Mehlah baca citer orang minyak…

salam kak, nie citer org minyak yg pernah saya alami..

pernah dgr pasal orang minyak tak…? jgn la ingat yg citer org minyak zaman dolukala tuh…

sebut pasal orang minyak (OM), bende nie pernah terjadi dan aku alami..kejadian nie berlaku sekitar tahun 1998. Waktu nie aku study di sebuah U di Shah Alam cut it short masa nie mmg heboh citer orang minyak. aku mcm caya tak caya ajer.. member2 fakulti yang dari kolej lain pun sibuk citer pasal OM nie, ada yg kata datang time siang la, datang time malam la, atau dalam erti kata lain ikut suka hati OM nie nak buat lawatan muhibah.

 

nak dijadikan cerita, balik dari kelas ptg tu aku da rasa lain mcm bile masuk bilik. masa nie aku tggl sebilik berdua, di Kolej C5. bilik aku betoi2 ada sebatang pokok yang besar dan berhadapan dgn masjid.  Setiba di bilik, roomate aku si S dan beberapa org da berkumpul. Aku da start rasa tak sedap hati.  Rupa-rupanya dorang tgh melihat bekas tapak kaki ( seperti terjengket-jengket) yg berminyak diantara katil aku dan roomateku. Bukan saja kati situ, di bawah katil aku juga penuh dgn kesan tersebut kecuali di kawasan bantal ( sbb aku letak Surah yassin kat bwh bantal).. Selain dari bilik aku, ada 3 lagi bilik yang kena serupa dengan bilik aku. Ada yg kesan tapak kaki di depan pintu, ada di meja study dan di almari.Di antara bnyk2 bilik, bilik aki yg mempunyai kesan tapak kaki yg paling bnyk. Bila kejadian nie menimpa bilik aku, kitorang buat keputusan nak tido beramai-ramai, tak kisah lah mcm tin sardin asal kan selamat.

 

Bila tiba waktu maghrib kitorang berkumpul di bilik sebelah aku, sbb sehari sebelum kejadian, makcik kawan aku dah datang pagarkan bilik tu. Malangnya level bilik aku ramai budak KL, dan ramai yg amik keputusan balik rumah. Ikutkan aku nak ajer aku balik umah, tapi kelas pepagi buta, tu pasal la aku kena stay. Seb baik ada 4 org kwn aku yg tak balik. Lepas maghrib aku da berbaring di katil kawan aku smbl mengikuti dorang membaca yassin. Time tu aku da le Piyed… lagi scary de marry la aku rasa.. dalam mengikut kengkwn baca yassin, aku terlena. Dalam aku lena, 2 orang pada kawan aku pulak pergi ke toilet, jadu  tggl aku berdua kat bilik. aku dah sah sah la lena, yg sorng tu membelakangkan aku tgh sembahyang…. tapi nak kata aku lena tak gak, sbb aku boleh rasakan macam ada orang memegang tangan aku sembil mengelus-elus manja… bile aku bukak mata sikit, aku perasan ada tangan yang berminyak memegang tangan aku.

 

aku tak berani nak bukak mata besar, terus aku pejam  mata dan memulakan bacaan yassin dgn kuat. Sebaik sahaja aku memulakan bacaan, tangan aku direntap dan aku nampak seperti satu pintasa/ kelibat lari mcm lipas kudung. Kawan aku yang sedang sembahyang terkejut dgn tindakan aku membaca yassin secara kuat terus memberhentikan solatnya dan menerpa ke arah aku.Aku menceritakan apa yang terjadi dan dia menyatakan semasa dia tgh bersembahyang dia terdengar bunyi pintu dibuka dan tidak menjangkakan OM itu akan masuk. Apabila dia mendengarkan bacaan yassin dari aku, terus terdetik dihatinya yang OM ada didalam bilik itu.

 

Elok ajer semua berkumpul, terus aku amik keputusan utk tdo di rumah makcik aku yg berhampiran. Lepas kejadian nie, aku terus tak berani masuk bilik lama gak.. aku rela berulang dari umah. tak kira la kena naik 3 bas, bangun sesubuh adam. janji aku tak troma..

 

**** masa kejadian ini berlaku memang ada dapat liputan dari sebuah akhbar tabloid****
**** ada yang menyatakan ada mangsa yang telah dirogol oleh OM, tapi tak tau kebenarannya****

******************************************

penulis adalah pembaca tetap RM bertahun2 lamanya, dan juga active di twitter. dikenali dengan nama Puan Anona, so ni kisah benar. Eh eh aku tulih mehlah baca ek, dari yang entry arituh tuh Jangan Baca korang baca gak. muahahahhaha!

Sorry gang, i m currently in Langkawi, so aku bantai citer seram je kat korang dulu 🙂

Comment: 74