The Booklet & Pentingnya YM dalam jarak jauh…

IMG00421-20100618-0237

3 buku azimat ciptaan aku and Sirman. asalnya file tu besar and tebal…pastu kita sort out and amik yang penting sahaja. booklet yang paling ringan dah tentu Amsterdam and jarang dipakai coz dah expert kat situ (not the first time there), booklet Paris and London memang paling banyak diusung sana sini…

Dalam booklet tuh ada details on our flight, Passport, Enrich, itinerary, accommodation, list of handbags in Ringgit, Euro and Pounds, Things To do and Tips, dan misc sket…peta BV pun siap ada dalam booklet London tuh.  Ahah, budget pun ada jugak, berapa cash kita bawak, berapa kita sumbat lam cc, berapa yang kita spending pun ada. Alhamdulillah we didnt over budget but below dari budget yang kita dah targetkan.

Ramai yang nak pinjam nih, aku dulu pun buat sendiri yang, hahahah ater 6 bulan kan, i can guide you through RM lah, ini buku memang sangat berazimat, member aku sampai cakap ‘mak datuk siap ada booklet tuh, u are very organized lady’ . camne tak organize kak oi, 6, 7 bulan punya kerja kan.

Eh insurance pun ada jugak yek, kita amik travel insurance dari agent aku sendiri gak from Nafnaf means Naf memang antara yang awal tau gak kita nak terbang. Naf, ko nak ole2 ko tak?? kita amik insurance per trip, mula2 ingat nak amik one year, tapi macamlah setahun nih travel, so kita let go amik yang per trip jer. masa tu aku risau ngan asap gunung berapi punya isu kat UK nun, betul2 lagi 3-4weeks sebelum kita terbang…sib baik perjalanan kami tidak ada masalah dan dipermudahkan.

IMG00358-20100616-1411

sebelum terbang juga kita pasang semula webcam kat rumah supaya anak2 senang nak YM ngan makbapaknya. anak2 aku tau hari tu kami di mana, pukul berapa, ngah buat apa bagai, semua jadual aku dah susun so that takde lah jap2 diorang tepon hp makpaknya. kita webcam and cakap pun over the YM jugak, jimat. cuma ada sekali jer, Abang tepon aku waktu Malaysia was midnite. dia dah nak masuk tidur but macam datang rindunya pada makpak nya, masa tu lah dia tepon. nak on webcam lambat pulak, he just wanna say he miss us.

sedih sayu sangat masa tuh….

tapi yang benornya, cuti 2 minggu ni pun buat anak2 horey2 gak, yelah diorang tak yah dengo mak nya membebel, adik aku and fifin citer, diorang dah tau apa dialog makpaknya akan cakap, specially mak nya ni ha kalau tepon/webcam or bila balik rumah nanti…ko jangan main, bersambung2 ayat si 2 beradik tu buat ikut ajuk pangai cakap maknya nih. anak oh anakku….

ha nak ajar pakai YM pun satu hal gak, malam yang aku nak fly tuh, lagi 2 jam sbelum tu baru ajar diaorang, specially to Abanglah coz dia yang big boy, bapaknya lupa nak buat kelas YM versi webcam utk diorang. sib baik budak2 zaman skang cepat je teknologi depa memaham…

aku tak pakai Skype coz anak2 lebih arif dengan YM, diorang suka main icon2 dalam YM tuh…wui YM aku tu dah lama tak berpasang, pasang pun dok invisible semedang. ni sejak balik lagilah tak berusik pun YM tuh… 🙂

twitterkan ada 🙂

Comment: 9