kat paris arituh makan roti semata ngan planta. kat sini ada beans, telur and potato. itu  je yang kami bedal.

fyi, konsep makan kami di negara mahal cekadak nih gini:

1. pagi makan breakfast

2. in between sampai petang makan jajan yang kami bawak macam pringles and coklat. kalau nak warm kita tapau hot choc kat mana2 kedai.

3. late petang kita makan heavy, kalau kat paris depan hotel ada 3 bijik cafe halal. so not a biggy. sama bih kurang ngan london, adalah dpt slot makan kat memana janji heavy.

4. at nite if lapar coz dah makan heavy waktu petang (consider lunch + dinner), we will eat maggi tomyam di dalam mug hahahahhaha! baik punya menu. dok pun kita kunyah kacang ngan yin tuh, huh sedap, belasah sama kopi aik cheong, sume aku bawak bekal sesiap yer…

gitulah so far, coz selain dari jimat belanja nak jimat masa gak. yah gitu yek….makan no hal lah. aku boleh je berlapar.

IMG_8942

jangan ko gelak tengok aku berstokin biru…dan coat merah adalah wajib, it was 10degree lah sejuk giler kat London. summer nya ala2, setakat panjang waktu siang, kol 5pagi dah terang, kol 9 lebih malam baru gelap. tapi weather tetap sejuk. aku hanya tukar socks, korang pun baca twitter aku kan, aku dok ulang2 bbsuh stokin, yang dah berbasuh tak kering pulak so kena pakai yang baru, hok biru nih. in london and paris aku tak buat konsep ‘melawa’ janji tak sejuk sudah.

fyi, saya pakai 2 lai tshirt itam dalam tuh yek. satu tshirt itam sirman, aku mmg tak bawak baju ko, sume baju dah abih pakai, bape lai je aku bawak. pastu aritu ada beli baju paris murah, ha pakailah tuh, n tshirt itam sirman bawak pi tidur pun aku sauk. so 3 lai! sejukkkk! my red scholl tuh memang meant for long trip yang kena jalan kaw2. aku tak pernah pakai kasut tu for event or mana2, hanya khas utk travel dalam negara and overseas trip jer. it s very comfy. wpun orang katalah camner, apa ke pesen ko red, eh biak pi lah…..

again aku jwb senang jer, apa orang nak sibuk, yang menahan sejuknya aku. yang menahan sakit kaki aku gak, so aku pakai yang ikut selesa di badan.

oh coat merah panjang nih aku beli kat paris, the flea market at only 6 euro jer. masa tuh mmg gagau carik baju sejuk sbb baju yang ada tak boleh nak cover sejuk yang ada. iskk, ko toksah cakaplah sejuknya…gilerr tol aku tak tahan…

IMG_8945

as i said, depan hotel aku memang walking jer ke train station, kita carik tube nak pi Bicester Village. ni kawan2 aku lah nih dok sorak, ko pi London tak pi BV, ko giler hapa. baik ko tak yah cakap ko pi London. at first dalam original plan kita nak engage member aku ada, member sirman pun ada anto bwk to BV, pastu ke few places. but after kira2, yang dalam london pun tak cover tak yah lah pi luar london. some more nak jimat duit gak.  me as usual berdiri ikut jelah bontot laki aku mana dia pergi. dia yang terer pasal peta2. nih.

Red, kalau i takde, you sendiri pandai baca peta2 ni tau…

sebab you ada ler, i tak kuasa nak amik tau hal peta2 bagai nih..

IMG_8958

tinggi betul escalator nih yer….

we had to change 2 tubes.

IMG_8953

satu tube tu mmg siksa, orangnya padattt. in fact 2 tubes lalu kami tak naik coz tak boleh lepas nak masuk. kang jadi cam kes aku terlepas masuk, laki aku tak lepas pulak. yang tak menahan tuh, sirman nih bukannya nak panggil ke cakap ke hapa, tetiba je bila aku dah terlepas ke depan (maklum le kecik senang nak cilok) dia dok tarik tengkuk leher coat aku. ciss! so kenalah aku reverse balik kuor, ater laki mak tak lepas ko. dia ngan bagpack nya lagik.

ha sebab aku kecik, lam gambar nih menunjukkan betapa kerdilnya hai saya kena penyek dek omputih2 nih….sempat gak lagi tu sirman amik gambo nih.

IMG_2901

mat peta oh mat peta…

IMG_8968

ada drama tau kat train station Marylebone tuh. ok ni dah dok selamat lam train 🙂 . sirman cukup nyampah aku pakai tshirt paris love tuh, ater tu baju murah, mmg nak buat pakai for basahan jer. dah bila dia tengok aku dah takde baju, ha barulah aku boleh pakai.

IMG_8977

cantik cantik….ijau kuning.

IMG_2907

bangunan tu pun cantikkan, itu rumah2 kot dah nak dekat2 ngan BV.

IMG_8981

aku ngantuk, tapi tak leh nak tidur coz couple sebelah tu dok meeting ke discussion punyalah ke main kuat bercakap…iskk rimas tollah acik. terlalok2 aku menahan mata dengo depa potpet…

IMG_8988

bukannya tak tau ada Quiet zone kat situ, no talking loudly, no phone ke whatever…aisayyy

IMG_8987

mailah amik gambo sendiri jer…

IMG_8989

lawa kan?

IMG_8995

bawah ijau terbentang…atas tu langit awan membara putih birunya…isk lawa betullah. aku bukannya tengok luar sangat, tapi bila dah tengok hasil gambar sirman amik nih, emm not bad.

IMG_8997

awan ni lagi cantik….

IMG_9002

ok mat peta buat keje petanya.

sekali ‘eh kita kena turunlah, patut turun dari awal lagi tadi’

ha??? terlepas BV k??

tak, kita kena turun kat satu lagi station pastuh baru boleh terus ke BV

ciss, buat aku suspens jer…

IMG_9003

train ke BV, aku amik pergi balik return. harganya berapa ek, kira murahlah dari apa yang aku dengo and study. return plus transport taxi bus from the station to BV sendiri. station BV tuh ker BV sendiri pun lam 5min jer. murah nya pun kalau ko tak convert, tapi kalau ko pikir darab 5, ngehngeh…..balik nanti mak merah sambung makan maggi yek.

IMG_9012

dipaksanya aku berdiri situ, tak yah paksa pun tak per, aku mmg nak naik pun train tuh. tinggalkan ko sirman, asik senap gambar je kejenya…

IMG_9015

ahah dah sampai BV, ni tpt sume orang tau kot…ke aku nak kena cakap gak. ni macam ala2 factory outlet lah, harganya murah, tapi yang tak bestnya dia takde latest season nya collection (if hbags/shoes/sunglasses/watch) . baju pun tak tentu. but bolehlah, tengok2 apa yang ada. janji pergi. panas telinga aku kalau tak pergi, kang member2 dok bising pehal ko tak pi BV. so wa pergilah nih…

dahlah orang tak tahan sejuk, wpun panas beliang, pakcik suruh gak berdiri kat situ, nak amik scenery nih…

IMG_9018

wah suka lah gambar nih, biru kiri kanan kat atas bridge nak naik taxi bus ke BV, pastu ada merah nyala2….contrast dedua tu kan. lawo lawooo! gambarnya combination yang lawa, kalo ko nak kata aku lawa pun wa tarak hal, hahahahha. aku giler! ok ok tadi cite yang drama tu kan. kita sampai2 je kat Marylebone tuh dah beli tiket, abang mat saleh cakap train nak gerak dah.

apa lagi, memecut larilah aku ngan sirman, dah macam marathon pulak. we sampai2 lam pintu train tuh seminit je sebelum diorg tutup. kalo tak kena tunggu setengah jam baru lah train baru sampai. setengah jam tu lama tu worrr…! oh tu je lah dramanya, kena marathon heheheh. ha in total dari hotel ke BV, kita amik lam kat 2 jam gak la ngan journey sume ek…jauh gak lah BV tu.

pastu ada lg drama gak kat Oxford. malas acik nak cite heh. nantilah tunggu balik kl kay wa citer. aku dah nak balik dah pung 🙂

ok apa yang aku tangkap kat BV, tunggu sat ar….eh eh, perlu ke tunjuk? kang tunjuk kang kata show off berlagak. kan aku dah cakap, susah nak jadi RM, nak kena jaga hati banyak orang. sekumpulan readers mahu ditunjuk, tapi yang senyap2 menyampah pun ada. so ater camner….simpan peram je lah. tak yah tunjuk lagi afdal 🙂 .

Comment: 17