Sep 8 2010 Wednesday, 8:00 pm
Bingkisan Salam Syawal – Nurulchumel
Salam Kak Red..
oke.
sempena hari raya aidilfitri yang mulia ini, i nak wish2 lah kan..i kan jauh di perantauan.. eceh..macam la jauh sangat melaka ngan batu pahat tuh..sekangkang kera jek..tapi yang dekat tuh la yang jarang nak balik. Almaklumlah, i ni kerja hotel line kak. so, susah sikit nak dapat cuti.
Hari raya tahun ini i dapat cuti 4 hari. tapi start from hari raya ketiga. Perasaan sedih, sayu tu memang dah automatik tersemat di kalbu sejak tengok
duty roster last week. Sedih sangat. Tapi nak buat macam mana, tugas punya pasal, i redha.. Lagipun, ini tahun first i bekerja. So, i harap, my family, adik beradik, kaum kerabat and sahabat handai akan faham tugas i. Kalau bukan sebab i ni pekerja yang komited, i dah lama dah cabut balik kampung. hiks!~
oke la. merepek banyak-banyak pulak.
I nak sampai kan dedikasi ucapan tulus ikhlas dari hati untuk:-
– *Mama dan Ayah*.. Maafkan kakak, sebab tak dapat nak berkumpul sama-sama di pagi raya macam selalu. Kakak harap, mama dengan ayah faham.
– *Adik beradikku.. (Kak Ngah, Keyla, Abang, Ajiq & Ifwat)*.. Korang kalau nak duit raya, kena tunggu aku balik raya ketiga nanti yek!
– *My Chenta Hati*.. Maafkan sayang sebab selalu susahkan b..nanti raya kelima baru sayang datang rumah b ye!
– *Sahabat-sahabat lama*.. Salam Aidilfitri korang! maafkan aku kalau aku ada wat dosa ngan korang! 0-0 ea!
– *Semua Rakan Blogger*.. tak kira lah yang dah pernah jumpa i atau yang belum, i nak mintak ampun dan maaf banyak-banyak oke!
Untuk Kak Red sekeluarga, Salam Aidilfitri diucapkan. Semoga aidilfitri yang bakal menjelma memberikan 1001 kenikmatan buat Kak Red sekeluarga, InsyaAllah..!~
– Nurul
Tweets that mention Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva… -- Topsy.com
Sep 08, 2010 @ 20:59:35
[…] This post was mentioned on Twitter by Merpati Putih, Redmummy. Redmummy said: Bingkisan Salam Syawal – Nurulchumel http://goo.gl/fb/If6st […]
cf
Sep 08, 2010 @ 21:47:35
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
Wawa~*
Sep 09, 2010 @ 16:06:54
selamat hari raya buat semua jua 🙂
smoga raya ni bawa keberkatan buat kita semua….
.-= Wawa~*´s last blog ..Lagu Raya &8211 Rindu Yang Telah Pergi Akim- Black- AG =-.
Nurulchumel
Sep 09, 2010 @ 17:27:51
thanx kak red..sebab siarkan ucapan i..
thanx a lot!~ 🙂
.-= Nurulchumel´s last blog ..Music Code for your site! =-.
Lyn Yusoff
Sep 15, 2010 @ 22:13:33
Selamat hari raya Nurul.. 🙂
.-= Lyn Yusoff´s last blog ..Salam Aidilfitri – =-.